LIVE frm GALAS : AKHIRNYA TERBUKTI PAS ‘P-arti A-mal S-ogok’



Tatkala tempoh kempen semakin menuju ke penghujung, Pas yang selama ini mendabik dada mengiktiraf partinya bebas dari amalan rasuah dan sogokan akhirnya membuka pekung di dada sendiri.

Tawaran Pas untuk memberi ‘saguhati’ RM250 seorang kepada 1,557 pengundi luar untuk turun membuang undi pada 4 November depan menunjukkan bahawa Pas amat terdesak sehingga terpaksa ‘memberi rasuah’.

Saguhati RM250 X 1,557 pengundi luar = RM389,250

Sambil menyifatkan Pas ketinggalan dengan sokongan sekadar 49 peratus berbanding BN, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman  mengumumkan Pas berjanji akan member ‘insentif’ berkenaan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi.

Tindakan desperado Pas ini mendapat perhatian Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) apabila,Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar sendiri menyifatkan tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi. 

Wan Ahmad bagaimanapun berkata, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan, sebaliknya menjelaskan terserah kepada UMNO dan BN untuk membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ).

Maka,tersingkaplah sudah topeng sebenar Pas dan pembangkang pada PRK kali ini. Agak-agaknya Ulama Pas mana yang berani keluar ‘fatwa’ bahawa tindakan mereka halal dan harus demi perjuangan retorik politik sempit mereka? Kita tunggu dan lihat !!

Nampaknya,peluang BN untuk merampas Galas dari Pas amat cerah.Dengan pengumuman terbuka Pas untuk ‘merasuah’, maka tidak ada sebab lagi pengundi Galas harus anggap Pas parti ‘suci’ untuk dipertahankan.

Jika Pas menang sekalipun pada 4 November depan, BN boleh membawa bukti kukuh yang terpampang di dada akhbar untuk membatalkan kemenangan Pas sekaligus mungkin membawa kepada pilihanraya kecil semula di Galas.

Justeru, wahai pengundi Galas, jangan sia-siakan amanah anda dengan mengundi calon Pas !! Bulatkan tekad UNDI CALON BN demi PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN masyarakat tempatan di Galas !!!

 “ DULU BAGI KO PAS, LA NI BN PULOK’

LIVE frm GALAS : PAS terdesak hingga menggunakan khidmat kakak TBH untuk meraih undi simpati

Kakak mendiang TBH turut hadir ke Galas bagi membantu PAS meraih undi.  Kononnya untuk keadilan DAPig dan TBH, Ahli keluarga TBH ini dibawa khas ke kawasan cina iaitu di Kampung Baru, Gua Musang agar dapat merintis simpati rakyat Galas. Tenyata tindakan PAS ini merupakan tindakan terdesak bagi meraih undi simpati. Aku menjangkakan banyak lagi buah akhir PAS akan di bawa ke Galas dalam 3 hari lagi tempoh berkempen ini.

LIVE frm GALAS : Al-Kisah Khalwat Dr. Zul Gendut

Sebenarnya Dr Zul sudah pun berkahwin dengan Zainab bt Jalar, dia adalah seorang janda beranak satu. Sekarang aku akan ceritakan sedikit latar belakang Zainab yang tak pernah korang dengar sebelum ini.

Zainab ni pernah kahwin dengan seorang muallaf (Cina masuk Islam) yang bernama Lee, masa itu Zainab bekerja di sebuah hotel, tapi mak bapak Zainab tak setuju dengan perkahwinan ini, akhirnya jodoh mereka tak panjang yang membawa kepada penceraian Zainab dan Lee.

Zainab kemudiannya bekerja dengan Armalah (ini kiranya tempat penjagaan ibu tunggal yang dibuat PAS la). Disinilah Zainab bertemu dengan Dr Zul yang sangat aktif dalam program-program anjuran PAS sehinggakan kliniknya sendiri pun terabai. 

Bila dah hari-hari berjumpa, maka dari mata turun ke hati, lahirlah bibit-bibit cinta diantara mereka, sebelum tu pembaca sekalian, Dr Zul adalah seorang yang sudah berumahtangga, ya dia sudah beristeri. Walau sudah beristeri Dr Zul tetap ada hubungan dengan Zainab! Biasalah orang-orang PAS nafsu kuat!

Dalam asyik masyuk mereka bercinta ni, tup-tup satu hari mereka kena tangkap basah pada bulan Julai tahun 2009 di Kuala Krai, bila dah kena tangkap basah, maka isteri Dr Zul dapat tahu, apalagi kecohlah lepas tu mereka bergaduh dan akhirnya perkara ini membawa kepada penceraian mereka. 

Dr Zul menjadi duda dan tidak berapa lama lepas tu dia menjadi suami semula sebab dia berkahwin dengan Zainab. Ya la, dah kena tangkap basah, kena kahwin la! Ironiknya pihak PAS langsung tak tahu mengenai hal tangkap basah ini.

Tetapi bilamana The Unspinners mendedahkan Dr Zul pernah ditangkap basah pada posting Oktober 22 2010 dan disambut oleh UMNO Online, maka pada masa itu barulah pihak PAS dapat tahu, bila dah terbongkar skandal ini, PAS melakukan penyiasatan dan mendapati bahawa cerita ini adalah benar!

Lepas tu apalagi, PAS mencari jalan bagaimana untuk menutup cerita ini, cari-cari punya cari, akhirnya mereka mendapat jalan dimana salah seorang tauke balak yang ada hubungan 'perniagaan' dengan pihak PAS telah menawarkan untuk membantu menutup cerita ini.

Untuk pengetahuan korang, masa Dr Zul kena tangkap khalwat tu, ada satu kertas pertuduhan yang telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK)! Ramai yang tak tahu pasal ini kan?

Berbalik pada kisah PAS nak tutup cerita ini semula, dimana tauke balak nak membantu tu! Korang tau tak, si tauke balak tu telah menawarkan RM70,000 kepada si penjaga fail di JAHEIK! Bilamana kakitangan tersebut mendapat tawaran yang begitu lumayan, dia pun terus melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa merasa takut dengan hari pembalasan!

Akhirnya misi mereka berjaya dan fail itu berjaya dihilangkan, lepas tu apalagi, Dr Zul kelihatan cukup baik la di kalangan ahlul-ahlul PAS, sebab semuanya telah di'kawtim' kat belakang! 

Baca selanjutnya disini.

LIVE frm GALAS : Apa ada pada Dr Zul Obes dan Aziz?





Perbandingan 
Calon PAS 

Calon BN



Dr Zul merupakan seorang doktor di Kliniknya sendiri. Bukan klinik kerajaan. Ini bermakna dia berkhidmat kerana duit. Jika anda sakit, kata ore klate kalu takde pitih jangan pila klinik swasta Dr Zul ni. Selesa bekerja di dalam bilik yang berhawa dingin serta duduk di atas kerusi empuk. Buktinya jelas, seorang doktor yang besar badannya. Sudah tentu pemalas. Duduk atas kerusi saja boleh buat pitih. Berjawatan sebagai doktor tentunya Zul ini sudah banyak pitih. 

Sebagai rakyat biasa, Abd Aziz merupakan seorang pegawai KESEDAR. Berpengalaman dalam membantu dan berkhidmat dengan masyarakat. Kuat berkerja dan gigih dalam membantu rakyat. Buktinya jelas, lihatlah tubuhnya. Mampu berlari lebih pantas dari Dr Zul. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai gaut. Mempunyai berat badan yang ideal bukan obesiti. 

Jadi rakyat Galas buatla pilihan yang bijak, Undilah Abd Aziz yang gigih bekerja

‘DULU BAGI KO PAS, LA NI BN PULOK!!!’

LIVE frm GALAS : hamPAS GAGAL TAWAR PELUANG KERJAYA, BELIA TERPAKSA BERHIJRAH


Saban tahun, sejumlah besar belia Kelantan berhijrah ke negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan dalam usaha mereka keluar daripada paras garis kemiskinan.

Penghijrahan ini sebenarnya turut menyumbang kepada pelbagai masalah termasuk kekurangan tenaga kerja dalam pembangunan negeri Kelantan sendiri yang selama ini tercicir jika dibandingkan dengan negeri lain.

Siapa yang seharusnya dipersalahkan? Nampak gaya kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri tidak lagi menjadi penghayatan dikalangan sebahagian besar belia dan beliawanis Kelantan.

Suka atau tidak, semua harus akui penghijrahan ini berpunca daripada kegagalan Kerajaan Pas Kelantan menyediakan projek pembangunan di seluruh negeri bertuah ini.

Akhirnya, senario ini mengundang kerugian besar khususnya dalam aspek sumber pembangunan modal insan kepada Kelantan dalam menongkah arus pembangunan menjadi sebuah negeri maju.

Calon BN, Abdul Aziz Yusof menegaskan, masalah ini hanya dapat diatasi jika Kerajaan Pusat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dengan lebih banyak peluang pekerjaan mampu ditawarkan selain menarik lebih banyak pelaburan ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Justeru, kemenangan BN di Dun Galas perlu dijadikan titik mula perubahan yang diharapkan generasi baru belia dan beliawanis Kelantan selama ini.

Justifikasinya, kemenangan BN amat penting supaya lebih banyak peluang kerjaya  dan pembangunan dapat dibawa ke Galas apabila ketiga-tiga Dun termasuk Paloh dan Nenggiri terus di bawah naungan Ahli Parlimen BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Cukuplah dua tahun Galas dibawah Pas! Usah kata peluang pekerjaan untuk generasi muda berjaya bertambah,sebaliknya taraf kehidupan dan kepentingan sosial masyarakat tempatan terus tidak terbela!

Maka, 4 November depan bakal mencatat sejarah umpama kejayaan Red Warrior menggondol Piala Malaysia jika pengundi Galas berani berubah dengan memenangkan calon BN demi kesinambungan pembangunan berterusan yang didahagakan rakyat Gua Musang ini !!

‘DULU BAGI KO PAS, LA NI BN PULOK!!!’

GALAS : AWAS, GILIRAN MAHASISWA DIPERALAT PAS !!


Selepas 5 hari kempen Pilihan raya kecil Dun Galas berlangsung, Pas ibarat cacing kepanasan apabila sokongan semasa yang diterima semakin merosot di semua peti undi.

Menyedari hakikat itu, jentera Pas nampak tidak lari daripada kelazimannya apabila turut menjadikan institusi agama seperti masjid,surau dan tidak terkecuali tokong Cina dalam usaha meraih undi simpati.

Pun begitu, Pas sedar mereka terus ketinggalan dan terkini, Pas dilihat memperalatkan pula sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ( GAMIS) bagi menjalankan aktiviti kempen Pas di Galas.

Presiden GAMIS, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan bagaimanapun mendakwa, kehadiran kumpulan mahasiswa seramai 200 orang ke kawasan DUN Galas bukan mewakili atau berkempen untuk mana-mana parti politik.

Difahamkan, kumpulan yang diperalatkan ini akan memainkan isu bajet 2011 khususnya dikalangan penduduk kampong termasuk masyarakat bukan Melayu.

Adalah mustahil kumpulan ini datang sendiri tanpa diundang mana-mana pihak kerana pastinya kempen berkenaan melibatkan kos dan sebagainya.

Ramai sedia maklum,GAMIS  sememangnya di cop selari  dengan ideologi pembangkang kerana kerap  terlibat sama dengan perhimpunan haram yang diadakan di ibu negara oleh Pas dan PKR.

Dipercayai, kumpulan ini turut bergerak aktif dibawah Markaz Siswazah Kelantan yang selama ini melahirkan ramai pemimpin muda pembangkang menerusi aktiviti rekrut dalam Persatuan Mahasiswa Islam di IPT tempatan dan Timur Tengah.

Kesian anak muda ini, belum pun tamat pengajian sudah diperkudakan Pas!!! Berbaloikah tindakan mereka ini jika mereka tertangkap dalam PRK Galas ini kerana melanggar AUKU ?!! Atau adakah mereka langsung tidak mempedulikan hati dan perasaan ibu bapa mereka yang mengharapkan kejayaan segulung ijazah  tetapi akhirnya terkandas kerana terlibat berkempen di Galas?!!

Wahai adik-adik seperjuangan ku, usahlah terlalui ghairah berpolitik hingga terjejas masa depan sendiri!! Apakah kalian fikir Pas akan membela nasib kalian jika gagal dalam pengajian setelah jiwa dan raga anda serahkan demi perjuangan politik desperado Pas?!! Jawapannya, TIDAK dan MUSTAHIL !!

Justeru, berfikirlah secara matang, usahlah terlalu ikutkan emosi. Tamatkanlah dulu pengajian kalian, kemudian barulah turun bertempur di medan politik ini jika itu yang kalian hajatkan.

Kepada pasukan pemantau IPT , giatkanlah pemantauan dan jangan ambil mudah soal pembabitan mereka dalam gerakan sebegini  kerana kita tidak mahu sebarang aktiviti berunsur subversif suatu ketika dulu kembali berulang !!!

Pepatah Melayu ada menyebut 
“IKUT RASA, BINASA.. IKUT HATI, MATI..” 
Kalo, Ambo, Ambo Tok Sey!!

LIVE frm GALAS : ZALIMNYA PAS,BUKAN SETAKAT TANAH KEBUN DIRAMPAS, TANAH KUBUR JUGA DIKEBAS!!

Permandangan perumahan orang asli Pos Brooke berlatar belakangkan kerakusan PAS, kononnya inilah dia "Ladang Rakyat'

Apabila DUN Galas diterajui Pas sejak 2 tahun lepas , nasib orang asli tempatan bukan sahaja tidak berubah, bahkan musibahnya bertambah-tambah.
Masa depan anak-anak orang asli ditangan zionis PAS

Dalam tinjauan ke Pos Brooke hari ini,kira-kira 40 keluarga tempatan ibarat ‘melukut di tepi gantang’ apabila langsung tidak dipedulikan parti yang mendakwa Pas Untuk Semua.

Usah bicara tentang pembangunan tanah seperti ladang rakyat yang digembar-gemburkan Pas sebagai petanda kemajuan, soal keperluan asasi orang asli ini sendiri tidak terbela.
Amran Anjang

Menurut Amran anak Anjang,penduduk di Pos Brooke langsung tidak dipedulikan Pas walaupun mereka pernah mengemukakan pelbagai permohonan kepada Kerajaan Negeri berkenaan kepentingan orang asli di sini.

Alasannya yang diberi mudah, PAS MENDAKWA MEREKA TIDAK MENANG DI ATAS UNDI ORANG ASLI DAN ORANG ASLI TIDAK PENTING DAN TIDAK DIPEDULIKAN LANGSUNG OLEH PAS KELANTAN.

Alangkah kejamnya Pas Kelantan,mereka sendiri menafikan hak orang asli semata-mata kerana Pas kalah di kesemua kawasan orang asli pada 2008.

Lebih mengejutkan, Amran juga mendedahkan Kerajaan Pas Kelantan turut merampas tanah pertanian mereka tanpa memberi pampasan yang sewajarnya. Habis ditebang pokok buah-buahan yang selama ini menjadi hasil pendapatan harian mereka. Dan kini tiada apa lagi yang tinggal untuk mereka nikmati seperti sebelumnya.

Sudah lah dirampas tanah pertanian, Kerajaan Negeri menerusi syarikat Cina yang dilantik turut merobohkan tanah perkuburan penduduk tempatan meskipun dibantah keras.

Apa dah jadi dengan Pas? Sampai tanah kubur orang asli turut dirampas!! Lani, bila nak mengundi, dengan muka tak malu berjabat tangan mengemis undi!!! Kejam Sungguh Kejam!!!!

Jika berlaku kematian, agak-agaknya di mana tanah untuk penduduk pribumi ini hendak dikebumikan? Kepada pemimpin Pas mana yang mereka nak mengadu lagi jika tanah kuburkan sanggup dikebas? Atau sememangnya orang asli tidak langsung dipedulikan Pas?!! 

Wan Hasyim


Menurut seorang lagi penduduk tempatan,Wan Anak Hasyim berkata rata-rata anak muda di sini terpaksa bekerja di luar kerana mereka tidak diberi peluang untuk bekerja di ladang yang dibangunkan atas tanah mereka sendiri.

 Jika ditawarkan bekerja sekalipun pun, gaji yang mereka terima sekitar RM20-25 sehari!! Berbaloi dan setimpal kah orang asli di sini membanting tulang seharian dengan gaji secupak itu?!! Hina sangatkah martabat mereka di sisi Pemimpin Pas.

Agak-agak apakah Pemimpin Pas berkenaan kesengsaraan mereka di sini?!! Pedulikah mereka pada Orang Asli sedangkan ada segelintir  pemimpin Pas negeri hidup kaya raya tarah hasil peribumi!!!Mana perginya soal pertimbangan dosa dan pahala?!!

Dengan pendedahan ini, cukuplah sudah bukti kenapa pengundi galas harus tolak Pas!! Jangan biarkan lagi kezaliman ini berterusan!!! 

SATU UNDI UNTUK PAS IBARAT BERSEKONGKOL MELENYAPKAN NILAI HIDUP ORANG ASLI DIBUMI BERTUAH INI!!!

Kalo Ambo, Ambo Tok Sey!!!!
“DULU BAGI KO PAS, LA NI BN PULOK!!!"

LIVE frm GALAS : PAS mula main kotor BAKAR BENDERA UMNO!!!

Bukti bendera UMNO yang dibakar berhampiran dengan Stesen KTM Gua Musang.

JOM LETAK WEB BANNER GALAS DI BLOG ANDA!!!




LIVE frm GALAS : Tahap Pendidikan Calon PAS vs Calon BN


 

“Nak  jadi wakil rakyat dan pemimpin bukan bergantung kepada ijazah yang berjela-jela, yang penting ialah kemampuan dan kesanggupan untuk kita member khidmat kepada rakyat”.

Demikian penjelasan Calon BN, Abdul Aziz Yusof ketika menjawab serangan politik Pas yang mencanangkan kelebihan akademik Dr. Zulkifli  perlu dijadikan menjadi pertimbangan dalam memilih wakil rakyat di Dun Galas.

Sebagai contoh, Allahyarham Tun Ghafar Baba bukan sahaja dilantik menjadi wakil rakyat, bahkan turut berperanan menjadi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu meskipun beliau tidak berkelulusan tinggi.

Inilah hujah dan bukti jelas bahawa  kelebihan akademik calon Pas tidak semestinya menjadi indikator atau sebab utama pengundi Galas perlu memilih calon pembangkang.

Yang penting, pada pilihan raya kecil kali ini, rakyat Galas perlu fikirkan soal masa depan selepas mereka ketinggalan dari aspek pembangunan dan khidmat wakil rakyat selama lebih dua tahun.

Aziz menegaskan, ini adalah saat terbaik bagi pengundi Galas untuk kembali memilih  Barisan Nasional yang banyak jasanya kepada rakyat di Gua Musang selama ini.

Sikap rendah diri Aziz yang menyifatkan kemenangan parti lebih utama dan mengatasi kepentingan peribadi adalah bukti kesungguhan beliau untuk mengangkat martabat dan nasib rakyat Gua Musang khususnya di Galas ini.

Tegasnya lagi, kemenangan BN dalam pilihan raya ini amat penting dan petanda kepimpinan BN mendapat mandat dan diterima baik rakyat di segenap peringkat.

“DULU BAGI KO PAS, LA NI BAGI BN PULOK”


LIVE frm GALAS : DAP PERTIKAI KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA DI KG BARU, TAPI MEMBISU DI KG MELAYU!

Tony pertikai diskaun hartanah Bumiputera di depan pengundi cina


Siapa tak kenal politik desperado DAP? Parti anak beranak  ‘Lim’ serupa PKR Anwar-Izzah- Azizah semalam turut menunjukkan taring ‘keCINAan’ mereka di Kampung Baru Galas, tapi kemudian menikus di Kampung Kerinting yang majoritinya Melayu.
Depan pengundi melayu lain pula cerita..

Dalam ceramah yang disampaikan Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara di dua lokasi berasingan malam ni, menunjukkan Si Pua amalkan sikap bermuka-muka!! Di Kampung Baru, dia pertikaikan keistimewaan orang melayu di depan pengundi Cina untuk timbulkan rasa tidak puas hati kaum itu kepada kerajaan.

Antara yang dipertikaian, keistimewaan kaum bumiputera untuk menikmati diskaun untuk membeli rumah dibawah kuota bumiputera yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.

Tony Pua kata, pemberian diskaun ini tidak tercatat pun dalam Perlembagaan Persekutuan, jadi kenapa tawaran harga atau diskaun itu tidak turut diberi kepada kaum bukan bumiputera?!

Nah, saksikan betapa liciknya Tony ua ini bangkitkan emosi orang Cina, sedangkan di Kampung Kerinting di atas pentas Pas malam tadi, Tony tak langsung usik perkara yang sama. Inilah Malaysian Malaysia yang dicanangkan DAP hakikatnya!!!

Bahaya sungguh politik perkauman yang dimainkan oleh DAP ini. Apa muslihat sebenar Tony Pua? Adakah kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin umum projek PPR di Gua Musang,Tony Pua nak buat onar dengan membangkitkan kemarahan kaum Cina di Galas?
Chan Min Kai masih lagi dengan lakonannya berbaju melayu di kawasan melayu

Wahai pengundi Melayu di Galas, beringatlah bahawa DAP tetap DAP dan puak-puak ini tidak akan membela kepentingan Melayu meskipun mereka tampil berbaju Melayu dan bersongkok di pentas Pas ketika berkempen di Galas kali ini.

Kini, yang tinggal hanya KUASA. Jika kuasa ini jugak terlepas dari tangan kita, apa yang kita nak jawab kepada anak cucu cicit kita nanti? Masihkah ada tanah, harta, mahupun kuasa yang nak kita wariskan kepada mereka kelak?
Depan melayu mereka bersatu, tapi belakang melayu DAPigla hantu kaki putar belit jatuhkan melayu

Dan hari ini, Pas sebumbung dengan DAP dibawah slogan Pakatan Rakyat sedang berkempen memenangkan calon mereka untuk menyampaikan ‘signal’ yang DAP juga akan berkuasa suatu hari nanti. Jadi, Mahu kah kita membuat pilihan yang salah dengan mengundi mereka?

Kalo Ambo, Ambo tok Sey!!
 “DULU BAGI KO PAS, LA NI BAGI BN PULOK”


LIVE frm GALAS : KHALID GAGAP UMUM CALON PAS DR ZAINAL,BUKAN DR ZUL



 
Ketika keghairahan penyokong pembangkang bersorak iring calon mereka di tapak penamaan, Khalid Gagap yang terkenal dengan 'sifat nyanyuk & tersasul'nya sekali lagi buat hal.

Pengumuman pemimpin PKR itu seolah-olah menggambarkan pembangkang memang ada calon lain itu prk kali ini.

Khalid Gagap yang berucap di atas hilux diperkarangan penamaan calon berkata, calon pas adalah Dr Zainal, bukan Dr Zul yang mereka arak pagi tadi.

Kesian penyokong pas,mereka semacam tercengang-cengang berpandangan satu sama lain. Akhirnya, Khalid Gagap sekali lagi disorak bodoh oleh penyokong sendiri.

Jika ini yg menjadi sebutan Khalid, sahlah bahawa pembangkang xkonfiden dgn Dr zul. Bukan nak bohong, bahkan juak-juak pas disekeliling khalid turut tergamam dan sorak MB  PKR itu.

Kesian juak-juak pembangkang, lantik mb pun dikalangan orang yg asyik 'tersyasyul', ciri-ciri begini kah yang rakyat nk lantik jd wakil rakyat?!!

Jadi, adakah rakyat Galas nak lantik calon yang tidak 'direstui' pimpinan PKR sendiri jadi ADUN mereka? Inilah buktinya pembangkang xpernah bersatu sebaliknya hanya pandai menipu!!!

Kalo ambo, ambo serik doh!ambo tok seyh!!! 

Dulu bagi ko pas, lani ko BN pulok!!!

LIVE frm GALAS : Gambar-Gambar Puak PASBERG!!!

Bodohnya PAS dek kerana terlalu ramai penyokong, calon dan pimpinan mereka yang hadir sukar bergerak dalam lautan manusia ciptaan sendiri untuk memasuki ke Pusat Penamaan Calon.
Antara Makcik-Makcik yang hadir dan mencuri perhatian
Bila PAS dan DAP sedar yang mereka tak sehaluan, saling merenung masa depan
Anak kecil mangsa bapa yang begitu taksub berpolitik
Antara wayang opera cina yang dipertontonkan
Tengah timbang, bulan atau roket, yang mana akan memusnahkan melayu dan Islam.

GALAS : ‘USTAZ CHAN’ TAFSIR QURAN DEMI RAIH UNTUNG POLITIK WALAU TIDAK BERAKIDAH ISLAM

Selepas beberapa insiden ‘Ustaz DAP’ berucap menggunakan dalil Al-Quran di pentas Pas dalam siri pilihanraya yang lepas,Galas sekali lagi menjadi saksi betapa taksubnya penyokong Pas, sehingga sanggup memandang remeh soal orang bukan Islam menggunakan dalil Islam dalam meraih sokongan politik.

Di Padang Sivik,  Adun PKR Simpang Pulai berbangsa Cina yang diyakini tidak menganut akidah Islam , ‘Ustaz’ Chan Ming Kai berhujah dengan mentafsir pengertian ayat Quran, yang kemudiannya mendapat sorakan penyokong tegar Pas.

Nampak gayanya, tanpa sebarang tegahan oleh ‘Ustaz-Ustaz’ Pas yang hadir termasuk Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah yang kelihatan hanya tersenyum kambing menyaksikan Chan berhujah berbaju Melayu dan bersongkok.

Memang ‘Ustaz’ Chan tidak membaca ayat Quran, tapi adakah pimpinan Pas berani jamin tafsir ayat si Chan ni benar-benar berlandaskan fikrah dan tafsir sebenar?!! Jika tidak, inilah ancaman bahaya kepada akidah penduduk Islam di Galas!!!

Simboliknya, dalam keghairahan pembangkang meraih keuntungan politik, pimpinan Pas negeri seolah-olah menghalalkan cara asalnya tindakan berkenaan menguntungkan mereka.
Dek sikap bersahaja pembangkang khususnya Pas inilah, menjadikan pihak lain ‘naik tocang’ sehingga sanggup berkempen tanpa mengira sensitiviti agama.

 Memang soal hidayah hak Allah, namun apakah jika niatnya jelas bermatlamat meraih keuntungan politik, adakah Ulama Pas berani menfatwakan tindakan ini ‘halal’?!! Pelik tapi Benar, tapi inilah hakikatnya corak politik pembangkang!!!

Wahai penduduk Galas, harus diingat tempoh berkempen masih panjang. Jika penduduk Galas tidak menunjukkan protes dengan memboikot ceramah pembangkang, tidak mustahil lebih ramai pemimpin bukan Islam naik pentas Pas ceramah guna dalil semata-mata untuk raih undi di Galas!!

Jangan alpa dan leka, jagalah masjid di kariah kita elok-elok. Jangan sampai insiden ‘Ustazah’ Teo dari DAP berceramah di dalam sebuah surau tanpa menutup aurat dengan sempurna berulang kembali di Dun Galas ini!!

Kalau ambo, ambo serik doh..

“DULU BAGI KO PAS, LA NI BAGI BN PULOK”

LIVE frm GALAS : PAS ‘KELENTONG’ ORANG ASLI?!! HINA SANGATKAH ORANG ASLI GALAS?


Pas nampaknya begitu terdesak dengan melancarkan kempen lebih awal dan menjadikan perkampungan Orang Asli Galas menjadi tumpuan utama.

Soalnya, kenapa dalam PRK kali ini, Pas begitu memberi tumpuan kepada Orang Asli? Adakah Pas sengaja nak ‘tunjuk baik’ selepas Orang Asli di’kencing’ kononnya calon Pas bakal dilantik dikalangan mereka tidak menjadi realiti?

Difahamkan semalam Calon Pas, Dr Zulkifli Mohamad beserta juak-juaknya mula menjadikan kawasan perkampungan Orang Asli di Galang, Gertas, Ladoi dan Eching berkempen.

Penasihat Jentera PRK Pas, Wan Abdul Rahim sempat menempelak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( JHEOA) kononnya cuba menghasut orang asli tidak menyokong Pas.

Ape punya bodoh mereka ni? Dah tentu kerja JHEOA memang menjaga kebajikan Orang Asli, tak kan nak jaga kebajikan pemimpin Pas yang kaya-raya jual hasil balak Galas pulak!

Hakikatnya, Pas sendiri menghina Orang Asli Galas apabila sekadar menyenaraikan pemimpin tempatan masyarakat berkenaan, Pandak Panjang Ey sebagai bakal calon, namun Dr. Zul jugak yang dipilih! Kesian Orang Asli Galas, kempunan nak tengok wakil mereka jadi calon ADUN tidak kesampaian!

Semalam, Wan Abdul Rahim dari Pas Kota Bharu hakikatnya menambah penghinaan terhadap Orang Asli Galas apabila mereka tidak langsung mengendahkan dan menghormati permintaan Pandak sebagai Ketua Perhubungan Orang Asli supaya parti politik tidak menjadikan penempatan mereka sebagai medan pertembungan parti yang bertanding.

Kalau Pandak, Ketua kaum Orang Asli sendiri pun Pas tak hormat, apetah lagi anak-anak buahnya yang hanya dicari apabila menjelang musim pilihanraya sahaja.

Cukup-cukup lah memperbodohkan kaum pribumi ini!!! Jangan ingat mereka tak ngaji tinggi macam Dr. Zul, mereka tak boleh fikir parti mana yang benar-benar mampu membela nasib mereka!!!

Bagi pengundi Cina dan India Galas, saksikanlah taktik jahat Pas ini dalam memancing undi, semata-mata nak dapat sokongan, Pas sanggup memperlekehkan Orang Asli. Dahlah tak dijadikan Calon, silap2 habis semua hasil balak di penempatan Orang Asli dirompak Pas jika mereka menang nanti!!

Nasib  baik Pas tak senarai pemimpin Cina dan India Galas dari Dewan Perhimpunan Penyokong Pas –DPPP mereka dalam senarai awal bakal calon.. Jika ini berlaku, habis semua kaum di Galas sah-sah kene ‘kencing hidup-hidup’ dengan Pas kali ini!

“DULU BAGI KO PAS, LA NI BAGI BN PULOK”

LIVE frm GALAS : Calon PAS Manek Urai si Puji ikan tue TAHAP PENDIDIKAN TINGGI KE?

PAS kini sedang mengumpul data bagi menyerang Calon BN Abdul Aziz Jusoh. Terkini yang sempat aku liwatkan, PAS menggunakan isu tahap pendidikan Aziz Limau sebagai senjata untuk menyerang keperibadian lawannya. Nah baca di bawah. Aku percaya, berita ini akan diprint untuk diedarkan ke seluruh Galas.
Masihkah PAS ingat atau PAS buat-buat lupa bahawa Puji ikan calon PAS di Manek Urai yang berjaya mengalahkan Tuan Aziz cuma nelayan? Masihkah PAS ingat ayat ini yang pernah disuarakan oleh TGNA semasa kempen di Manek Urai :

"Masuk universiti blaja terima rasuah aje. Terima rasuah sikap ore UMNO. Maka semua ore UMNO ore lepasan Universitla?"

Adakah kita perlu memiliki ijazah dan doktor kehormat baru kita boleh berkhidmat kepada masyarakat?

Berapa ramai orang PAS yang memiliki ijazah dalam Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kelantan sekarang? Adakah Salahuddin Ayob memiliki ijazah di Al-Azhar atau sekadar belajar setakat setengah jalan saja. Speaker PAS sekarang lulusan apa? Bagitau aku! Tambahan lagi sorang Mr Bean apa kenamanya si Mahfuz Bean tew..apa tahap pendidikannya?

Jangan tahap pendidikan tinggi namun rekod buruk panjang ja...Aku ada rahsia BESAR Dr Zul PAS ni. Tunggu selepas Dr. Zul ni konfrem dinamakan sebagai calon PAS besok aku akan keluarkan berita Zul terlampau siap bukti sah..hahaha!