MESTI TONTON!!! Kroni PAS Kelantan : "Ore semua deki kek anakda"

Ariffahmi adalah lelaki terbaik di Kelantan?? nak tahu selanjutnya? Jom tonton.

Sedutan dari video.

"Dalam aktiviti saraf ni, bila kita melemahkan, kita menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan persepsi yang boleh melemahkan presiden UMNO waktu itu, Perdana Menteri Malaysia. Bererti kita mengambil beberapa elemen yang kemudiaan kita pusingkan supaya nampak kita lebih baik, dia tidak baik. Jadi benda itu yang kita lakukan. Untuk menumbangkan musuh selalunya lebih mudah kita menyerang kepada pimpinannya."

"Bagi saya munafiklah orang PAS, kalu dia tidak mengaku bahawa PAS buat segala yang UMNO buat.....Apa yang PAS tuduh UMNO buat, semua PAS buat. PAS bayar tiket, beli tiket untuk pengundi di Sabah dan Sarawak balik mengundi di Kelantan. Kita bayar, kita keluarkan duit, kita bayar untuk orang mengundi, orang datang mengundi, pengundi datang ambil duit dari rumah pimpinan PAS. Kita buat. Saya sendiri jadi saksi tengok. Benda-benda itu kita bagi duit kepada orang dan sebagainya. Kita daftar pengundi, kita daftar buk balik, kita pindah pengundi, termasuklah aktiviti geraksaraf. Tetapi mengapa mereka cuba menafikan? Senang bagi mereka untuk menuduh orang munafik, tetapi dalam masa yang sama saya rasa mereka melakukan benda yang sama"

"Yang menimbulkan misteri ialah pimpinan PAS sendiri cuba mengelak dari menjawab, tidak mahu mengaku, itu yang merupakan misteri, saya rasa mengapa mereka mengelak seolah-olah mereka tidak tahu menjawab dari mana datangnya duit 4 Juta itu."

"...dalam laporan itu jelas mengatakan PAS gagal dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam kepimpinannya. Dan Dasar Membangun bersama Islam itu sendiri gagal diakui oleh PAS...."

"..Pengurusannya lemah, sebab mereka tidak mahu mengambil pengurusan secara profesional. Mereka mahu orang-orang PAS sendiri yang mengurus sebab pada mereka orang-orang PAS itu lebih Islam daripada orang-orang lain. Sebenarnya dasar yang sama mereka mahu "kek" ini kekayaan ini dikongsi mereka sahaja. Bukan kepada masyarakat. Jadi, ini antara sebab-sebab gagalnya aktiviti-aktiviti kerajaan negeri. Kemudiannya dibuat dengan ketiadaan ketelusan. Tiada tender terbuka dibuat, contohnya, Projek Bazar TokGuru. Yang mana menantu menteri Besar sendir membuat keputusan sendiri tidak membawa kepada ahli jawatankuasa penasihat PMBK...."

"Bukan lagi budaya, dah jadi satu kewajipan, siapa yang nak dapat projek dari Kerajaan Negeri Kelantan perlu berjanji untuk menderma sekian-sekian..."

Siapa kata takkan Melayu hilang di Dunia? Undi pun tak daftar!!!


Rasanya kita biasa mendengar madah kata ini "Takkan Melayu hilang di Dunia". Namun realiti disebalik madah ini perlu kita tenung sejenak. Ini kerana Melayu pastinya akan hilang di dunia bila hak dan keistimewaannya hilang dek kerana gagal mendaftar undi.

Kenapa aku mengatakan begitu? Semalam aku ada terbaca di BH. HASIL kajian mengenai nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pemilih baru seperti didedahkan akhbar ini kelmarin sepatutnya menimbulkan kesedaran dan perasaan bimbang mengenai masa depan kuasa politik orang Melayu. 

Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO itu yang mendapati nisbah 1 Melayu dan 40 bukan Melayu mendaftar sebagai pemilih baru, harus dipandang serius semua pihak, khususnya pemimpin tertinggi dalam UMNO, jika ingin melihat bangsa Melayu terus kekal berkuasa dan memegang tampuk pemerintahan di negara ini. Perkembangan terbaru itu menuntut kita bermuhasabah mengenai nasib, masa depan dan kelangsungan kuasa di negara ini, khususnya selepas Pilihan Raya Umum akan datang. 

Kesannya bukan setakat bertukar kerajaan sahaja, tetapi status majoriti bangsa melayu juga pasti akan bertukar kepada cina. Jelas sekali bila jumlah pengundi di sesuatu kawasan Parlimen tersebut didaftarkan sebagai kaum cina lebih ramai, tentunya wakil dari kaum cina akan dinaikkan sebagai calon walaupun pada dasarnya melayu adalah kaum majoriti. 

Daftar mengundi melayakkan kaum cina untuk memenangi kaumnnya sekali gus membawa suara cina yang lebih di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Jika terjadilah suara kaum cina tidak mengira parti hanya melebihi 2 kerusi sahaja dalam Dewan Rakyat, maka segala keputusan dasar kerajaan mahupun hak keistimewaan orang melayu akan terpadam.

Segalanya mungkin, jika kita hari ini masih enak dibuai mimpi dan gagal bertindak sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak bagi memilih pemimpin bagi membawa suara rakyat dan keputusan bagi masa depan orang Melayu. 

Aku dapat banyak respon mengatakan bahawa ramai pengundi muda melayu sudah jelak dengan PR dan kurang mempercayai UMNO. Jika kita kurang mempercayai perjuangan UMNO hatta tidak mempercayai PR pun, aku disini ingin mengaja semua bangsaku supaya mendaftar undi. Dengan mendaftar undi dan membuang undi, hak anda akan terjaga. 

Wahai Melayu, renungla sejenak, kita bersenggeta, cina ketawa, kita lupa hak kita, cina pasti akan mengambilnya, kita leka dengan kata-kata dusta, cina tunggu untuk naik tahta.... Akhir kata : Politik melayu perlu bersatu, pengundi melayu perlu daftar bagi bersuara, jagalah hak kita, jangan sampai Malaysia dijadikan seperti Singapura....

ULAMA sertai UMNO : Dicerca dan Digelarkan 40 EKOR??

MAKA, 40 orang (bukan 40 penyamun) budak-budak mengaji agama itu pun memilih untuk bersama dengan gerombolan sekutu Apco Yahudi Laknatullah. Mereka menggelar kumpulan mereka `40 Ulamak' tetapi tidak seekor pun dari mereka yang kita kenal atau popular selaku pendakwah seperti Us Harun Din, Ismail Kamus, Tuan Ibrahim Tuan Man dan paling tidak pun seperti Us Shahril Long mahupun Ustaz Azhar Idrus.

Mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan Ulamak-Ulamak terkenal yang kita sebutkan tadi. Tetapi, jauh juga untuk dibandingkan dengan orang seperti Hj Nakhaei Ahmad, Firdaus Ismail (bekas Imam Besar Masjid Negara) ataupun Mashitah Ibrahim yang terlebih dahulu mencium hangit dan tengitnya parti sekular yang bersekutu dengan Apco itu. Sekiranya Allah membalikkan hati Us Dr Mohd Asri untuk bersama kumpulan 40 ekor itu, mungkin itulah seorang yang boleh kita kenal dan dianggap popular. Tetapi, Alhamdulillah, setakat ini Us Dr Mohd Asri masih dilindungi Allah. Mudah-mudahan kekal begitu.

Sempena dengan kemasukan kumpulan 40 ekor itu ke dalam gerombolan sekutu Apco, maka diistiharkan tiada lesen judi sukan akan dikeluarkan. Itu mungkin pra syarat pertama kumpulan 40. Orang kata sekadar mengambil hati kalau pun tidak untuk memperbodohkan kumpulan 40 ekor itu. Kita jangan terperanjat jika di dalam Pilihanraya Umum akan datang nanti, kumpulan 40 ekor ini adalah bakal calon-calon sekutu Apco untuk menunjukkan bahawa sekutu Apco juga berminat dengan Islam.

Apa alasan kumpulan 40 (sebelum ini dikatakan 100 ekor) untuk bersama-sama `berjihad' dengan sekutu Apco? Alasannya sebiji sama dengan alasan beberapa orang yang berkelulusan agama yang lebih awal diperbodohkan seperti Nakhaei, Firdaus dan Mashitah dan terbaru Jamil Khir. Kesemua mereka ingin men`syahadah'kan parti sekular itu untuk kembali kepada Al-Quran. Hasilnya? Bertambah baikkah atau bertambah teruk? Disaat dua tiga ekor yang ternama itu berada di dalam, pemimpin mereka bercita-cita untuk meluluskan lesen judi sukan. Lesen judi yang lain telah lama ada malah pusat judi terbesar kekal tersergam indah di puncak gunung. Apa yang dua tiga ekor ternama di dalam bidang agama ini mampu buat? Jika yang sudah ternama seperti ini tidak mampu buat apa-apa melainkan cukup bulan makan gaji, adakah kumpulan 40 ekor budak ini boleh buat?

Kita tidak mahu bersangka buruk terhadap kumpulan 40 ekor ini. Kita beri masa kepada kumpulan 40 ini tempoh `berpantang' 40 hari juga. Selepas itu, dalam tempoh 100 hari kita mahu lihat apa perubahan yang berlaku di dalam parti sekular yang mereka sokong itu. Jika di dalam tempoh tersebut mereka gagal untuk menjadi lebih cerdik dari kebanyakan yang jahil di dalam parti yang baru mereka sertai itu, kita nasihatkan kepada mereka kembalilah semula ke pondok atau pengajian agama seandainya mereka masih segan untuk berjuang bersama kita.

Satu perkara yang sering disebut, jika mahu mencuci najis di dalam tong, jangan masuk ke dalam tong najis berkenaan kerana kelak tubuh kita dipenuhi najis.
GHOSTWRITER
Inilah hasil tarbiah dan didikan PAS dan kejayaan PR mengIslamkan blogger2 PR. Yang benarnya ULAMA ini adalah manusia walaupun seperti yang ditulis tidak popular (Adakah untuk menjadi Ulama perlu popular? kalu nak popular baik sertai IMAM MUDA ker, takpun wujudkan realiti TV baru yang diberitajuk ULAMA ker). Bagi mereka yang melihat, dan bijak menilai dari adab dan tutur kata, maka tahu dan bijaklah untuk menirai yang mana permata dan yang mana kaca. Jika dilihat 40 Ulama yang masuk UMNO bukanlah kayu pengukurnya perubahan yang bakal berlaku, ini kerana beratus2 ULARMAK yang ada di dalam PAS hatta PR pun tidak mampu menyatukan melayu dan memberikan tarbiah serta membetulkan Islam malah menyongsangkan lagi dengan pelbagai fatwa bagi membantunya dalam mendapatkan sokongan politik. DAP belum berjaya di"Islam"kan oleh PAS. Berapa ramai DAP dah bersunat hasil tarbiah ULARMAK POPULAR PAS NI??

ULAMA SOKONG UMNO : Tanda awal penyatuan MELAYU!!!

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Seramai 40 orang terdiri daripada ulama muda hari ini menyerahkan borang bagi menganggotai Umno kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penyerahan borang dilakukan di lobi Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno bermula dan turut disaksikan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin serta anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim.

Wakil kumpulan ulama tersebut Dr Fadlan Mohd Othman, 35, berkata penyertaan mereka ke dalam Umno bertujuan untuk bekerjasama dengan parti itu dalam perkara yang berkaitan dengan keagamaan dan kerohanian.

"Banyak perbincangan telah dibuat (mengenai persetujuan untuk menyertai Umno), cuma kita berharap penyertaan ini akan dapat menyemarakkan lagi usaha- usaha keagamaan yang sedia ada dalam parti.

"Kemasukan ini bukan berlandaskan politik dan bukan bertujuan untuk melaga-lagakan mana-mana pihak. Kami optimis terhadap ruang-ruang yang boleh dilaksanakan untuk mendekati dan membina jati diri golongan muda," kata Fadlan yang juga pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada sidang media selepas majlis penyerahan borang itu.

Ditanya mengapa tidak memilih untuk menyertai PAS, Fadlan berkata:"Dalam PAS pun sudah banyak ulama."

Seorang lagi ulama Fathul Bari Mat Jahya, 29, berkata langkah mereka menganggotai Umno itu berikutan janji Umno untuk memastikan pihak ilmuan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah mereka.

"Tawaran seperti ini memang dinantikan oleh sesiapa sahaja. Sebagai seorang penuntut ilmu dan pemberi ilmu memang menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat," katanya.

Beliau yang juga penasihat agama Institut Jantung Negara berkata penyertaan mereka juga membolehkan kumpulan itu memberi cadangan kepada Umno mengenai penambahbaikan program-program keagamaan yang sedia ada.

Sementara itu, Shahidan berkata kehadiran ulama-ulama itu bukan bertujuan untuk mengancam mana-mana pihak tetapi patut dilihat sebagai platform untuk membina golongan muda yang mempunyai jati diri yang positif.

"Ini sedikit sumbangan ke arah membina masa depan yang baik, mereka masuk Umno sebab diberikan ruang berdakwah yang luas dan kemasukan ulama ini bukan bertujuan untuk berlawan," katanya.

Ditanya mengenai ura-ura bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menganggotai Umno, Shahidan berkata Mohd Asri akan menyertai parti itu dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, beliau berkata 10 lagi ulama dijangka menyerahkan borang keanggotaan Umno dalam tempoh terdekat.

-- BERNAMA


GHOSTWRITER
Alhamdulillah, inilah yang kita mahukan... Tanda-tanda awal untuk melayu kembali bersatu. Ulama BERSAMA BN. Pembangunan Kerajaan BN BERSAMA ISLAM TERBUKTI.

PM Anwar di Washington : Mana coverage dari "PaperSAMPAH"?

Anwar-KeithElison
Anwar bertemu ahli Kongres Amerika Syarikat, Keith Maurice Ellison untuk membetulkan salah tanggapan 'tuduhan anti Yahudi'

AIDCNews

Tanpa disedari oleh rakyat Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat untuk membetulkan semula salah tangapan bahawa beliau 'anti semitik' dan 'anti Yahudi' sebelum ini.

Sebelum ini, Anwar telah membuat kenyataan di Malaysiakini bahawa tuduhan yang dilakukan oleh APCO dan Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International adalah tidak benar.
Anwar Sasaran APCO-Malaysiakini 3

"Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka," katanya.

Anwar mendedahkan hari ini bahawa Apco sudah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan satu 'aduan rasmi' kepada International Crisis Group (ICG) - sebuah organisasi yang dianggota Anwar - menuduhnya "anti-Yahudi dan anti-Semitic". Klik di sini

Kenyataan Anwar itu kemudian disusuli dengan lawatan kerja Anwar ke Amerika Syarikat bermula hari ini menemui rangkaian zionis untuk membetulkan salah tanggapan tersebut.

Laporan twitter Anwar sendiri menyebut, beliau kini telah menemui Sir William Cohen, sahabat zionisnya yang banyak menaungi karier politiknya di luar negara dan dalam negara. Sir Wiliam Cohen merupakan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa Presiden Bill Clinton merupakan harapan Anwar untuk membawa mesej ini kepada pentadbiran Amerika Syarikat kerana Cohen dianggap sebagai 'penasihat' kerajaan Demokrat pimpinan Obama.

Dalam laporan twiter itu juga Anwar mengakui telah melobi salah seorang ahli kongres kerajaan Obama iaitu Keith Maurice Ellison. Semasa Anwar menetap di Amerika Syarikat, beliau bekerjasama dengan Keith Ellison untuk melakukan 'reformasi ke dalam dunia Islam'.

Dipercayai, rangka kerja proses lobi Anwar ke Amerika Syarikat tersebut diatur oleh IIIT(International Institute of Islamic Thought), satu badan pemikir yang ditubuhkan oleh Anwar di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat pada tahun 1981.

Dr Jamal Berzinji, juga salah seorang pengasas IIIT merupakan pelobi utama Anwar di Amerika Syarikat. Beliau telah membekalkan salah seorang ahli IIIT, Aazil Kazi Ahmad, menjadi pegawai khas Anwar untuk mempermudahkan proses lobi Anwar di Amerika Syarikat.

GHOSTWRITER

PERDANA MENTERI masa depan Pakatan Rakyat kini berada di Washington. Di manakah dia laporan berita 'paperSAMPAH'?? Takkan tak sanggup nak buka pekung dada sendiri?? Kalu kat Malaysia bukan main lagi pendedahan demi pendedahan. Takkan PM Anwar tak hantar laporan apa dia buat kat sana? Kenapa dia pi sana?? Cuba tanya Bang Nuar, apa hubungan dia dengan Israel mahupun APCO? Takyah putar belit, bagi jawapan terus yer PM Anuar. 

JUDI : Bila Juara Rakyat bersuara....

Sedutan dari blog Roslan SMS

Benarkah judi yang berlesen tidak mendatangkan kesan sosial kepada masyarakat? Benarkah dengan memberikan lesen bermakna kita menghapuskan kegiatan judi haram yang tidak berlesen?

Bahana judi meruntuhkan keluarga dan masyarakat dan ini adalah hakikat yang patut diakui. Rumah tangga dan keluarga berpecah-belah akibat sindrom tahi judi memang diketahui oleh semua. Magnum,Big Sweep, Sports Toto dan lain-lain telah bertahun-tahun dilesenkan tetapi kita masih mendapat berita betapa pihak polis memberkeas kegiatan ekor haram sehingga ramai yang dibuang daerah akibatnya.

Kalau kita mahu bercakap berkenaan hak bukan Islam, mengapa kita tidak mempertahankan hak orang Islam. Rakyat di Kelantan contohnya melalui wakil rakyat mereka telah meluluskan hukum hudud di Kelantan iaitu suatu hak yang diberikan oleh Allah swt ke atas umat Islam. Kenapa pemimpin BN termasuklah yang beragama Islam menyekat dan menghalangnya dari terlaksana? Tidakkah ini menghalang hak asasi umat Islam?

Kita sudah punya banyak lesen judi yang telah diluluskan. Yang ada itupun terus mengundang masalah masyarakat dan tidak mengurangkan sedikit pun kegiatan judi haram tanpa lesen. Mengapa kita mahu meluluskan yang baru?

GHOSTWRITER
Tak payahla hipokrit sangat, 
tanyala kepada pemimpin PR hatta DAP mahupan PKR ada tak diorang pernah atau terlibat dalam judi bola ini? Kalu berani angkatla sumpah kata tak pernah. 
Kita berada di negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, bukan di Mekah yang berbilang bangsa sama agama. 
Jesteru, judi adalah perkara biasa bagi setengah golongan cina dan india. Jika kita tidak mengeluarkan lesen, tentunya akan wujud juga judi. 
Cuma judi yang wujud adalah tidak berlesen. Bila tidak berlesen, kita tak tahu berapa banyak premis yang mengusahakan judi ini, maka susahlah kerajaan nak memantau. 
Kenapa kerajaan PERLU memberikan lesen JUDI?? Sebab kerajaan senang nak kawal dan kita tahu sapa yang menganjurkan, sapa yang main. So kesannya pun kita dah tahu. 
Yang mana lebih elok?? Bagi lesen atau tidak? sekarang kau jawab.

Bila Melayu yang berpolitik nak SEDAR???


Busuk2 orang Pas depa saudara sebangsa dan seagama dengan kita juga. Begitu juga busuk2 orang Umno pun depa tetap sama bangsa dan sama agama dengan kita. Jangan kita buang kedua2nya. Ada masa kita perlu kepada Umno dan ada ketika kita mau Pas jadi suara kita.

Masa dan keadaan yang menentukan. Dan kita sebagai pengundi kena buat pilihan secara yang terancang (maksudnya apa dan siapa yang kita mau untuk bersuara bagi pihak kita sebagai orang melayu dan orang islam).

Kena cerdik. Kita lama dah duk jadi pengundi yang setengah masak dan tak berapa cerdik. Kita ikut apa kata pemimpin. Kita buat apa pemimpin suruh. Tapi kita lupa bahawa akibat paling perit kita rakyat lah yang akan rasa dan tanggung. Pemimpin, mereka orang senang, banyak pitih, boleh gi cari tempat yang selamat, yang tinggal ni kita lah terkonteng2 berempas pulas melawan keadaan.

Tak usah tengok jauh2. Lihat saja jiran kita Thailand. Puak baju merah buat demonstrasi, tidur bersepah, makan minum tak menentu, yang ada kerja tinggal kerja, anak bini tah ada makan ke tidak tak siapa yang tau. Tapi pemimpin dan para perancang demonstrasi tu duk di mana ? Tidur di mana ? Makan di mana ? Macam mana anak bini dia ?

Tsunami politik PRU 12 berlaku bukan sangat kerana melayu beralih arah. Melayu Umno tetap pangkah Umno. Melayu Pas tetap pangkah Pas. Tapi adakah cina Mca tetap pangkah BN. Cina gerakan tetap pangkah BN. India Mic tetap pangkah BN.

Berlaku stunami kerana bukan melayu boleh sepakat pada masa itu untuk menurunkan BN pimpinan orang melayu untuk digantikan dengan PR yang berketuakan orang melayu juga tapi di dominasi oleh orang mereka.

Nak tanya, dalam PR. Berapa kerusi MP dari Pas ? Berapa kerusi MP dari PKR (berapa melayu ? berapa cina ? dan berapa india ?) ? Berapa kerusi MP dari DAP (berapa melayu ? berapa cina ? berapa india ?) ?.

Yang tau, tolong jawab supaya ramai pakat tau untuk buat analisa sendiri.

Lumrah PAS yang suka menuding jari : Lumrah UMNO suka berdiam diri


Mengapa mahu salahkan UMNO dan Red Carpet Worldwide Sdn Bhd? Itu perkara pertama para blogger pro PAS dan Ahli-ahli PAS perlu bertanya kepada diri mereka sebelum mereka membuka mulut berhubung isu Fiesta Kelantan 2010.
Mengapa pula exco-exco Kerajaan Negeri Kelantan juga seperti terkejut dengan apa yang terjadi? Apakah mereka tidur selama ini?
Bagi yang arif mengenai insiden ini tentu sekali melihat ini sebagai satu lagi sandiwara besar Kerajaan Kelantan Pimpinan Nik Aziz dan juga sandiwara besar PAS Kelantan.
Bagi yang arif tentang Fiesta Kelantan juga tahu bahawa orang penting disebalik pesta ini juga bernama Arif, iaitu Abdul Ariffahmi Ab Rahman. Fiesta Kelantan juga adalah salah satu punca pemberontakan dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Sila rujuk laman blog Suara Rakyat bagi melihat perjanjian antara PMBK dan Red Carpet serta lain-lain bukti penglibatan PMBK menerusi Ariffahmi.
Apabila Ariffahmi tersingkir daripada PMBK, beliau memberi tekanan kepada Ketua Pegawai Eksekutif baru bahawa Fiesta Kelantan perlu diteruskan. Bahkan diperingkat awal pemecatannya, beliau meminta CEO baru PMBK melaporkan perkembangan pengurusan PMBK termasuk aktiviti-aktiviti yang perlu diteruskan secara mingguan, iaitu setiap hari sabtu kepadanya.
PMBK sudah membayar RM200,000 kepada Red Carpet sebagai pendahuluan untuk ‘soft-launch Fiesta Kelantan di Kuala Lumpur di mana YAB Tuan Guru Menteri Besar dan Dato’ Seri Mustapha Mohamed sebagai tetamu terhormat.
Walaupun dari segi luaran Fiesta Kelantan ini kelihatan sebagai satu jambatan penghubung PAS dan UMNO terutama di waktu Nik Aziz hebat membelasah Timbalan Presiden PAS kerana mahu PAS dan UMNO berdampingan, tetapi mereka yang berada di PMBK melihat ia hanyalah agenda peribadi Abdul Ariffahmi.
Fiesta Kelantan sebenarnya bertujuan mengangkat Ariffahmi dan supaya dia dilihat di dalam parti sebagai tokoh muda yang berkemampuan membawa perpaduan. Salahnya, tindakannya mengejar kejayaan peribadi telah membelakangkan banyak prosedur.
Dato’ Takiyuddin Haji Hassan di lantik oleh Ariffahmi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur. Takiyuddin sendiri bersama beberapa exco tidak hadir di ‘soft-launch’ dan tidak hadir ke mesyuarat Jawantankuasa Penganjur ketika itu kerana menyedari banyak perkara yang tidak kena. Di antaranya ialah perlantikan Takiyuddin di buat oleh Ariffahmi bukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Majlis Fiesta Kelantan tidak pernah di angkat ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Kelantan. Persetujuan Tuan Guru dan aturcara serta kehadiran Mustapha Mohamed tidak pernah di maklum kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ataupun Dewan Harian PAS Kelantan. Tahu-tahu kad jemputan tiba.
Hanya seorang exco muda yang belum sepenggal jadi ADUN dan berada di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mengetahui secara penuh. Inipun kerana beliau tidak fasih dengan prosedur parti dan Kerajaan Negeri serta kerana masih baru beliau sering termakan dengan kata-kata Ariffahmi bahawa ‘Ayahanda dah setuju’ dalam semua benda yang terpancul dari mulut menantu MB itu.
Setelah tersingkir Ariffahmi dari PMBK, ruang untuk beliau menggunakan PMBK bagi menganjurkan Fiesta Kelantan menjadi pudar bersama pudarnya pengaruhnya di PMBK. Tetapi Ariffahmi mendapat rakan baru kerana dia telah berjaya menyakinkan banyak pihak bahawa pemecatannya adalah agenda Dato’ Husam Musa, Persuruhjaya II PAS Kelantan.
Antara yang menjadi sayang dan akrab tiba-tiba dengan Ariffahmi selepas itu ialah Takiyuddin Hassan yang sebelum ini merasakan dan memberitahu kepada beberapa pihak pemecatannya dari menjadi Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan adalah kerana permainan Dato’ Husam. Turut menjadi akrab dan ke hulu ke hilir membela Ariffahmi ialah Nik Abduh, anak Nik Aziz yang berdendam hebat dengan Husam kerana merasakan niatnya dan kuncu-kuncunya mendapat imbuhan dari penjualan Kelantan Waters kepada syarikat bernama Air Darulnaim Sdn Bhd telah di sekat Husam yang menjadi Setiausaha Politik MB Kelantan waktu itu. Air Darulnaim diterajui oleh orang kuat UMNO Kelantan waktu itu dan masih lagi seorang Timbalan Ketua Bahagian UMNO sekarang.
Kedua-dua ini adalah musuh utama Husam Musa dan kedua-dua ini ada pertalian dengan musuh nombor satu Husam di Kelantan iaitu Razak Abas, kroni besar MB Kelantan. Syarikat balak milik Roshaimi Razak banyak mendapat kelulusan balak sebelum Husam dilantik ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Kemewahan yang dinikmati oleh Nik Abduh banyak berpunca dari kemakmuran yang dirasai oleh Roshaimi. Takiyuddin pula di ikat dengan Razak Abas menerusi perkahwinannya dengan anak AJK Bahagian UMNO Kelantan yang juga ayah kepada pemilik Red Carpet Worldwide Sdn Bhd.
Selepas PMBK hilang minat terhadap Fiesta Kelantan, PMBK berkemungkinan akan hangus wang sejumlah RM200,000 yang dilaburkan oleh bekas CEOnya yang juga menantu Nik Aziz itu.
Pada waktu yang sama Red Carpet tidak berdaya untuk meneruskan Fiesta Kelantan tanpa nama besar yang dapat memaksa banyak pihak menaja fiesta itu. Maka timbullah nama YAB Perdana Menteri. Hanya dengan kehadiran Dato’ Seri Najib Razak, Fiesta Kelantan akan dapat diselamatkan dan menjamin pihak Red Carpet dan Penganjur mendapat pulangan kewangan seperti yang dirancang menerusi pengiklanan dan lain-lain sumber.
baca selanjutnya disini.
GHOSTWRITER
Jika benar bagai diulas blogger yang dulunya PAS, kini ala-ala menyerang PAS ini, memanglah ini yang telah dilumrahkan PAS yang suka menuding jari. Sendiri buat salah tidak mahu mengaku, malahan menuduh itu ini semua UMNO punya hal. Kononnya UMNO ni jijik sangat dan PAS begitu maksum dalam politiknya. 
Teringin juga aku nak melihat pemimpin ULARMAK PAS duduk sepentas dengan pemimpin negara Malaysia. Jika ini berlaku, maka disinilah titik tolak melayu kembali bersatu. Malangnya ini tidak berlaku, melayu kembali layu. Lena dibuai mimpi. Tunggu cina yang naik. Baru terhegeh nak sedar diri.

Spekulasi kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak pada 10/10/10!!!




Barisan Nasional (BN) Sarawak dikatakan akan bermesyuarat pada hujung minggu ini yang segera menimbulkan spekulasi bahawa kerajaan negeri mula bersiap sedia bagi kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal sebelum penggal sekarang berakhir pada Julai tahun depan.

Beberapa pemimpin BN mengesahkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan hujung minggu ini.

Namun mereka menutup mulut tentang agenda mesyuarat.

"Ya, kami akan bermesyuarat munggu ini, tetapi ia bukan untuk liputan media," kata seorang pemimpin negeri.

Namun sumber parti memberitahu, mesyuarat itu akan memfokuskan kepada persediaan ke arah kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri pada tahun ini, selepas Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) iaitu parti terbesar dalam komponen BN Sarawak, selesai berkampung atau melakukan retreat di Mulu yang bermula Isnin lalu dan berakhir Jumaat ini.

PBB memiliki 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diikuti oleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sebanyak 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebanyak sembilan kerusi dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sebanyak lapan kerusi.

Hanya SUPP dan PRS hilang kerusi DUN kepada pembangkang dalam pilihan raya negeri terakhir sebelum ini pada 2006 sementara PBB dan SPDP menang semua kerusi.

SUPP diperuntukkan 19 kerusi, tetapi hilang lapan kerusi terutama kepada DAP sementara PRS yang diperuntukkan 10 kerusi, kalah kerusi Ngemah kepada Bebas.

Sarawak mempunyai 71 kawasan DUN.

Sejak akhir-akhir ini timbul cakap-cakap bahawa pilihan raya DUN mungkin diadakan tahun ini juga walaupun BN baru sahaja tewas dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Sibu di mana calon SUPP gagal mempertahankan kerusi tersebut setelah tewas kepada calon DAP.

Cakap-cakap itu menjadi lebih hangat diperkatakan selepas Ketua Menteri dan Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada minggu lalu berkata bahawa "beliau telah memutuskan pilihan raya negeri akan datang akan diadakan pada `satu hari Sabtu' tanpa mengulas lanjut maksudnya itu kepada pihak media.

Namun beliau menolak spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan pada bulan Oktober berikutan terdapat beberapa pendapat dari pakar feng shui bahawa angka 10/10/10 atau 10 Okt 2010, merupakan satu hari Ahad yang sesuai untuk diadakan pilihan raya negeri Sarawak.

Sudah pasti ramai pihak yang menunggu-menunggu hasil mesyuarat pada hujung minggu ini.

-- BERNAMA

GHOSTWRITER
Lawan tetap lawan..yang penting BN kena bawa perubahan. Kalu Sarawak Kecundang kemungkinan Parlimen pun gerimis mengundang...Jangan lupa rakyat memandang, BN Buat kerja jangan alang kepalang, Nanti habis semua hilang...!!!

ULARMAK PAS : MUSLIMAH disaran menunaikan solat Jumaat???

Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.
Saranan itu diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita,"
baca lanjut disini.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kami mendahului Allah dan Rasul Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Surah al-Hujurat Ayat 1
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya].”
 Surah al-Jumu’ah Ayat 9
“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit.” 
Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim


13 Ghost "HALAL" Dalam kerajaan PAS

PAS Kelantan secara rasmi melantik 13 hantu bagi jawatan timbalan exco yang sebelum ini tidak pernah wujud dalam sejarah Malaysia hatta sejarah dunia sekalipun..Lepas ni bolehla Malaysian Book of Record ukir nama PAS sebagai sebuah kerajaan yang bijak dalam menguruskan kewangan negeri dan kebajikan rakyat.

Yang paling menarik 13 hantu yang dilantik dibayar gaji backdated dari 1 Januari,bermakna ekstra 5 bulan. WOW! Bertambah banyakla income..Dapat BONUS sebelum kerja bermula.. Duit rakyat ke duit balak yang digunakan untuk bayar gaji diaorang ni??

Kembong la poket YB YB Khawarij PAS,dulunya mereka tidak nampak cara bagai mana cara nak menyamun dan menghalalkan duit kerajaan negeri .Sekarang teknik terbaru mengwujudkan jawatan baru. SAMUN TETAP SAMUN!!! DUIT RAKYAT TETAP DUIT RAKYAT!!

Alasan kerja exco yang sedia terlalu sibuk,dengan melantik timbalan exco dapat meringankan beban kerja adalah tidak munasabah.

kata kata wali selipar

“Kita tahu bebanan yang ditanggung oleh anggota exco kita terlalu banyak, siang datang ke pejabat, malam pula keluar bertugas lagi untuk berceramah.

“Kerja sebegini bukan calang-calang orang boleh buat, kadang-kadang kena ziarah kematian, kenduri kendara,” ujarnya.
Tiap malam keluar pi ceramah tak siapa suruh, ceramah fitnah tak henti mana tak sibuk, dah tu duit derma ceramah rembat jugak, Dah memang kerja YB ambil perhatian dan dekat pada rakyat mesti lah sibuk,mereka yang dipilih harus bersedia untuk tanggung amanah yang berat.

Kalau tak mau kerja berat baik tak payah jadi YB lah,alasan wali selipar untuk menghalalkan cara nampak sangat mahu meremehkan minda orang ramai. Agak agaklah kalau nak bohong,sikit sikit sudah lah.


GHOSTWRITER
Nak jadi YB PAS ceramah, fitnah... Dah jadi YB pAS pun kena cermah fitnah seranah juga.. Bukan apa nak maintain kepercayaan taksub rakyat untuk depa, kiranya tak percaya kepada kebolehan sendiri sebagai YB. Khidmat untuk rakyat dahla..cukupla tew..tak payahla nak kerja partime pencermah. Kesian yang yang mendengar fitnah tew..dahla mendengar fitnah dapat dosa, duit plak kena pow! Dengar cermah PAS kena bayar..Masyukla penceramah fitnah tew...

Senator Ramai?? MP PR rasa terancam!!!!

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan Dewan Negara kini seperti dipenuhi dengan 'sampah sarap' apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik ke dalam Kabinet terlalu ramai Senator yang sebenarnya tidak pun dipilih dan diperlukan oleh ahli parti mereka sebagai pemimpin.
Sebagai contoh, G Palanivel yang tidak dilantik sebagai calon bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor dan digantikan dengan p Kamalanathan. Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan kemudiannya dilantik pula sebagai Timbalan Menteri. Persoalannya mengapa bukan Kamalanathan yang dipilih," kata Salahuddin.
Beliau mendedahkan bahawa MIC telah melakukan satu kajian dan hasil daripada analisis tersebut merumuskan sekiranya Palanivel masih dipilih sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor, Barisan Nasional akan kalah.
"Jadi mengapa kerajaan masih melantik orang yang tidak diyakini oleh parti yang diwakilinya, yang mana minda dan pandangannya tidak lagi diperlukan untuk menggerakkan dan memimpin parti. Kebiasaannya kita akan buang benda-benda yang tidak berguna, yang akhirnya menjadi 'sampah sarap"," tegas beliau lagi.
Salahuddin turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang melantik terlalu ramai Senator dari kalangan MCA seperti mana yang berlaku dalam rombakan terbaru Kabinet.
"Jika kita lihat kepada pelantikan tersebut, saya rasa rakyat Malaysia tidak yakin dengan barisan Kabinet Perdana Menteri hari ini, katanya.
baca lanjut di sini.

GHOSTWRITER
kenapa plak sampah?? bagi aku ianya perlu cz MP hanya dipilih di kawasan mereka sahaja.. bukan Malaysia saja.. Lagipun faktor pengalaman, pendidikan dan pengetahuan yang luas diperlukan bagi melancarkan aspirasi kabinet.. Setakat YB yang hanya tahu bercakap tetapi tiada dapat melaksanakan tugak adalah rugi untuk negara...
Yang penting kualiti itu penting.. dan aku suka dengan adanya indeks KPI yang baru ini.. yang mana setiap 6 bulan ianya akan melihat prestasi menteri dan tim menteri.. Harap mereka dapat bekerja untuk negara.... tahniah...

Anwar practice PRESS FREEDOM : RTM 'shut up'


Pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan. Sebab kata nak bagi bukti tapi tak bagi-bagi lagi. Kata ada bukti tapi tak boleh dedah lagi, belum masanyala..apa lagi? Macam-macam alasan Al-Juburi bagi. So Wartawan radio RTM pun asakla dengan pelbagai soalan berkenaan dengan isu ni. Nah, inila jawapan seorang yang practice press freedom.

"Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan?

"Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya," 

"You tanya Menteri you, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab,you tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan?

"Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya... ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka...keluarkan PKFZ, apa tindakan? Keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal Eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?"

Adakah ini yang dinamakan freedom to the press? Mana freenya? Wartawan tanya, diputar belit. Tanya lain, jawab lain. Last2 melenting tak tentu pasai. Kalu ada bukti, keluarkan jerla, apa perlunya cabar mencabar?? Tak kisahla media manapun, kerajaan ker, media sampah Pembangkang ker, rasanya perlula dilayan seadilnya. Mereka semua membawa wadah ke pengetahuan rakyat semua. Kata kerajaan rakyat. Soalan yang diusulkan adalah mewakili soalan rakyat juga.

Siapa Melayu? Wajib baca nie : Sejarah DAP

baca lanjut di sini.

Old Town White Coffee Racist!!




Saya dan rakan2 sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan bincang hal business. Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee. Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di lokasi strategik.

Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise tersebut adalah "KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM UNTUK BERNIAGA"

Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita.

Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak kerajaan dan sering di tuntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia.

Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu.

Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White Coffee

Nasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetepi mereka Anti Islam.
Fikir-fikir lah...


Sumber FB Anti-PKR Club

PR Amal Politik UGUTAN & Diktator!!


"DAP akan bertindak jika kedua-dua Kataknya tidak membayar bayaran pampasan RM5 juta setiap seorang seperti yang termaktub dalam perjanjian yang mereka tandatangani selepas memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya umum 2008."


"Rahsia 'Baiah' merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti berbanding parti lain ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihanraya samada umum atau kecil. Amalan 'baiah' atau sumpah taat setia bagi menjatuhkan talak tiga terhadap isteri wakil rakyat PAS yang lompat parti."

PKR?? Hehehe...sapa ble rungkai??

Pakatan Rakyat hari ini terbukti sebuah pakatan yang di bawahnya terdapat Parti-Parti yang takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Pemimpin atasan Parti tidak percaya kepada pendirian wakil rakyat sendiri dan ianya juga berlaku sebaliknya yakni wakil rakyat sendiri pun tidak mempercayai Pemimpin atasan Parti. Buktinya, dah banyak katak melompat ke sana sini... "Toing...Toing".

Dek kerana takut dan tidak percaya, satu perjanjian demi perjanjian sulit telah didedahkan oleh mereka sendiri. Apa maknanya demokrasi jika wakil rakyat diikat sengan satu ikatan yang tak masuk akal. 

Inilah contoh yang dikatakan politik diktator. Pemimpin atasan bertindak memeras ugut wakil rakyat yang telah sedar dan sudah tidak percaya kepada pemimpin atasan, perjuangan parti dan sebagainya. 

Bagi wakil rakyat PR, dead sign perjanjian ini meletakkan mereka kepada satu tempat yang boleh digelarkan sebagai pak turut. Hangguk dan sokong saja apa yang dibuat oleh pemimpin mereka, jika tidak pasti akan disaman hatta bercerai Isteri dengan talak tiga.

Ugutan bak along yang dahagakan kemenangan dan kekayaan ini menjadikan si katak menggigil takut untuk melompat lagi, dan si belang mengaum kononnya sokongan terhadapnya untuk menjadi PM sangat kuat.

Di mana demokrasinya? Adakah ini yang dinamakan Politik baru yang bakal mewarnai dunia Politik Malaysia sekarang.....