Telitinya PAS Dalam Menentukan Calon Manek Urai?



"Daripada segi agama, kriteria seseorang calon ialah mereka yang tidak melakukan dosa besardan sanggup meninggalkan dosa kecil dan daripada segi politik pula, ia hendaklah boleh diterima masyarakat setempat dan sanggup memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebaik dipilih oleh rakyat di kawasan terbabit,"

Begitulah telitinya PAS dalam memilih calonnya. Yang dihijaukan tew paling menarik. Adakah manusia sekarang ada lagi yang tidak melakukan dosa besar terutama insan politik yang asyik mengata dan sibuk mencari buruk orang serta janji tak ditunai? Tambah pulak bersekongkol ngan DAP dalam Pembohongan Rakyat (PR). anakmuda mushkil betul.

Manek Urai - Penamaan 6 Julai, Pilihanraya 14 Julai


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan pada 6 Julai ini manakala pengundian dijalankan pada 14 Julai sekiranya ada pertandingan.

Proses penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Sebanyak sembilan buah sekolah akan dijadikan pusat mengundi yang melibatkan 27 saluran membabitkan seramai 12,293 pemilih berdaftar iaitu 12,268 pemilih biasa manakala 25 lagi adalah pemilih pos.

anakmuda : Nantikan laporan terus menerus dari N41 Manek Urai

Melayu sudah Lupa..

Melayu sekarang sudah lupa. Betul kata mantan PM kita. anakmuda pun dah dapat rasai.


Kita bertopengkan parti politik, berkiblatkan nafsu di atas pentas dunia, sampai lupa kita hanya sembah Allah yang satu. Kenapa kita tidak boleh bersatu, lain fahaman politik kita bersekutu, menghina bangsa sendiri yakni bangsa melayu. Kita lahir dari rumpun yang satu, membesar ikut peredaran waktu. Lain cuaca, lain pengaruhnya.

Melayu kini dah lupa.

Siapa mereka dikala duka, asyik mengata celaka, sedangkan bangsa lain ketawa. Rapuhnya Iman buat PAS, PKR dan UMNO lupa, yang manusia ini leka. Biar tebal serban tapi rapuhnya pada harta, duit dan wanita. Allah telah bersabda, cuma manusia mudah lupa. Apa salah kalu kita duduk semeja, buang segala dusta, cari apa yang tiada, demi Malaysiaku tercinta.

Melayu kini dah lupa.

Kita dulu gagah memegang senjata, kini kita merdeka. Tapi apa kisah dicerita? kita dah lupa. Darah nenek moyang didusta, biar Chin Peng kembali bertahta, kita buat-buat lupa. Mana darah pahlawan melayu yang dikata-kata, yang ada cuma tenggal asyik nak mengata, lepas itu menuding jari cari siapa pendusta. Bangunla anak melayu yang bergelar Islam, Solat jangan dilupa, cari yang baik belaka, cukup-cukupla bersenggeta. Demi anak bangsa tercinta.

anakmuda : menangis melihat melayu dah lupa...

Kerajaan Perlu Bertindak Tegas


Kerajaan perlu bertindak tergas terhadap sesiapa juga yang cuba mengubah sejarah hitam Parti Komunis Malaya (PKM). Status haram PKM tidak pernah diubah dan ia tidak boleh diubah. Hidup rakyat yang tidak berdosa terancam. Kesan Kekejaman PKM tidak terkata dan sampai sekarang masih diratapi. Kaki diratahi, nyawa yang hilang tiada boleh diganti, bagi yang maut anak cucu menderita hingga kini.

anakmuda minta bukala mata, celikla hati, tanyalah dan dekatilah mangsa-mangsa kekejaman komunis yang masih hidup. Dengarlah cerita mereka yang terpaksa meneruskan hidup dengan tiada berkaki. Rakan seperjuangan tamat tanpa diratapi..... Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi.

Calon Bebas akan Dedah Tawaran PKR untuk Menarik Diri


(Bernama) - Calon bebas Aminah Abdullah berkata beliau akan mendedahkan bukti bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba menawarkan ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Aminah, 57, tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

“Saya akan bongkar dengan memberi bukti yang PKR ada menawarkan rasuah terhadap saya selepas saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihan raya ini,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini.

Aminah yang akan menggunakan simbol kunci pada pilihan raya kecil ini berkata baginya simbol itu adalah sesuatu yang simbolik kerana ia melambangkan kunci kepada pendedahan kepincangan pakatan pembangkang.

Beliau yang merupakan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang turut menafikan beliau ditaja oleh Umno untuk bertanding.

anakmuda dah tau, si Parti Kelentong Rakyat ni pasti akan buat hal lagi. Sekarang terimala padahnya.

Boleh Bayangkan Pembohong Rakyat (PR) ini Memerintah Negara?

anakmuda tak boleh bayangkan apa akan terjadi, apabila Pembohong Rakyat (PR) ni dapat mandat perintah negara. Semua mereka ni ada agenda tersendiri. lain-lain fahaman dan hasrat serta niat di hati. Kalu dapat kat depa, rosakla Malaysiaku yang tercinta. Wahai rakan-rakan anakmuda, sedarla, anda pilih Pembohong Rakyat (PR) anda akan sensara. Kejap2 pilihanraya, sebab letak jawatan. anakmuda ada baca paper beberapa ari lepas ADUN SIKAMAT dan ADUN AMPANGAN pulak dua-dua biasala PKR. Apa ni? Nak jadi YB, tapi tak mau pikul tanggungjawab. Nak adakan pilihanraya pun harap derma rakyat gak. anakmuda hairan, buatpa kita duk derma kat tabung depa ni. baik derma kat tabung masjid. Ada gak pekdahnya.

PR Kecoh dekat Pusat Penamaan Calon

Kalu saudara pembaca ada baca blog budak-budak Parti Pembohong Rakyat (PKR) ada tulis kalu BN tak bertanding suasana aman. Ni anakmuda baru dapat gambar ntuk gambaan saudara pembaca. Kecoh kat Pusat Penamaan Calon dengan penyokong Pembohong Rakyat (PR) ni berebut hendak masuk kawasan penamaan calon di Dewan IKBN. Senang cerita, cakap orang penanti, angpa tengok sendirila kelaku depa nih... aman konon. Lu pikirla sendiri...Lagi serabut adala...

PENANTI - Berentap Empat Penjuru


DUN Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Parti Kelontong Rakyat (PKR), Mansor Othman, 59 dan masing-masing Bebas Aminah Abdullah, 57, Kamarul Ramizu Idris, 42 dan Nai Khan Ari A/L Nai Keow, 41. Malang bagi seorang lagi calon Bebas Mohd Saberi Othman, 49 apabila penyertaannya ditolak kerana pernah mempunyai rekod muflis.Terkejut anakmuda apabila bekas calon Bebas di Parlimen Bukit Gantang, Kamarul Ramizu Idris, 42 tiba-tiba muncul pada pukul 9.15 pagi di Pusat Penamaan Calon di Dewan IKBN, Bukit Mertajam ini.

Lebih kurang 3000 penyokong Pembohong Rakyat (PR) datang bersama Calon Mansor Othman sambil menjerit Reformasi dan slogan biasa PAS "Takbir". Boleh dikatakan semua pemimpin pembangkang datang bersama penyokong parti masing-masing. Ini termasuklah MB Perak Paling Singkat, Nizar.

Apapun anakmuda lihat situasi terkawal, Tahniah PDRM!! Semoga pilihanraya kali ini berlangsung dengan aman. Buat penyokong BN, anda masih ada parti Bebas. Jangan sekongkol dengan Pembohong Rakyat (PR) tambah-tambah lagi Parti Kelentong Rakyat (PKR).


TAHNIAH Zambry!!


anakmuda dapat berita gembira petang ini apabila dikhabarkan YAB. Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir diisytihar sebagai Menteri Besar Perak apabila Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas membuat keputusan bahawa Nizar Jamaluddin adalah MB yang sah adalah salah dan mengenepikan keputusan itu.

Maknanya knfremla si Nizar pegang rekod MB paling singkat di Dunia. Tahniah anakmuda ucapkan kepada Zambry atas kejayaan itu. Serba sikit pengalaman tinggal sehotel dengan Zambry, anakmuda tabik Zambry kerana walau sibuk membantu jenteranya ketika itu, sempat pulang ke hotel untuk bersolat. Tahniah MB! Inilah pemimpin yang kita cari.

Tahniah Usahawan Kitar Semula Bumiputra







Pagi ini anakmuda bersarapan di sebuah gerai di area Tanah Liat, Bukit Mertajam. Ketika sedang minum anakmuda diberitahu terdapat sorang usahawan kitar semula di belakang gerai minum tersebut. Selesai minum pagi, anakmuda terus ke belakang gerai itu. anakmuda melihat seorang Usahawan Kitar Semula Bumiputera sedang sibuk membaiki salah satu television di celah-celah himpunan television terpakai. Selain television, terdapat juga kipas angin, radio, vcd / dvd player yang dibaiki untuk dijual semula kepada sama ada orang yang datang terus ke rumahnya atau tapak-tapak pasar malam.

Apa yang menarik perhatian anakmuda, semua barang elektrik ini dibiarkan bertimbun secara terbuka. Bagi pelanggan yang datang terus ke rumah ini , anda boleh memilih barang elektrik yang dikehendaki, dan selepas itu pengusahanya akan terus membaiki sebelum dijual. Pasal harga tidak usah risau, contohnya kipas angin dijual pada harga RM25 mengikut keadaan kipas itu, manakala TV pada harga RM100 sebuah.

Pada kaca mata anakmuda, usaha usahawan ini patut dipuji dan dibawa ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana beliau bukan setakat kitar semula barang-barang yang biasanya terus dibuang apabila rosak, tapi beliau menjualnya semula pada harga yang mampu dibeli. Ini dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk berlari seiring dengan mereka yang mampu memiliki barang elektrik ini. TAHNIAH!! anakmuda ucapkan kepada usahawan ini.

Mamak Siber - Utusan Malaysia

BN Konfrem tak bertanding di Penanti


Barisan Nasional hari ini membuat keputusan untuk tidak bertanding di DUN Penanti. anakmuda berpandangan, ini merupakan satu keputusan yang bijak kerana apa yang berlaku di Penanti adalah wayang Parti Kelentong Rakyat (PKR) semata-mata. Selain menjimatkan duit rakyat, dengan keputusan yang amat berani ini, anakmuda melihat satu perubahan yang besar terhadap pucuk pimpinan sekarang. Satu anjakan paradigma yang mana rakyat dapat melihat kematangan BN dalam memikirkan apa yang perlu diutamakan. Bukan piliharaya yang dikejar, tapi masalah rakyat diutamakan. anakmuda TABIK keputusan ini.

Apapun, ini hari pertama anakmuda di Penanti.. nantikan laporan anakmuda yang terkini, tepat dan betul. Dari mata rakyat untuk rakyat..

KELUARAN TERHAD



Liberalisasi AP Ayam


Permit Import (AP) ayam diliberalisasi sebagi salah satu kaedah mengawal harga bahan makanan itu seterusnya menstabilkannya di pasaran. keputusan itu dibuat berikutan keengganan Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (PPPM) menurunkan harga ayam walaupun didesak pelbagai pihak termasuk KPDNHEP. Liberalisasi ini bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada ayam dalam negara.

Pandangan anakmuda

"Pengguna boleh memainkan peranan dengan memboikot pembelian ayam dan ianya terbukti mampu memberikan kesan terhadap pengedaran dan penjualan barang dan kerajaan tidak perlu menanggung sebarang kos. Disamping itu, kita juga dapat menyelamatkan penternak dan pengedar ayam tempatan."

Petrol Baru RON95 Menguntungkan Pengguna


Petrol baru jenis RON95 yang bakal diperkenalkan mulai 1 September ini bukan untuk menyusahkan pengguna sebaliknya membolehkan mereka menikmati keuntungan. Kita juga tidak peru bimbang menggunakan RON95 kerana minyak itu sudah memadai untuk memenuhi keperluan kenderaan di negara ini.

Bermula 1 September 2009

Petrol RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter

Petrol RON97 akan dinaikan harganya kepada RM2 seliter

anakmuda tidak pasti samada RON95 sesuai atau tidak digunakan sebagai pengganti RON97 sebab anakmuda tidak pernah guna RON95. Apa pandangan anda?

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Nurkilan Usman Awang

Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-38 Tahun 2009 akan diadakan di Taman Tamadun Islam (Islamic Civilization Park), Pulau Wan Man, Terengganu.

Tema Hari Guru tahun ini
"Guru Pembina Negara Bangsa"

anakmuda ingin mengucap

"Selamat Hari Guru kepada semua Guru-Guru di Malaysia."

Nizar MB Perak Paling Singkat



Sejarah terbaru dalam era politik di Malaysia. Boleh masuk World Rekod. Nizar MB Perak paling singkat hanya 19 jam sahaja. Nescaya sampai mati la pegang rekod tu. TAHNIAH NIZAR.

Beratur Panjang untuk INTERVIEW

Dalam sibuk-sibuk kita duk pikir nak buang duit untuk pilihanraya di Penanti selepas rakan dari PKR dah elok-elok jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pi letak jawatan, anakmuda nak respon kat nasib anak-anak muda yang lain. Diorang ni berpendidikan. Belajar sampai dapat ijazah, tapi masih tenggelam timbul dalam dunia arus mencari pekerjaan. Ini yang sepatutnya kita pandang. anakmuda dapat rasai perit jerih ramai geng anakmuda yang masih lagi mencari-cari peluang untuk berkerja.

Terkini dalam gambar di atas. Orang ramai beratur panjang untuk interview jawatan Kontrak kat Jabatan Pelajaran. Gambar ni diambil hari ini. Bayangkan inilah produk universiti yang terpaksa bersaing untuk dapatkan pekerjaan. Wahai Yang Berhormat, pandangla mereka, jangan hanya pandai berjanji saja. Tapi kata tak dikota. Banyakkan lagi peluang pekerjaan untuk warga tempatan. Bukan Warga asing yang hanya menumpang mengaut hasil untuk di bawa pulang. Apa yang MALAYSIA dapat? Bersatula MALAYSIA.

nasib polis kita


anakmuda selalu dengar semasa pilihanraya, orang yang sibuk berpolitik menggelar Polis DiRaja Malaysia "Barua Kerajaan". Tapi apa yang paling best, kisah ini diceritakan oleh pakcik anakmuda sendiri yang merupakan ketua polis daerah di satu kawasan. Bila berceramah menghentam kerajaan, tak kisahla sebab takat nak mengata ja, paling best tengah-tengah ceramah, tup! tup! helicopter polis berlegar di atas, terus sound direct. "Tew dia Barua Kerajaan Melintasi udara....." dengan selamber pastew terus berceramah.

Apa yang anakmuda kagum, bila berlaku kes contohnya baja hilang, rumah disimbah cat, kereta hilang, anak lari, 'si Barua Kerajaan' nila tempat yang mereka tuju untuk membuat report. Minta bantuan untuk mendapatkan kembali barangan mereka. Sedih juga anakmuda dengar bila polis yang berkerja 24 jam memastikan Malaysia selamat dituduh begitu rupa.

dari hati anakmuda

Dewasa kini kita banyak mendengar pelbagai cerita, kritikan serta janji pelbagai pihak dalam memenangi hati rakyat. Bagi kaca mata anakmuda, politik di Malaysia kini tidak lagi seperti zaman di awal kemerdekaan. Walaupun anakmuda baru setahun jagung menjadi pemerhati politik, anakmuda dapat bezakan. Jika dahulu, perjuangan politik betul-betul untuk membina negara dan membantu rakyat, kini ermm.. susah nak kata. mungkin untuk poket sendiri. Janji ditanam, disemai, tetapi semasa menuai, dituai untuk dimakan sendiri. anakmuda sedih melihat generasi sekarang yang terlalu banyak percaya dengan kata dan janji sedangkan mereka tidak pernah melihat bukti.