Yang cadang mereka, yang tolak pun mereka?


Pakatan pembangkang memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan


Anwar Ibrahim berlakon lagi meskipun isu itu pernah ditimbulkan dalam muktamar Pas tahun lalu dan disebut kembali dalam muktamar tahun ini, pakatan pembangkang meletakkan tomahan idea penubuhan kerajaan tersebut sebagai fitnah, niat jahat dan tindakan terdesak UMNO atau Pakatan Rakyat mengelak dari ideanya sendiri?


“idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang yang semakin mendapat dukungan rakyat," lakonannya.


“Kuat ke pembangkang ni? Kalu pasal idea Kerajaan Perpaduan pun dah bertelagah sesame depa? Nasha dipecat sesuka ati, Hadi dan penyokong ditomahkan sebagai BONEKA UMNO? Sapa yang tomah sapa ni? Anwar berlakon lagi.


Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari pertama Muktamar Pas ke-55 pada 5 Jun lalu mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.


Bagaimanapun katanya, gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh-gapah kerana ia suatu yang baru bagi rakyat.


Salah ke Hadi pasal Kerajaan Perpaduan ni?


Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak pula berulang kali menyatakan sikap terbuka UMNO ke arah penubuhan kerajaan perpaduan itu dan dalam masa sama melahirkan keyakinan terhadap keikhlasan Pas berhubung cadangan tersebut.


Apa kata anakmuda?


Awat susah ke nak duk semeja bincang masalah perpaduan untuk rakyat? Masa berkempen sibuk cari salah orang, tomah sana sini, dah jadi YB pun nak tomah lagi? Dahla...rakyat dah muak... tak abis-abis lagi ke nak bermain BONEKA di depan kami?

Ketepikan soal peribadi demi penyatuan Melayu


"Perpaduan selaras dengan perjuangan Islam. Perjuangan Pas dan UMNO juga menuntut kepada perpaduan."


"Bersatu padu melalui ummah adalah sesuatu yang dikehendaki dalam Islam dan semua pihak perlu membuka mata serta ikhlas kerana perpecahan tidak menguntungkan sesiapa terutama orang Melayu,''


"Dalam isu ini, saya terkejut serta tidak menyangka seorang yang berilmu dan banyak pengalaman seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kenyataan yang bertentangan sehingga menyifatkan penyatuan antara UMNO dan Pas tidak memberi makna,"

-Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan-


anakmuda setuju sangat dengan saranan menteri itu, ketepikan soal peribadi, ikatkan perpaduan bagi mengelakkan melayu terus berpecah. Pihak Pemimpin PAS seharusnya menggunakan ketajaman minda dalam menyelesaiakn isu perpaduan Melayu ini. Ini memandangkan hanya UMNO-Pas sahaja yang boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di negara ini. Cuba cari titik perpaduan dua parti politik yang berbeza ideologi itu.
Melayu kini berpecah kepada lima iaitu Melayu-UMNO, Melayu-Pas, Melayu-Parti Keadilan Rakyat (PKR), Melayu-atas pagar dan Melayu-Sabah dan Sarawak. Tegasnya, dalam persekitaran politik dan ekonomi yang mencabar, orang Melayu memerlukan satu parti politik teras yang kuat jika bercita-cita ingin menjadi satu negara bangsa yang maju menjelang 2020.

PAS Nodai Hutan Simpan Kita!!!


Kerajaan PAS di Kedah tetap mahu menebang balak di kawasan tadahan air negeri ini meskipun pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta cadangan itu dikaji semula.


Apa alasan Azizan Abdul Razak bila nak godam hutan Kedah :


“Pokok balak pun berusia juga, lama-lama akan buruk di dalam. Kalau tidak tebang lama-lama akan tumbang menimpa pokok-pokok kecil. Bila kita tebang, pokok-pokok lain akan naik balik. Dalam tempoh 20 atau 30 tahun, akan banyak balik hutan kita. Hasil kita dapat, hutan pun kita jaga,”


“Mungkin sesetengah orang akan menganggap kita mahu menggondol hutan tetapi kita tidak akan buat macam itu. Kalau kita tebang, kita akan pastikan bahawa alam sekitar tidak terjejas,”


Cadangan itu bagaimanapun mendapat bantahan banyak pihak kerana menganggap ia akan merosakkan alam sekitar dan menjejaskan sumber bekalan air untuk jangka masa panjang.


Bila ramai orang bangkang dia kata:


"Kedah akan memperhalusi kaedah penebangan terbaik dengan merujuk kepada kepakaran dan teknologi terkini yang dapat memastikan alam sekitar tidak akan terjejas."


"Antara kaedah yang sedang dipertimbangkan, ialah pembalakan menggunakan helikopter yang dipercayai dapat mengekal dan meningkatkan pembangunan pengurusan hutan lebih berkesan untuk tempoh jangka masa panjang."


Apa kata anakmuda?
Untuk pengetahuan semua, keluasan keseluruhan hutan simpan yang terlibat adalah kira-kira 122,000 hektar.

PAS Pemusnah warisan hutan anak-anak muda kita. Habisla hutan simpan kita.


BERSAMALA KITA MENYELAMATKAN HUTAN KITA!! AYUH BANGUN RAKYAT MALAYSIA. HUTAN KITA DINODAI KERAJAAN PAS.

PAS kelu tak boleh berkata-kata


Khalid Abdul Samad telah mengakui satu arahan telah dikeluarkan oleh kepimpinan Pas agar pemimpin parti itu agar zip mulut berkenaan dengan isu kerajaan peraduan.


Arahan itu dikeluarkan terutamanya kepada pemimpin tertinggi parti agar ‘jangan bercakap’ mengenai kerajaan perpaduan kerana ia boleh mengelirukan penyokong parti itu dan hubungan Pas, PKR dan DAP.


“Ya (ada arahan), kerana ia satu isu yang diputarbelitkan oleh orang macam (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),”


Demikian ulasan mengenai kenyataan Najib bahawa beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara dan percaya Pas ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan.


Tak cukup dengan ulasan buat tuduhan pulak:


“Kita tahu pihak UMNO ingin supaya isu ini diteruskan dan diperbesar-besarkan dan merupakan taktik politik untuk mahu melaga-lagakan antara pemimpin Pas sendiri serta hubungan Pas dengan PKR dan DAP,”


Katanya, isu kerajaan perpaduan itu hanyalah pandangan peribadi daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang?


Pandangan anakmuda : egonya PAS yang dikatakan Parti Islam SeMalaysia yang dipimpin para ulama. Tak salah rasanya kita duduk semeja, bincang isu ini demi negara Malaysia yang tercinta.

PAS Tak Tahu Rancangan Nizar?

Apa dah jadi dengan boneka DAP ni? dahla wat kecoh kat Parlimen macam tak pernah masuk Dewan Rakyat je...

Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia kecoh ngan Nizar

Etika wakil Rakyat Pembangkang - Tak ubah Macam Budak-budak




Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

anakmuda tengok ahli politik kita sekarang ni bertindak macam zaman kanak-kanak dulu ikat tali kat kepala. Apara PAS ni...Bikin malu DAP saja...hahaha!!

Anwar: Benarkan Chin Peng pulang ~ Malaysiakini



Atas dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu,” katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi hari ini.

“Sejarah kita kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita kerja,” kata Anwar, sambil menyifatkan isu komunis dimainkan media pro-pemerintah.

Menurut Anwar lagi, Chin Peng harus dibenarkan pulang tetapi “ia tidak bermakna kita bersetuju dengan kesemua kesilapan yang telah dilakukannya”.

Sebaliknya, kata beliau, pendiriannya mengenai Chin Peng itu adalah atas “alasan kemanusian” dan bukannya kerana beliau menyokong PKM kerana sewaktu masa mudanya, beliau menentang keras fahaman komunisme.

Banyak pihak, termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, menentang keras Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata sebarang saranan untuk membenarkan Chin Peng tidak akan dilayan dan menegaskan perkara itu hendaklah “ditutup”.

Anwar berkata beliau menjangka Utusan Malaysia – akhbar milik Umno – akan “memutarbelit” kenyataannya mengenai Chin Peng hari ini.

Ada kemungkinan, katanya, mereka akan menulis tajuk “Anwar sokong Chin Peng” atau “PKR suara baru komunis”.

Apa kata anakmuda?

Dari awal lagi anakmuda dah jangka, pemimpin pembangkang akan membenarkan Chin Peng pulang.. Sebab apa yan mereka nampak adalah meraih simpati rakyat terutama bangsa cina. Atas dasar politik dan nak jadi Perdana Menteri ini, Si Anwar ni sanggup membelakangkan bekas-bekas perajurit negara dan ahli-ahli keluarga mangsa kekejaman PKM. Bolehla di kategorikan sebagai "Parti Komunis Rakyat (PKR)". Suara Baru Komunis ini akan memberi seribu satu alasan untuk menghasut rakyat dan memecah belahkan rakyat, terutamanya bangsa melayu. anakmuda suka nak ingatkan, pulangnya si Chin Peng mungkin beliau akan bernafas kali terakhir dan negara akan kucar kacir. Inila yang diimpikan oleh pemimpin Parti Komunis Rakyat ini.

Hadi Awang kena lagi...

Nik Aziz bidas golongan pertahan cadangan Hadi




Jangan pertikai kuasa Agong, Raja Melayu - Sultan Azlan


Sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menegaskan, perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan itu adalah persetujuan yang dicapai secara bersama ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.

Titah baginda, ia dicapai dalam semangat memberi dan menerima serta memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum.

''Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu.

''Oleh itu, apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu," titahnya.

Rasa-rasa sedar tak lagi sesiapa yang duk mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera serta kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu? Awat bila dah pandai sangat undang-undang, Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri pun dah tak kenai? anakmuda rasa orang macamni patut lucutkan je kewarganegaraan dia. Baru ada akal.

Ada apa dengan PAS?


Cadangan berkaitan kerajaan perpaduan baru saja dikisahkan dengan ideanya diutarakan sendiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang di hadapan ahli-ahlinya dan diulang semula dalam sidang media yang disiarkan secara meluas selepas itu namun semalam, nadanya berlainan pula.

Tidak sampai pun seminggu ia berlalu dan ceritanya masih belum basi, cerita baru pula timbul apabila Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Mustapha Ali telah meminta semua pimpinan PAS dan pakatan pembangkang berhenti cakap mengenai hal berkenaan.

Katanya perbincangan untuk tujuan itu tidak relevan buat masa ini, sedangkan dalam ucapan Hadi Awang Sabtu lalu memberitahu bahawa ia tidak akan dilakukan dengan tergesa-gesa sebaliknya pembentukan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO dibuat atas kepentingan bagi menyelesaikan masalah dalam Negara.

Alasan yang diberikan kononnya kebanyakan pimpinan PAS tidak setuju dengan idea berkenaan. Disamping agenda mereka untuk terus berusaha memperkuatkan pakatan pembangkang dengan rakan sekutunya iaitu PAS dan DAP.

Lantaran itu, dengan menyorot kembali kepada beberapa peristiwa yang berlaku selepas cadangan pembentukan kerjasama untuk kerajaan perpaduan oleh Hadi, pastinya tindak balas negatif dibuat oleh para sekutunya.

Ini kerana mereka sedar sekiranya PAS bertindak bekerjasama dengan pihak lain termasuklah UMNO dan BN walaupun bukan atas nama membentuk pakatan sepertimana mereka sebaliknya hanya untuk tujuan memperkukuhkan kepentingan rakyat dan negara, maka yang ruginya adalah PKR dan DAP.

Sebagai pakatan pembangkang, pastinya PKR dan DAP menentang apa sahaja persefahaman dan perbincangan yang direncanakan antara PAS dengan pihak lain apatah lagi UMNO yang sememangnya menjadi bahan tohmahan dan lemparan fitnah mereka waima berkaitan kepentingan Islam dan bangsa Melayu.

Apa yang pasti, tentunya PKR dan DAP gagal menyelami maksud sebenar cadangan Hadi sekalipun bernaung di dalam pakatan yang sama biarpun ia hanya terbentuk apabila menjelangnya pilihan raya dan berkongsi kuasa berikutan tidak dapat sokongan yang cukup untuk memerintah.

Sememangnya adalah amat menghairankan apabila kenyataan yang meminta semua pihak dan pemimpin PAS menghentikan cerita berkaitan kerajaan perpaduan dibuat oleh Mustafa sedangkan relatifnya ia dilakukan oleh pihak yang mengeluarkan idea.

Lebih menghairankan lagi apabila kenyataan berkaitan dikeluarkan selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan secara terbuka ketidakpuasan hatinya terhadap cadangan Presiden PAS.

Mungkin ada udang di sebalik batu, atau ada pihak yang lebih menguasai dalam pakatan campuran hinggakan mempunyai kuasa mutlak atas ketiga-tiga pakatan campuran PKR-PAS-DAP….

Apa pun, yang boleh disimpulkan atas apa yang berlaku…. semuanya sudah biasa, pasang perangkap dan yang terjerat adalah diri sendiri….

Siapakah yang bakal dicalonkan di Manek Urai?


"Calon "ikan buruk" kami tak mahu dah, seperti bila rakyat ajak minum di kedai kopi, calon menolak atas alasan takut ikan jadi buruk (busuk) di dalam kereta, jadi terpaksa pulang segera,"

"Calon tidak mesra rakyat, kami tidak mahu. Kami nak calon bila rakyat nak buat kenduri dan perlukan peruntukan dia sedia membantu. Bila ada masalah bantuan, dia akan usahakan cari pihak yang dapat menolong,"

Faktor utama untuk menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai nanti bukan bergantung kepada pengaruh parti tetapi lebih kepada calon bersifat mesra rakyat dan mempunyai reputasi berkhidmat kepada rakyat.

anakmuda lihat memang tren di Kelantan yang tak pilih parti, tapi pilih calon yang betul-betul berjiwa rakyat. Ini adalah pilihan bijak. Calon dari parti tak semestinya memenuhi kepuasan hati rakyat. Apapun, siapa saja yang bertanding ada kemungkinan menang kerana sikap yang mudah didekati rakyat. Buat UMNO, jangan salah langkah kalau nak menang.

APA BEZANYA?

Jawapannya kerajaan yang dibentuk sekarang memang takda masalah...dah cantik pun. Pembangkang saja ego nak cari salah last-last jerat diri. Idea orang dah buat, dia baru bercadang nak buat..kasian anakmuda tengok...

SPM : BI tak susah nak lulus...


anakmuda mempelawa anda semua untuk mengemukakan pandangan masing-masing mengenai isu mewajibkan calon lulus mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

anakmuda berpandangan ianya bagus. Ini kerana ia menggalakkan para pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris sebelum mereka sambung ke universiti nanti. Walaupun ada timbul isu pelajar luar bandar ketinggalan dalam penguasaan Bahasa Inggeris, anakmuda lihat ianya bukan satu masalah. Pelajar luar bandar semua mampu menguasai. Cuma perlu lebih usaha secara berterusan. Anakmuda juga berasal dari pelajar luar bandar, tapi SPM not bad. Ble jer masuk universiti.

Kenyataan Celaru PAS


"Penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO adalah 'mengarut'. Kita suda buat keputusan menyokong Pembohong Rakyat (PR) dalam Muktamar Pas yang lalu. Kalau nak berunding dengan UMNO, tak usah" - Nik Aziz Nik Mat

PAS CELARU


"Pakatan ini perlu dibentuk bagi menyelesai masalah dalaman negara secara menyeluruh. Usaha itu menunjukkan Pas mengamal dasar terbuka selaras dengan prinsip demokrasi" - Abdul Hadi Awang

Siapa Chin Peng?


Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya.

Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari belah saya" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di Singapura.

Kisah hidupnya

Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Tse Tung. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.

Semasa remajanya 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Tze Tung mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.

Tahun 1940 dia diterima menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya 18 tahun.

Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army , sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal didalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh menyiksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British dan turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal didalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran terutamanya dibahagian selatan Tanah Melayu.

Tindakan puak radikal didalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindakbalas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak didalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh didalam urusan politik tempatan. Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

Memimpin Parti Komunis Malaya

Ketika umurnya 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung , Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .

Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.

Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di tanah melayu pada waktu itu ialah mereka mengamal prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh parti komunis malaya iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.

Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit telah melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ketangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya.

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti, mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan menumpah darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Perjanjian Damai

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan, sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari pada Malaysia, khususnya di sempadan Malaysia Thailand.

Kemerosotan Komunis

Setelah komunis runtuh di Rusia dan di runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.

Setelah 1989 tidak ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Tetapi pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin dibenarkan hanya menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.

Kembali ke Malaysia

Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Komunis Malaya, polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Perundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.