Penahkah Melayu mewakili BN di Hulu Selangor?


Berikut adalah kesinambungan kemenangan calon perikatan/barisan yang menang kerana EHSAN PENGUNDI MELAYU HULU SELANGOR yang dipaparkan di blog GAP.

1959 ong yoke lin (BN) vs chai yoke kim (BEBAS) BN 6537 BEBAS 5121
1964 khaw khai boh (BN) vs nazar ong (FS) BN 9412 FS 4199
1969 khaw khai boh (BN) vs liong ah nai (DAP) BN 8278 DAP 6755
1974 michael cheng win su (BN) vs G davidson (DAP) BN 15323 DAP 5070
1978 michael cheng wing su (BN) vs leong ching hoe (DAP) BN 17670 DAP 4868
1982 lee kim sai (BN) vs mohd arif dato kamarudin (BEBAS) BN 14138 BEBAS 6761
1986 ss subramanian (BN) vs mohd arif dato kamarudin (BEBAS) BN 19201 BEBAS 9281
1990 palanivel (BN)
vs nazar yakin (S46) BN 20839 S46 11857
1995 palanivel (BN) vs peng kim sing (DAP) BN 26829 DAP 1231
1999 palanivel (BN)
vs dr halili rahmat (ADIL) BN 22143 ADIL 13548
2004 palanivel (BN) vs ismail kamus (PAS) BN 27807 PAS 13324
2008 palanivel (BN)
vs dato zainal abidin ahmad (PKR) BN 22979 PKR 23177


kita tengok pula peratusan pengundi di P94 HULU SELANGOR

Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%

1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177)
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)

Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratus mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,466
Dan yang terakhir sekali, kita saksikan kejayaan BN dalam 3 DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor.

Di DUN Hulu Bernam,Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Idris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi.Di situ ada seramai 17,549 pengundi.

Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.

Di DUN Batang kali , calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi . Mohd Isa dapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832 orang.

GHOSTWRITER :
Pernahkah Melayu mewakili BN di Hulu Selangor? Sedangkan Melayu adalah majoriti rakyat di Hulu Selangor. Benarkan ada protest pengundi yang mengundi BN di DUN dan PKR di Parlimen. Mengapa ini terjadi? Ghostwriter rasa anda semua bijak menilai mengapa ini terjadi.

TERBUKTI PAS amal RASUAH!!!




“… Dan bahawasanya Jutapan Sdn Bhd dengan pendaftaran No: 156857-D adalah sebagai ‘Pemohon’ bagi tanah seluas 500 Ekar yang berada di Mukim Pulai daerah Galas Jajahan Gua Musang. Dan bahawasanya telah dipersetujui bersama diantara pihak tuan dan kami untuk memberi sumbangan derma seperti berikut:

Sumbangan tunai kepada “PASTI” dengan jumlah sebanyak RM 350,000 (tiga ratus lima puluh ribu genap).
Sumbangan derma ini akan diderma keluar bagi pihak tuan, setelah kelulusan oleh projek permohonan Jutapan Sdn Bhd dari pihak Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa Negeri Kelantan. Dengannya persetujuan tersebut, syarikat kami berharap pihak tuan dapat memaklumkan surat persetujuan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa…”

Dalam bahasa pasar,


‘lu bagi gua itu balak, gua ‘derma’ lu duit untuk lu punya kocek…”

Lihat modus operandi ini,

Pemohon akan punya penaung.
Penaung akan bantu pemohon untuk dapat kelulusan.
Sebagai imbuhan kerana menolong, pemohon akan beri sejumlah wang kepada penaung.
Penaung ada hubungan rapat dengan pihak yang meluluskan permohonan.
Penaung dan pihak yang memberi kelulusan adalah entiti yang sama.
Bukankah itu rasuah namanya? Bersama-sama ini saya lampirkan beberapa pucuk surat yang ada diserahkan kepada saya oleh pembaca blog ini yang sudah muak dengan sikap hipokrit PAS Kelantan di bawah kepimpinan Nik Aziz.

Di dalam majalah Pengasuh bilangan 355 keluaran Jun 1967, Ustaz muda bernama Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ada menulis,

“Islam sejak dulu sampailah sekarang, bahkan hingga bila-bila pun, tidak akan meletakkan taraf ekonomi sebagai perkara pertama dalam agenda pembangunan manusia…”

“Di atas dasar inilah maka Islam berjalan begitu lancar sekalipun perekonomian Muhajirin begitu meleset dan dikalangan Ansar sendiri begitu kucar kacir kerana sebagaimana diketahui dunia orang yang memegang tampuk ekonomi di zaman awal Islam dahulu ialah Yahudi yang menjadi musuh ketat Islam sejak dahulu sampai sekarang.”

Bergerak diatas premis inilah, Nik Aziz rela melihat rakyat Kelantan dirundung kemiskinan kerana baginya pembangunan ekonomi tidak penting. Tetapi yang peliknya, hasil mahsul kekayaan negeri di sifon keluar olehnya untuk Parti PAS dan jenteranya. Lebih buruk lagi, anak-anak kecil mereka pun rela mereka doktrinkan dengan menggunakan duit rasuah.


GHOSTWRITER :
semua ini didedahkan oleh blogger kickdefella, tapi ghostwriter pelik, masa dia duk bawah ketiak PAS ni semuanya wangi plak... sekarang tetiba jer busuk sebab dana dulu masyuk kini tidak lagi...

Namakan 5 Projek yang telah dibuat oleh Palanivel untuk Hulu Selangor


Ghostwriter ingin membawakan persoalan ini, sila jawab kepada penyokong Palanivel dan MIC. Kuil india pun dia tak buat, apatah lagi masjid buat melayu Islam? Sapa boleh senaraikan, bagi senarai dekat ruangan komen aku.

Kita bercakap mengenai pengembalian kemenangan kepada BN. Yang mencadangkan Palanivel pun kalah di kerusinya sendiri, adakah Samy mahu melihat kekalahannya berulang di P94 Hulu selangor?

Sila baca dan fahami komen pembaca Ohpolitik.



ikan emas Said,
March 27, 2010 8:32 PM
akak setuju sesangat laa kalau kerusi tu bagi kat orang Melayu yg jadi calonnya..
Kompromi pun biarlah bertempat...dalam senario politik negara @negeri Selangor dan situasi dalaman BN @ parti yg Samy tak nak lepaskan tuu...patutlah depa tuu berkorban..

...Harap@ Presiden BN rasional masa buat keputusan

Anonymous Said,
March 27, 2010 9:17 PM
Setuju bagi calon orang Melayu. Orang Melayu dah banyak bagi muka kat ornag orang karat ni tapi orang Melayu dia pijak balik.
Cuma calon jangan bagi orang yang dah ada rekod rasuah bawak duit 1 kilogram.
Calon lain kan banyak. Adoooiii iii

Anonymous Said,
March 27, 2010 10:07 PM
Ya bagi kat calon Melayu, kami dah letih asyik beralah dan sedikit demi sedikit apa yang ada untuk anak cucu diambil oleh bangsa lain.

Tapi Mat Taib rasanya kurang sesuai sebab ada skandal, cari calon yang bersih dan disukai ramai penduduk setempat. Usahkan Melayu, Cina pun tak suka kepada calon MIC.

Suara Rakyat Kunak Said,
March 27, 2010 11:49 PM
Saya cadangkan DSSW jadi Calon BN di Hulu Selangor

Anonymous Said,
March 28, 2010 12:47 AM
Calon Melayu - MESTI
TS MMT - TIDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK
MIC - 10X TIDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK


PERSOALAN GHOSTWRITER:
BN mesti menang, bukan perjudikan nasib Parlimen Hulu Selangor kepada MIC, kenapa kita perlu tunduk kepada MIC? Kenapa hanya UMNO dan Melayu sahaja yg sering dingatkan tentang konsep semangat toleransi dan musyuwarah di dalam Barisan Nasional? Mengapa ingatan yg sama tidak ditujukan kepada parti komponen yg lain?

KAMI MAHU CALON MELAYU!!! Jika mahu lihat BN menang di Hulu Selangor


Dari tinjauan rambang yang dibuat dan perbualan dengan rakyat sekitar Hulu Selangor, dapatlah ghostwriter membuat kesimpulan bahawa isu di Parlimen Hulu Selangor ini bukan isu Pakatan Rakyat ata BN sendiri, tetapi isu hak pentadbiran Parlimen ini mestilah Melayu.

Dan jika dibaca dari sudut lain pula kita lihat balik tren pilihan rakyat tahun 2008 pada DUN di bawah Parlimen ini. Di DUN Hulu Bernam,Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Idris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi.Di situ ada seramai 17,549 pengundi.

Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.

Di DUN Batang kali , calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi . Mohd Isa dapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832 orang.

Dan di kerusi Parlimen, BN tumpas kepada PKR dengan majoriti 198 undi. Bagaimanakah situasi ini boleh berlaku? Ini adalah petunjuk kepada 'nadi rakyat' yang menolak Palanivel. Bagaimana mungkin, sebuah Parlimen yang mempunyai komposisi yang majoritinya melayu boleh diwakili Palanivel di peringkat Parlimen? Logiknya, ghostwriter menyarankan calon dari UMNO untuk Parlimen Hulu Selangor jika mahu menggegarkan calon PKR yang disebut-sebut itu.

Mat Taib Calon pilihan RAKYAT HULU SELANGOR


Mat Taib nama yang tidak usah dikupas lagi..Beliau yang dimaksudkan ialah Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang juga Ketua Penerangan UMNO dan sejak Mac 2008, pernah menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, menggantikan Datuk Abdul Aziz Shamsuddin yang tidak disenaraikan akibat kalah di kawasan Shah Alam. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2009, beliau dipilih menjadi calon Timbalan Presiden UMNO tetapi tewas di tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau pernah menjadi Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Selangor bagi penggal 1982, 1986, 1990 dan 1995. Dari sejarah dan latak belakang itu menjadikan Mat Taib dilihat sebagai calon yang dapat mengembalikan Parlimen Hulu Selangor.


Jika dikaji dari segi peratusan pengundi dan kemenangan terhadap ketiga-tiga DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor, Palanivel membawa awan mendung kepada kemenangan Barisan Nasional. Ini kerana majoriti penduduk adalah melayu dan kekalahan kepada PKR dalam pilihanraya yang lalu menunjukkan bukti bahawa Palanivel bukan calon yang dipilih rakyat.

Hasil kajian ghostwriterz juga mendapati, terdapat suara-suara yang menyuarakan, jika Mat Taib bertanding, UMNO akan menang besar dan mereka akan pulang untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional, tetapi jika Palanivel yang dipilih, harapan tipislah BN akan menguasai Parlimen Hulu Selangor. Sekian laporan ghostwriterz...

UPDATE MPKJ Robohkan Karnival 1Malaysia



Ghostwriter turun ke Cheras Jaya bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berhubung dengan aduan yang diterima. Hasilnya, ghostwriter difahamkan bahawa Karnival 1Malaysia tersebut sepatutnya belangsung pada hari ini iaitu 26 hingga 28 Mac 2010. Namun, semalam YDP PAS Hulu Langat yang juga Ahli Majlis MPKJ bersama penguatkuasa dan lebih 30 ahli yang dipercayai dari surau dan masjid berdekatan telah hadir untuk merobohkan Karnival berkenaan tanpa sebab. Permit dari pihak polis semua dah ada, tapi...Lihatlah sendiri hasil tangan MPKJ yang diketuai PAS ini.


lihatlah wajah peniaga melayu kita..akak ni dah siapkan semua bahan-bahan untuk niaga hari ini, antaranya termasuklah 20 ekor ayam...

Jauh datang dari Shah Alam untuk berniaga produk kesihatan, tapi hasilnya hampa.....

SEDUTAN BERITA DARI BERNAMA

SHAH ALAM, 26 Mac – Jabatan Penerangan Selangor mempersoalkan tindakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan pasukan penguatkuasaanya yang mengarahkan supaya khemah pameran dan peniaga yang telah dipasang bagi sambutan Karnival 1Malaysia di Cheras Jaya, Balakong diturunkan Khamis.

Pengarah Penerangan Selangor, Saptuyah Senson berkata alasan yang diberikan oleh Ahli Majlis itu ialah MPKj tidak memberi kebenaran untuk penganjuran karnival tersebut yang dianjurkan oleh jabatan berkenaan.

“Ahli dan penguatkuasa MPKj telah datang ke tapak karnival semasa 26 buah khemah untuk penjaja dan 10 khemah untuk pameran agensi kerajaan telah siap dipasang kira-kira 10.30 malam tadi,” katanya kepada Bernama.

Karnival tersebut sepatutnya bermula hari ini hingga Ahad ini di mana program yang telah diatur termasuklah acara street soccer, demonstrasi pasukan polis, pameran agensi kerajaan dan persembahan artis.

Saptuyah berkata pihaknya telah membuat permohonan bertulis kepada MPKj 10 Mac lepas memohon kebenaran untuk menganjurkan program tersebut.

“Namun surat balasan daripada MPKj hanya memberitahu bahawa pihak berkenaan tidak dapat menyediakan kemudahan tong sampah sepanjang karnival dan mencadangkan supaya pihak kita berhubung dengan Alam Flora bagi mendapatkan kemudahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata wakil MPKj turut hadir semasa mesyuarat jawatankuasa penganjuran karnival dan semasa lawatan ke tapak, namun ketika itu wakil MPKj tidak memberi sebarang teguran atau nasihat mengenai peraturan yang perlu dipatuhi.

“Kita kesal kerana kita tidak diberitahu apa syarat yang kita kena patuhi untuk dibenarkan mengadakan karnival,” katanya.

Saptuyah berkata pihaknya akan bertemu Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman hari ini bagi mendapatkan kelulusan supaya program yang sudah diketahui rakyat itu dapat diteruskan.

Seorang peniaga, Noraliza Alias berkata beliau telah datang ke tapak karnival petang semalam untuk membuat persiapan bagi jualannya, tetapi mendapati khemah peniaga telah diturunkan.

“Sedih sangat sebab kakak tiba-tiba tidak dapat berniaga, sedangkan modal sudah keluar banyak,” kata ibu tunggal tersebut yang nyata hampa dengan tindakan pihak berkenaan. -MediaUMNO/Bernama

MPKJ halang Karnival 1Malaysia dan menyuruh merobohkan khemah yang telah didirikan : Siapa dalangnya?


Pagi-pagi lagi ghostwriterz dah dapat mesej dari penganjur yang tidak puas hati terhadap MPKJ. Nah aku dedahkan mesej yang dihantar melalui kotak pos aku :

Salam. Malam tadi pada jam 10.30 (25 Mac 2010) ahli Majlis MPKJ telah datang ke tapak karnival 1Malaysia dgn penguatkuasa MPKJ dan suruh roboh khemah yang telah didirikan. So karnival 1Malaysia di cheras jaya tidak dapat dibuat. Penganjur telah menjemput MPKJ mesyuarat dan mereka hadir. Tidak pula mengatakan tak boleh buat. Penganjur juga ada menghantar surat minta kebenaran. Permit polis pun ada. Surat makluman kepada MB juga ada. Tapi ahli majlis lebih power.......
ghostwriterz :

Siapa dalangnya? Ahli Majlis MPKJ? atau MB Selangor sendiri? Apa alasan MPKJ untuk meroboh dan menghalang Karnival 1Malaysia di Cheras? Atas apa jua alasan yang diberikan, aku tidak boleh terima!!!!!

Kerajaan 916 Pakatan Rakyat umpama BUAH BUSUK!!


Gempar hari ini apabila di dada-dada akhbar hari ini banyak membawakan kisah yang serupa dari Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Kotornya tangan-tangan Pakatan Rakyat diulas dan dikupas sebaiknya baik dari bekas ahli PKR yang dipecat atau yang melompat. Isinya memang buruk. Umpama buah busuk yang telah dimakan ulat. Tetapi itulah realitinya Pakatan Rakyat.

Apapun, kisah inilah yang membuka buku 555 (buku hutang) kepada Pakatan 916 ini. Hutangnya bukan sedikit (sekadar ceramah) tapi tanaman ke dalam minda rakyat. Sama ada kita perasan atau tidak, Pakatan 916 ini telah mengarahkan semua dari pucuk hingga ke akarnya untuk memFITNAH Perdana Menteri.

FITNAH ini bukan sekadar diedarkan melalui CD atau bahan bacaan, tetapi lebih dari itu. Anak-anak muda turut diracun dengan minda FITNAH Pakatan 916 ini. Janji 16 September hanya tinggal janji, namun kesan yang ada pada rakyat hanyalah laungan REFORMASi. Takcukup dengan laungan ala-ala dah naik basi itu, Pakatan 916 mendidik pengikutnya supaya melabel PM sebagai Altantuya.

Buktinya jelas apabila rata-rata di ceramah sama ada DAP, PKR mahupun PAS semuanya akan melaungkan nada FITNAH yang sama yakni, NAJIB!!! Altantuya!!! ROSMAH!! PUAKA!!!. Nada ini ditanam di seluruh negara. Namun setakat mana FITNAH ini akan bertahan? Adakah ianya akan terus dilaungkan sedangkan GANJARAN BESAR semakin mengecil. Duit BESAR manapun jika dari sumber yang tidak halal nescaya ia akan hilang semuanya tanpa kita tahu mana perginya.

ghostwriter sebagai blogger pemerhati politik tidak langsung terkejut dengan pendedahan Zulkifli. Ini kerana, sudah lama ghostwriter mengagak bahawa terdapat gerakan untuk menjatuhkan kerajaan Najib dek kerana taburan janji yang dibawa oleh kerajaan 916. Namun sebelum berjaya menunaikan janji kerajaan 916 telah tersungkur.

Yip tarik balik surat letak jawatan pulak!!!!


ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik surat peletakan jawatannya lewat petang ini, melalui SMS kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat.

Ekoran keputusan Yip itu, beliau berkata, kerusi DUN Titi Tinggi tidak kosong "dan masih ada orangnya".

Menurut Yazid, dalam SMS tersebut, Yip berkata beliau telah menyedari dan menginsafi tindakannya meletakkan jawatan sebelum ini.

"Katanya, beliau lebih mementingkan parti dan penyokongnya di kawasannya dan di negeri Perlis," kata Yazid.

Menjawab soalan, Yazid menegaskan bahawa Yip menarik balik peletakan jawatannya atas kehendaknya sendiri dan bukan kerana ada sebarang janji yang ditawarkan.


ghostwriter:

"Baru niat nak turun Titi Tinggi untuk piliharaya kecil DUN semalam. Hari ini dah tarik balik. Kalu tak ble pergi shoping di Padang Besar...hehehehe.. Dah lama ghost tak merayau-rayau ke sana."

GEMPAR!! Pilihanraya kecil DUN Titi Tinggi bakal menyusul tidak lama lagi...


Barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar menyokong penuh hasrat ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar yang berlangsung malam tadi yang dihadiri oleh kira-kira 30 pemimpin akar umbi bahagian.

Mereka termasuk empat pemimpin kanan Pemuda bahagian serta empat ahli jawatankuasa bahagian.

DUN Titi Tinggi terletak di bawah kawasan Parlimen Padang Besar.

Ketika mengesahkan perkara itu, sumber-sumber Pemuda bahagian berkata berkata ini kerana Yip tidak komited untuk terus berkhidmat.

"Oleh kerana beliau sudah patah semangat untuk berkhidmat," kata sumber-sumber itu sambil menambah satu sidang akhbar mengenainya dijangka diadakan petang ini.

GST : Dulu Bang Nuar nak laksana, kini Bang Nuar tidak lagi!!

Sebenarnya, idea memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebenarnya pernah diumumkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi menteri kewangan 17 tahun lalu.

“Ini yang akan saya bangkitkan dalam parlimen, menteri kewangan pada tahun 1993 telah sebut bahawa 'saya (menteri) akan memperkenalkan satu cukai baru untuk menggantikan SST (cukai jualan dan perkhidmatan'.

“Walaupun dia tak gunakan (perkataan) GST, maksudnya sama,”
kata Khairy dalam wawancara eksklusif.

Mengulas isu kontroversi tersebut, ahli parlimen Rembau dan menantu mantan perdana menteri itu berharap “kita jangan mudah lupalah apa yang kita cakap dulu.”

Tapi, macam biasala, DULU CAKAP LAIN, KINI CAKAP LAIN PULAK... Kerana diracun pembangkang yang dulu cakap lain, kini berubah wajah kepada lain, kerajaan terpaksa menangguh hasrat perlaksanaan GST. Ini supaya GST dilaksanakan sewaktu rakyat semua faham konsep yang betul, APA itu GST? Apa kesan kepada harga barangan dan kepada rakyat?

Jika mahu dibandingkan negara lain yang telah melaksanakan GST, nah... ghostwriter paparkan.

ghostwriter juga pernah bertwitter dengan Bang Nuar berkenaan dengan isu GST ini. Kesudahannya Bang Nuar membisu tanpa jawapan...

ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Strategi Al-Juburi : Beralih ke Mahkamah Rakyat


Terkilan dengan keputusan mahkamah yang lebih menunjukkan kebenaran bahawa al-juburi memang sah bersalah dalm kes juburnya, terkini Al-Juburi mencuba untuk beralih ke Mahkamah Rakyat pula. Buktinya, hampir sejuta risalah yang berunsurkan Al-Juburi mangsa pendakwaan yang rakus, Laporan Klinikal Forensik HKL Sahkan Saiful Tidak Diliwat dan Fitnah Dahsyat berulang kembali telah mula diedarkan kepada orang ramai.

Ini merupakan antara strategi terdesak bang nuar dalam mengalih pandangan rakyat terhadap kesnya. Strategi menubuhkan mahkamah rakyat dengan melebalkan kerajaan dan mahkamah sebagai memfitnah bang nuar bagi menjatuhkan kareer politik dan masa depan PKR dilihat sebagai strategi yang bijak.

Ini bagi meraih simpati rakyat dengan lakonannya supaya rakyat sendiri memberi keputusan terhadap kes juburi ini. Dengan cara mengaburi mata rakyat dengan pelbagai flyers, VCD dan nota penjelasan yang berunsurkan menyelamatkan diri yang telah tersepit dek kerana kesalahan yang dicari sendiri, Bang Nuar cuba memberi keputusan kes ini hakim rakyat sendiri.

Antara lain juga, Bang Nuar turut dilihat kerap mengeluarkan statement kepada wartawan asing bagi meraih simpati negara luar dengan meletakkan lebal yang sama terhadap kerajaan dan mahkamah. Kononnya Bang Nuar telah difitnah dan menyekatnya dari memiliki Putraya dan mengetuai Kerajaan Pembangkang.

Melalui strategi ini juga, kita lihat bang nuar banyak melawati negara asing tanpa pulang dengan sebarang berita. Antara negara yang turut dilawati kononnya bermesyuarat adalah seperti Amerika dan Australia. Melalui lawatan dan berita yang disampaikan kepada wartawan asing, maka terhasillah sokongan luar terhadap bang nuar seperti ini.

Apapun target utama bang nuar adalh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat bahawa dia difitnah. Tak kira apa jua yang diabuat sekarang adalah bagi memulihkan kepercayaan bahawa kes juburnya fitnah belaka. Kerajaan dan Mahkamah adalah fitnah. Tidak betul. Segala bukti bahawa dia tidak meliwat dibawa ke mata rakyat bagi meraih simpati untuk bergelar pemimpin Malaysia.

Matlamat memimpin Malaysia dilihat matlamat untuk diri sendiri. Bukan kerana mahu memimpin tapi dek kerana tersepit dengan kes yang dibina sendiri. Kenapa Bang Nuar mahu ke Putrajaya? Kerana mahu memaafkan diri sendiri. Mahu memadam kes juburnya. Supaya dia terselamat dari mahkamah dunia. Tapi dia lupa, mahkamah akhirat yang kekal abadi jua.

Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani


Apakah ciri-ciri pemimpin yang ditaati? Mungkin persoalan ini yang sering berlegar di fikiran setiap umat Islam yang umumnya berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah. Maka pelbagai tafsiran akan diberikan terutama daripada pemimpin parti politik.

Persoalan ini juga akan digunakan sepenuhnya untuk dijadikan propaganda bagi menarik perhatian rakyat menyokong mereka dengan memberikan gambaran mengelirukan tanpa memikirkan kesan buruk yang semakin menimpa umat Islam.

Selepas 52 tahun negara merdeka, kesannya amat jelas iaitu perpecahan di kalangan umat Islam sehingga hilang suara majoriti dan terpaksa tunduk kepada tuntutan orang lain selepas pilihan raya umum lalu. Ini semua disebabkan kita terlupa kepada al-Quran dan sunah Rasulullah SAW, apabila meletakkan kepentingan dan cita-cita politik di tempat yang lebih tinggi.

Pendirian dan sikap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang sebenar menyatakan wajibnya taat kepada pemimpin, penguasa dan mereka yang menguruskan urusan kaum Muslimin. Haram mengkhianati mereka terutamanya dalam urusan zakat, jihad, memerangi kesesatan dan kekufuran. Wajib bersolat di belakang mereka dan dibelakang orang-orang yang menjadi wakilnya di masjid-masjid yang telah disediakan oleh penguasa Islam. Amat keji perbuatan mereka yang menjadi pengacau, seperti menghasut rakyat untuk mengkhianati pemerintah dalam hal-hal yang telah disebutkan di atas.

Rasulullah bersabda, "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (fasik). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan kepada kita pemimpin negara ini perlu ditaati walau apa sekali pun malah sejak merdeka sehingga hari ini, Islam dan ummah dapat berkembang dengan pesat dan wujud dasar-dasar yang berteraskan Islam walaupun tidak sepenuhnya kerana kita harus memahami negara ini bukannya milik umat Islam sahaja, sebahagian kecil daripadanya adalah milik penganut agama lain.

Justeru itu, apa yang dilakukan oleh pemerintah sekarang amat jelas dan semua pihak perlu memahami hukum hudud dan takzir tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan berada dalam keadaan 'darurat' disebabkan perkongsian milik negara ini dengan orang lain.

Saya berpendapat wujudnya perpecahan di kalangan umat Islam adalah disebabkan kumpulan-kumpulan kecil yang cuba menonjolkan diri bahawa merekalah yang lebih benar, lebih mulia dalam memperjuangkan Islam yang suci sehingga memusuhi pemimpin seagama dan sanggup berkawan dengan musuh-musuh Islam yang nyata dan jelas.

Perkembangan mutakhir ini amat menyedihkan dan membimbangkan. Umat Islam berpecah kerana kelompok-kelompok ini cuba menegakkan sesuatu yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah sehingga meninggalkan perpaduan sesama Islam. Saya sama sekali tidak dapat menerima perpecahan ini dan saya menganjurkan perpaduan sesama saudara seagama kita.

Selama ini orang pondok seperti saya berdiam diri tetapi hari ini saya perlu bangun untuk menyatakan kebenaran ini kerana umat Islam diancam dengan pelbagai masalah. Biarpun saya akan dikecam kerana tidak selari dengan pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam, pemimpin yang dilihat semakin suci dan tidak lagi boleh dipersoalkan.

Perlembagaan negara telah memberikan kedudukan istimewa kepada agama Islam dan ia harus dijaga dan tidak boleh membiarkan sama sekali orang lain mengganggu gugatnya. Namun dengarlah kata-kata para pemimpin parti politik tertentu untuk menjaga kepentingan pengaruh daripada bukan Islam.

Berpegang

Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.


Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh Pas sejak negara mencapai kemerdekaan, Mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British.

Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.

Saya mengkaji semula perlembagaan negara dan saya menemui bahawa kemerdekaan itu bukannya hak mutlak orang Melayu Islam tetapi sebahagian kecil tanah air ini mungkin 20 peratus telah ditinggalkan untuk penganut agama lain.

Selepas itu, saya menyedari bahawa UMNO yang memerintah melalui gagasan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan 'darurat' yang mana sebahagiannya terpaksa dikongsi bersama dengan orang bukan Islam maka tidak wajib bagi kerajaan untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir sepenuhnya.

Gagasan Malaysian Malaysia atau pun Malaysia Sederhana yang menyamaratakan hak semua kaum dan agama tidak boleh diterima sama sekali demi menjaga kesucian agama Islam dan hak-hak orang Melayu sebagai kaum pribumi.

Saya sedar apabila saya bercakap mengenai perkara ini, penyokong-penyokong Pas dan pakatan pembangkang akan menuduh saya sebagai 'ejen UMNO'. Saya tidak kisah demi agama, bangsa dan negara. Mungkin saya akan menyertai UMNO dalam tempoh dua tiga tahun lagi tetapi buat masa sekarang saya masih ahli Pas yang mahukan perpaduan di antara umat Islam, UMNO dan Pas.

Sekiranya UMNO meneruskan perjuangannya untuk umat Melayu dan Islam seperti mana yang kita nikmati selama ini dan bertambah baik pada setiap tahun, tidak mustahil untuk saya menyertai UMNO.

Untuk pengetahuan umum, institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa yang berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak akan menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini. Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui. Sebagai contoh ada antara masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti biasa.

Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada saya. Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu. Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika di bawah kerajaan boneka DAP.

Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala Pas mengikut membabi buta, sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.

Perlu diingat golongan pondok bukannya jumud dan tertutup seperti mana yang digambarkan. Kami di sini mengikuti perkembangan politik negara secara dekat, cuma tidak bersuara. Saya sendiri membaca sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk tabloid parti pembangkang.

Saya merujuk semua perkembangan ini dengan kitab-kitab ulung Islam mengenai politik seperti tulisan Imam Nawawi, Sheikh Ibnu Hajar dan Imam Hambali yang jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh UMNO tidak bertentangan Islam.

Ketika suara saya mula disiarkan di Utusan Malaysia akhir tahun lalu, Persatuan Pondok Berhad telah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak mewakili mereka malah tidak mempunyai tauliah untuk berceramah agama. Itu semua sandiwara kerana persatuan itu ditekan oleh kerajaan Pas Kelantan. Saya mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sehingga sekarang masih menjadi pengarah persatuan tersebut serta sentiasa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.

Berbalik kepada persoalan pokok, perpaduan sesama umat Islam amat penting. Biar apa pun perbezaan ideologi politik marilah kita bersatu kembali dan lupakan persengketaan, kembali kepada kepada perintah Allah SWT bahawa hendaklah kamu sentiasa memperbaiki saudara-saudara kamu. Maknanya, kalau ada perselisihan, hendaklah kamu mendamaikan antara kedua-duanya (surah Al-Hujurat ayat 10).

Sebagai umat Islam kita perlu mentaati pemerintah selagi ia tidak kufur kepada Allah. Tindakan menentang dan menyebakan keburukan kerajaan akan memberikan ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil peluang untuk mengganggu gugat urusan negara sehingga menimbulkan pelbagai ancaman.

Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa`amah

Pengasas Madrasah Al Najmiah Kota Bharu

sumber : utusan Malaysia 21/3/2010

Bang Nuar KEPANASAN di Parlimen!!

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.'

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut 'panas telinga' dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.

Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.

Anwar kata Zahrain, turut 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.

''Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut," tegasnya.

Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan.

Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.

Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit 'pengecut,' 'penakut' dan 'kalau berani tunggu' ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.

Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.

''Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan," katanya.

Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah.

Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.

Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.

Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.

Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu 'memperhambakan diri' dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.

Perbahasan Zahrain disambung esok.

Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.

Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ''Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya."
sumber utusan

Program Transformasi Kerajaan (GTP) : Apa pula kata Pembangkang?

Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:


Membenteras Rasuah

Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar

Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar

Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar

Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan Rendah

Mengurangkan Jenayah

Maklumat lanjut di sini.

SUMBER KEWANGAN PAS : BALAK KELANTAN!!!


‘Khalid Al Walid’ PAS atau Razak Bin Abas, tidak dapat dinafikan oleh sesiapa keakrabannya dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB Menteri Besar Kelantan.

Walaupun dia gagal menggulingkan Tengku Razaleigh Hamzah didalam pilihanraya umum 1999, kejayaan PAS mempertahankan Kelantan dengan cemerlang membawa keberkatan kepadanya.Tambahan pula sebelum dia menyelak kainnya di Pendang pada tahun 2002, dia dilaporkan sudah berbisik dahulu kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan tindakannya. Lantas apabila dia benar-benar berbuat demikian, bertambahlah keberkatannya disisi Tuan Guru.

Salah seorang anaknya, iaitu Roshaimi Bin Razak terkenal rapat dengan seorang anak Nik Abdul Aziz dan juga seorang exco dalam pentadbiran Nik Abdul Aziz. Baru-baru ini pula desas-desus kencang berkata menantu Nik Aziz, Almenantunya Ariffahmi pula telah masuk kongsi perniagaan dengan insan yang terkenal dengan panggilan Chegu Mie ini.

Khabarnya pula, mereka berdua akan menyewa di bawah pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, elok juga kita fahami serba sedikit modus operandi geng balak di Kelantan. Ia adalah satu usahasama Ali dan Baba yang boleh dibanggakan. Selalunya Ali akan menubuhkan syarikat dengan beberapa orang baba. Ali mestilah seorang yang rapat dengan salah seorang exco yang duduk di dalam jawatankuasa balak kerana hanya setelah surat permohonan mereka diminit oleh salah seorang exco barulah ianya boleh diangkat ke peringkat seterusnya.

Bagi mendapatkan kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar pula, Ali dan Baba perlu berjanji untuk menderma sejumlah wang kepada Parti.

Apabila Ali berjaya mendapatkan kelulusan itu, dia akan menjual syarikat dan segala konsesi yang diperolehi oleh syarikat itu kepada Baba. Baba akan membayar sejumlah wang yang akan Ali kongsikan bersama rakannya dan juga untuk Ali gunakan untuk menderma kepada Ahli Politik dari parti politik.

Wang itu pula jika sampai ke tangan Ahli Politik ia akan terus disimpan diluar Parti untuk aktiviti parti apabila diminta. Namun begitu, ketirisan berlaku dimana-mana dan ianya tidaklah selalunya berakhir dengan begitu sempurna. Bahkan kadang-kadang ada sesetengah Ali yang menulis pula surat kepada exco tertentu minta dibatalkan perjanjian derma mereka.

Memandangkan wang-wang ini sama ada yang diterima oleh Ali atau yang didermakan kepada Ahli Politik selalunya dirahsiakan maka tiada ketelusan didalam pengurusannya.

Seringkali juga orang tengah yang juga merupakan Ahli Parti yang berjawatan melarikan wang itu kerana mereka tahu mereka tidak akan didakwa. Terdapat satu insiden dimana orang tengah telah melarikan wang berjumlah RM82,000 ke Kuala Lumpur untuk membeli sebuah Mercedes Benz second hand secara tunai.

Memandangkan Parti memerlukan sumber kewangan ini maka beberapa Exco atau Ahli Dewan Harian telah diamanahkan untuk mencari wang menerusi cara begini dan sebab itulah kita akan sering mendapati orang yang amat dipercayainya sahaja yang sering mendapat konsesi balak di Kelantan.

Baca selanjutnya di sini.

TERLIBAT Kemalangan Maut : Bang Nuar dan Tian Chua buat dek saja..



Datuk kepada mangsa yang terlibat kemalangan maut menyifatkan bahawa, beliau kesal kerana Anwar seolah-olah tidak pedulikan apa yang berlaku kepada cucunya, Mohd Salleh, sedangkan kemalangan itu membabitkan pemimpin PKR ketika dia tidak jauh dari tempat kejadian.

"Ini soal membabitkan nyawa manusia. Usahkan dia (Anwar) datang jenguk di hospital, bertanyakan khabar berita atau ucap takziah tanda simpati pun tiada.

"Kejadian yang menimpa keluarga saya ini..... dia tahu pendokong kuat (Tian Chua) dan rakannya terbabit dalam kemalangan, tetapi dia tetap meneruskan perjalanan ke Mersing tanpa pedulikan apa yang berlaku kepada mangsa.

"Apa salahnya dia berhenti, lawat mangsa atau berjumpa keluarga kami. Ini jenis orang yang pentingkan diri!" luahnya kesal kepada sekumpulan pemberita.

Dalam kejadian di kilometer 49, Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran hutan lipur Panti, kira-kira 9 malam kelmarin, Prebet Mohd Salleh Hamdan, 23, terputus tangan kanan dan terkoyak hampir putus di bahagian belangkang kanan, meninggal dunia dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Kereta Mercedes Benz di pandu Ketua Penerangan PKR Bahagian Batu, Kuala Lumpur, dikatakan berkonvoi bersama kereta dinaiki Anwar, dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal jenis yamaha LC135 ditunggani mangsa.

Ghoswiter: Nampak sangat Bang Nuar hanya pentingkan politik untuk diri sendiri. Bukan kepada mangsa yang yang meniti saat nak mati. CERAMAH PENTING!!! MANGSA DAH NAK MATI!! SANGGUP TINGGALKAN MANGSA SENDIRI!! ADAKAH INI PEMIMPIN YANG KITA CARI?

Bila LGE komunis berceramah.......

Sebagai rakyat yang berasal dari Penang, memang aku malu dengan pilihan LGE sebagai Ketua Menteri. Tak payah cakap apa. Bukan takat aku, semua orang dah mula perasan dengan LGE yang racist ini dan memang komunis. Orang cakap gambar menceritakan seribu makna, nak angpa tengok dan tafsir sendiri. Banyaknya kerusi kosong dalam dewan yang besar. Apa makna ini? Adakah LGE patut jadi KM Penang lagi? Atau menikmati pencen awal? Kalu takat yang mai cuma sedara mara dan juak PAS, PKR dan DAP buatpa? Mana dia Rakyat Marhean yang lain? Bukti Rakyat Penang semua dah menyampah ngan LGE.

Gambar ini diambil semasa LGE menghadiri sebuah program di Dewan di Balik Pulau.

Agak tidak keterlaluan kita menyatakan kehadiran tetamu yang terlalu kurang ini boleh dijadikan indikator bahawa semakin ramai rakyat menolak DAP di Pulau Pinang?

Dikhabarkan program-program lain yang dihadiri Lim Guan eng semakin hari semakin kurang sambutan dari rakyat Pulau Pinang melainkan ceramah-ceramah penipu yang majoritinya dihadiri melayu totok PAS dan PKR yang sebahagiannya terdiri orang luar.

Dari pemantauan dan perbualan kami, kedengaran agak ramai kaum cina dan india yang mula kurang percaya dengan retorik pentadbiran LGE orang Melaka yang menjadi KM Pulau Pinang

‘Semboyan Halilintar ke Putrajaya’


Inilah Pakatan Rakyat
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban Untuk merosakkan pertiwi

Sebelum CIFU berjaya
Jangan harap CIFU pulang
Inilah sumpah CIFU kita
Menuju ke Putrajaya

Andai kata CIFU gugur jua

Lawatlah CIFU kat Penjara
PAS mohon doa
CIFU berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju ke Sungai Buluh jua....



Pakatan Rakyat hari ini berbunyi kembali hasrat mahu ke Putrajaya. Justeru, Slogan 'Semboyan Halilintar ke Putrajaya' telah dicetuskan. Ini merupakan harapan palsu yang cuba diberikan selepas harapan 16 Sept berjaya dibohongi.

Ketua Umumnya, CIFU sendiri walaupun berhadapan dengan kes liwat, terus diberikan sokongan oleh DAPig dan PAS. Dengan melantik CIFU, Pakatan reban percaya dan terus percaya bahawa mereka bakal ke Putrajaya. Tapi tahla bila agaknya.

CIFU juga sempat berkata bahawa, CIFU amat yakin Pakatan Reban akan menjalinkan lebih banyak hubungan liwatnya dengan misi menubuhkan kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang. Kerajaan CIFU hanya di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sungai Buluh sahaja.

Untuk itu, Strategi CIFU adalah dengan mengedarkan VCD Dr Yusof Qaradawi dan melaungkan bahawa isu liwat yang menimpanya merupakan konspirasi politik yang cuba menjatuhkannya di setiap cermah yang dihadirinya. Sasaran Utamanya ialah Najib dan Rosmah.

Walaubagaimanapun, CIFU akan kuat melatah dengan berlagak seperti orang tidak bersalah, namun disebalik tingkah lakunya seperti cacing kepanasan. Ini terbukti apabila tertuduh memohon supaya prosiding kes liwatnya dijalankan secara tertutup. Jika CIFU tidak bersalah kenapa perlu malu?

Banyak lagi berita berkenaan CIFU akan dibawakan. Teruskan bersama ohpolitik untuk mendapatkan laporan yang agak pelik tapi itulah kebenarannya.

AMK Berlagak HERO nak selamatkan 'CIFU'


ghostwriter: Adakah 'CIFU' akan dapat diselamatkan dengan tindakan berani ala-ala pom-pom gurl AMK ini? Sama-samalah kita saksikan yer..

Ghani Ahmad, Tan Chow Kang muka baru Exco Kedah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Hitam, Abdul Ghani Ahmad dan ADUN Sidam, Tan Chow Kang merupakan dua muka baru yang membarisi senarai Exco Kerajaan Negeri Kedah apabila senarai itu diumumkan di sini hari ini.

Mereka yang digugurkan pula ialah Abdullah Jusuh (ADUN Pantai Merdeka) dan Tan Wei Xu (Bakar Arang), manakala lapan lagi penyandang dilantik semula ke jawatan itu untuk tempoh setahun lagi.

Majlis mengangkat sumpah pelantikan akan dilakukan di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini hari ini. – Utusan

update:
Manakala suasana akan sedikit berbeza di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia Isnin ni. Ini kerana Zulklifi (Kulim-Bandar Baharu), Datuk Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Samsuri (Bagan Serai) and Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas) akan mewakili bebas.

Bangkok laksana ISA? : Malaysia dah lama dah ada ISA....


(klik pada gambar untuk baca berita selanjutnya)



ghostwriter : Apa pula alasan Pakatan Rakyat? Malaysia dah lama dah laksana ISA. Bangkok baru nak laksana. Mungkinkah akan banyak lagi negara akan turut melaksanakan ISA? Tentunya ada sebab-sebab keselamatan yang melayakkan ISA dilaksanakan. Saya blogger menyokong terus pelaksanakan ISA di Malaysia demi keamanan dan keselamatan sejagat.

ZUL tarik Diri WAKILI Anwar dalam permohonan qazaf

ZULKIFLI NOORDIN & ASSOCIATES
ZULKIFLI BIN NOORDIN LL.B (Wellington)
____________________________________________________________
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA ADVOCATES & SOLICITORS PEGUAM SYARIE

Ruj. Kami : DSAI/MTSWP/QAZAF
Ruj. Tuan : MTSWP-14100-099-0012-2010

Selasa: 23 Rabi’ul Awal 1431 / 09 Mac 2010

Pendaftar
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekuatan
Jalan Damansara
Kuala Lumpur Fax: 03-22740136/ POS

Tuan

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH W.P
PERMOHONAN NO: 14100-099-0012-2010
DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM –v- SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN DLL

Perkara diatas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa berdasarkan kedudukan mutakhir yang sedia dimaklumi, saya tidak bersedia meneruskan perwakilan mewakili YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim bagi kes permohonan di atas. Saya dengan ini memaklumkan menarik diri dan terhenti daripada mewakili dan/ atau bertindak sebagai peguam syarie YB Dato’ Sei Anwar Bin Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Dilampirkan sesalinan Borang MS 8 untuk tindakan lanjut pihak tuan. Oleh itu, saya pohon kebenaran pihak tuan untuk kemaafan tidak hadir pada sebutan kes ini yang dijadualkan pada hari Rabu 24 Rabi’ul Awal 1431 / 10 Mac 2010.

Sekian untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak tuan.

Yang benar

(ditandatangani)
Zulkifli Bin Noordin

s.k
1. Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi
2. Tetuan Zainul Rijal & Associates
3. YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


BORANG MS 8

AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(Seksyen 38)
________________________________________________________

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
DI WILAYAH PERSEKUTUAN DI KUALA LUMPUR

PERMOHONAN NO: 14100 – 099 – 0012 – 2010

ANTARA

DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM …PEMOHON

DAN

1. SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN
Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan

2. DATO’ HJ. CHE’ MAT BIN CHE’ ALI
Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

3. MEJAR JENERAL DATO’ HJ. JAMIL KHIR BAHAROM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri …RESPONDEN

NOTIS PENARIKAN DIRI PEGUAM SYARIE

Kepada Pendaftar
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

AMBIL PERHATIAN BAHAWA saya ZULKIFLI BIN NOORDIN Peguam Syarie bagi Pemohon Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim diatas dengan ini menarik diri dan terhenti menjadi Peguam Syarie yang bertindak bagi Pemohon yang tersebut di dalam prosiding yang disebut di atas.

Bertarikh pada 22 Rabi’ul Awal 1431 bersamaan 09 Mac 2010

(ditandatangani)
………………………
(Peguam Syarie)


Kepada:

1. Peguamcara Pemohon Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi

2. Kepada Responden-Responden melalui Peguamcaranya
Tetuan Zainul Rijal & Associates


NOTIS ini dikeluarkan ZULKIFLI BIN NOORDIN daripada Tetuan Zulkifli Noordin & Associates di Tingkat 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur

Bang Nuar 'The Movie' : CIFU



Sudah dijangkakan, VCD Bang Nuar 'The Movie" : CIFU akan berada di pasaran. Ini adalah jalan terakhir bang Nuar bagi meraih simpati rakyat dengan mengatakan bahawa ini semua merupakan 'konspirasi politik'. Tanpa merasa jelak dengan perbuatan sendiri, Bang Nuar yang juga pelakon utama dalam filem berkenaan dibantu oleh 'firaun kecil'. Turut membintangi filem berkenaan, pelakon wanita terbaik yang memenangi anugerah Oscar iaitu Isteri bang Nuar sendiri.
Boleh didapati di pasaran sama ada dijual di Gerai tepi jalan atau secara percuma. Sian Bang Nuar.. So dapatkan VCD ini dan simpatilah kepada Bang Nuar. Halalkan lah 'CIFU' dalam hidup anda...Filem ini adalah terbitan GELI (GERAKAN ANTI LIWAT).

Amaran KERAS dari PAS kepada "fella"

Enough syeih….lu sudah jadi mcm org tak berpendirian dan berprinsip. Dulu lu puji melangit Tok guru, sekarang lu perlekeh dia. Lu tak puas hati apa lagi ? Lu ingat masa ceramah royalti di stadium baru2 ni, lu tengok puluhan ribu manusia menadah tangan pd Tuhan Pemilik ALam ni, lu nak ke gua cadang, supaya buat solat hajat kat manusia mcm lu ni ? lu sorang saja yg nak perlekeh tokguru, di belakang tokguru puluhan ribu manusia. Lu rasa lu betul ke, tokguru yg betul ?

Lu bukan jatuhkan TGNA saja, lu bakal jatuhkan kerajaan yg cuba nak laksanakan Islam di kelantan, isu PMBK lu dah berjaya betulkan, tindakan dah diambil kepada AAF, dia dah terima hukuman, lu nak apa lagi.

Lu jangan main syeih, Tok Guru nik aziz mungkin tersilap dlm isu melantik menantunya, dia juga manusia biasa, tak lepas dr kesilapan, tapi gua yakin dia dah minta ampun pd ALlah SWT. Tok Guru ni bangunnnya seawal 4 pagi, bertahajud, membaca Quran di waktu sahur, tidak pernah meninggalkan solat dhuha, tidak pernah meninggalkan solat berjemaah, dan tidak pernah meninggalkan solat sunat badiyah dan kobliyah.

Lu apa ada ? Seluar pendek lu, isap rokok lu dan isteri lu yg free hair. Gua bukan nak hina lu beb, tapi lu sedar la diri sikit. Lu dekat dgn dato husam dulu, gua suka sbb lu duduk dlm kalangan org2 PAS yg jaga syariat, gua harap lu akan berubah bila lama dlm PAS. Sekarang lu dah blah, gua tak pasti lu boleh ubah atau tidak cara hidup lu…takkan kerana Arif Fahmi lu nak kata semua org PAS jahat.

Lu cakap sebelum ni lu ni suka integriti, suka prinsip, tapi sekarang lu serang Tok Guru gua dengan FITNAH !!!!integriti dan prinsip korok kering apo.

LU INGAT SYEH, KAMI ORANG2 PAS ADA PEDANG MALAM, JANGAN SAMPAI LU DITIMPA MUSIBAH ATAS PERBUATAN2 LU INI…

GUA BAGI AMARAN, KALAU LU TERUSKAN PENULISAN MENGHENTAM TOK GURU KAMI, LU TUNGGULAH BALASAN DARI LANGIT. GUA TAKDE MASA NAK GI BALING KAPAK KAT UMAH LU, CUKUP GUA DOA DARI RUMAH DI SEPERTIGA MALAM. LU TUNGGU LA SAAT KEJATUHAN LU….BAIK LU TARIK BALIK SEGALA KENYATAAN BURUK PD TOKGURU NIK AZIZ.
selanjutnya di sini.
ghostwriter : Inilah dia PAS yang mengaku Islam..Islamnya PAS menggunakan bahasa 'lu' dan 'gua'...Bukan 'ana' lagi...Bila bersenggeta sesama dulunya kawan kini lawan terus berdoa pohon jatuhkan bala. Jika difikirkan rasionalnya pun dari akal yang waras boleh difikirkan, Allah suka ker kita berdoa pohon bala dan senggeta? Adakah doa seperti ini akan dimakbulkan? Kenapa doa seperti ini ada dalam sebuah parti yang menggelarkan Parti Islam? Islamkah kita jika kita mendoakan senggeta dan bala? Anda fikirkan sendiri.

Setelah Genap 2 tahun : Mana dia Janji elaun ibu Tunggal Pakatan Rakyat?

"Tidak ada.. tidak ada langsung."

Itulah ungkapan yang dikeluarkan kebanyakan ibu tunggal di negeri Selangor apabila ditanya sama ada kerajaan negeri menyalurkan bantuan kebajikan kepada golongan itu seperti yang pernah dijanjikan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Rata-rata mereka menyifatkan janji kerajaan negeri yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka itu hanyalah 'janji kosong' semata-mata.

Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor (Anggerik Murni), Nortini Kasman, kerajaan negeri Selangor dilihat banyak mengabaikan soal kebajikan ibu tunggal dalam program pembangunan yang dilaksanakan ketika ini.

Malah, katanya, janji dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang untuk memberikan elaun khas kepada ibu tunggal juga hanyalah satu harapan kosong.

"Kami (golongan ibu tunggal) ini bukannya suka nak meminta-minta. Akan tetapi kalau kerajaan negeri telah berjanji untuk beri bantuan, sepatutnya mereka tunaikan.

"Akan tetapi sehingga hari ini tiada sebarang bantuan atau elaun diberikan oleh kerajaan negeri untuk membantu mengurangkan bebanan kami.

"Malah, kerajaan negeri juga sejak mula mentadbir Selangor tidak pernah menjenguk golongan ibu tunggal di Selangor ini apatah lagi tawarkan bantuan atau kerjasama kepada kami
,"
katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status pemberian elaun khas kepada ibu tunggal yang dijanjikan oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang melalui manifesto pilihan raya umum lalu.

Tambah Nortini, ketika ini golongan ibu tunggal yang berdaftar di bawah Anggerik Murni banyak bergantung antara satu sama lain bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti sampingan bagi meningkatkan taraf ekonomi serta menyara keluarga masing-masing.

"Kebanyakan golongan ibu tunggal ini mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan. Cuma apa yang kita lakukan kita kumpul dana sendiri hasil daripada kutipan yuran persatuan untuk adakan program dan aktiviti tingkatkan pendapatan kami.

"Kalau ada program bantuan dan sokongan pun, kita hanya terima daripada pihak kementerian dan agensi Kerajaan Pusat, bukannya daripada kerajaan negeri,"
jelasnya.

Pandangan yang sama turut diberikan oleh Mohani Haron, 62, yang juga seorang ibu tunggal di Kapar, Klang yang menyatakan rasa kesal dengan kerajaan negeri yang 'bercakap kosong' dalam soal menjaga kebajikan ibu tunggal.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan negeri, adalah tanggungjawab PKR, DAP dan Pas untuk membantu rakyat seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini.

"Kerajaan negeri buat janji, laksanakanlah, tak kan nak tunggu rakyat mohon, desak baru nak buat. Kalau tak mampu, jangan buat janji," katanya yang kini menjalankan aktiviti jahitan bagi menyara keluarganya.

Dalam pada itu, seorang lagi ibu tunggal, Zatina Zainuddin, 49, berkata, beliau sebenarnya tidak terlalu berharap mengenai pembayaran elaun kepada golongan senasib dengannya kerana mengetahui perkara tersebut tidak mungkin berlaku.

Ini kerana, katanya, sekiranya kerajaan negeri bersungguh-sungguh mahu menyalurkan elaun berkenaan, sudah tentu usaha tersebut dilakukan sebaik sahaja pakatan pembangkang mentadbir Selangor.

"Sekarang dah masuk dua tahun, tidak ada apa-apa pun kita dengar mengenai bayaran elaun kepada ibu tunggal. Jangan kata kerajaan negeri nak jumpa golongan seperti kita ini, bertanya khabar pun tak ada langsung," ujarnya.
ghostwriter : Kesian ibu tunggal... Sudah la hidup berdikari seorang diri dalam membesarkan anak-anak sehingga ke tahap yang tinggi, dapat kerajaan pula yang hanya pandai menaburi janji....

Rakyat Penang mengaku : Lim buta sejarah!!


MUKADIMAH

SEMALAM genaplah dua tahun, tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008 berada dalam genggaman pakatan pembangkang.Kedah diketuai oleh Pas, Pulau Pinang (DAP) dan Selangor (PKR). Jika sebelum ini apabila genap setahun memerintah, mereka menganggap tidak wajar kepimpinan mereka dinilai kerana dianggap masih baru tetapi bagaimana setelah dua tahun?Apakah segala yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya lalu sudah ditunaikan? Atau ia sekadar janji kosong bagi meraih undi dan kekuasaan?
Lama juga aku tak buat posting..biasala aku balik ke kampung halaman, disamping mencari mood baru untuk menaikkan lagi blog ini. Kesempatan juga diambil bagi aku untuk mendapatkan makluman mengenai keadaan situasi politik di Penang. Dari perbualan biasa yang dapat aku gambarkan di sini, rakyat Pulau Pinang terutamanya melayu sekitar Balik Pulau dan Teluk Kumbar sangat kecewa di bawah pimpinan LIM. Apa yang mereka gambarkan kepada aku adalah bagaimana seorang yang bernama LIM boleh layak bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang? "Apa dia tak blaja sejarah? Buta Perlembagaan Negara punya LIM?"

Kiranya bukan omong kosong yang di bawa oleh berita sekarang. Kerajaan LIM DAPIG memang racist! Tidak menghormati hak orang melayu di Pulau Pinang. Semalam berita nak habiskan duit rakyat dengan hendak membina PICC di Penang. Yang Jelas, Penang memang telah mempunyai Pusat Konvensyennya yang tersendiri. Mengapa perlu membazir pada Pusat Konvensyen yang hanya jarang-jarang sekali digunakan? Dah ada yang swasta, nak membazir buat apa lagi? Nak buat konvensyen apa? Konvensyen pakatan rakyat?

Rupanya bukan senang nak jadi kerajaan yer? Dulu masa BN memerintah, itu ini depa gebang kata kerajaan BN membazir duit rakyat, la kena kat batang hidup depa, baru ada akai. Cuba bagitau alasan yang kukuh, kenapa perlunya ada Pusat Konvensyen lagi sedangkan yang sekarang dah ada. Kenapa hak melayu di Pulau Pinang dibuat endah tak endah sahaja? Jika benar Pulau Pinang badar bertaraf dunia, kenapa Masjid di sekitar Pulau Pinang kelihatan doif? Di mana PAS yang mengaku Islamnya punya peranan? Takkan tunduk di bawah payung naungan DAPIG?

REPORT POLIS: TGNA kencing berdiri, Penyokongnya kencing berlari


Umno Bahagian Ampang hari ini membuat laporan polis mengenai kenyataan berbentuk penghinaan dalam laman web sosial, Facebook yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berkaitan kematian Ketua Puteri bahagian itu, Haslinda Zerain, baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Ismail Kijo berpendapat kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki itu biadab dan tidak boleh dimaafkan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya merasakan kenyataan itu biadab, manusia yang tidak bertamadun telah menghina seorang ketua Puteri yang banyak berjuang dalam parti dan telah kembali ke rahmahtullah dan beliau sendiri tidak berkemampuan untuk meminta maaf," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, beliau tidak mengenali lelaki berkenaan dan lelaki itu mendakwa adalah ahli PAS dan berasal dari Pasir Tumboh, Kelantan.

Sementara itu, pemangku Ketua Puteri bahagian itu, Salwa Yunus berkata, beliau menerima panggilan pada Sabtu lalu daripada seorang wakil Puteri peringkat negeri memaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya yang meragui perkara itu cuba menyemak komen itu pada pagi ini namun sudah dipadamkan oleh lelaki terbabit pada Ahad lalu kerana mendapat kecaman hebat daripada orang ramai," katanya.

Haslinda, 37, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat sakit jantung dan beliau menjadi Ketua Puteri Umno bahagian Ampang sejak penubuhannya pada tahun 2001.

Haslinda pernah bertanding di atas tiket BN pada pilihan raya umum pada 2008 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, namun kalah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.
Bernama

ghostwriter : Kalu berdosa dengan orang, kena mohon maaf dengan orang tersebut. Rasanya macamana si pesalah ini nak minta maaf dengan Haslinda?

LOMPAT punya pasal : mula cari alasan


Hai macam-macam hal la si PKR ni. Dulu masa kes Bayan Baru lompat, si *CIFU* bagi alasan yang dia salah pilih calon bagi mewakili PKR. Dalam minggu ni ada lagi JAKUN (fatwa TGNA) yang melompat. Penanti dan Nibong Tebal pulak memaling tadah. Melompat klua PKR.

Apa yang best, alasan mula tercipta. Bunyinya macam ayat penyedap hati dan juga bagi menunjukkan yang kononnya PKR ni masih kukuh dan teguh.


"Lompatnya dua ahli PKR ini merupakan PEMBERSIHAN DALAMAN PKR"

Hai... takkan tak ada angin pokok boleh bergoyang? konfik dah makin parah. PKR dah makin goyah. Apa lagi, YB PKR yang len, takkan nak tggu sampai *CIFU* masuk dalam? JOM kita lompat lagi, biar *CIFU* klua kenyataan len plak lepas ni..hahahha!!

Lagi Geng PKR LOMPAT : Kecewa dengan *CIFU*

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas berkuat kuasa serta-merta.

Beliau keluar parti dengan alasan "kecewa dengan kepimpinan parti itu".

Pucuk pimpinan negeri Pulau Pinang Dikertuai oleh orang Melaka. Memangla bermasalah. Pucuk Pimpinan PKR plak di ketuai oleh Bang Nuar yang sememangnya sudah tidak lama lagi masukla ke dalam. Agaknya bagaimanakah masa depan Pakatan Rakyat dan PKR terutamanya. adakah ramalan ghostwriter sebelum ini akan menjadi kenyataan? Kita tunggu dan lihat pekembangan *CIFU* ini.

Giliran Fairus LOMPAT : KeADILan semakin ter*CIFU*!!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin semalam mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

Menurut beliau keputusan berkenaan dibuat atas dasar hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

"Saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa dan negara serta kepentingan rakyat malaysia, saya mengumumkan penyertaan saya dalam umno dan Barisan Nasional (BN).

"Oleh yang demikian dengan rasmi saya keluar daripada PKR atas dasar hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti tersebut," katanya pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini malam tadi.

Pengumuman bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut dibuat selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik tanah air.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219.

Bagaimanapun beliau meletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April 2009 dan sebagai ADUN Penanti pada 16 April tahun yang sama atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.

Menurut Mohammad Fairus, beliau mengambil keputusan meningalkan PKR kerana parti itu dilihat tidak konsisten dalam mempertahankan agama dan bangsa Melayu.

"Kemuncak batas kesabaran saya ialah apabila isu kalimah Allah timbul, saya memantau setiap kenyataan pemimpin yang ada di Malaysia tanpa mengambil kira parti politik.

"Tapi bila lihat kenyataan pucuk pimpinan dan kenyataan rasmi PKR, ianya amat mendukacitakan... tenyata mereka begitu longgar mempertahankan perkara sepenting itu dan sedasar itu," katanya.

Pertengahan bulan lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya yang dikaitkan dengan aktiviti kuari haram di Pulau Pinang.

Kes berkenaan antara lapan kes berprofil tinggi yang ditutup SPRM.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya berkata, beliau sebagai Presiden Umno menerima penyertaan Mohammad Fairus dengan senang hati.

Katanya, beliau menyedari tindakan Mohammad Fairus menyertai Umno adalah atas dasar prinsip perjuangan dan bukan kerana jawatan.

"Kami terima dengan senang hati kerana saya tahu bahawa Fairus mengambil keputusan ini atas soal prinsip dan dasar (perjuangan), bukan kerana jawatan, bukan kerana ganjaran.

Selain itu Najib juga menyatakan keyakinan bahawa Mohammad Fairus mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada Umno.

"Selamat datang Fairus... kita akan jaga dia dengan baik, saya percaya dia boleh bagi sumbangan yang besar kepada Umno untuk membela nusa dan bangsa," katanya.

Tambah Najib lagi, tindakan Mohammad Fairus itu membuktikan PKR gagal mempertahankan prinsip untuk memartabatkan agama Islam.

"Fairus sudah hilang kepercayaan kepada PKR kerana parti itu gagal mempertahankan apa yang dianggap sebagai soal prinsip.

"Prinsip yang paling penting ialah maruah dan martabat agama Islam, dalam hal ini dia berpendapat PKR gagal berbuat demikian," katanya.

sumber mstar


Ghostwriter: Keadilan terserlah dalam pentadbiran Sosialist Melaka di Pulau Pinang. Aku nak tengok apa pula Fatwa TGNA dan Bang Nuar selepas ini....