ANALISIS AWAL PRK DUN TENANG


Tepat jam 5:00 petang tadi semua pusat pengundian di 12 daerah mengundi bagi Dewan Undangan Negeri Tenang telah pun ditutup sekaligus menandakan berakhirnya proses pemilihan wakil rakyat baru bagi DUN ini. 

Menurut rekod terkini daripada pihak Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) jumlah yang keluar mengundi sepanjang hari ini ialah seramai 10, 579 orang bersamaan 71.75%. Jumlah ini adalah agak tersasar daripada jangkaan awal pihak SPR yang meramalkan peratus keluar mengundi akan mencapai jumlah 80%. Jumlah ini juga dilihat sedikit menyusut berbanding peratusan keluar mengundi semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu iaitu sebanyak 73.52%.

Adalah dipercayai bahawa kemerosotan keluar mengundi ini disebabkan oleh masalah hujan lebat dan kejadian banjir yang berlaku di beberapa lokasi di sekitar DUN Tenang. Para pengundi terpaksa mengharungi arus banjir dan ada diantara mereka terpaksa diangkut oleh para petugas parti-parti yang bertanding untuk keluar ke pusat-pusat pembuangan undi. 

Walau bagaimanapun, kesiapsiagaan dan keprihatinan pihak kerajaan sangat terserlah apabila telah melakukan persiapan awal dalam membantu mangsa-mangsa banjir sama ada untuk keluar mengundi mahu pun berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang lebih selamat.

Cikgu Mala dan Suami Pengundi mana? Nak Tahu?

Rupanya si suami adalah pengundi DAPig, Janice Lee. Ternyata mereka ini adalah agent yang diimport DAP untuk memenangkan DAPig! Inilah Dia Tali Barut DAPig! Ternyata PAS melacurkan Partinya untuk kemenangan DAPig!

Hancur PAS!!
Hancur Pakatan Rakyat!!

Hasil pendedahan papagomo

Updated : semua pusat mengundi ditutup 5 petang, 10,579 pengundi atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Tenang


Sila refresh untuk mendapat update terkini

8-9 pagi : seramai 1576 atau 10.68 peratus pengundi telah tunaikan tanggungjawab 

10 pagi : Setakat jam 10 pagi 24.34 peratus atau 3,591 pengundi keluar mengundi

11 pagi : Sehingga jam 11.00, jumlah keluar 5703 mengundi dan peratus 38.66 %

12 tghari : Jumlah keluar 48.93% atau 7219 pengundi

1 ptg : Jumlah keluar mengundi 55.36% atau 8167 pengundi

2 ptg : Jumlah Keluar mengundi 61.17 peratus atau 9,025 pengundi 

3 ptg :  Jumlah keluar mengundi 65.19% atau 9618 pengundi

4 ptg : Jumlah keluar mengundi 68.68% atau 10,133 pengundi telah menunaikan tanggungjawab

5 ptg : Selepas semua pusat mengundi ditutup 5 petang, 10,579 pengundi atau 71.75 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Tenang

Keputusannya dijangka diumumkan jam 8 malam ini.

Pilihan raya kecil DUN Tenang menyaksikan pertandingan antara calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman.


Suasana di Tenang Station

Banjir di Jln Segamat-Labis
SUASANA di sekitar kawasan tempat Pusat Mengundi SMK Tenang Stesen pada Pilihanraya Kecil Dun Tenang, pagi ini

Keadaan Semasa sekarang di bandar Labis hujan lebat. Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

Dapatkan updated Terkini PRK DUN Tenang secara live di Radio Merpati

 

Dapatkan info terkini PRK DUN Tenang di ruangan Chat Radio Merpati Online. Radio ini boleh didengari melalui laman web http://merpati.listen2myradio.com / di blog aku sendiri ohpolitik / blog n5duntenang / blog unitmediasiber.

Mala Bukan Pengundi DUN Tenang tapi ada hati nak jadi ADUN Tenang!!


Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim telah selamat membuang undi di Sekolah Kampung Paya Merah.

"Syukur dah tunaikan tanggungjawab, rasa gembira dan optimis untuk menang. Harap pengundi terus keluar mengundi walaupun keadaan hujan lebat."

Turut membuang undi ditempat yang sama adalah datuk dan nenek kpd Tok Ai.

Manakala calon PAS, Normala Sudirman pula tidak mengundi tetapi dijadual akan berada di Sekolah Kebangsaan Tenang untuk membuat lawatan. Eh! Jadi pelawat saja ke? Atau meraih undi di hari pembuangan undi?

Menurut SPR, seramai 1576 atau 10.68 peratus pengundi telah tunaikan tanggungjawab sehingga jam 9 pagi. 

Hancur PAS!!
Hancur Pakatan Rakyat!!

PAS PIS PUS DIRAMALKAN akan KALAH BESAR HARI INI!!!


Pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang bermula 8 pagi ini — dengan ramai meramalkan Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kemenangan tradisnya tetapi fokusnya ialah mengenai majoriti yang bakal diperoleh perikatan tersebut. 

Sementara BN meletakkan sasaran untuk menggandakan majoriti iaitu memperoleh kelebihan undi yang direkodkan pada 2004, penganalisis dan firma kajian meramalkan majoriti lebih rendah daripada yang disasarkan mereka. 

Sama ada calon BN Mohd Azahar Ibrahim akan membantu mempertahankan kerusi parti itu atau Normala Sudirman yang mewakili PAS-Pakatan Rakyat mampu mencatat sejarah dengan merampas kerusi itu. 

Pakatan Rakyat yang diwakili PAS meletakkan dua sasaran — untuk menang dan jika tidakpun sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti BN - langkah penting untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. 

Apapun bakal keputusan hari ini — yang dijangka diketahui 7.30 malam nanti — akan menjadi bayangan awal tarikh pilihan raya umum ke-13. Kedua-dua calon yakin pengundi dalam membuat keputusan bijak bagi memilih wakil rakyat yang boleh membantu menyelesaikan masalah di kawasan itu. 

Ketika ditemui The Malaysian Insider semalam, Mohd Azahar, 39, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit berharap agar pengundi dapat membuat keputusan bijak dengan mengekalkan BN. 

“Saya rasa seronok ketika berkempen. Walaupun tidak dapat jumpa semua (pengundi) tapi saya berharap dapat menemui seberapa ramai yang boleh,” katanya. 

Normala, 38, Ketua Muslimat PAS Labis berkata walaupun menjadi mangsa serangan peribadi sepanjang kempen pilihan raya kecil,  namun beliau tetap positif pengundi akan membuat perubahan penting hari ini. 

“Harapan saya sentiasa positif, saya yakin pengundi akan membuat pilihan terbaik,” katanya lagi. Jika melihat dari segi sejarah dan berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini, sebahagian besar pengundi kerusi DUN Tenang masih berpihak kepada BN sekali gus kekal sebagai kubu kuat BN. 

Bagaimanapun, BN tidak boleh memandang ringan akan kempen yang dibawa Pakatan Rakyat yang kemungkinan besar boleh berlaku satu “kejutan”, yang akan menggagalkan hasrat BN memperoleh kemenangan. 

Dalam tempoh berkempen, PAS-Pakatan Rakyat yang diketuai Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang Salahuddin Ayub lebih memberikan fokus terhadap isu-isu semasa termasuk kegagalan Mohd Azahar dalam menguruskan tanah di Segamat. 

Sementara BN melalui MCA terlebih dahulu menyerang secara peribadi calon PAS-Pakatan Rakyat Normala, Ketua Muslimat PAS Labis  atas alasan beliau tidak mahu bersalam dengan kaum lelaki. 

Serangan itu terlebih dahulu dibangkitkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mempersoalkan pendirian Normala itu, serangan itu kemudian diikuti dengan beberapa pemimpin MCA yang lain. 

Tindakan pemimpin MCA menyerang peribadi Normala mendapat tentangan daripada pemimpin Pakatan Rakyat. 

Ekoran perkembangan tersebut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menggesa parti komponen BN terutamanya MCA tidak mengeksploitasikan pendirian Normala itu. 

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lepas. Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12, menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,492 undi. 

Bercakap soal kemenangan, penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berpendapat isu-isu yang dibawa Pakatan Rakyat dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu tidak memberikan sebarang kesan terhadap pengundi. 

“Saya rasakan ia kekal kubu kuat BN apatah lagi tradisi Johor perlu dikekalkan, isu-isu yang dibawa pembangkang (Pakatan Rakyat) lebih bersifat nasional yang kurang kena kepada pilihan raya kecil ini,” katanya. 

“Saya jangkakan BN menang dengan majoriti lebih besar dari 2008 dan peratusan keluar mengundi bergantung kepada cuaca dan gerakan jentera parti untuk membantu proses keluar mengundi,” katanya. 

Membicarakan isu yang sama, pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata kedua-dua calon bertanding mempunyai kekuatan untuk mencapai kemenangan. 

“Kedua-dua calon mempunyai kekuatan dari segi penampilan dan ketokohan sebagai wakil rakyat, isunya di sini sama ada pengundi mengundi calon atau parti. 

“Corak politik lebih menjurus kepada parti, isu yang diperjuangkan BN lebih berupa politik pembangunan dan personaliti calon lawan yang amat berkesan terutamanya di tiga kawasan Felda yang majoriti pengundi Melayu. 

“Di kawasan bandar yang majoriti penduduk Cina, politik pembangunan kurang berkesan. PAS telah memainkan isu salah tentang urus pentadbiran Felda, isu rasuah, harga barang naik dan personaliti lawan,” katanya. 

Beliau menjelaskan peratusan keluar pengundi akan rendah sekiranya hujan dan banjir berlaku di kawasan Tenang.

“Peratus keluar akan rendah, 50 hingga 60 peratus sekiranya hujan dan banjir dan akan tinggi, 70 hingga 80 peratus kalau cuaca cerah. 

“Peratus keluar undi rendah akan memberi kelebihan kepada PAS kerana faktor pengundi penentu dari kawasan Felda. “Saya ramalkan BN akan menang dengan undi 1,000 hingga 2,000,” katanya. 

Kajian umum menunjukkan BN masih boleh mengekalkan kerusi tradisinya DUN Tenang tetapi tidak akan mencapai sasaran majoriti 5,000 yang pernah diperoleh calonnya pada 2004. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi akan mencecah 80 peratus, lebih tinggi berbanding 73 peratus pada 8 Mac 2008. 

Sejak lima hari lalu, kempen pilihan raya kecil kawasan itu sedikit terjejas ekoran hujan sepanjang hari yang berlaku selain berlaku banjir kilat di beberapa kawasan petempatan penduduk. 

Sekiranya hujan berterusan peratusan keluar mengundi dianggarkan rendah sehingga boleh memberikan kesan dan mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meminta supaya pengundi di DUN Tenang agar menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi bagi mengelakkan hujan lebat yang dijangka berlaku pada sebelah petang.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca pagi ini mendung manakala hujan lebat pada sebelah petang. Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi.

Giliran Normala pula Kantoi : Calon Terbaik PAS hanya berkelulusan S.A.P?


Normala kantoi lagi. Jadi cikgu dengan kelulusan SPM SAP saja. Inilah dia yang dikatakn calon agong PAS, ada laki tipu cuti sakit, ada calon hanya lulusan SAP dan jadi guru hasil ehsan kerajaan BN, kini menentang kerajaan BN pula.

Pastinya kelu tak berbahasa bila pendedahan oleh papagomo ini ditanya dalam PC pAS nanti. Pastinya terkedu dan tercirit Normala bila Dia KANTOI lagi dengan blogger berapi. Tabikla Blogger papagomo! 

S.A.P
maksudnya sijil am pelajaran.
gagal dalam pelajaran.
bila terbalikkan ayat S.A.P
atau masa aku sekolah dulu lebih popular dengan Sahaja Ambil Peperiksaan


Sebelum ini Suami Normala kantoi dengan cuti sakit palsu. Melompat Pak Aji PAS nak menjawab. Kelu lidah Normala tak terkata. Kantoi hasil kerja konon boleh masuk syurga. Demi PAS sanggup Normala membuat apa saja. Hatta menipu janji dapat berjuang untuk rakyat jelata. Tuih! PAS hanya pandai kencing saja.

Hancur PAS!!
Hancur Pakatan Rakyat!!

PRK DUN Merlimau 6 Mac

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka, pada 26 Februari ini manakala hari mengundi pada 6 Mac jika ada pertandingan.

Keputusan mesyuarat khas SPR di Batu Pahat malam ini itu diumumkan menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, meninggal dunia pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. – Bernama

- Posted using BlogPress from my iPad

Mala Kantoi bila Media tanyakan Cuti Sakit Lakinya!




MerpatiTeam: CALON PAS, NORMALA SUDIRMAN SEAKAN TERGAMAM TATKALA DITANYA MEDIA BERHUBUNG DAKWAAN SIJIL CUTI SAKIT PALSU SUAMINYA, DAN MEMINTA MEDIA BERTANYA SENDIRI DENGAN PIHAK YANG MENGELUARKAN SURAT CUTI BERKENAAN SENDIRI.


- Posted using BlogPress from my iPad

Lagi Kartun TERBARU PRK Tenang, SEBARKAN : Hancur PAS!! Hancur PR!!




Jemputan Menyebarkan Kartun PRK DUN Tenang : Hancur PAS!! Hancur PR!!














Suami Cikgu Mala Menipu Cuti Sakit Sepanjang PRK Tenang!

Penulis ingin merujuk kepada artikel rakan blogger Marahku.blogspot.com

Di dalam artikel tersebut terdapat beberapa salinan Medical Certificate (MC) kepunyaan Ma'arof Abdul Mutalib, suami Normala Sudirman, calon PAS Tenang Nombor kad pengenalan yang tertera juga adalah milik si suami iaitu 650420-07-5709 dan penulis sendiri telah mendapatkan kesahihan nombor tersebut.

Rujuk di bawah :-



Maarof's MC from Jan 6 to Jan 7




Maarof's MC from Jan 10 to Jan 23




Maarof's MC from Jan 24 to Jan 28

Sebagai seorang doktor dan mengikuti pilihanraya PRK Tenang, penulis ingin mengetahui kesahihan MC di atas.

Jika benar, kita tentu tertanya-tanya tentang status kesihatan sebenar suami Normala Sudirman. Sejak penamaan calon, si suami sihat dan sangat aktif mengekori calon PAS sehingga ke lokasi banjir!





Secara fizikalnya, tidak ada cacat celanya si suami Normala sehingga terpaksa bercuti sakit hampir 3 minggu! Jika berdasarkan pengalaman penulis sebagai doktor selama 15 tahun, pesakit yang memerlukan cuti sakit yang sepanjang itu biasanya terdiri daripada :-

1. Masaalah orthopaedik seperti patah tulang yang memerlukan pemakaian POP atau pembedahan.

2. Post-surgery seperti appendicectomy atau hernial repair dan lain-lain.

3. Penyakit-penyakit kronik yang memerlukan CRB (complete rest on bed), rehat total di atas katil.

4. Penyakit kanser di dalam rawatan dan dikuarantin supaya tidak mendapat penyakit air-borne atau berjangkit dari orang lain.

5. Selepas Bersalin.

6. Chicken Pox atau Measles atau penyakit berjangkit yang lain yang memerlukan kuarantin di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain.

7. Penyakit psychology seperti mental crisis, schizophernia dan lain-lain.

Jika merujuk di atas, suami calon PAS tidak tergolong di senarai tersebut! Maka, bagaimanakah Ma'arof, suami calon PAS boleh mendapat MC sepanjang itu? Fraud?

Penulis akan hubungi rakan-rakan Doktor di Segamat dan Muar untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu ini dan jika ada, penulis akan berkongsi dengan pembaca MiM sekalian di artikel yang seterusnya.

Sumber MIM


- Posted using BlogPress from my iPad

Kenyataan Kuan Yew Hina Islam : Wali Selipar sokong Kuan Yew!

Apa kenyataan balas TGNA?

"Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Kuan Yew. Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Kuan Yew,"

Tindakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew menggesa umat Islam negara itu supaya tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam kerana ia boleh menghalang integrasi dan pembangunan merupakan penghinaan kepada agama itu sendiri.
 
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Kuan Yew tidak layak untuk membuat kenyataan tersebut kerana beliau sendiri tidak memahami ajaran Islam serta intipati yang terkandung di dalam agama tersebut.

Tegasnya, Kuan Yew perlu melihat kepada sejarah bahawa Islam merupakan agama yang menyokong pembangunan kerana terdapat bukti-bukti bahawa banyak kejayaan dalam pelbagai bidang seperti sains, perubatan dan kejuruteraan adalah berasal daripada teori yang diterbitkan oleh golongan cendekiawan Islam.

Tambahnya, Kuan Yew sepatutnya tahu mengenai perkara tersebut tetapi beliau telah membuktikan kejahilannya dengan mengeluarkan kenyataan yang telah menyinggung perasaan umat Islam bukan sahaja di Singapura malah di seluruh dunia.

"Banyak kejayaan di Barat adalah lanjutan kepada kajian serta penerokaan yang dimulakan oleh cendekiawan Islam. Bagaimana pula Kuan Yew boleh berkata ajaran Islam menghalang pembangunan sesebuah negara?

"Gesaan tersebut merupakan penghinaan kerana Islam sebenarnya menggalakkan proses pembangunan menerusi landasan yang betul. Tidak timbul langsung isu bahawa Islam menghalang integrasi atau pembangunan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Kuan Yew supaya umat Islam di Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam kerana mendakwa ajaran tersebut menghalang pembangunan serta integrasi di negara berkenaan di dalam buku Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going.

Menurut Harussani, kenyataan Kuan Yew itu tidak lebih daripada permainan politik beliau.
Katanya, kenyataan itu juga menunjukkan bahawa Kuan Yew sebenarnya takut kepada masyarakat Islam sama ada di negaranya sendiri mahupun di negara luar.

"Beliau takut dengan Islam. Bukan sahaja Kuan Yew, malah pemimpin-pemimpin negara Barat juga takut kepada Islam kerana semakin mereka memerangi Islam, makin terserlah kebenaran ajaran Islam," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhamad Razak Idris pula berkata, gesaan yang dilakukan oleh Kuan Yew itu menunjukkan bahawa beliau mengalami kekeliruan fikiran dan kefahaman mengenai Islam.

Katanya, Kuan Yew telah melakukan kesilapan besar dan menunjukkan kejahilannya kepada dunia dengan mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Jadi saya berharap Kuan Yew serta kerajaan Singapura supaya mendekati masyarakat Islam untuk mengenal dengan lebih dekat lagi mengenai ajaran Islam.

"Islam tidak pernah menghalang pembangunan sebaliknya menggalakkan penganutnya membangunkan diri serta negara mereka," katanya.

GHOSTWRITER 
 TGNA atau ustaz PAS bisu pula..kata perjuangkan Islam sangat..asal tak bunyi? sebab TGNA sayang Kuan Yew? Macamna nak jawab..TGNA tengah sibuk mencari fatwa untuk memenangi hati pengundi Tenang..Fatwa kenapa PAS bagi perempuan jadi pemimpinla tew...

Wali Selipar Pertahankan Mala : PAS lebih kehadapan mendahului Arab Saudi!




Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan tindakan parti itu meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Johor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menolak dakwaan kononnya parti itu tidak menerima wanita sebagai pemimpin atau wakil rakyat kerana bercanggah dengan dasar Pas.

Malah, beliau berkata, Pas lebih mendahului ke depan dengan memilih wanita sebagai calon pilihan raya berbanding dengan Arab Saudi sendiri.

“Kita (Pas) pernah memilih wanita sebagai calon pertama ketika pilihan raya (umum) pada 1955, iaitu Khadijah Sidek, ketika itu negara ini dikenali nama Tanah Melayu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin UMNO bahawa Pas perlu mentafsirkan semula hadis atau al-Quran bahawa wanita tidak boleh jadi pemimpin atau wakil rakyat sedangkan pada PRK DUN Tenang parti itu memilih Normala Sudirman sebagai calonnya. – Bernama


- Posted using BlogPress from my iPad

Normala Sudirman TIDAK SESUAI JADI PEMIMPIN HATTA ADUN Tenang!!


Islam sebagai sebuah agama yang syumul telah memberikan pelbagai garis panduan terhadap umatnya termasuklah dalam soal memilih pemimpin. Dalam hal ini, ulama telah meletakkan beberapa kriteria utama yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin. Antara kriteria utama ialah pemimpin itu mestilah LELAKI.

Hal ini adalah berdasarkan nas-nas yang sabit daripada Al-Quran dan Hadis Nabi SAW serta ijtihad para ulama sebagaimana berikut: 

Dalil Al-Quran
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 34: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka”.

Dalil Hadis
1. Rasulullah SAW tidak pernah melantik mana-mana wanita pada zaman baginda sebagai ketua sama ada diperingkat wilayah atau pun ketenteraan.

2. Semasa peristiwa Bai’ah ‘Aqabah yang kedua, Rasulullah SAW telah memilih 12 orang ketua yang semuanya lelaki dan tidak pula melantik wanita padahal mereka juga hadir dalam bai’ah tersebut.

3. Semua keputusan yang dibuat oleh Rasulullah SAW dalam perang Uhud, Ahzab, Fathu Makkah, Hunain dan lain-lain adalah selepas bermesyuarat dengan para sahabat baginda yang kesemuanya lelaki. Wanita tidak pernah terlibat dalam urusan ini.

Pandangan Ulama
1. Imam Al-Mawardi (450 H): diantara 10 syarat yang diperlukan untuk menjadi pemimpin ialah lelaki. Justeru wanita tidak dibolehkan menjawat Jawatan seperti Perdana Menteri dan Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal ketenteraan dan keselamatan negara.

2. Imam Hasan Al-Banna: wanita tidak dibenar menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti kepimpinan ketenteraan, wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum.

3. Dr. Abdul Qadir Abu Faris (ahli Parlimen Ikhwanul Muslimin Jordan): menyokong pandangan Imam Hasan Al-Banna dan turut menambah bahawa wanita juga tidak boleh memimpin diperingkat tanfiz.

4. Dr. Yusof Al-Qaradhawi: wanita harus menjadi pemimpin tetapi dengan syarat yang ketat seperti berumur 45 ke atas, tiada orang lelaki yang layak, wajib menjaga adab Islam semasa di luar rumah dan tidak membuat keputusan secara perseorangan.

Sejarah Islam di Andalusia
Tentera Islam telah kalah kepada tentera Kristian dalam beberapa siri pertarungan. Namun apabila kepimpinan tentera beralih ke tangan wanita, tentera Islam telah berjaya menentang tentera Kristian. Malangnya pemimpin wanita yang dilantik itu telah jatuh cinta kepada tawanan perang –orang Kristian- lalu murtad. Peristiwa ini memberikan tamparan yang maha hebat kepada maruah agama dan umat Islam.

Kesimpulan
Berdasarkan keterangan di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa wanita tidak sesuai untuk dipilih sebagai pemimpin lebih-lebih lagi jika pada waktu yang sama ada lelaki yang mempunyai kelayakan dan tidak menepati syarat-sayarat yang telah ditetapkan oleh ulama.
Wanita dengan faktor fizikal dan emosi yang mudah dipengaruhi oleh sesuatu keadaan tertentu, dikhuatiri akan melakukan tindakan yang merugikan pihak Islam seperti mana contoh yang telah berlaku pada zaman Islam di Andalusia yang lalu.

Justeru, wanita yang sarat dengan sifat keibuan dan lemah lembut adalah lebih sesuai untuk tugas-tugas seperti guru dan bukannya tugas lain yang memerlukan kekentalan mental dan fizikal yang lebih wajar dipikul oleh kaum lelaki.

Kempen PAS di Tenang bermula dengan Fitnah!!!

Video ini menerangkan segalanya...

PAS itu Yahudi
PKR itu Peliwat
DAP itu Komunis
BN itu Pembela Rakyat

LIVE frm TENANG : Dulu Mala salah kahwin, Kini Mala salah Parti!!






Di renjis-renjis dipilis... ditepungilah tawar,
Hai beras kunyit ditabur...
Baru 1 semesta dah berteraburrrrrr....

Gambar perkahwinan pertama Cikgu Mala.

Ceritanya... kenal 3 bulan, terus kahwin ???
Ceritanya... 3 bulan kahwin, masuk maktab perguruan tuanku bainun ???
Ceritanya... baru semesta pertama blajar, dah bercerai ???
Kenapa bercerai? Apakah sebabnya si Mala bercerai? Ceritanya ada hubungan dengan Maarof.





Dulunya Mala salah pilih suami, bercerai, pilih Maarof pula. Dulunya Mala Puteri UMNO, sekarang jadi katak lompat sertai PAS PIS PUS Pula..

P/S: Maknanya Maarof jadi orang keduala.....

Posted using BlogPress from my iPad


LIVE frm Tenang : PAS Dah Lupakan Hasrat Tubuhkan Negara Islam!!







Sana sini aku pusing bagi mendengar sendiri apa maklumat yang akan dicanang PAS sekitar Tenang ini, takda satupun yang terungkap bahawa PAS akan wujudkan negara Islam terutama sekali bila bergerak bersama sekutu Liberalnya DAP.

Seblum ini, PAS sentiasa sahaja mahu dikaitkan dengan sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Atas sebab itulah, ia menjadi satu-satunya parti yang mempunyai Dewan Ulama. Latar belakang penubuhannya juga lebih banyak dikaitkan dengan cita-cita bagi mewujudkan sebuah organisasi politik Islam yang unggul.






Malahan dalam kalangan pemimpin utama Pas, mereka menguar-uarkan mengundi parti itu di dalam pilihan raya akan mendapat pahala kerana Pas mahu menegakkan Islam. Pas juga pada asalnya begitu memperjuangkan hasrat menubuhkan negara Islam. Keadaan itu menampakkan Pas akan muncul satu-satunya parti yang akan menegakkan hukum-hukum Allah.

Sebelum tahun 2008, di mana-mana sahaja berada, Pas akan melaung-laungkan perjuangan bagi menegakkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang syariah. Apabila ada pihak terutamanya daripada UMNO mempersoalkan ketelusan Pas untuk memperjuangkan Islam maka 'mengamuklah' pemimpin-pemimpin Pas.

Mereka tetap menganggap bahawa mereka memperjuangkan Islam tetapi apa yang anehnya dari semasa ke semasa, Pas dilihat begitu takut untuk bercakap soal penubuhan negara Islam. Pelbagai hujah dikeluarkan bagi menutupi perasaan bersalah mereka apabila dihujani pertanyaan apa sudah berlaku dengan perjuangan menegakkan negara Islam.

Misi berkenaan semakin kabur, apabila Pas bersahabat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Kesudahannya melalui kongres pakatan pembangkang, soal penubuhan negara Islam itu sudah tidak wujud lagi. Selain itu juga, demi menjaga hati PKR dan DAP, pemimpin-pemimpin Pas amat berhati-hati dalam bercakap soal Islam. Ia termasuklah dalam isu orang Islam bekerja di premis menjual arak.

P/S : Hairan ya..Kebelakangan ini DAP lebih jantan daripada PAS untuk menyuarakan matlamat perjuangan sebenar mereka. PAS hanya hangguk dan jadi pencacai cuci najis DAPig.

- Posted using BlogPress from my iPad

MALA boleh ke tak bersalaman dengan bukan muhrim?







si Nizar ni dari PAS juga, semua dia belasah je salam. Knp Mala tak boleh? Adakah kerana tidak mendapat restu suaminya? Atau suami si Mala cemburu?

Prof. Dr. Yusoff al-Qaradawi ada mengeluarkan fatwa berkenaan bersalaman dengan wanita. Berikut adalah fatwa dan penerangan secara ringkas.

1. Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa nikmat atau rasa teransang. Ia juga mesti aman dari fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki yang belum tumbuh janggut.

2. Jabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu saja. contoh suasana hari raya, ramai sahabat handal, saudara mara atau perkahwinan.

3. Ia pada kadar yang tidak keterlauan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana Rasulullah SAW tidak pernah bersalaman dengan wanita bukan mahram.

4. Lelaki yang beriman senantiasa menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam kepada wanita. Ia bersalaman bila pihak wanita yang mulakan dulu.

5. Hukum bersalam dengan wanita terhad dan khusus bagi yang memerlukan saja.

Apa-apapun bagi aku kalu nak salam, salam jela..apa ada hal. kalu was-was pakai sarung tangan. Apa susah. PAS pun bukan Islam sangatnya. Dulu kata perempuan tak boleh jadi pemimpin, sekarang oleh pula, Dulu kata perempuan tak boleh keluar malam, kat Tenang Mala dan Muslimah PAS sana sini kempen sampai tengah Malam boleh jer...


Khalid Gagap Gila Kuasa mahu Naikkan Kuasa MB Melebihi Sultan!

Artikel Khas Isu Pindaan Undang-Undang Selangor : Agenda Jahat Pembangkang Kembalikan Kuasa MB Melebihi Sultan Didedahkan Peguam !!!

Pindaan ini menjadikan Sultan Selangor rubber stamp sahaja

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 jika diluluskan dan diguna pakai akan menjadikan Sultan Selangor sebagai rubber stamp atau tukang cop sahaja dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, ini kerana menerusi pindaan itu baginda diwajibkan merujuk nama yang diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kepada Menteri Besar untuk dipersetujui.

Menurut beliau, Menteri Besar boleh menolak nama calon itu seterusnya memberi nama lain dan sultan langsung tiada kuasa untuk menerima atau menolak 'perkenan' Menteri Besar itu.

Katanya, sekurang-kurangnya dalam peruntukan sekarang, Sultan Selangor diberi penghormatan dan pengiktirafan untuk menentukan calon bagi jawatan itu apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai suatu amalan akan mengemukakan beberapa nama kepada baginda untuk diperkenan.

"Sultan di peringkat ini boleh menolak dan meminta diberi senarai lain dan baginda boleh mencadangkan nama seseorang yang diperkenan tuanku. Kebiasaannya SPA akan menerima cadangan baginda. Setakat ini belum pernah berlaku SPA tidak menerima perkenan Sultan Selangor.

"Tetapi dengan cara putar-belit oleh pembangkang, keadaan menjadi terbalik," katanya menerusi entri terbaru blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/ bertajuk Rampasan Kuasa Diraja hari ini.

Beliau mengulas cadangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk meminda Undang- Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pemerintah dan Menteri Besar dalam pelantikan ketiga-tiga jawatan pegawai tertinggi negeri itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Menurut Zulkifli, menerusi pindaan itu kuasa mutlak pelantikan adalah di tangan Menteri Besar.

Menurutnya, berlindung di sebalik nama dan kedudukan Sultan Selangor, kerajaan negeri cuba 'memperkudakan' baginda dalam soal pelantikan itu.
"Pada saya ia sebenarnya cubaan merampas kuasa yang dibuat secara halus dengan cara memutarbelitkan undang-undang.

"Inilah kesannya proviso pindaan tersebut dibaca dengan Artikel 54. Pendek kata, Sultan Selangor wajib menerima 'perkenan' Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Penasihat Undang-Undang dan pegawai kewangan negeri," jelasnya.


- Posted using BlogPress from my iPad