Tetamu Online

Thursday, July 28, 2011

CARA-CARA MENGHANTAR SURAT KEPADA PM - PUAK PAKATAN REBAN WAJIB BACA

Pertama : Anda boleh mengirim e-mail secara terus kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak melalui e-mailnya di alamat najib@1malaysia.com.my

Kedua : Melalui Facebook di alamat : www.facebook.com/najibrazak

Ketiga : Melalui Twitter di alamat : http://twitter.com/#!/NajibRazak

Selain itu juga anda boleh menghantar mesej kepada Perdana Menteri di laman web rasmi Jabatan Perdana Menteri di alamat :http://www3.pmo.gov.my/emaklum/PMFeedback.nsf/logv1?openform (window laman web seperti dibawah).
Dan bersabarlah....anda akan menerima respon daripada Najib Razak atau pegawainya melalui e-mail seperti gambar dibawah ini.
Dan sekiranya anda masih tak puas hati berikut diperincikan kaedah anda untuk menulis atau berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri.
Untuk menghantar surat :
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Pejabat Perdana Menteri Malaysia,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.
Tel : 03-8888 8000
Fax: 03-8888 3444     
            
Bagaimanakah cara untuk memohon mengadakan lawatan ke Pejabat Perdana Menteri?  
Menulis surat secara rasmi dengan menyatakan tarikh, masa dan bilangan peserta yang turut serta di dalam lawatan tersebut dengan mengfaksimilikan ke nombor berikut 03-8888 3444 atau menghantar surat tersebut untuk perhatian     

Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB Perdana Menteri
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya     
            
U/P: Pengurus Unit Pentadbiran      
            
Bagaimana cara mengemukakan surat jemputan, sokongan, cadangan, komen dan rayuan kepada Perdana Menteri? Surat tersebut boleh dikemukakan kepada:     
Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB Perdana Menteri
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya     
            
Apakah protokol untuk menghubungi atau berhubung dengan Perdana Menteri.?      

Dapatkan temujanji dengan menghubungi nombor berikut 03-8888 8000 untuk disambungkan ke Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteriatau menulis surat secara rasmi kepada :-     
YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

Begitu banyak kaedah anda untuk berhubung dengan Perdana Menteri Malaysia....Jadi sampaikanlah mesej anda melalui kaedah-kaedah yang telah diberikan. Gunakan akal budi dalam membuat pertimbangan serta berhemalah bila berbahasa. Dan yang paling penting ialah berdoa kepada ALLAH agar segala nasihat, cadangan, kritikan atau pandangan kita mendapat perhatian daripada Perdana Menteri Malaysia.
Dan ingatlah sepotong hadis yang bermaksud;

Dari Ibnu Hakam meriwayatkan, bahwa Nabi bersabda, "Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka jangan melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi, nasihatilah dia di tempat yang sepi. Jika menerima nasihat, itu sangat baik. Dan bila tidak menerimanya, maka kamu telah menyampaikan kewajiban nasihat kepadanya.” [HR Imam Ahmad].
JANGAN JADI MACAM NI :

2 comments:

salam. saya nak tanya macam mana nak memohon sumbangan menaiktaraf bangunan kelas pendidikan khas. harap tuan dapat membantu saya

salam. saya nak tanya macam mana nak memohon sumbangan menaiktaraf bangunan kelas pendidikan khas. harap tuan dapat membantu saya

Post a Comment

Aku mengalu-alukan komen yang memberikan tumpuan kepada isu dan menggunakan bahasa yang baik; aku bagi ruang korang nak komen, komenla, aku tidak akan padam, tapi kalau nak tembak aku, korang letak nama atau nama blog atau email, ble?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More