“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.
Selepas menerima persahabatan dengan DAP atas alasan keikhlasan DAP menerima perjuangan PAS, sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun Syaitan ingin mendampingi.
Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,
PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.
Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:
5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,
5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam.
Nik Aziz hadir di dalam mesyuarat tersebut sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Menurut salah seorang saksi yang hadir di dalam mesyuarat yang bertempat di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Nik Aziz menentang kerjasama dengan DAP dan mana-mana Parti Politik yang tidak ‘Islamik’ berdasarkan ‘ketinggian’ ilmu agamanya.
Pandangan Nik Aziz itu konsisten dengan pendirian lampau PAS berdasarkan kenyataan pada 3 April 1982 yang di buat oleh Yang DiPertua PAS ketika itu, Dato’ Asri Che Muda yang pernah menafikan pendedahan Timbalan Presiden UMNO Musa Hitam bahawa wujud ‘unholy alliance’ antara PAS-DAP.
‘Tok Guru Haji Lah Geting’ atau namanya Tok Guru Abdullah Sa’amah adalah antara Tok Guru Pondok yang masyhur di Kelantan dan hari ini telah dengan lantang bangkit menentang Nik Aziz menerusi penulisannya dan sessi-sessi ceramah di Kelantan.
Penentangan yang dari Tok Guru Haji Lah adalah berdasarkan ‘kesesatan demi kesesatan Nik Aziz’ yang dianggapnya sanggup ‘memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu.’
Di dalam salah satu tulisannya yang muncul di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Guru Haji Lah menulis,
‘Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam’.
Seterusnya Tok Guru Haji Lah menambah,
“Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan.
“Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.
Hari ini diatas kelantangan Tok Guru Haji Lah menentang ‘ajaran-ajaran sesat’ Nik Aziz, pelbagai sekatan telah dipaksakan ke atasnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah di masjid-masjid di Negeri Kelantan. Bahkan sesiapa yang menghadiri kuliah Tok Guru Haji Lah akan disekat daripada menerima bantuan Kerajaan Negeri Kelantan.
Tok Guru Haji Lah juga turut menulis,
“Saya amat yakin perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika dibawah kerajaan boneka DAP.
“Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala PAS mengikut membabi-buta sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.