Tarif Air di Kedah dinaikkan mulai esok : Selangor pula bila lagi?

ALOR SETAR: Tarif air di Kedah akan dinaikkan sebanyak 1.6 peratus mulai esok bagi menampung kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Darulaman (Sada) Datuk Adzmi Din berkata tarif air yang diguna pakai sekarang merupakan tarif dan pelarasan yang berkuatkuasa pada 1 Mac 1993 dan sepanjang 17 tahun itu semakan semula tarif air di Kedah tidak pernah dibuat.

"Semakan dan pelarasan ini tidak dapat dielakkan memandangkan kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air meningkat dari semasa ke semasa," katanya dalam laman web Warta Kedah semalam.

Katanya secara keseluruhannya purata kenaikan caj kepada pengguna domestik adalah sekitar 27 peratus dan nilainya antara RM3 hingga RM8 melibatkan 457,707 akaun sehingga Ogos tahun ini.

Beliau berkata ini adalah ekoran peningkatan kos operasi dan penyelenggaraan disebabkan oleh beberapa faktor seperti pertambahan bilangan pengguna, penggunaan air dan kenaikan harga bahan kimia.

"Faktor lain yang menyebabkan pengurusan bekalan air meningkat adalah kerana kenaikan tarif bekalan elektrik. Justeru Sada tidak dapat mengelak daripada melakukan semakan dan pelarasan tarif baru dan Kedah bukan bersendirian melakukan pelarasan ini," katanya seperti dilapur
Bernama

GHOSTWRITER
PAS kedah berani membenarkan kenaikkan tarif air, Selangor bila lagi? Adakah nak tunggu SYABAS bankrap atau seluruh Lembah Klang mengalami krisis air baru nak reti naikkan tarif air?

Raja Gelek PAS jadi Sandaran untuk mempertahankan kerusi DUN Galas?


Ada desas desus dikalangan kawan-kawan PAS saya di P.Pinang yang mengatakan bahawa Md Sabu adalah orang yang paling sesuai untuk menjadi calon seandainya Pilihanraya Kecil DUN N45 Galas diadakan. 

Kata mereka, ia berdasarkan seniority Md Sabu didalam PAS dan juga berdasarkan kemungkinan UMNO meletakkan Tengku Razaleigh sebagai calon di pihak UMNO/ Barisan Nasional.

PAS P.Pinang juga dikhabarkan bakal mengusulkan nama Md Sabu sebagai pilihan untuk bertanding di DUN Galas kepada PAS Pusat didalam mesyuarat khas yang bakal diadakan untuk persediaan PRK tersebut.

Ada benar jika difikirkan apa yang dikatakan oleh mereka. Md Sabu kini langsung tak mempunyai jawatan didalam PAS. Md Sabu juga tak mempunyai jawatan sebagai ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri di mana-mana kawasan dalam negara.

Pada PRU 2008, Md Sabu bertanding di kerusi Parlimen di Kuala Terengganu, Terengganu tetapi dia tewas ditangan calon Barisan Nasional ketika itu. Dan pada 2009, Md Sabu cuba pula bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menentang Nasharudin Md Isa, tetapi dia menarik diri disaat-saat akhir.

Ini menjadikan "ayam tambatan" PAS ini sebagai ahli biasa didalam PAS tanpa sebarang jawatan untuk dibanggakan.

Jadi, untuk menaikkan kembali Md Sabu di dalam politik PAS, sebab itulah namanya antara yang paling awal disebut untuk mengisi kekosongan di DUN N45 Galas.

Walaupun ini belum dimuktamadkan, ia patut diambil kira oleh UMNO/Barisan Nasional Kelantan. Ini kerana, jika benar Md Sabu menjadi calon di DUN Galas, ia pastinya satu tugas berat buat mereka untuk mengekang "heavyweight" PAS ini.

GHOSTWRITER
Jika ini benar, maka bermulalah pertandingan bercerita kisah dongeng Mat Sabu sekitar Galas, namun awas BN, orang-orang kampung suka mendengarnya. Tugas besar diGalas PAS untuk mengangkat Mat Sabu ni jika BN meletakkan Tengku Razaleigh.

Amal Makruf Nahi Mungkar : Islam PAS tak PERNAH AJAR PUN!!!

Mediapermatangpauh

Semalam, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng.

Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut.

Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini.



GHOSTWRITER
Kalu dah rasa-rasa meragui sumber dan halal haramnya, jelas sekali hukumnya jatuh haram. So, mai kita pulangkan balik duit RM100 tew. PAS tak sebagai parti Islam tak pernah ajar, tapi UMNO buat...TAKBIR!!

PRK DUN GALAS : Giliran PAS memainkan "Gendang Perpaduan Melayu"

Jika sebelum nie umum tahu PAS berkeras enggan melihat Perpaduan Melayu seperti yang dicadangkan UMNO. PAS juga menegaskan bahawa parti itu tidak berhasrat bekerjasama dengan Umno yang didakwanya menjadi sekutu Yahudi- Zionis dan ianya telah termaktub dalam Muktamar PAS.

Sehubungan itu, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul "gendang perpaduan."

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun lain pula kali nie bila PAS melalui TGNA pula menyuarakan Perpaduan Melayu dengan UMNO. Namun syaratnya agak tak masuk akal. Hapuskan UMNO, hanya PAS saja Parti Melayu dan Islam DAN GALAS DIBERIKAN KEPADA MEREKA!!! WERK!! Lain macam bunyi gendang PAS ni yer...

Dan yang paling menarik adalah, TGNA mengakui bahawa Perpaduan melayu sudah sekian lama menjadi hasratnya.. Yer..ker? Bukankah TGNA pernah berkata Barisan Nasional (BN) itu “sebenarnya amat dhalalah atau sesat sesesatnya” dan Umno menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama, yang sekali gus menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam. Kemudiannya, Isu kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak turut dibangkitkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria, yang kemudiannya dikritik Nik Aziz sambil menyifatkan Mufti Perak itu bertindak macam “ejen” Umno.”

PRK DUN GALAS : Belum lawan lagi, PAS dah kecut Teloq


Lawak pun ada, pelik pun ada bila membaca kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat yang meminta Barisan Nasional supaya tak bertanding jika pilihanraya kecil diadakan di DUN Galas.

Yang lawaknya adalah, alasan yang diberikan oleh Takiyuddin Hassan untuk memujuk UMNO/BN supaya tak bertanding ialah kononnya demi perpaduan melayu. 

Bukankah selama ini PAS yang menolak sebarang perpaduan melayu dengan UMNO? Nik Aziz sendiri telah "mengharamkan" bercakap mengenai perpaduan bersama UMNO. Apakah Takiyyudin mahu menderhaka kepada wali tersohor PAS itu?

Lagipun, apalah erti melayu kepada PAS? Bukankah Nik Aziz sendiri berkata bahawa dia langsung tak bangga menjadi melayu? Jadi perpaduan melayu bagaimanakah yang dimahukan oleh Takiyyudin?

Mungkin Takiyyudin sekadar menzahirkan ketakutannya untuk berhadapan dengan jentera UMNO/BN seandainya PRK DUN Galas diadakan. Mungkin juga Timbalan Setiausaha Agung PAS ini risau tentang dana bagi membiayai proses kempen pilihanraya kecil tersebut nanti.

Apa yang nak Takiyyudin bimbangkan? Bukankah PAS Kelantan baru sahaja mendapat durian runtuh bernilai RM4 Billion? Dengan duit sebanyak itu, bukan kata pengundi hantu.., dengan bapak-bapak hantu sekali pun PAS boleh upah untuk menang di DUN Galas nanti.

Jadi, tak payahlah Takiyyudin dan PAS takut berhadapan dengan UMNO/BN. Tak payahlah merayu dan memujuk supaya UMNO/BN tak bertanding dengan alasan demi perpaduan melayu. 

PAS mana pernah peduli tentang melayu ataupun perpaduan! Yang PAS peduli hanyalah bagaimana nak rosakkan perpaduan dan memusnahkan hak melayu sahaja!

KOTA BARU, 28 Sept – PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita. - BERNAMA
 GHOSTWRITER
Kecut juga PAS ni, nak menang dengan laluan mudah jer... Kalu nak menang dengan cara macamnie, bukan demokrasi namanya, tapi warisan PAS selamanyala Galas tew...Apa pula hak rakyat di Galas? Takda pilihan nak pilih wakil merekala macamtew....Apa punya turrrr....!!

Pilihanraya DUN Galas Oktober?

Pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober serta Perhimpunan Agung UMNO dari 19 hingga 23 Oktober ini akan diambil kira oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, seperti mana penetapan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai tahun lalu, SPR ketika itu mempertimbangkan kesibukan Pas mengendalikan Muktamar Tahunan parti berkenaan beberapa hari sebelum ia berlangsung.

“Ini untuk memastikan wujud kesaksamaan kepada parti-parti yang bertanding untuk buat persiapan.

“Malah bukan itu sahaja, kita juga mempertimbangkan penetapan suatu tarikh berkenaan agar tidak bertindih dengan acara-acara yang besar seperti Hari Keputeraan sultan atau perayaan lain.

“Jadi, SPR mempunyai masa sehingga 7 Oktober ini untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian DUN Galas. Sehingga petang ini, SPR belum menerima surat daripada Speaker DUN Kelantan memaklumkan kekosongan kerusi DUN Galas,” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kerusi Galas kosong setelah penyandangnya dari Pas, Che Hashim Sulaima, 46, yang menghidap barah paru-paru meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur petang semalam.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi.

Hasil Judi: PAS Mahu Guang Eng Beri Penjelasan Kepada Umat Islam

PAS meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi penjelasan sewajarnya kepada umat Islam di negeri itu berhubung dakwaan kerajaan negeri menggunakan wang hasil judi bagi memberi bantuan kepada golongan miskin.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, parti itu tetap berpendirian bahawa wang hasil kutipan judi adalah haram dan ia tidak boleh digunakan bagi membantu penduduk miskin terutamanya umat Islam di negeri itu.
“Perkara tersebut, memang telah diakui oleh Ketua Menteri (Guan Eng) bahawa hasil judi tersebut telah diasingkan dan ia disalurkan untuk membantu masyarakat bukan Islam di negeri itu. Oleh itu, kita berpuas hati dengan penjelasan beliau mengenainya. 
“Bagaimanapun, ingin kita tegaskan sekali lagi bahawa PAS tidak akan berkompromi sekiranya wang hasil judi diberikan kepada orang Islam di negeri itu. Ini kerana hasil judi tetap haram dan ia tidak boleh diberikan atas alasan apa sekali pun,” katanya kepadamStar Online ketika dihubungi di sini, pada Isnin.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.
Bukan itu sahaja, Reezal turut mengemukakan pendedahan itu dengan bukti melalui surat rasmi Pejabat Ketua Menteri berhubung penerimaan sumbangan tersebut yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida M. Yaacob bertarikh 9 Julai 2010.
Terdahulu, seorang penulis blog memuat-naikkan sebuah artikel di Pisau.net mendakwa wang RM100 yang diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas sebagai penghargaan kepada golongan itu datangnya dari sumber judi.
Bagaimanapun, Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim melabelkan Guan Eng sebagai pemimpin yang suka berbohong kerana beliau hanya memberitahu perkara sebenar selepas Ketua Penerangan Pemuda Umno mengemukakan bukti kepada media mengenai perkara berkenaan.
“Ini gaya dia (Guan Eng); pada mulanya dia akan menafikannya, tetapi apabila kita tunjukkan bukti, dia kemudian akan mengakuinya.
“Inilah sikap sebenar pemimpin pembangkang, mereka cuba menyembunyikan perkara sebenar kerana takut pada kebenaran. Bila bukti sudah ditunjukkan baru mereka akur kepada hakikat sebenar,” ujarnya sinis.
sumber mstar
GHOSTWRITER
"aku nak tengok setakat mana Lebai PAS nie mampu menjerit kat Khalifah ciptaan mereka sendiri......"

Pendedahan Kronisme PKR : BESAR KEMALUAN ANWAR apabila dimalukan oleh wartawan BBC!!!

Anwar Ibrahim pernah dimalukan oleh wartawan BBC apabila beliau tidak dapat menjawap tentang topik nepotisme (rujuk video di bawah)
Ketua Umum : Anwar Ibrahim (Suami)
Presiden : Wan Azizah (Isteri)
Ahli Parlimen Lembah Pantai : Nurul Izzah (anak)
Tidak mustahil pada PRU13 nanti menantu kepada Anwar iaitu suami Nurul Izzah akan bertanding di Johor atas tiket PKR...

DUN Galas


1986
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 7039
Jumlah Keluar Mengundi 4926
1. Zakaria Hassan ( BN ) 3420
2. Ibrahim Abdullah ( PAS ) 1281
Majoriti 2139 – BN

1990
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 8737
Jumlah Keluar Mengundi 6429
1. Hj Zakaria Hj Hassan ( BN ) 1760
2. Hj Omar Mohamed ( S46 ) 4465
Majoriti 2705 – S46
1995
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 11,231
Jumlah Keluar Mengundi 7953
1. Omar Mohamed ( S46 ) 4056
2. Zakaria Hassan ( BN ) 3163
3. Nik Ismail Wan Idris ( AKIM ) 205
Majoriti 893 – S46
1999
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 12,091
Jumlah Keluar Mengundi 8705
1. Zulkifli Mohamad ( PKR ) 3072
2. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 5336
Majoriti 2264 – BN
2004
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 8972
Jumlah Keluar Mengundi 6805
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 4184
2. Chek Hashi Sulaiman ( PAS ) 2455
Majoriti 1729 – BN

2008
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 10,330
Pecahan Pengundi
Melayu 65.81%
Cina 22.03%
India 1.81%
Lain lain 10.32%
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 3753
2. Che Hashim Sulaiman ( PAS ) 4399
Majoriti 646 - PAS

Sementara 2 DUN lagi yang berada di dalam Parlimen Gua Musang ini mencatat keputusan pada PRU 12 yang lalu...
N.43 Nenggiri
1. Mat Yusoff Abdul Ghani ( BN ) 4543
2. Mohd Zuki Ibrahim ( PKR ) 2453
Majoriti 2090 – BN
N.44 Paloh
1. Datuk Nozula Mat Diah ( BN ) 5697
2. Rizal Abdul Rahim ( PKR ) 2864
Majoriti 2833 – BN
P.032 Gua Musang
1. Tengku Razaleigh Hamzah ( BN ) 14,063
2. Zulkefli Mohamed ( PAS ) 9669
Majoriti 4394 - BN

Wang judi DAP : TGNA DAH TAKDAK NAS lagi nak tolong DAPig!!



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) terus berdolak-dalik apabila mengelak untuk membuat sebarang ulasan mengenai tindakan DAP menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.


Beliau yang ditemui di pejabatnya di sini hari ini hanya menjawab 'tidak tahu' mengenai tindakan DAP itu sebelum berlalu.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar pernah menyokong tindakan Ahli Parlimen Taiping daripada DAP, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak, April tahun lalu.

Beliau turut mempertahankan Elizabeth Wong apabila gambar separuh bogel anggota Exco Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tersebar pada umum, malah menyifatkannya sebagai pencerobohan peribadi.

Nik Abdul Aziz turut bersetuju dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan 'tazkirah' tanpa menutup aurat di ruang solat Surau Al-Huda pada bulan lepas.

Hari ini, akhbar melaporkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang daripada DAP, Lim Guan Eng yang mengakui bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Pengakuannya itu bertentangan dengan penafiannya sebelum ini iaitu peruntukan untuk membasmi kemiskinan diperoleh hasil penjimatan yang diamalkan oleh kerajaan negeri menerusi prinsip ketelusan dalam pentadbiran.

Bagaimanapun, Guan Eng masih menafikan dakwaan bahawa wang ihsan dan sumbangan kepada golongan miskin tegar untuk umat Islam di negeri itu juga diambil daripada dana yang diperolehi melalui kegiatan lumba kuda.

LGE Tambah 'Duit Raya' : 'Duit Raya' ka, Duit Pilihanraya?

Alahai LGE....Takde pendirian, flip flop juga kau yer? Mula-mula umum RM400 sebagai 'duit raya' untuk membeli penjawat awam di bawah kerajaannya, sekarang terpaksa up lagi seratus gara-gara kerajaan pusat memberi RM500. Aku dengar-dengar ini semua gara-gara KOMTAR digegarkan oleh penjawat awam negeri itu yang pergi menyerang LGE beramai-ramai kerana mereka hanya mendapat RM400 sedangkan kerajaan Negeri PR yang lain mengikuti kerajaan Pusat dengan memberikan RM500. Mau tak mau LGE kenala juga menambah lagi seratus. Kalu tak konfrem kena guling tahun depan masa pilihanraya umum. Itulaaa.... 'Duit Raya' ke Duit Piliharaya? Korang fikir-fikirkanla sendiri.

PAS sanggup bertudungkan Teo untuk menghalalkan Teo masuk Masjid dan Surau

Nah, gambar Teo ditudungkan PAS demi nak tunjukkan yang mereka parti Islam, namun persoalan aku adakah mereka mampu mengIslamkan DAPig ni walaupun Teo bertudung? Nak tau dari mana aku dapat gambar nie? Klik sini.

GHOSTWRITER
Edit gambar jerla PAS nie mampu..nak laksanakan tak dapeklaaaa...

PERSOALAN : Bagaimana Azmin Ali mampu 'tarik hidung' Anwar?


Tindakan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali melantik Anwar Ibrahim sebagai pengurus kempennya untuk pemilihan November ini, dipersoalkan oleh bekas Exco kanan parti itu.

Zamil Ibrahim yang juga bekas Setiausaha PKR Kedah melihat pelantikan penasihat parti itu ke jawatan tersebut sebagai sesuatu yang pelik.
"Ia jelas membuktikan Azmin memang mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia Anwar sehingga membolehkannya mempergunakan ketuanya itu bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti," katanya.
Beliau mendakwa Anwar sedang giat berkempen untuk memastikan Azmin menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu kelak.
"Anwar akan mengecam teruk siapa sahaja yang tidak bersama dan menyokong Azmin. Siapa yang tidak berbuat demikian maka Anwar mengecam mereka sebagai pembelot dan penderhaka yang mahu mensabotaj parti.
"Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Naib Presiden PKR itu mampu 'tarik hidung' Anwar?" katanya.
Baru-baru ini, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah mendakwa, Azmin mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia utama Anwar.
Beliau mendakwa, 'kunci' itulah yang menjadi senjata utama kepada Azmin untuk mendapatkan apa sahaja yang diingininya tanpa dapat dihalang oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Zamil berkata, di dalam pakatan pembangkang yang diwakili oleh PKR, Pas dan DAP juga terdapat perbezaan dari segi calon yang disokong untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.
"Anwar begitu kuat menyokong Azmin sedangkan DAP menyokong Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim sementara Pas pula memberi sokongan kepada Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub," dakwanya.
Ekoran sokongan penuh Anwar kepada Azmin, Zamil secara peribadi percaya Azmin akan menang jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu.
Dalam pada itu, Zamil yang juga bekas pengurus kempen Rahman Osman iaitu calon Presiden PKR sewaktu pemilihan lalu turut mendakwa, Anwar bukan seorang pemimpin yang demokratik.
Beliau mengimbau sewaktu pemilihan lalu, apabila Anwar menaiki pentas 10 minit sebelum Pengerusi Tetap parti pada ketika itu memanggil perwakilan memilih calon Presiden, untuk menasihatkan perwakilan supaya memilih isterinya.
"Rahman yang berasa terhina dengan tindakan Anwar itu terus menuju ke pentas berjumpa Pengerusi Tetap parti dan memberitahu beliau menarik diri lalu Wan Azizah menang tanpa bertanding," dakwanya.

Hukum-hakam PAS : Isteri boleh diliwat?




Kadang-kadang susah nak percaya, tapi itulah kenyataanya! Sama jugalah apabila PAS mengkafirkan UMNO semata-mata berkawan dengan MIC & MCA, tetapi apabila mereka berkawan dengan DAP & PKR ianya menjadi halal pula!

Dalam warta kerajaan Kelantan menyatakan : Perkara ( 16 )

Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat di Terengganu pun menggunakan hukum-hakam yang sama ketika PAS memerintah di sana dahulu selama sepenggal.

Ikut pemahaman penulis SELAIN isteri tak boleh diliwat, maka isteri bolehlah diliwat..? MasyaAllah, kenapa kemaruk sangat penganut-penganut PAS ini? Seolah-olah bila tiada rotan akar pun berguna! 

Penulis malas nak komen banyak-banyak. Diharap pembaca semua dapat menilai apa tersurat dan tersirat si sebalik hukum-hakam PAS ini.
Wallahuallam.

Kenapa Kafir dibenarkan masuk Masjid? Tujuan Politik ke memeluk Islam?

Media Permatang Pauh



Gambar diatas menunjukkan seorang Hamba Allah berbangsa cina yang diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam. Ia bertempat di Masjid Kubang Gajah, Arau Perlis dengan disaksikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Shahidan Kassim.

Datuk Seri Shahidan yang memang terkenal dengan kerja-kerja kemasyarakatan beliau di banyak tempat dalam negara terutamanya di negeri Perlis sendiri sejak dari beliau memegang jawatan Menteri Besar lagi. 

Dan kini beliau amat aktif membantu masyarakat Islam dan bukan Islam yang didalam kesusahan tak kira sama ada didalam negeri ataupun luar. Mungkin kerja-kerja dakwah beliau sebagai seorang Islam selama inilah yang telah membuka hati banyak pihak tentang keindahan islam itu sendiri.

Bagaimana pula dengan PAS?

Pas selama berpuluh tahun berkokok tentang memperjuangkan Islam dan berkata berjuang menyebarkan dakwah Islam. Itulah yang selalu dijaja oleh ustaz-ustaz dan pemimpin PAS didalam setiap ceramah mereka untuk meraih sokongan umat islam disamping memenuhkan kantung-kantung derma.

Tetapi persoalannya sekarang ialah, dimanakah hasil dari perjuangan Islam PAS didalam negara Malaysia ini? Dan mana hasil dari usaha dakwah yang dilakukan PAS untuk menambah bilangan umat Rasulullah SAW di Tanah Melayu ini? 

Yang jelas lagi terang cumalah usaha pemimpin-pemimpin PAS memecahbelahkan lagi umat Islam dan menggalakkan permusuhan didalam masyarakat demi kepuasan nafsu politik mereka sahaja.

Jika di Perlis.., kafir masuk ke masjid untuk diIslamkan, apakah PAS hanya berpuas hati dengan membawa kafir seperti DAP masuk ke dalam masjid di Selangor dan P.Pinang untuk berpolitik dan juga bertazkirah kepada orang islam sendiri?

Sekarang ini, seluruh kepimpinan PAS yang mengaku lebih Islam dari orang lain patut malu kepada Datuk Seri Shahidan Kassim !!!