Pilihanraya lagi? ADUN Permatang Pasir meninggal dunia


Al-Fatihah. Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, YB. Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Permatang Pasir adalah di bawah satu dari tiga kawasan DUN dalam Parlimen Permatang Pauh. Untuk Rekod tahun 2004, Hamdan menewaskan Dato' Md Isa Ramli dengan majoriti 679 undi. Jumlah pengundi di DUN Permatang Pasir ialah 20,350 orang.

'1MALAYSIA : Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan'

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

‘1Malaysia: Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan’

ISA - Dipolitikkan atau demi keselamatan negara?


ISA adalah untuk menjaga keselamatan negara. Kenapa kita perlu tahan seseorang itu tanpa dibicara? Kita tahu, "prevention is better than cure". Kita juga sedia maklum negara kita ini mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan banyak dari semasa ke semasa perkara-perkara yang sensitif yang ditimbulkan dan sejarah telah membuktikan peristiwa 13 Mei pada tahun 1986 kita hampir-hampir sekali lagi mencetuskan rusuhan perkauman dan negara kita ini juga darisemasa ke semasa tidak sunyi daripada menerima tekanan daripada golongan ataupun puak-puak yang boleh dikatakan puak pelampau yang boleh menyentuh soal isu-isu perkauman dan sebagainya.Jadi asas untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara adalah lebih diutamakan dan untuk itu sekali lagi apabila dalam keadaan tertentu, masa tertentu, asas dan sebab-sebab yang kukuh dan mengikut prosedur yang diperuntukkan maka perludipertahankan.


Ahli politik terutamanya pihak pembangkang menolak ISA kerana mereka takut, matlamat yang mereka bawa terutama dalam mereka berucap atau mengeluarkan kenyataan berlaku perkauman atau membawa kepada rusuhan ditangkap dibawah ISA. Mereka mahukan kebebasan bersuara apa yang mereka tidak suka. Bolehla selepas ini mereka mempersoalkan kenapa perlu ada hak keistimewaan orang melayu. Bolehla mereka bersuara jangan bagi Azan di setiap pelusuk negara bila tiba waktu solat jika ISA dimansuhkan.


Adakah kita mahu apa yang kita lihat dikaca television mengenai berita rusuhan, tunjuk perasaan, kereta dibakar, jalan ditutup, pengeboman berlaku tak kira tempat dan masa berlaku di negara kita? Orang luar melihat kita hidup aman damai. Walaupun kita berbilang bangsa dan agama, kita masih dapat hidup bersatu padu. Tapi adakah semua antara kita rakyat Malaysia mempunyai hati dan hasrat yang sama? Mahukan Malaysia aman damai? Tentunya ada anasir atau kata-kata atau ucapan yang berunsurkan perkauman atau mengganggu gugat kedamaian Malaysia. Jesteru anakmuda menyokong ISA terus dilaksanakan supaya Malaysia terus dipelihara.


Jika anda cintakan Malaysia terus aman damai - SOKONGLAH ISA DEMI KESELAMATAN DAN KEAMANAN NEGARAKU MALAYSIA!!

Kenapa UMNO dan PAS perlu bersatu?


Dewasa kini kita banyak melihat UMNO dan PAS ada persamaan yang mana boleh membawa penyatuan melayu. Kita selidik kembali sejarah awal Malaysia. Di mana pada zaman kegemilangan Melaka sebagai perlabuhan yang antara terhebat di dunia. Hampir 3000 kapal berlabuh sehari dengan 84 bahasa yang berlainan tapi berdagang dalam bahasa melayu. Namun semua ini hilang sekelipmata sahaja berpunca daripada perpecahan kaum di kalangan rakyat pada ketika itu. Moralnya disini, "Bila kita berpecah, kita lemah".


Sejarah juga pernah memaparkan bahawa PAS dan UMNO pernah bersatu pada pilihanraya tahun 1974. PAS yang tidak pernah menang semua kerusi pada ketika itu menang semua 14 kerusi yang diwakilinya. Bukti rakyat mahukan penyatuan. Kita bercakap pasal UMNO dan PAS, kita tahu UMNO sekarang tidak seperti UMNO yang kita tahu dahulu. UMNO dahulu perjuangkan kemerdekaan dimana sejarah juga mengajar kita orang melayu bersatu dibawah payung UMNO untuk memerdekakan negara ini manakala cina dibawah payung MCA dan india dibawah payung MIC.


Selepas lebih 52 tahun merdeka, UMNO kini perlukan perubahan. PAS juga perlukan suntikan supaya bangsa yang bernama melayu ini tidak lupakan sejarahnya. PAS mahukan Islam, tapi kenapa kena berkawan dengan DAP? Kenapa PAS perlu tunduk pada khafir? Kenapa PAS perlu mengkhafirkan UMNO? Sedangkan agama kita sama. Kita Islam, bangsa melayu. Apa yang berbeza adalah cara pendekatan yang digunakan kerajaan BN yang memikirkan Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa dan agama.


PAS telah banyak menanam supaya penyokongnya bencikan kerajaan BN. Apa Hasilnya? Hasilnya bangsa melayu sendiri hancur. Berpecah belah. Melayu lemah. Bangsa lain semakin berani. Berani menyuarakan supaya kita tidak boleh azan lagi. Berani menuntut macam-macam termasuk memansuhkan hak keistimewaan orang melayu dan mempersoalkan kuasa raja-raja melayu. Kita semakin lupa sejarah kita. Adakah kita sedar, dengan lemahnya bangsa melayu membawa kita kembali dijajah. Kini jajahan bangsa ke 2 kita yang semakin berani, cina. Cina dah tentunya pegang ekonomi Malaysia. Kini mereka cuba menakluk kuasa politik melayu yang umum tahu sangatla lemah.


BANGUNLA melayu. Kita seagama dan sebangsa. Solat pada kiblat yang sama. Mungkin fahaman politik kita berbeza namun UMNO dan PAS adalah sama saja. Politik adalah di dunia yang sementara sahaja. Di akhirat jua yang kekal. Kita bercakap pasal Islam, pasal solat, pasal masjid, pasal umat Islam Melayu umumnya. Sebut pasal masjid, sudah berapa banyak kerajaan PAS Kelantan bina Masjid kepada penduduk Islam Kelantan? Hampir 600 masjid di seluruh Kelantan, namun 564 buah masjid adalah hasil sumbangan kerajaan BN. PAS suarakan membangun bersama Islam, tapi dimana Islam kita kalau kita sebangsa berpecah?


SELAMATKANLA BANGSAMU SENDIRI.

JANGAN BIARKAN SEJARAH MENGAJAR KITA LAGI,

TAPI BELAJARLA DARI SEJARAH TERDAHULU UNTUK KEKUATAN BANGSA MELAYU.

Fatwa Nik Ajis - Pegang Lilin Meragukan Tetapi Bukan Haram

Gabungan ajaran Isle cara PASLERNIH dan PKR hormat dan tunduk pada DAP.
Yang pakai lebai putih tew nak solatkan si Teoh ker?

Mursyide Am PasLERNIH, Nik Ajis Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Fatwat mana pulakNIH?

Dia yang mengulas tindakan Nizar yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock.

Dia juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

"Tapi kawe, selalu ore Hindu jemput kawe gi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, kawe akan tanya ini agama ke atau adat resam."

"Kawe kata kalau agama kawe tak boleh pergi tapi kalau adat resam kawe boleh."

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa PasLERNIH Pusat, Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Nizar itu.

Nik Ajis berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anak-anak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.

"Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur," katanya.

TPM Umumkan Jambatan Dua Hala jika BN diberi mandat di Manek Urai


JELAS KESEDIHAN DAN KELUH KESAH DI WAJAH PENDUDUK MANEK URAI LAMA yang mengambil kesempatan menceritakan hasrat mereka mahukan Jambatan dua hala kepada Calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat (bukan nik ajis nik mat - itu ulama' PASLERNIH')


Beginilah keadaan Jambatan yang menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru. Penduduk di sini terpaksa menunggu giliran bagi menyeberangi. INILAH HASIL PEMBANGUNAN PASLERNI selepas hampir 20 tahun memerintah Kelantan.
"PASLERNIH Membangun Bersama ISLE"

11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri

1. Bagi meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.

2. Penyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program itu. Sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

3. Masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.

4. Kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang sudah diberikan setakat ini.

5. Caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang dari antara RM500-RM700 seorang.

6. Menjelang 2010, seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

7. Tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit. Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

8. Peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.

9. Dalam pengumuman mengenai kewarganegaraan pula, jumlah permohonan tertangguh pada 1 November 2008 adalah sebanyak 34,000, dan sehingga bulan lalu, sebanyak 46 peratus telah selesai dibuat keputusan dan usaha akan dipergiatkan lagi untuk menyelesaikan baki permohonan.

10. Infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak, dan menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.

11. Liputan bekalan air minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.

Nik Ajis - Takut Nasha kena 'booo', kawe malu

Nik Ajis ngaku malu takut Nasha kena 'booo' di Manek Urai dengan penyokongnya sendiri. Rasionalnya penyokong PASlerni memang telah dibentuk oleh Nik Ajis sendiri. Dibentuk bencikan pemimpin negara, salah sikit pucuk pimpinan dilabelka macam-macam. Dan kini Nik Ajis dalam dilemanya sendiri. Takut Nasha kena 'booo', dia dia sendiri yang malu. Nik Ajis sebagai ulama' PASlerni sepatutnya mengajak Penyokongnya menghormati pemimpin tak kirala siapa saja yang memimpin. Nah!! Sekarang terpalit kat muka sendiri, taupun malu. Mana ada pemimpin tak buat salah. Sekarang terimala 'BOOOO' ciptaan Nik Ajis sendiri.

Ulama PAS merancau lagi?


Ayah Pin dicap sebagai sesat. Habis kenapa UMNO tak sesat? Kedua-duanya sama tak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya. UMNO kenapa tak sesat? Tolak Islam, ambil fahaman kebangsaan. Rancau si Nik Aziz di Manek Urai.

Yang
anakmuda pelik, adakah UMNO parti Islam? Atau PAS yang Parti Islam? Apakah parti yang menggelarkan diri Islam sanggup mengkhafirkan sesama Islam? Apakah Islam mengajar kita berpolitik dengan memecah belahkan bangsa Melayu sendiri? Apakah Islam mengajar kita menanam sifat benci kepada pemimpin negara sendiri?

PAS sebagai parti Islam kena sedar. Ini Malaysia, bukan Jepun mahupun Thailand. Kita sebuah negara berbilang bangsa, agama dan budaya. Bezanya Malaysia dengan negara lain ialah, kalu bertukar pucuk pimpinan pun takpa, masih bangsa yang sama memerintah. Malaysia, kalu bertukar pucuk pimpinan kepada bangsa lain, maka runtuhla dimana bangsa melayu ketika itu? Sedarla Melayu, kita hanya ada kuasa politik saja dalam Malaysia ni. Kalu kuasa politik kita pun hancur akibat kita berpecah belah, tiada lagi hak keistimewaan orang melayu, masa itu dah terlambat.

Kita celik mata, Malaysia dah merdeka. Tapi sedar tak apa punca kita mencapai kemerdekaan? BERSATULAH MELAYU, DEMI MALAYSIA TERCINTA.

Pertarungan Pakatan Rakyat

Hakikat Sebenar Kerajaan PASleni!!

Pelik anakmuda yang pertama kali jejak kaki ke Kuala Krai apabila melihat terpampang di lori sampah Majlis Daerah Kuala Krai - Sumbangan Kerajaan Persekutuan. Apa sumbangan Kerajaan PAS? Kenapa kerajaan PAS tidak ada peruntukan untuk kebersihan bandar mereka sendiri ka? Kata kerajaan Islam? Islam bukan mengajar kita supaya menjaga kebersihan? Apa yang Kerajaan PAS nak bagi kat rakyat Manek Urai Nanti? Lori sampah pun tak mampu nak sediakan. Mana pergi pitih Kelantan? Ulama' PAS pun terlibat dengan RASUAH ka? Duit kerajaan kelantan belanja untuk beli apa? anakmuda dengar-dengar muslimat PASni pun dah pandai bagi gula, kain, pitih ke pengundi. ermm.. KALAU UMNO BUAT - HARAM BELAKA..MASUK NERAKA. Apa salah ka kita membantu sesama muslim? UMNO hatta BN bagi pada mereka yang memerlukan. Bukan pada PAS yang kini dah pandai bergaya naik CAMRY hatta BMW. Mana PASleni dapat pitih? rompak duit rakyat? Kianat kepercayaan yang rakyat bagi? Atau sponsor dari DAP dan PKR?
Kesian anakmuda tengok rakyat Manek Urai. Dicanang dengan pelbagai janji, tapi apa yang mereka dapat? Kemudahan semua ehsan kerajaan persekutuan. Tak cukup duit tagih kerajaan persekutuan - royalti minyak. Tapi apa yang ada pada Kelantan hanya sebuah negeri yang termundur di semenanjung Malaysia. Di mana rakyat Kelantan? Semua keluar mencari rezeki di negeri lain. Kenapa? duk Kelantan sekolah pondok dah cukup. Takyah ke Universiti. Sebab blaja tinggi tak guna. Makan Rasuah. Kalu blaja sekolah pondok ble tanamkan sikap bencikan kerajaan persekutuan. Boleh mengkhafirkan sesama muslim. Paling best dapat memecahkan bangsa melayu.

Tahniah PDRM!!

Penyokong PAS mahupun PKR dan sekawasan yang sama waktu dengannya DAP cukup tak suka dengan polis. Polis yang digelar barua kerajaan, tak pernah bersungut dengan pembangkang, malah berkhidmat demi bangsa, agama dan negara. Janji kita semua selamat berjalan di Bumi bertuah ini, Malaysia yang tercinta.

Gambar ini diambil ditempat penamaan calon DUN Manek Urai. Lihat bagaimana profesionalnya polis kita bertugas. Tolong buka laluan untuk TOK GURU NIK AZIZ, ada mereka menyimpan dendam dengan tomahan penyokong PAS yang agreasif?

"Puji Ikan" calon terbaik PAS untuk MU

PASni kita mai pakat-pakat buka sekolah pondok kat MU. Takyahla universitini deh... Ble Hambo ore-ore PAS tanam sikap bencikan kerajaan dari awal lagi kat pondok ni. Masuk universiti blaja terima rasuah aje. Terima rasuah sikap ore UMNO. Maka semua ore UMNO ore lepasan Universitla? Sokong hambo knfrem masuk syurga. Sebab ada imam di sini mengatakan bahawa kalu tdo mimpi Nik Aziz konfrem masuk syurga? Taksub sampai macamtew? Tapi betol juga... PASni antara contoh umat akhir zaman yang terlalu taksub dan ekstrem Islam. ULAMA' ble pimpin ke jalan yang benar, TAPI ULAMA' PAS pesong akidah dan punca melayu kini berpecah... TAHNIAH PAS!!!

Realiti sebenar Pembohong Rakyat (PR)

Syabas PAS Kedah - 'Kuil, tokong juga akan diroboh'


DAP Kedah hari ini mendedahkan kerajaan negeri pimpinan Pas bukan sahaja merobohkan pusat penyembelihan babi di negeri itu tetapi juga merancang untuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina.

Ini barula sebuah kerajaan berbilang bangsa yang memahami Perlembagaan Malaysia. Apa dia Perlembagaan Malaysia?

Perkara 11 dalam Perlembagaan Negara memperuntukkan kebebasan beragama kepada rakyat Malaysia. Antara penekanan yang terdapat dalam peruntukan ini ialah:


  1. Walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara ini, rakyat tetap bebas menganut agama-agama lain.
  2. Seseorang tidak boleh menyekat orang lain daripada menjalankan aktiviti keagamaan.

  3. Penganut setiap agama diberikan kebebasan untuk meraikan upacara keagamaan masing-masing.
  4. Hari sambutan upacara keagamaan bagi agama-agama utama merupakan cuti am.

ADAKAH PEMIMPIN PEMBANGKANG FAHAM PERLEMBAGAAN NEGARA?

Rahsia pemberian tanah PAS kepada cina di Perak

anakmuda mahu menarik perhatian anda semua yang bergelar anak melayu. Umum mengetahui, yang kita telahpun berjaya mendapatkan kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Kita sekarang sedang mengacapi kemerdekaan yang kita telah usahakan dulu. Tapi tahukah anda? Malaysia kini sedang diratahi bangsa melayu sendiri yang entah sedar atau tidak memberi satu kawasan yang luas buat cina untuk membina satu empayar di Perak. Rasional pembinaan sekolah untuk cina hanya logik pada kadar 20 ekar sahaja. Tapi PAS bagi 1000 ekar bersamaan satu kawasan parlimen. Nak tahu kenapa anakmuda bangkitkan perkara ini?
Wahai Melayu... Cina kini dah kuasai ekonomi malaysia, kita hanya ada kuasa politik yang umum tahu tak kuat mana. Kita juga dilindungi oleh Kontrak sosial dibawah akta 153 Hak Keistimewaan orang melayu. Dan tahukah anda wahai melayu? Akta yang tertakluk dalam perlembagaan Malaysia ini boleh diubah jika 2 per 3 dari suara di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia adalah suara jajahan terbaru cina yang memperkudakan PAS dan menggunakan DSAI sebagai topeng untuk bina kerajaan mereka. DSAI mahupun PAS sedar perkara ini, tak payah pening kepala pikir, biar anakmuda sedarkan anda.
Jika Najib adalah PM terakhir selepas PRU 13, dan PAS, PKR, DAP menubuhkan kerajaannya... Apa implikasinya? Katakan PAS diberi mandat jadi ketua, maka Nik Azizlah PM, dan konfremla sekutunya pun nak jadi menteri. Tup tup, DAP jadi Menteri Dalam Negeri? Agaknya apa akan jadi dengan Malaysia? Tahukah anda? Negara kini ada 600,000 yang masih pending permohonan cina dan india untuk menjadi warga Malaysia, agaknya DAP luluskan tak? boleh buat brapa kawasan Parlimen lagi? Masa ni, agaknya sapa yang minoriti?
Fikirkanla wahai melayu, kita bakal dijajah seperti Singapura, NAK? Melayu Pulau Pinang? Apa nasib mereka? Masjid dah tak dibenarkan Azan lagi? Adakah ini KeADILan yang sebenar yang kita cari? Atau teknik jajahan moden bagi membuta tuli hak kita sebagai orang melayu? Kita bagi Jus Soli kepada mereka, lepas tew kita tdo.... Nasib kita sapa nak bela? Diri kita sendiri.. BANGUNLAH MELAYU.