Bangsat!!! Ayat suci Al-Quran dipermainkan lagi oleh PKR!!!!




Ahli-ahli PKR beragama Islam jadi tunggul dan rela membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila cuba buat pandai tafsir ayat Al Quran tetapi rupa-rupanya tunggang-langgang dan terkeluar daripada maksud sebenar ayat.


Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kesavan Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.


Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:


"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."




Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:



Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.


Yang bodohnya ahli-ahli PKR beragama Islam , bila selesai membaca tafsir ayat tersebut, perwakilan PKR bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.


Insiden ini jelas memalukan dan mempermainkan ayat suci Al Quran dan tiada seekor pun orang PKR beragama Islam berani tegur .
sumber sejarahmelayu.blogspot.com

PAS Jahil Islam Pentingkan Kuasa Politik Duniawi dari Akhirat

Dakwah Islamiyah sering diselewengkan oleh umat Islam kerana kebanyakan daripada penceramah agama lebih menumpukan perhatian kepada perjuangan politik melebihi kepentingan agama dan umat.


Apabila suasana begini wujud maka usaha untuk mendidik masyarakat menjadi orang Islam beriman akan gagal kerana intisari dalam ceramah lebih mirip kepada kutukan dan ejekan. Sikap mengutuk dan mempersendakan individu-individu dan golongan tertentu menjadi lumrah kepada kebanyakan penceramah agama di dunia Islam masa kini.

"Seseorang meminta Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan orang musyrik mendapat bala bencana. Baginda menjawab, "Aku bukan diutus menjadi tukang laknat tetapi untuk menjadi rahmat." - Namun PAS lakukan sebaliknya

 Sabda baginda ini sepatutnya dijadikan panduan kepada pendakwah Islam. Pendakwah sepatutnya memahami realiti kehidupan masyarakat di sekeliling mereka dan menggunakan akal yang rasional dalam merancang program dan pendekatan dakwah kepada masyarakat. 

Jika masyarakat jahil tentang agama Islam pendakwah sepatutnya menumpukan perhatian kepada aspek yang boleh memperkukuhkan akidah Islam dan mengajar serta menggalakkan mereka mengamalkan perkara-perkara berkaitan dengan fardu ain terlebih dahulu daripada membicarakan perkara-perkara yang menyukarkan akal fikiran masyarakat dan menyebabkan mereka merasai betapa sukarnya menjadi umat Islam.-sebab itulah PAS gagal dalam kerja dakwahnya dan hanya berjaya mengejar kehendak duniawi saja.

Sikap gemar mengejek dan merendahkan keperibadian orang lain bukan merupakan ciri-ciri pendakwah yang berwibawa. -Ini hobi tetap Ostad PAS. Rasulullah SAW menyeru pendakwah Islam supaya memahami kecapaian akal fikiran manusia ketika berdakwah. Sikap radikal dan 'ujub (merasai diri terlalu warak dan beriman) bukan merupakan sifat pendakwah Islam. Kuliah subuh sepatutnya digunakan untuk menerapkan ilmu wahyu dalam hati nurani masyarakat bukan menghemburkan cacian dan cercaan kepada orang yang tidak bersefahaman dengan ideologi politik.

Pendakwah Islam sepatutnya menjadi orang yang paling sabar menghadapi kerenah masyarakat kerana peranan mereka ialah mendorong masyarakat ke arah syurga. - Adakah Ostd PAS seorang penyabar?Jika hati nurani pendakwah dilatih menjadi orang yang sabar dan mempunyai azam yang kuat untuk mendorong masyarakat ke arah kebahagiaan hakiki iaitu memasuki syurga, mereka tidak akan menghina dan mempersendakan orang yang jahil agama.

Sikap gemar mengejek dan merendahkan keperibadian orang lain bukan merupakan ciri-ciri pendakwah yang berwibawa. Realiti yang wujud masa kini ialah terdapat pendakwah Islam kurang perihatin terhadap akhlak Islam dalam penyampaian ilmu wahyu. Sentimen politik lebih mempengaruhi pemikiran mereka ketika menyampaikan ilmu wahyu. Sepatutnya penceramah memahami bahawa orang yang hadir dalam majlis ilmu wahyu ialah orang yang mengharapkan panduan dan didikan agama bukan kutukan dan cercaan. Sedangkan mencerca orang musyrik pun dilarang oleh Rasulullah SAW.

Perkara ini dijelaskan oleh Abu Hurairah r.a. dengan katanya, "Seseorang meminta Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan orang musyrik mendapat bala bencana. Baginda menjawab, "Aku bukan diutus menjadi tukang laknat tetapi untuk menjadi rahmat." Sabda baginda ini sepatutnya dijadikan panduan kepada pendakwah Islam.

Fikirkanlah sendiri...Anda lebih bijak mengetahui, yang mana kaca dan yang mana permata. PAS hanya mempergunakan Islam demi politik duniawi tanpa sedar yang mereka sebenarnya tangan-tangan yang memburukkan Islam itu sendiri.

Segala baik dan buruk politik mereka diterjemah dalam Islam kononnya mereka benar maksum tanpa melakukan sebarang salah dan dosa. Demi politik dunia, mereka sanggup menggunakan Islam sebagai alat untuk memegang kuasa dunia dan harta benda rakyat.

Masjid juga turut dicemari kerna dijadikan hotel percuma buat jentera untuk memenangkan agenda politik mereka.

TGNA : Sebelum masuk Tanah Haram dia sihat, masuk sahaja Tanah Haram dia sakit, keluar dari Tanah Haram sihat semula


Dua gambar di atas di rakam beberapa hari sebelum ini Nik Aziz berangkat ke Mekah. Dia nampak sihat dan bertenaga.


Dua gambar ini pula dirakam sebaik sahaja di tiba di Mekah. Sakit dan tiada tenaga, nak berjalan pun tak mampu sehingga terpaksa guna kerusi roda.


Gambar ini pula dirakam hari ini sebaik sahaja dia tiba di Kelantan. Sihat, bertenaga dan ceria.Tiada kerusi roda pun untuknya.


Sebelum masuk Tanah Haram dia sihat, masuk sahaja Tanah Haram dia sakit, keluar dari Tanah Haram sihat semula.

Adakah bumi Mekah tidak mahu menerima Nik Aziz ?

Sama-samalah kita fikirkan.

Keahlian PKR ada 400,000??!!

Dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya ia mempunyai sehingga 400,000 anggota menjadi tandatanya banyak pihak termasuk ramai bekas pemimpin parti itu sendiri.
Menurut mereka sehingga kini dakwaan itu gagal dibuktikan sama ada menerusi rekod bertulis mahupun pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang berakhir Ahad lepas yang menyaksikan hanya 10 peratus daripada jumlah yang dikatakan anggota parti keluar mengundi.
Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata saiz keanggotaan PKR itu amat diragui bahkan sebelum beliau keluar dari parti itu pada Mei 2007, tiada satu rekodpun ditunjukkan bahawa parti itu mempunyai ahli sebanyak itu.
“Setiausaha agung dulu (Datuk Salehuddin Hashim) tidak pernah menunjukkan rekod jumlah keahlian dan setiausaha sekarang ini (Saifuddin Nasution Ismail) pun tak pernah tunjuk. Jadi ini amat meragukan.
“Kalaulah betul ada ahli sebanyak yang dikatakan, buktikanlah. Daripada pemilihan MPP pun, yang mengundi Mohamed Azmin Ali (calon timbalan presiden) tak sampai lima peratus pun,” katanya kepada Bernama.
Anuar berkata sekiranya benar anggota PKR sebesar itu, ini bermakna sebahagian besar tidak mengambil bahagian dalam proses pemilihan parti, maka ini dilihat sebagai satu protes secara halus.
Mengikut keputusan tidak rasmi, Mohamed Azmin yang kini Naib Presiden PKR, dipilih sebagai timbalan presiden mengalahkan seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub.
Seorang lagi calon, Datuk Zaid Ibrahim, menarik diri dan keluar dari parti itu selepas mendakwa berlaku penyelewengan dalam pemilihan.
Jawatan Presiden kekal dipegang Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang menang tanpa ditandingi. Anak Anwar dan Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar, pula terpilih sebagai naib presiden.
Ditanya mengapa pemilihan MPP hambar dengan peratusan keluar mengundi pada tahap 10 peratus sahaja berbanding Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), Anuar berkata ia disebabkan keghairahan anggota untuk mengundi terbantut kerana telah diberikan tekanan oleh beberapa pemimpin.
“Segalanya telahpun dicaturkan dan ada juga pemimpin yang mendesak, merayu, meminta dan ada juga yang mengugut supaya calon mereka dimenangkan,” katanya.
Kenyataan yang hampir sama turut disuarakan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor.
Katanya meskipun beliau tidak mengetahui jumlah anggota PKR selepas meninggalkan parti pada 2006, jika berdasarkan jumlah keanggotaan yang ada, sepatutnya lebih ramai anggota yang mengundi pada pemilihan MPP.
“Sekiranya benar, sudah pastinya calon yang menang tidak diberikan mandat daripada ahli untuk memimpin parti berdasarkan kepada peratusan kecil yang keluar mengundi,” katanya.
Ezam tidak menolak kemungkinan bahawa peratusan mengundi rendah disebabkan anggota PKR merasa diperalatkan untuk mencapai matlamat politik individu tertentu.
Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, pula berkata beliau juga sangsi dengan jumlah keanggotaan PKR.
“Saya tidak tahu ia benar atau tidak. Kalau benar, sudah pastilah mereka ini akan keluar mengundi.
“Kalau kita berpegang kepada baki 90 peratus lagi anggota PKR keluar mengundi, keputusan pemilihan boleh jadi berbeza.
“Pada saya kalau benar (anggota PKR 400,000), 90 peratus itu adalah kelompok yang menunjukkan protes secara halus,” katanya pensyarah sains politik dari Universiti Sains Malaysia itu. — Bernama
GHOSTWRITER
Betul ker ada 400,00? ke ada 400 orang jer? hehehe.... Hantu ramai ni dalam PKR. Bukan Penulis Hantu macam aku, tapi keahlian hantu..hahaha.. Sapa ahli PKR sila angkat kaki..ehehe..aku nak kira betoi2, si mamat RajaDrama ni ada buat drama lagi ka buat tontonan kita ka?

Buku Memali menghantui Pemimpin PAS!!!

Penulis buku Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali kesal dengan sikap pemimpin Pas yang melarang ahlinya membeli buku tersebut ketika majlis memperingati 25 tahun Memali diadakan di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, buku yang banyak mendedahkan penyelewengan Tabung Memali itu oleh pihak tertentu dalam Pas telah dihalang dan disekat daripada dijual kepada orang ramai pada majlis berkenaan.

Penulis buku itu, CN Al-Afghani atau nama sebenarnya, Zainon Ismail berkata, tindakan penganjur majlis iaitu Dewan Pemuda Pas Pusat melarang orang ramai membeli buku berkenaan membuktikan mereka sebenarnya takut dengan pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam Pas itu daripada terbongkar.

"Saya kecewa dengan halangan pihak berkenaan untuk mengedarkan buku ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Hadir sama anak Ibrahim Libya, Mohd. Irsyad Zamani Ibrahim, 28, dan beberapa ahli Pas.
Majlis memperingati 25 tahun Memali itu diadakan selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.

Tabung tersebut dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dilakukan oleh pihak berkuasa atas dakwaan terbabit dengan kegiatan ekstremis.

Tambah Zainon, halangan penjualan buku itu menunjukkan sikap tidak adil kepimpinan Pas terhadap kebebasan bersuara dan mahu melindungi salah laku pemimpin yang berkenaan.

''Jika penyelewengan itu dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN), mereka akan menelanjangi habis-habisan tetapi jika dilakukan oleh pemimpin Pas sendiri, mereka akan cuba menutup dan menganggapnya fitnah.

"Inilah sikap double standard dalam Pas yang cuba melindungi pemimpin berkepentingan,'' tegasnya.

Zainon juga mencabar pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan buku tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah, menggunakan saluran undang-undang untuk mengambil tindakan.

Bekas guru itu juga mencabar pihak berkenaan mengadakan forum di pentas terbuka untuk memberi penjelasan tentang dakwaan penyelewengan wang anak-anak yatim dan ibu tunggal yang telah disalahgunakan pihak berkenaan.

Tegasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang mewakili Pas perlu telus dalam hal itu kerana jika tidak, mereka tidak layak untuk bercakap dan mempertikaikan salah laku pihak lain.

GHOSTWRITER
Takut kerana salah....kalu tak buat salah buat apa nak takut?

SUSULAN PEMILIHAN DAP PERAK : MIC PERLUKAN POLITIKUS BERANI SEPERTI KULA!!

Meskipun Pemilihan Kepimpinan DAP Perak menyaksikan bekas  Timbalan Pengerusi DAP Perak, M.Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat dan kumpulannya  tewas mengejut kepada konco-konco  Nga Kor Ming dan Ngeh Koh Ham yang terus dilantik menjadi pengerusi dan setiausaha negeri,  episod itu tidak menamatkan spekulasi  kemungkinan berlaku kejutan dalam landskap politik DAP Perak.

Kulasegaran, yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dilaporkan telah menolak tawaran daripada pucuk pimpinan baru DAP Perak supaya memainkan peranan sebagai naib pengerusi DAP negeri kerana menyedari ia suatu yang sia-sia.

Memetik sebuah portal online, Kulasegaran yang menyifatkan ‘penyembelihan beberapa sekutu yang berkemampuan, komited dan berdedikasi’ yang bertanding menentang calon-calon yang ‘tidak mempunyai latar rekod, tidak dikenali di dalam dan juga luar parti’ adalah sesuatu yang amat perit.

Biarpun Kulasegaran telah menyatakan ikrar untuk kekal dalam DAP, namun masih tidak mustahil beliau mengubah pendirian sekiranya peranan dan pengaruh beliau terus dipinggirkan Nga dan Ngeh di masa depan .
Ini kerana, dalam politik tiada yang mustahil. Contohnya, Datuk Zaid Ibrahim yang pernah berikrar untuk terus berjuang dalam PKR akhirnya berpatah arang berkerat rotan dengan parti yang diwakilinya sewaktu menjadi calon pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan  yang terkenal dengan kelantangan bersuara akhirnya tidak dapat lagi bertolak ansur dan tunduk kepada diktaktornya Anwar Ibrahim, sebelum mengumumkan akan terus aktif dalam arus politik tanah air dan menentang PKR yang pernah dipimpinnya sebelum ini.

Berbalik kepada Kulasegaran, adalah suatu pilihan yang logik dan lebih baik kepada beliau dan masyarakat India sekiranya beliau mengambil iktibar daripada riwayat politik Datuk Zaid.

Jika beliau sedia maklum Nga dan Ngeh akan terus ‘mencantas’ populariti beliau dalam parti, apa ertinya beliau terus kekal. Dan ada baiknya juga beliau mengikut jejak langkah pemimpin terbuang PPP, T.Murugiah menyertai  MIC sebagai platform  bagi membawa aspirasi masyarakat India selepas hilang jawatan dalam parti yang didokongi selama ini.

Suka atau tidak, harus diakui MIC masih ketandusan pemimpin masyarakat yang benar-benar berwibawa. Justeru, penyertaan Kulasegaran yang juga seorang peguam pastinya mampu membela kepentingan politik kaum berkenaan yang semakin terpinggir ekoran kelemahan pemimpin MIC  yang disifatkan kurang berkesan sehingga kini.

Jika berpolitik itu suatu wadah untuk membela kepentingan kaum, tidak mustahil Kulasegaran akan menyertai MIC demi kelangsungan politik yang beliau pertahankan. Harus diakui, Kulasegaran mempunyai pengikut dan pengaruh yang besar kepada komuniti India khususnya di Perak. Jika ini berlaku, pastinya masyarakat India khususnya di Perak bakal meraih manfaat yang diharapkan ekoran keberkesanan  berpolitik beliau kepada MIC dan juga BN.

MIC yang bakal menyaksikan peralihan tampuk kepimpinannya sedikit masa lagi perlukan pemimpin yang teguh pendirian,berani bersuara dan berjiwa kental demi survival bangsa. Ini kerana banyak pihak berpandangan kharisma Datuk G.Palanivel selaku pengganti Datuk Seri Samy Vellu belum cukup meyakinkan umum bahawa MIC mampu berdiri gah di persada politik negara sekaligus memberi impak besar kepada kejayaan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 kelak.

Zambry menang kes saman fitnah RM100 juta terhadap Artikel Suara Keadilan




Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menang kes saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain.
Penolong Pendaftar Kanan, Noordura Mohamed Din hari ini menerima permohonan Zambry bagi memasukkan penghakiman terhadap empat defendan.
Peguam Zambry menyifatkan keputusan itu sebagai “judgment on liability” mengambil kira tuntutan anak guamnya terhadap para defendan.
Pada 25 Februari lepas, Zambry memfailkan saman fitnah di  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009-5 Januari 2010, bertajuk “Zambry Disyaki Pengganas — Gagal masuk ke Amerika Syarikat” mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.
Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.
Zambry berkata lawatannya ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.
Menteri Besar Perak itu berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.
Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.
themalaysianinsider.com

GEMPAR!! Wakil Kerajaan MB Gila dihalau!!!


Rakyat Kedah dah makin muak dengan gelagat seorang yang bergelar Menteri Besar. Ini kerana dia ni hanya tahu mencari salah tanpa membantu rakyat yang memerlukan pertolongan dikala rumah mereka ditenggelami air bah. ada salah sikit habis semua dia tepis kononnya ini semua kerajaan dulu punya angkara.

Jesteru rakyat Kedah dah mula gelar, MB ini sebagai MB gila. Apa tidaknya, Masa perlukan undi dari rakyat, datang hari-hari bagi gula, beras dan pelbagai lagi. Ceramah fitnah itu dan ini ada saja setiap hari, bila dah jadi kerajaan, nak bagi bantuan kepada rakyat rasa macam nak mati, susah sangat nak bagi.

Dengar khabarnya ada budak yang duk ikut bontot MB Gila ni dulu naik motor cabuk, sekarang dah bawa kereta mewah dan berBANGLO BESAR. So dek kerana budi MB Gila ni, maka diarahkan budak ini supaya kejar semua kontraktor yang depa bagi projek untuk minta peruntukan berjuta-juta untuk bantu rakyat.

Maka budak suruhnya yang berkereta mewah pun minta sana sini juta-juta untuk diagihkan kepada rakyat yang undi PAS SAJA. Berkat dengan duit jutaan ringgit ini, maka pergilah wakil kerajaan puak PAS menemui rakyat di sebuah kampung yang diberi nama Kampung Kubu, Pokok Sena.

Dek kerana dah lama bengang dengan MB Gila dan kerajaan yang diterajui PAS, rakyat di Kampung Kubu telah menghalau rombongan itu dengan sumpah seranah.

Banjir dah pun surut, rumah dah pun dibersihkan, baru wakil kerajaan PAS nak datang. Kononnya nak banci bagi bantuan, last-last kena ligan dengan parang. Hah! baru padan muka korang!

Nasib Melayu Pulau Pinang dihimpit DAPig!!!

Pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang kini hanya tinggal 20.41 peratus, meskipun kaum itu mewakili 44.89 peratus daripada jumlah penduduk negeri ini.Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong daripada UMNO, Muhammad Farid Saad, berkata lebih membimbangkan, Daerah Timur Laut iaitu kawasan paling pesat membangun di Pulau Pinang, tanah milikan Melayu hanya 1.16 peratus.
Katanya, kajian UMNO Pulau Pinang juga mendapati ada 60 perkampungan Melayu yang mempunyai 7,000 penghuni dibina di atas tanah orang lain. 

“Berikutan itu, penduduk bakal kehilangan tempat tinggal pada bila-bila masa,” katanya pada forum bertajuk Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang di sini, kelmarin. 

Farid adalah salah seorang daripada empat ahli panel forum berkenaan, selain Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff; Ahli Parlimen Parit Buntar daripada PAS, Dr Mujahid Yusuff Rawa dan Presiden TERAS Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid. 

Forum yang menggabungkan parti politik tanpa mengira fahaman dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mencari jalan bagi menangani isu penghakisan tanah milikan Melayu, dikendalikan Pensyarah Universiti Sains Malaysia, Prof Amir Hussain Baharuddin. 

Pada sesi soal jawab forum itu, seorang peserta mencadangkan supaya satu fatwa dikeluarkan bagi memastikan tanah milikan Melayu di Pulau Pinang tidak terlepas ke tangan bukan Islam. 

Mengulas cadangan itu, Farid melihat perkara berkenaan secara positif dan sesuatu yang wajar jika keadaan benar-benar memerlukan. 

“Jika berlaku pertukaran milikan tanah yang boleh menyebabkan tiada lagi orang Melayu di sesuatu kawasan sehingga membawa kepada solat Jumaat tidak boleh didirikan kerana tidak cukup jemaah, ia wajar dilakukan,” katanya. 

Mujahid, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang turut bersetuju jika ada fatwa sedemikian, tetapi ia bukan satu jaminan orang Melayu tidak menjual tanah kepada bukan Islam. 

“(Kalau ada) fatwa pun boleh berlaku (pertukaran milikan tanah kepada bukan Islam) juga,” katanya sambil menjelaskan faktor tawaran harga lumayan memainkan peranan penting dalam urusan jual beli tanah. 

Azmi pula berpandangan, masalah itu memerlukan komitmen yang lebih kerana jika diwujudkan fatwa sekali pun, urusan penjualan tanah kepada bukan Islam akan terus berlaku. 

GHOSTWRITER 
Besar harapan aku supaya pemilik tanah melayu menghentikan penjualan atau pemberian tanah mereka kepada bangsa lain. Jika gejala ini terus berlaku, maka di mana melayu sebenarnya? Di bandar besar semua tanah cha ya nun alif yang punya. Takkan di seluruh Pulau yang pesat membangun pun kita berikan kepada mereka? Mana maruah kita? Adakah kita menanti dijajah kembali? Kali ini kaum minoriti menguasai ekonomi dan hartanah negara kita. Sedarlah wahai bangsaku...

Ostad Azizan Jenoh bersilat bila ditanyakan bantuan kerajaan negeri kepada mangsa banjir di Kedah


Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak enggan menjawab soalan berkaitan dakwaan bahawa kerajaan negeri lemah dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu.


Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri 
di Wisma Darul Aman di sini hari ini, beliau meminta media bertanyakan soalan mengenai bantuan banjir itu kepada Majlis Keselamatan Negeri.

"Nak tau apa-apa, tanya MKN, depa (mereka) buat keputusan (mengenai bantuan) di Kedah, saya tak tahu,” katanya pada sidang berita selama tiga minit itu. 
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan Pas Kedah tidak melepaskan tanggungjawab membantu mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.                                                                                                               Bernama
GHOSTWRITER
Jelak aku tengok bila insan bernama Ostad PAS mengamuk depan media bila ditanyakan mengenai jenis bantuan yang bakal diberikan  oleh kerajaan negeri Kedah kepada mangsa banjir. Takcukup dengan tuduhan sana sini semua salah kerajaan BN terdahulu menjadi punca Kedah dilanda banjir, Ostad PAS ni siap blah macamtew jer sebab dah kelu, taktau apa nak jawab dengan media yang bertali arus menyoal berkenaan bantuan tersebut.

Apapun aku teringat ungkapan Ostad PAS yang pernah mengungkapkan bahawa Allah telah turunkan bala kepada negeri yg kuat sokong UMNO semasa banjir besar di Johor...tetapi kini 'bah' besar pulak berlaku di negeri Kedah...adakah ia juga bala atau sebenarnya ujian drpd Allah.... Sedarlah wahai pemimpin Islam, janganlah semua perkara nak dipolitikkan..ingatlah setiap yg terjadi itu ada hikmah disebaliknya dan kita semua hanya mampu berdoa...Apapun banjir dah melanda Kedah, tak reti-reti lagi ke kerajaan negeri nak turun bagi bantuan kepada semua? Bukan pada toktok PAS saja, kerana itu semua kerja wakil rakyat, bukan takat pungut hasil dan mentadbir saja sampai lupa bantuan diperlukan segera. 

Mana dia unit amal yang senantiasa membantu bila kempen pilihanraya? Mana dia wang derma dikala undi rakyat diperlukan segera? Mana dia yang dislogankan sebagai "Kedah Sejahtera"?

GALAS : BIARPUN PAS BERDALIH,HAKIKATNYA EPISOD KEJATUHAN PAS KELANTAN TELAH BERMULA


Pasca Pilihanraya Kecil N.45 DUN Galas menyaksikan  Pas tampil dengan pelbagai analisis dan pandangan seolah-olah cuba memberi  gambaran kepada umum  bahawa mereka masih ‘relevan’ dalam konteks politik tanah air khususnya di Kelantan.

Yang pasti, ‘peluru sesat’ Pas terus dituju kepada Barisan Nasional walaupun majoriti pengundi Galas telah bersuara pada 4 November lepas dan mengambil keputusan untuk serahkan kembali Galas kepada BN daripada cengkaman Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan sendiri meragui keputusan PRK yang secara simboliknya adalah suara rakyat Galas. Adakah ini menggambarkan Pimpinan Pas tidak menghormati saluran demokrasi? Sedangkan kaedah yang sama membolehkan Pas menguasai Kerajaan Negeri Kelantan?

Ironinya,  pelbagai helah, dakyah dan tuduhan melulu ini menunjukkan seolah-olah Pas ingin ‘lepas geram’ dengan menganggap pengundi Galas ‘bodoh dan buta’ politik kerana tidak memenangkan mereka. Adakah Pas beranggapan mereka tidak celik politik untuk membezakan antara fakta dan ‘auta’ dalam memilih parti yang terbukti mampu  berbakti dan membela nasib mereka selama ini?

Hakikatnya, kekalahan Pas di Galas sepatutnya membuka ruang untuk mereka muhasabah diri.  Pas perlu nilai sendiri apakah janji pembangunan telah mereka kotakan demi kebajikan rakyat Galas selepas mereka diberi kepercayaan pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu. Jika tidak kerana mereka mungkir janji, masakan pengundi menolak wadah politik Pas di Galas?

Mahu atau tidak, harus diakui kekalahan Pas dalam PRK kali ini adalah kerana kesilapan percaturan politik Pas yang ‘membuka pekung di dada’ sendiri apabila ada segelintir pemimpin Pas secara terang-terangan menawarkan ‘imbuhan’RM250 kepada pengundi luar yang disifatkan menyalahi peraturan Pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sendiri.
Ini turut diburukkan lagi dengan terakamnya gambar Nik Aziz memberi wang  ‘zakat’ kepada tiga orang asli di Lojing meskipun Pas mendakwa mereka berhak menerimanya di bawah asnaf yang lapan. Cuma silapnya,ia diberi di musim pilihanraya secara terang-terangan dan tindakan itu tentunya mudah ditafsir sebagai politik wang. Bukankah ada pepatah Melayu menyebut,’Tangan Kanan Memberi, Sorokan Tangan Kiri’ cara terbaik dalam membuat kebajikan?

Dengan mengamalkan sikap berdolak –dalih, hakikatnya Pas terperangkap dalam jeratnya sendiri sehingga tindakan berkenaan telah merubah perspektif segelintir rakyat bahawa Pas adalah parti politik yang ‘suci’ daripada pengaruh politik wang.

Keadaan diburukkan lagi apabila Pas dalam siri kempennya menyaksikan Nik Aziz bertikam lidah dengan Ustaz Mohd Nor Idris, bekas AJK Pas Pusat di rumah seorang bekas wakil rakyat Galas dari  Semangat 46,Haji Omar Mohamad. Tentunya isu ini turut mempengaruhi sedikit sebanyak mood pengundi . Yang pasti, adab bertamu dan adab berbeza pandangan gagal diamalkan dalam ‘pertembungan’ ini.

Apa pun, isu sebenar adalah kegagalan Pas Kelantan menyantuni penduduk luar bandar dan masyarakat orang asli dalam menyediakan pembangunan infrastruktur yang lebih baik, serta kelemahan pengurusan tanah ladang rakyat yang menjadi faktor utama penolakan rakyat terhadap Pas di Galas.

Pemilihan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh selaku Pengarah Pilihan raya BN turut menjadi faktor penyumbang berdasarkan penguasaan politik serta pengalaman beliau bersama masyarakat tempatan. Ku Li masih dilihat sebagai ‘ikon’ yang cukup berpengaruh di peringkat akar umbi, sekali gus memberi impak politik yang disasarkan BN kali ini.

Jika permuafakatan dikalangan pemimpin UMNO negeri ini mampu dikekalkan selain ‘momentum’ Galas  dijadikan platform BN untuk kembali bertapak kukuh di Kelantan, makanya tidak mustahil PRK Galas menjadi titik tolak bermulanya episod kejatuhan penguasaan dan pengaruh Pas di Kelantan.