Melayu tunduk lagi!!!!!



Sedih dan kecewa ini disuarakan oleh melayu yang sedar akan gerakkan yang boleh digambarkan sebagai "bara dalam jerami" oleh pembangkang terutama DAP. Aku dapat msg ini dari seorang rakan selepas statement Nazri Aziz yang tunduk untuk merombak BTN (Biro Tata Negara). Kenapa kita perlu tunduk pada desakan seperti ini? Kenapa BTN perlu ditunda? Sedikit demi sedikit melayu kini seperti merelakan Malaysia clon kepada Singapura. DAP yang berselindung belakang PKR dan PAS seperti racun yang sedikit demi sedikit mempengaruhi melayu untuk berpecah dan tunduk mengikuti telunjuk mereka.

Yang aku heran, kenapa kita kena ikut telunjuk dan desakkan mereka? Mana UMNO yang mempertahankan hak melayu? Nazri!!! Kenapa BTN perlu dirombak? Sejarah kita memang jelas bahawa pembangkang memang mahu menjadikan Malaysia sebuah republik. Semua bangsa mempunyai hak yang sama. Kalau dah macamni macamna dengan Hak istimewa melayu dan bumiputra? Hak kita dikikis setiap hari demi pemintaan pembangkang yang tak sudah dan tak pernah cukup kemahuannya. BTN menerapkan apa yang betul. Apa yang dikatakan bagi menjaga Malaysia dari peristiwa 13 Mei berulang. Mahukan kita melihat sejarah ini diulangi? Atau kita rela menjadi pendatang di negara ini? Seperti nasib melayu di Singapura hatta nasib melayu di Pulau Pinang?

BTN selimut masalah dalaman PR!



Paper sampah online menyalak, menembak, menentang, melenting suka ati bagi menyokong, mendukung dasar PR yang cuba membuat spin atau mengalih pandang masyarakat dari masalah dalam yang PR yang semakin menonjol akhir-akhir ini. Ini termasuk masalah TGNA di Kelantan yang satu persatu timbul, membuka semua kita siapa dia yang bergelar ulama PAS yang sukakan doa Malaysia diturunkan bala. Kita umum tahu, bala Allah SWT bukan diturunkan pada seorang saja, tapi jika bala dipohon, satu Malaysia, termasuk TGNA akan menerima makburnya bala itu.

Isu Penasihat Ekonomi Selangor yg dibayar RM1, 2 geng PKR Papar lompat gi UMNo dan banayk lagi kalu nak cerita semua tak muat blog aku. SERANGAN bertubi-tubi terhadap BTN oleh PR Selangor dan merebak di Penang ini adalah agenda untuk mengalih pandangan masyarakat supaya melupakan krisis serta masalah PR.BTN kini dengan modul 1MALAYSIA adalah satu fenemena yang ditakuti PR kerana modul PERPADUAN IDEAL ini berjaya meningkatkan JATIDIRI MALAYSIA MENGIKUT ACUAN KITA SENDIRI BERDASARKAN PERLEMBAGGAN KONTRAK SOSIAL 1957 DAN RUKUN NEGARA 1970 YANG DIRANGKA SELEPAS PERTUMPAHAN DARAH KAUM PADA 13 MEI 1969 AKIBAT KEMPEN MALAYSIAN MALAYSIA DI PR UMUM 1969. SEKARANG ANGIN ITU DITIUP LAGI SUPAYA KITA TIRU MODEL SINGAPORE ??? ADAKAH KITA BACUL DAN TAK ADA MARUAH ATAU KEBIJAKSANAN SENDIRI DALAM MEMBINA TAMADDUN BANGSA ???

Lu fikirla sendiri!!!!... SPIES DI SELANGOR ADAKAH TERBAIK UNTUK BINA BANGSA MALAYSIA BERASAAKAN PERLEMBAGAN KONTREK SOSIAL DAN RUKUN NEGARA???

Ini Semua PROPAGANDA BERSIFAT BOMBASTIK, BPN jom kita selak semua isu PR. Nak tutup masalah, buka isu BTN. Dah lama BTN berkursus tak bising, knpe sekarang baru nak melalak?

GEMPAR!! Pendedahan Pentadbiran Negeri PAS Kedah



Aku pulang ke Kedah minggu ni.. Biasala nak sambut Raya Korban dengan Family. Dah terlanjur balik mai Kedah. Aku pun hello member aku. Apa lagi, post biasa, stadium darul Aman, lepak minum dan bertukar-tukar fikiran. Aku pun tak lupa nak tanya bab pentadbiran PAS sekarang. Macamana? Kedah Sejahtera? Member aku gelak sakan. Dia cakap ang nak tau cerita? Nah ni kisah PAS di Kedah.

Sekarang ni PAS Kedah yang diketuai oleh Azizan sedang canang dengan rakyat untuk mengorek minyak di Yan. Bab nak cari gali minyak ni zaman kerajaan BN lagi dah bunyi. Nak cari minyak untuk tambah pendapatan negeri. Hak yang cari gali minyak kat Yan tew aku tak heran, tapi yang aku heran, kenapa dulu masa BN nak buat si hamPAS ni gagah nak tentang, siap print banner, hasut penduduk kampung, tentang kononnya nanti peniaga air nira di Yan akan hilang pendapatanla, macam-macam lagi, siap masuk tv lagi, biasala publisiti. Alih-alih, naik saja kerajaan Pas Kedah, canang nak masyuk ngan minyak pulak. Katanya Kedah takdak duit...

Bab seterusnya, sekarang ni kalu nak jadi penyambut tetamu mahupun penaip (jawatan tukang taip ni wujud ka lagi dalam pengambilan kerajaan?) senang sahaja. Apa yang diperlukan bukanlah sekeping sijil SPM mahupun sijil tamat Taska, tapi sekadar sedara mara penasihat MB ker, sepupu sepapat exco ker, adik beradik serta kroni PAS ker, boleh masuk kerja di SUK tanpa perlu interview mahupun exam. Serap masuk terus. Bab gaji, Q8 semua akan diuruskan kemudian. Masuk kerja secara tetap tanpa melalui SPA Negeri dah. Senangnya.. Ini baru namanya ketelusan dalam pentadbiran.

Dulu time BN tadbir negeri, hari ahad semua senyum lebar. Pegawai kerajaan dapat rehat 2 jam (seperti rehat pada hari Jumaat di Kuala Lumpur), kini tiada lagi. PAS dah potong. Terer PAS tadbir Kedah.

Lagi? MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar) sudahpun diswastakan mulai bulan Oktober yang lepas. Bila dah swasta, apa yang orang Kedah nampak hanyalah, parking motor, kereta berbayar (kira yang masyuk jer nampak dijaga). Yang lain macam seperti landskap Alor Setar memang hancor, rumput panjang, pokok tak terjaga, jalan lubang, hanya ditampung, seperti buat kerja sekadar jer. Sampah, 2 minggu sekali, atau ikut suka ati mak bapak diorang ja, bila agak nak mai pungut, pungutla. Yang duk berdimbun sapah tew, lantakla.. PAS kan ada "Kedah Sejahtera" kan!

Inilah dia realiti PAs, tadbir negeri Kedah, abis semua hancur. Kata UMNO kroni, apakah bezanya dengan cara pengambilan pekerja kroni di atas tadi? Buat kerja? Claim? Puak Kroni PAS ni memang terer. Bila lagi nak kaut habis-habisan? Makan dengan family pun ambil resit, lepastew claim kat kerajaan Kedah kononnya jumpa pelabur. Pelabur kepala jubur! Tahun depan diramalkan ekonomi Kedah bakal menjunam kalu PAS tak gali minyak. Apa lagi PAS? Canang cepat, kipas rakyat, lepas ni ble jadi taukeh minyak di Utara. Dulu takble, kini boleh, pandai main flip flop yer?

Blogger "kokak" buka cerita PMBK : Guna Ayat Coverline


PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) sejak dua menjak ni tetiba saja dikenali umum. Aku yang sebelum ini tidak pernah dengar mengenai hatta kenai apa dia PMBK tew pun tetiba berminat nak tahu. Maklumla, lubuk pembangkang yang kononnya suci dari dosa. Lubuk PMBK ini jadi panas sejak kick"dat"fella kena kick dari situ. Maka bermulalah detik pendedahan demi pendedahan oleh blogger pembangkang tersebut.

Rasanya ramai dah tahu si menantu TGNA adalah orang yang bertanggungjawab dalam memecat kick"dat"fella. Krisis antara yang dipecat dan yang memecat bagaikan drama tamil yang salih bergaduh menggunakan pelbagai media termasuklah blog. Apapun bila aku baca blog Perisik Rakyat yang kita tahu memang cekap dalam merisik dan mendedahkan maklumat salah kerajaan tetiba menjadi "kokak" bila nak dedah salah sendiri. Kenapa jadi begini?

Kalau anda kurang percaya, sila baca di sini, semua ayat yang digunakan, ala-ala coverline takut pecah lubang. Maka bermulalah cerita menggunakan " dan diakhiri " seperti "khabar" , "kisahnya" , "hentaman" , "mastermind" , "pembunuh karektor" dan tidak dilupakan sipolan-sipolan. Maklumla, salah sendiri susahlah nak bongkar, namun apa yang aku minat dia punya tagline kat bawah tew yang berbunyi "Berkata Benarlah Walaupun Pahit".

Antara Pemimpin Rohani & Peliwat : siapa layak pimpin PR?



Sebagai orang yang waras, jika kita diberi pilihan yang mana antara peliwat dan juga pemimpin rohani, siapa yang bakal anda pilih? Zaid Ibrahim dalam blognya telah memberi pandangan peribadi beliau supaya peliwat ditolak, ini kerana katanya Pemimpin rohani seperti TGNA, tidak ada masalah peribadi, tidak ada skandal, tidak ada cita-cita duniawi melainkan perjuangan untuk menegakan keadilan dan melawan kezaliman.

TGNA diterima oleh semua kaum dan agama. Maka Zaid terus mencadangkannya kerana berpendapat hanya apabila diletak pertarungan Pakatan vs BN atas perjuangan spiritual melawan kuasa yang rakus dan rasuah, barulah rakyat akan bersemangat dan bangkit bersuara untuk memihak kepada Pakatan Rakyat.

Malangnya, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi Zaid nak jadi ketua Pakatan dan ada pula yang menuduh Zaid tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini.

Apapun, itu semua cadangan Zaid, kita beralih arah kepada pandangan Zulkifli Kulim pulak. Ini dipetik disini. Peliwat tetap akan mengetuai Pakatan Rakyat walaupun ada cadangan supaya Mursyidul Am PAS TGNA mengambil alih.

"Peliwat dipersetujui untuk mengetuai (Pakatan). Apabila insya Allah kita menang dalam pilihan raya umum yang akan datang, kita akan angkat Peliwat sebagai perdana menteri Malaysia"

Ini dengan jelas bahawa Pakatan Rakyat yang murni ini telah membelakangkan pimpinan ulama. Kata mahukan Pimpinan Ulama? Yang jelas adalah peliwat tetap pilihan hati untuk memimpin Pakatan Rakyat dibawah gabungan PKR, PAS dan DAP. Apa yang aku dapat simpulkan satu lagi DAP sepeti api dalam sekam yang hanya diam membisu mengenai perkara ini. Bila roket tidak berdestinasikan bulan, tapi bulan sanggup naik roket, maka atas paksi apakah perjuangan Pakatan Rakyat ini?

Kota Siputeh : antara peluang & jerat buat Mukhriz?


aku ada baca di blog yang meramalkan supaya Mukhriz bertanding bagi DUN Kota Siputeh. Mukhriz yang kini memegang Parlimen Jerlun antara nama yang dinaikkan dan dipercayai boleh mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional di Kota Siputeh. Ini kerana, Mukhriz juga dihormati penyokong PAS dek kerana sikapnya yang mudah didekati lagi disegani di kawasan Parlimennya Jerlun. Aku juga ada terdengar suara-suara bahawa semasa Pilihanraya Umum lalu, pemandu kereta PAS yang membawa pengundi untuk mengundi di Kota Siputeh meminta supaya rakyat Kota Siputeh memilih PAS untuk DUN dan Mukhriz untuk Parlimen.

Di
Blog Nobisha turut mengutarakan lima sebab untuk pemilihan Mukhriz sebagai calon BN bagi kerusi tersebut. antaranya adalah :

Pertama, beliau dikenali di situ. Pejabat Ahli Parlimen Jerlun terletak di Padang Sera, iaitu dalam DUN Kota Siputeh. Soal memperkenalkan calon kepada pengundi menjadi lebih mudah. Terdapat seramai 19,771 pengundi di situ, 91.7% berbangsa Melayu, 0.6% lain-lain (kebanyakan berbangsa Siam) dan 0.2% India.

Kedua, sehingga sekarang Mukhriz tidak mempunyai sebarang rekod rasuah atau tuduhan skandal yang memalukan -- sesuatu yang akan diperhatikan sepanjang pilihanraya kecil. Calon bermasalah akan hanya menjadikan jentera parti seperti menanggung biawak hidup.

Ketiga, DUN Kota Siputeh dulunya adalah sebahagian Parlimen Kubang Pasu yang pernah diwakili oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebahagian besar pengundi berusia mempunyai pengalaman dengan Dr Mahathir. Bagi anak-anak muda di situ, sebahagiannya masih melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang dihormati.

Keempat, Mukhriz mempunyai kredibiliti. Pengalaman sebagai Timbalan Menteri dan ahli korporat (sebelum bertanding dalam PRU12 lalu) akan memudahkan pilihan pengundi.

Kelima, jentera Barisan Nasional boleh memposisikan pilihanraya ini sebagai pemilihan "bakal Menteri Besar Kedah" sekiranya ditakdirkan parti itu mengambil semula Kedah dalam PRU13 nanti; sekaligus menjawab persoalan mengenai kepimpinan UMNO negeri.

Bagi pandangan fikiran aku pula, Mukhriz memang terbaik untuk Parlimen terbaik. Bagi pihak aku yang mengenali Mukhriz dek kerana kerap keluar masuk Parlimen dan sering menemui beliau secara personal, Mukhriz memang seorang yang rendah diri dan mudah untuk didekati tidak kiralah untuk berbual atau mengambil gambar bersamanya.

Untuk itu, meletakkan Mukhriz sebagai Calon Kota Siputeh aku lihat ada kemungkinan jerat untuk menjatuhkannya. sememangnya umum tahu, dalam pilihanraya, ada menang dan ada kalah. PAS yang tewas dengan 495 undi dalam pilihanraya lalu tentu akan memberikan tentangan yang kuat. Ini kerana majoriti itu bukan satu majoriti yang mudah. PAS juga ada peluang untuk menang. Usah perkecilkan kemampuan PAS. Untuk Rekod, Pengerusi Tetap PAS Ustaz Kassim Abdullah adalah merupakan penduduk di DUN Kota Siputeh (Kampung Kodiang Lama) dan cukup berpengaruh di sana.

Aku melihat bukan mudah untuk BN terus menerajui Kota Siputeh dek kerana masalah disiplin ADUN sebelum ini. Nak bersihkan tanggapan buruk serta masalah yang disiplin atas sebab kegagalan wakil BN untuk hadir ke Persidangan DUN diletakkan dibahu Mukhriz. Umpama mahu mengumpan untuk menjatuhkan Mukhriz. Apakah ini jerat pembangkang buat Mukhriz? Apapun kita perlihat kehendak rakyat di Kota Siputeh juga. Siapa agaknya akan mereka pilih adalah terletak di bahu mereka.

Khalid Ibrahim Kambing Hitam Anwar : Nik Aziz lebih layak pimpin PR?


Kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat hari ini semakin goyah dan menunggu masa untuk rebah. Terkini perlantikan DSAI sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Nampak sangat si Khalid tak pandai jana ekonomi, pengurusan dan pelaburan di Selangor. Lepas diikat hidung oleh DSAI kononnya hanya diberikan elaun RM1(Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1), Khalid akan dibonekakan yakni sekadar ada jawatan MB tapi keputusan si pengembala kambing hitam iaitu DSAI yang akan buat.

Anwar berkata, fokus utamanya selepas dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor ialah untuk membantu Menteri Besar dalam beberapa isu yang wajar diberi perhatian seperti soal dana pertumbuhan ekonomi, di negeri itu.

Apakah ada motif terselindung di saat Anwar sedang bergelut kes tuduhan liwat yang dihadapinya di mahkamah?

Dan menurut Tun Mahadhir, Anwar tak tahu pasal ekonomi. Jadi Apa Ka Jadahnya DSAI jadi Penasihat Ekonomi Selangor?

Terbaru juga, Datuk S. Nallakarupan yang juga bekas rakan karib Anwar selama 30 tahun berkata dua pemimpin tertinggi Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang jauh lebih layak menerajui pakatan pembangkang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim.
katanya, "saya ada membaca kajian di kalangan ahli Pas yang percaya Nik Abdul Aziz lebih layak menjadi ketua pakatan pembangkang. Ini menunjukkan semakin hari tembelang Anwar mula pecah"

Punahla harapan DSAI yang mahu mengampukan dirinya sendiri bila jadi Perdana Menteri nanti. (kononyala) TGNA dan Hadi, agaknya sapa Pemimpin Pembangkang yang layak jadi pimpin Pakatan Rakyat? Apakah Penyokong Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan demontrasi membantah? Adakah DSAI akan diturunkan pangkat dalam carta Pemimpin Pembangkang? Apakah nasib DSAI selepas ini?

Bagi balak balas Haji!!!



Sapa tahu, PAS sekarang yang kita tahu sudah jauh menyimpang dari landasan Islam. Bagi balak kepada Great Eastern Mills Berhad yang mana Pengarah Syarikat tersebut adalah Nudin Bin Awang. Great Eastern Mills Berhad telah menerima 10,000 ekar balak bernilai lebih RM20 juta daripada sebuah agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Dan balak yang diterima oleh Great Eastern Mills Berhad di serahkan pula kepada SEAL Incoporated Berhad dan boleh di lihat di sini.

Untuk Rekod Nudin Awang adalah orangnya yang dikatakan menaja Haji untu TGNA, anak dan menantu. Turut dikatakan dia seorang yang pandai mengambil kesempatan dalam kesempitan, dikenali dgn nama Hj Din cukup rapat dgn keluarga TGNA dan menjadi pengampu, kaki bodek & tukang kipas yang licik di depan mata TGNA,Dia punyai 3 isteri salah seorang warga Iran.Sudah acap kali mendapatkan kawasan konsesi balak,suka bercakap merapu dan berterabur. Inilah IKON yg cuba ditonjolkan oleh Pas Kelantan.

sumber : kickdefella

RAKYAT MAHU TAHU : Siapa taja Haji TGNA?



Harga pakej Haji VVIP Nik Aziz = RM 65,ooo.00


menantu dan isteri RM 65000.00 seorang x 2 orang = RM 130,000.00


GRAND Total Nik Aziz, anak dan menantu = RM 195,000.00


Wow,kayanya menantu Nik Aziz !
Kenapa harga mereka sama ? Pelik tak ? Mungkinkah ketiga-tiga mereka ditaja oleh orang yang sama ? Walahualam..


Pas Kelantan mempertahankan tindakan penaja tersebut ,katanya sudah menjadi amalan orang Kelantan menaja tok-tok guru pergi ke Mekah.

Nik Aziz sudah berkali-kali menunaikan Haji. Sedangkan dalam Islam kita diminta sekurang-kurangnya sekali seumur hidup untuk menunaikan Haji. Tidak perlu berkali-kali. Kalau ada duit lebih adalah lebih afdal diberi kepada orang yang tidak mampu untuk menunaikan Haji pergi ke Mekah. Pahalanya lebih banyak. Lagi pun kuota negara kita yang terhad,maka lebih baik diberi kepada orang yang baru kali pertama ke Mekah. Nik Aziz yang dah berkali,tidak perlu nak menyibuk,beri peluang kepada yang tak pernah pergi terlebih dahulu. Kan lebih afdal begitu.

Pakej VVIP Nik Aziz RM 65,000.00 = 5-6 orang untuk pakej biasa


Itu baru Nik Aziz, anak dan menantu dia lagi?


Ramai lagi yang nak gi buat haji, kenapa orang yang berkemapuan macam TGNA yang sedia mampu ditaja? Rakyat Kelantan len yang tidak berkemapuan kenapa tidak taja? Kenapa mesti insan yang bergelar TOK GURU sahaja? Apa beza mereka dengan rakyat biasa yang meskin serta berkeinginan untuk menunaikan haji. DI MANA HAK MEREKA UNTUK BERSAMA KE TANAH SUCI?


Sebagai seorang yang sering mengatakan beliau bersikap sederhana dan merendah diri mengapa Nik Aziz setuju terima tawaran pakej VVIP? Sepatutnya Nik Aziz tolak dan ambil pakej biasa sahaja. Apabila bercakap beliau sering berkata Nabi buat begitu,buat begini. Adakah Nabi ambil pakej VVIP semasa menunaikan Haji ?

Nik Aziz samakan penaja pakej Haji beliau dengan orang yang mengambil selipar beliau. Maknanya penaja ini juga syirik,kerana percaya menaja Nik Aziz pergi ke Mekah boleh dapat berkat seperti mana orang yang mengambil selipar beliau untuk mendapat berkat.

Penaja tidak akan menaja buta-buta ,jika tiada agenda tersembunyi di masa lepas-lepas atau masa akan datang. Ada ubi ada batas. Termakan budi mestilah kena balas...


NIK AZIZ : RAKYAT MAU TAHU SIAPA YANG TAJA?
Nik Aziz perlu jujur kepada rakyat Kelantan,beliau perlu memberitahu siapa yang menaja beliau, agar rakyat tahu siapa dia.

TGNA batal niat menunaikan Haji FREE!


Mengikut blog Marhaen, TGNA dah batalkan niat nak pergi haji free. Sumber berita memberitahu, TGNA sebelum ini disponsor untuk menunaikan haji FREE oleh penyemonsor yang masih lagi dalam tanda tanya. Sapa yang tahu boleh kongsi, aku pun nak tahu gak. Sebab kos yang ada tahu melibatkan RM 65 Ribu. Takkan bagi free saja? Mestila kena ada balasannya. Ini boleh dikira Kes Rasuah. Hai pergi haji pun boleh ker guna wang haram? Agaknya apa pula fatwa yang PAS nak bagi lepas ni yer?
Apapun jawapan pertama dari blogger PAS si Marhaen :

"Dalam kuliah jumaat di Dataran Ilmu sekejap tadi TGNA telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji ke Mekah pada 18 November 2009 nanti. TGNA tidak nyatakan secara jelas sebab-sebab pembatalannya itu, cuma TGNA ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianati"


Tambah si Marhaen :
"Kepada tangan-tangan jahat yang berusaha dengan pelbagai cara dan pelbagai isu untuk mencemarkan dan menjatuhkan kepimpinan TGNA di Kelantan, diharap telah berpuas hati dengan pengumuman terbaru TGNA ini.Hasil usaha anda ada sedikit menampakkan hasilnya.Teruskanlah lagi usaha-usaha anda.Masanya sudah hampir tiba… kebenaran pasti akan teserlah jua.
Buat Exco-exco dan YB-YB yang lain, sekirannya ada lagi yang behasrat untuk mengambil pembantu-pembantu atau pegawai – pegawai peribadi, berhati-hatilah.Teliti baik-baik dan perhalusilah dengan sedalam-dalamnya… janganlah terambil spesis yang akan merosakkan kita , Jemaah kita , parti kita dan negeri kita suatu hari nanti.. ambillah pengajaran dan iktibar dari peristiwa yang berlaku sehari dua ini sebagai kayu pengukur untuk kita semua.Tidak pernah lagi sepanjang ingatan saya TGNA membatalkan hasratnya untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah setelah urusan pemergiannya"


Komen ghostWRITER:

Hai dah buat salah biasala... Takut nak teruskan ker bila dah mula jadi isu? Apapun batal niat nak buat HAJI FREE ker teruskan, SIASAT TETAP SIASAT!! RM 65 ribu tew atas unsur apa? mana mai punca dia? Kenapa kena bagi? Buat Marhaen, yang benar akan tetap diterdedah dalam apa jua cara kau sorok walaupun PAS dilihat macam suci tak pernah buat dosa. Pengajarannya yang aku dapat bagi kat kau, PAS kini pun pandai ambil RASUAH!! RASUAH projek sana sini. Tak percaya? Kau tengok bukti depan mata kau. Kenapa ada orang senang-senang nak bagi kita RM 65 ribu tanpa sebarang balasan?

kick"dat"fella kuat mengulat di PMBK?


Semalam tangan aku tetiba terasa nak tekan channel astro awani. Kebetulan masa tew berita pasal si fella ni kena kick. Menantu TGNA dedah punca si fella ni di kick oleh beliau dan mertua beliau. Katanya ia berpunca daripada si fella sendiri yang kuat mengulat bukan sebab laporan SPRM (kira ayat coverlinela ni). Datang kerja ikut suka ati kau saja. MC pun sesedap rasa... Rasa nak MC dan MC jerk!

Kiranya apa yang aku dapat simpulkan bahawa si fella ni kuat mengulat, mengelat dalam melakukan kerjanya tapi dalam masa yang sama pandai cari helah tutup kesalahan sendiri. Senang kita kategorikan adalah kategori pekerja tidak berdisiplinla... Kalu aku jadi bos pun aku kick je mamat fella ni... Tulis kat blog si fella ni kalu kita baca, orang len buat semua takdak betol, last2 sendiri buat depan mata dan dalam badan sendiri tak nampak.. hahah!! Apapun aku tak dapat bukti kesahihan berita ini sebab ini semua berdasarkan statement menantu TGNA di berita Astro Awani. Sebab bagi aku dua-dua ni bukan boleh dipercayai pun.

Blogger pembangkang yang mana dulu seangkatan dengan si fella mula menikam fella.. Tew yang best tew, member buat salah sikit abis semua dah mula menembak. Contohnya angpa boleh baca pinkturtle yang perli si fella dengan story ni. Perang badarla puak ni. hahah!! aku cuba meracuni si fella untuk lompat blogger (hahah) kira macam kategori lompat partila. Namun malangnya komen aku dipadam dan tidak disiarkan si fella. Mungkin dia dah buat sumpah taat setia ngan PAS kot. Takutla tercerai bini talak tiga. Sian anak-anak. (andaian akula). Takkan masih setia walaupun dah kena kick? Pelik kan2? Apa kata anda sahabat pembaca?

BUKTI Pendedahan MENANTU TGNA salah gunakuasa dalam PMBK

INFO PENTING BERKAITAN (MENANTU TGNA) AB. ARIFFAHMI BIN ABDUL RAHMAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) KUMPULAN PMBK KERANA MEMPUNYAI KELEMAHAN, KECUAIAN, SALAH GUNA KUASA, MENYELEWENG DAN LAIN-LAIN

Mula bekerja di syarikat Air Kelantan anak syarikat PMBK. Semasa bertugas di sini beliau tidak mempunyai langsung pengalaman bekerja tetapi bersandar segulung sijil menyebabkan tugasan serta amanah yang diberikan sering kali gagal dan terus gagal. Banyak projek di bawahnya tertangguh dan tidak mencapai target syarikat.

Memandangkan kriteria di atas beliau dipinjam kepada PMBK bagi menjaga Projek Bandar Baru Tunjong yang diambil alih daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri. Sampai sekarang (hampir 5 tahun) walaupun telah diberi kuasa EKSEKUTIF masih lagi gagal dan belum dilaksanakan. Difahamkan dari sumber yang berpengalaman dalam bidang ini, 5 tahun lagi projek ini tidak akan dapat dilaksanakan.

Semasa berkhidmat di PMBK, beberapa surat amaran dari CEO terdahulu telah dikeluarkan kerana prestasi kurang memuaskan dan perlanggaran peraturan pejabat. Sebaik sahaja dilantik sebagai COO fail peribadinya berada dalam simpanan sendiri bagi mengelakkan rahsia peribadinya terbongkar dan memo amaran atau tindakan disiplin telah dihilangkan begitu sahaja.

Pelantikan Ariffahmi Abdul Rahman (AAAR) sebelum ini sebagai Ketua Bahagian Hartanah. Dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang mana pelantikan ini telah dipertikaikan umum. Sekarang ini pula telah dilantik dengan tiba-tiba sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. (PMBK) bagi mengambil alih jawatan agensi pelaburan dan pemangkin pembangunan Kelantan dalam tempoh singkat menjawat COO walaupun sebelum ini rekod prestasi kerja paling tidak memuaskan.

Antara tindakan terawal beliau setelah mengambil alih penuh kuasa eksekutif ialah mengeluarkan perintah dengan melucutkan jawatan Pegawai Tinggi untuk menjaga maklumat mengenai kegiatan beliau semasa menjawat COO, terutama berkaitan salah guna kuasa. Kemungkinan, CEO bertindak untuk ‘memadamkan’ maklumat penting bagi menyelamatkan dirinya dari fakta atau bahan bukti apabila sesuatu kes berbangkit. Kuasa hampir mutlak ini juga memungkinkan dana dan pengaruh PMBK sebagai GLC Kelantan dijarah bagi kepentingan pihak tertentu

Lawatan Sambil Belajar Ariffahmi Ke Kuwait Dan Mengerjakan Umrah Dengan Perbelanjaan PMBK Sepenuhnya.

Rombongan lawatan sambil belajar ke Kuwait telah dibuat pada pertengahan Jun 2008. Sebahagian daripada ahli rombongan, termasuk COO telah singgah di Jeddah semasa perjalanan balik dengan alasan untuk berbincang dengan MB atas keputusan lawatan sambil belajar tersebut. Perjalanan ini telah dirancang dari awal lagi dan persoalannya, atas dasar apakah perbincangan tersebut dibuat. Tidak bolehkah ianya dibuat selepas MB balik ke Kelantan yang mana tempoh MB ke sana cuma berbeza beberapa hari sahaja, atau pun sebahagian rombongan ini mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah bersama-sama dengan MB menggunakan pembiayaan sepenuhnya oleh PMBK. Disebabkan perjalanan ini terpaksa dibuat menggunakan transit ke Jeddah, PMBK terpaksa menanggung sejumlah besar perbelanjaan tiket kapal terbang (business class) untuk mereka, berbanding dengan penerbangan terus yang lebih murah.

Ariffahmi Melantik Kontraktor Tanpa Tender Terbuka Atau Tender Runding

Telah melantik kontraktor tanpa melalui tender terbuka atau tender runding untuk kerja-kerja ubahsuai pejabat, menurap jalan, memasang billboard dan lain-lain. Kontraktor yang dilantik ini adalah kontraktor melakukan kerja-kerja ubahsuaian rumahnya sendiri.

3.1 Ubahsuai Pejabat

Ubahsuai pejabat tingkat 4 dan 6 telah diberi kepada satu kontraktor yang merupakan kawannya. Kontraktor ini merupakan kontraktor yang menjalankan ubahsuai rumahnya sendiri.

3.2 Menurap Tar Kawasan Letak Kereta (Bawah Pokok)

a. Kawasan ini merupakan tempat baru dan kerja-kerja ini telah diberikan kepada kontraktor yang sama bagi kerja-kerja di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu.

b. Menurap semula jalan masuk dan persekitaran bangunan PMBK yang tidak rosak yang masih cantik juga kontraktor yang sama di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu. Dalam hal ini PMBK telah mengeluarkan wang tambahan yang merupakan satu pembaziran.

Gaya Hidup Ariffahmi

Gaya hidup melebihi gaji atau pendapatan yang diperoleh seperti mempunyai rumah yang besar, kereta mewah dan lain-lain.

Akan menunaikan haji pada tahun ini (2009) bersama isteri dengan kos sebanyak RM65,000/orang sebanyak RM130,000.00.
Sumber komen di kickdefella (staff PMBK)

Menantu Nik Aziz Kick blogger Kickdefella


Pegawai Perhubungan Korporat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dipecat, Syed Azidi syed Abdul Aziz bernekad untuk mendedahkan apa yang sebenarnya telah berlaku di perbadanan itu khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.

Untuk Rekod, PMBK diketuai oleh MENANTU NIK AZIZ, Mohd Ariffahmi Abd Rahman dan Syed Azidi Syed Abdul Aziz adalah blogger kickdefella.

si Menantu NIK AZIZ ini memecat Syed Azidi kerana dia dipercayai telah membuat laporan kepada SPRM berkenaan salah laku di PMBK. Dan aku nak tengok kickdefella ni masih blogger pembangkang atau berubah angin pula join blogger pembela negara.

TENGOK!! PAS pun sekarang pandai buat dosa, sebab fatwa dosa pahala serta tiket ke syurga dia yang pegang. Dunia apa nak heran, sebab sementara saja, yang penting akhirat sana. Tapi PAS lupa, sebelum ke Akhirat di dunia pun ALLAH SWT akan membalas segala salah lakunya. Akhirat nanti tak tau.... TAKBIR!!!

PKR Egen Yahudi









Terkejut aku tengok lambang PKR yang selama ini aku sangkakan gerhana bulan, rupanya inspirasi logo PKR ini diambil dari logo Yahudi iaitu FREEMASON. Angpa ushar sendiri logo depa ni pada satu konvensyen Keadilan Negeri Pulalu Pinang 8 November 2009 lalu. Konvensyen ini dihadiri oleh 1200 Ajk PKR dari seluruh Pulalu Pinang.

Sumber my massa

NOVEMBER 2010 PKR DIBUBARKAN!!!


Menarik perhatian aku bila kedengaran bahawa DSAI bakal menamatkan kesnya yang selama ini ditungguh sama ada melalui memaafkan dirinya sendiri yang liwat dengan menjadi Perdana Menteri atau bersalah dengan kes juburnya lalu menjalani hukuman. Apapun November 2010 menjadi kayu ukur PKR dibubarkan atau PKR jadi PM. Apa yang aku dapat ramalkan PKR bakal dibubarkan dengan DSAI didapati bersalah dengan meliwat Saiful.

Hasil risikan aku, DSAI kini bagai cacing kepanasan apabila mengetahui bahawa Saiful mempunyai bukti kukuh untuk di bawah ke mahkamah bagi membuktikan yang DSAI bersalah meliwatnya (berupa sempal air mani DSAI??). Apa nasib PKR jika DSAI bersalah dan menjalani hukumannya nanti? Itu persoalannya PKR DIBUBARKAN? Apa pula tindakan penyokong dan penyikut PKR yang tegar? Buat Demontrasi lagi?

DSAI hari ini sibuk cantas orangnya yang pro-UMNO. Setahu aku ramai PKR x-UMNO, termasuk DSAI.(Zul4Kulim yang terkini) UMNO dilihat semakin kuat, so ramai PKR x-UMNO mula mengintai peluang untuk masuk kembali bersama UMNO apabila sedar dari tidur yang lena bahawa PKR sememangnya tiada masa hadapan seperti yang pernah diutarakan oleh Lim Kit Siang. Krisis yang kononnya ditidakkan pimpinan PKR hari ini mula terbongkar, November 2010 PKR bakal DIBUBAR! Mana nak pergi geng PKR? balik ke UMNO atau jadi bebas duk atas pagar?

Pemimpin PAS punya salah, UMNO/BN juga yang dipersalah!!


Kita semua dah tau, semua orang rasanya dah perasan yang PAS dah sedar diri sejak kebelakangan ni yang Parti Islam itu bakal diambang kejatuhan. Kalu ada yang tak baca lgi baca kat sini. Bab nak ambang kejatuhan aku tak kisah, sebab puak PAS dah banyak berdoa supaya diturunkan bala, kali terakhir semasa Persidangan DUN Perak yang lepas (yang aku tengok sendirila, yang len mungkin ada lagi doa bala PAS yang aku tak tahu), maka Allah Maha adil, dijatuhkan bala dalam PAS, UMNO sendiri, MIC, MCA semua sekalila...


Bab bala dah selesai, jom kita tengok bab lain pun. Aku cerita bukan apa, nak tunjuk betapa maksumnya PAS yang tak pernah buat salah. Sucila katakan. Kira tahap tak pernah buat salah, biarla apapun pentadbiran, pemimpin PAS buat biar terang salah pun, fatwa PAS akan menyelamat mereka. Tapi sampai bila boleh selamatkan? Anda dah baca kat sini? Cuba tengok sapa yang dia persalahkan? macam biasa, dek kerana PAS yang suci dari segala dosa ini, maka tuduhan kononnya egen UMNO/Barisan Nasional beranak pinak dalam PAS ini biasala..


Salah sendiri tak pernah nak ushar tengok, cari salah orang senangla yer PAS. Apa Islam ajar kita macamtew ker? Ker Islam PAS yang ajar songsang dengan fatwa sendiri untuk menyelamatkan diri? Dah salah sendir ngaku jerla.. Apa pula tuding jari kat orang len, ni aku nak bagitau, kalau harta, wang ringgit, perempuan yang pakai lebai pun sanggup buang lebai.. Sama dengan PAS, dah namanya manusia yang Allah jadikan lengkap bernafsu tak payah la nak jalan kepit pakai tudung labuh macamna pun, kalu atinya manusia, susah la kita nak fahami dan tunaikan segala kemahuannya. Nasihat aku, PAS takpayahla nak belagak alim suci sangat konon tak dak dosa, tak buat salah... Kalu berani buatla EGM... Buang dan cantas Ustaz yang tak bertauliah dalam PAS.. Ada BERANI? CANTASla... Baru PAS terus terpelihara dari segala dosa, lagi satu tambahla lagi doa turunkan bala yer.. Amin! TAKBIR!!

BOHONG TAK SALAH demi menegakkan ISLAM - PAS

Lama aku tak lawat blog geng pembangkang yang mana aku pantau hari-hari. Tapi hari ini rasa ringan pula tangan aku nak buka blog pinkturtle, bukan apa cuma nak tengokla apa entry depa ari ni. Tup! Tup! aku tengok ada posting pasal BOHONG diterima demi dakwah dan perjuangan. Si Blogger ni macam tak puas hati ja ngan PAS. Dulu TAKBIR sangat. Sekarang baru nak celik. Takperla. Janji anda mengetahui dan sedar apakah perjuangan sebenar PAS.

Dari dulu lagi Anwar dah kata PAS ni Parti yang hanya bertopengkan Islam. Dah lama dah dok menipu, tapi sayang puak PAS dan penyokong PAS ini duk sangka perjuangan PAS ni merupakan perjungan Islam. Kira tahap boleh mati syahidla... Hebatnya PAS di mata penyokongnya hingga sanggup diperbodohkan oleh orang yang pandai mengunakan hadis untuk berbicara politik di hadapan umat Islam masa kini yang lemah iman dan ilmu agamanya. Kalu dah pandai baca hadis, konfremla ulamak dah depa ni, mesti sokong perjuangan ulamak ni.

Aku pernah la duk lepak-lepak dengan geng bloggers lain, tanya pada satu makcik yang aku agak merupakan isteri penyokong/pemimpin PAS. Makcik tak kerja ker datang sini hari ini? Dia jawab, kerja semua duniawi, perjuangan akhirat adalah lebih diutamakan. Yang sedihnya datang dengan harapan perjuangannya merupakan perjuangan demi agama dan akhirat. Tapi tanpa sedar PAS hanya mempu berbohong dan menghalalkan apa sahaja demi politik dunia yang sementara ini. Adakah ini masih belum dapat dilihat oleh PAS dan sokongannya?

Kita lihat kerajaan sekarang sudah memberikan terbaik untuk kita dari pelbagai segi termasuk agama dan pelajaran supaya kita dapat hidup dengan selamat dan selesa di Malaysia ini. Cuma aku kurang setuju dengan kerajaan apabila meletakkan pembangunan sebagai umpan untuk menarik sokongan rakyat terhadap pentadbirannya. Bagi aku yang juga rakyat Malaysia di bawah kerajaan sekarang, amatlah aku bersyukur. Cuma pemikiran kerajaan sekarang perlu sedikit perubahan demi meraih banyaknya sokongan kembali demi keberlangsungan pentadbiran kerajaan.

Kerapuhan Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri dan kemenangan di Bagan Pinang bukanlah kayu ukur untuk kerajaan UMNO/ BN untuk mendada kemegahan kononnya mereka masih mendapat sokongan rakyat. Kerajaan UMNO/BN perlu bangun dan lihat sekitar, apakah rakyat benar bencikan UMNO/BN. Kenapa? Jika itu dapat diselesaikan, InsyAllah PRU13 Barisan Nasional akan terus menerajui negara dengan majoriti yang besar. Memang sukar untuk dilakukan tapi inilah realiti dunia sekarang, kadang-kadang kerana nila setitik susu sebelanga orang buang, begitalah nasib BN. Jangan leka dan teruskan perjungan yang masih belum selesai.

Sumpah PAS untuk pejuangan Politik Dunia!!


"Wallahi, watallahi, Wabillahi. Saya (Ahli PAS) calon bagi kerusi (sekian sekian) dalam pilihanraya ke 12 ini dengan ini bersumpah jika saya memenangi kerusi ini dan kemudiannya keluar dan tidak lagi menjadi ahli PAS atas apa sebab sekalipun maka jatuhlah talak tiga ke atas isteri saya"




Lihatlah dunia berapa rakusnya PAS yang dikatakan Parti Islam tetapi menghalalkan penceraian sedangkan dengan jelas penceraian merupakan benda halal yang paling dibenci Allah SWT.


Antara lain juga PAS berani memperdagangkan isteri mereka sendiri dan perkahwinan menjadi bahan tebusan untuk kiblatkan parti politik dunia sementara ini. Soalnya, MENGAPA ISTERI JADI MANGSA? BAGAIMANA PULA DENGAN NASIB ANAK-ANAK PUAK PAS NI JIKA MEREKA LOMPAT PARTI?


Untuk maklumat lanjut silat baca di blog zul4kulim.

Apa Jadi Dengan Logo Jata Negara ni?

Tengok logo Jata Negara yang dibuang & di'spray'. kerja sapa agaknya?





Satu ni masih ada lagi logo Jata Negara. Yang len abis semua dibuang.

aku jalan-jalan penang sekitar Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Lama rasanya tak balik mai tengok kampung aku ni. Pusing punya pusing aku terasa nak pi Pantai Tanjung Asam. Sampai kat sana aku ada jumpa benda ganjil yang aku tak sedap tengok. Tapi aku rasa-rasa nak kongsi ngan angpa semua. Ang tengok sendiri gambar yang aku ambil ni, angpa komen sendiri. Papan tanda elok, tapi macam ada yang tak kena saja ngan Logo Jata Negara dikoyak dan di'spray'. KERJA SAPA NI?

Rakyat Kelantan dapat Wang Ehsan : PAS tak bersyukur

Ilustrasi bayangan pembangunan Kelantan oleh PAS
(takat ilustrasi setelah 20 tahun tadbir Kelantan)
Kerajaan pusat hari ini bersetuju memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan. Namun Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS tidak bersyukur dengan pemberian itu. Wang ehsan yang akan disalurkan merupakan projek pembangunan kepada rakyat Kelantan mulai tahun 2010. Kelantan yang kita sedia tahu merupakan antara negeri yang paling mundur di semenanjung Malaysia sangat dahagakan pembangunan. Ini bagi membolehkan rakyat negeri ini menikmati pembangunan seperti rakyat negeri lain.

PAS pula melalak mahu menuntut royalti yang kononnya milik mereka. Agaknya kalu royalti tew masuk poket kerajaan negeri Kelantan, mana dia nak curah? Tadbir negeri Kelantan dah lama. Pembangunan apa yang kerajaan PAS dah bagi? Aku tengok lori sampah pun sumbangan kerajaan persekutuan. Bukan takat itu saja, Masjid pun harap ehsan kerajaan persekutuan. Ni budak-budak muda Kelantan semua dimana? Habis semua merantau cari rezeki di tempat lain. Kenapa? Kerajaan PAS gagal menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi supaya rakyat Kelantan dapat berkerja di negeri sendiri.

Kes Saman Pecat Ketua Kampung : IMAM SOLAT HAJAT BERKIBLAT SUK PERAK PUN ADA!


Dalam kosmo! muka surat 14 bertarikh 4 November 2009, angpa semua boleh ushar tengok muka imam songsang PAS yang mengimamkan solat hajat mohon turun bala sambil mengadap kiblat Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (yang pakai serban dan berjanggut panjang tewlaa..). aku pun tak kenai syeikh ni. Puak PAS kenai kot.. Apapun nila rupanya orang yang memohon turun bala. Lepasni kalu Perak kena bala, bolehla angpa cari dia yaaa...

Anwar Keguguran 30 November ni?


DSAI yang umum sedia tahu mempunyai kes pertuduhan liwat akan memohon untuk menggugurkan tuduhan tersebut di mahkamah dunia yang sementara pada 30 November ini. Perdana Menteri Pakatan Rakyat itu gagal membuat sumpah laknat kerana kononnya ularmak ada menasihatkannya untuk tidak bersumpah dilihat akan terus menangguh kes juburnya ini. Benarlah kata Brother Lim Kit yang pernah mengeluarkan kenyataan tentang kerisauannya pada masa depan Pakatan Rakyat yang mempunyai Ketua ketagih jubur. Apapun rakyat perlu dapat keadilan juga. Rakyat mahu tahu:

"BETOL KE TAK ANWAR KAKI JUBUR? KALU TAK SILA ANGKAT SUMPAH, SEBAB RAKYAT DAH NAIK MENYAMPAH, LEPAS NI TOBAT DAH TAK PANGKAH, BARULAH NASIB MALAYSIA BERUBAH, AMAN DAMAI TAKDA DEMONTRASI JALANAN DAH!!!"