ADUN PELABUHAN KLANG KEKAL : Khalid Gagap Gagal lagi!!

pix_gal0
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah (atas), semalam berpeluang menyertai pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12.

Beliau kelihatan riang bersalaman dengan wartawan dan ADUN lain ketika majlis pembukaan yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim memberitahu sidang media selepas majlis pembukaan itu bahawa Badrul Hisham dibenarkan hadir pada majlis itu setelah peguam ADUN berkenaan menyerahkan perintah mahkamah yang menyatakan bahawa beliau masih lagi wakil rakyat Pelabuhan Klang.



Teng berkata, beliau menerima perintah mahkamah itu minggu lalu selepas memberitahu satu sidang media pada 22 Mac lalu bahawa beliau belum menerima perintah mahkamah yang mengekalkan Badrul Hisham sebagai ADUN Pelabuhan Klang pada 18 Februari lalu.

Kontroversi berkenaan berlaku selepas Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong pada 16 Januari lalu kerana mendakwa Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Teng turut ditanya sama ada semua ahli dewan hadir semalam, selepas beberapa kelibat ADUN seperti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (BN-Sungai Panjang) dan Exco Selangor Ronnie Liu (DAP–Pandamaran) tidak kelihatan. 

“Saya tidak pasti saya belum tengok lagi daftar kehadiran,” katanya. – BERNAMA

PRU 13 : Poknik Jadi Menteri Besar Lagi?


Sempena Pilihanraya Umum yang dah semakin dekat, aku bawakan ramalan Kerajaan Poknik di Kelantan. Adakah Poknik Ajis akan terus diberi kuasa oleh rakyat atau sebaliknya.

Sebenarnya kekuatan PAS kelantan hanya pada Poknik Ajis. Poknik Aziz seorang pemimpin yang disaluti oleh imej yang bersih, mesra rakyat dan rendah diri. Dengan bermodalkan agama, Paknik Ajis telah memasang strategi dengan menawan masjid, pondok, sekolah agama dan guru-guru agama seluruh Kelantan bagi membolehkannya untuk terus diberi mandat oleh rakyat. Tapi sampai bila?

Pondok dan sekolah agama dijadikan medan untuk 'melentur buluh dari rebungnya' dimana anak-anak muda dibentuk supaya menjadi generasi pelapis PAS. 

Dengan cara soft touch yang dibawa PAS, PAS berjaya menutup kelemahan pimpinannya yang gagal memberikan air bersih, peluang pekerjaan dan pembangunan yang sepatutnya diterima rakyat negeri Kelantan.

Sebaliknya pula yang berlaku pada UMNO/BN di Kelantan. Kelemahan PAS dalam mentadbir Kelantan gagal dimanipulasi UMNO/BN untuk mencuri peluang bagi mendapatkan kepercayaan rakyat.

UMNO/BN di kebanyakkan di Kelantan berpecah belah, tidak bersatu. Strategi dalam menambah pengundi baru masih kurang. Namun terdapat kawasan seperti Parlimen Bachok, Jeli, Gua Musang, Machang dan Ketereh yang dijangka akan dikuasai UMNO/BN.

Ramalan aku, Poknik Ajis akan terus jadi MB di PRU13 ini. Namun Poknik dijangkakan akan kekurangan beberapa kerusi DUN dan Parlimen dek kelemahan wakil rakyat DUN dan Parlimen itu sendiri.

Ramalannya adalah seperti dibawah :

Parlimen yang akan dikuasai BN
  1. BACHOK
  2. KETEREH
  3. MACHANG
  4. JELI
  5. GUA MUSANG
Dewan Undangan yang akan dikuasai BN
  1. PENGKALAN KUBOR
  2. WAKAF BARU
  3. JELAWAT
  4. MELOR
  5. KOK LANAS
  6. GUAL IPOH
  7. GAAL
  8. KEMUNING
  9. BUKIT BUNGA
  10. AIR LANAS
  11. KUALA BALAH
  12. NENGGIRI
  13. PALOH
  14. GALAS
Selebihnya, PAS/Pakatan Rakyat akan menguasai 9 Parlimen dan 31 DUN

Video Seks Bersama Amoi : Strategi Anwar MENGALIH PERHATIAN terhadap DNAnya?


Semalam GEMPAR dengan isu terbaru kononnya Video aksi seks Anugerah Tuhan dengan Amoi di sebuah Hotel. Rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagaian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur, dan seorang lelaki tidak dikenali di bilik hotel tersebut.



Bahagian kedua, yang dirakamkan dari pelbagai sudut, menunjukkan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita berkenaan dan mengadakan hubungan seks dalam beberapa posisi.

Adegan seks berlarutan kira-kira 17 minit sebelum pemimpin politik menuju ke sebelah kanannya, dipercayai ke bilik air.

Wanita berkenaan, selepas membersihkan dirinya dengan kertas isu, menggeledah barang milik pemimpin politik itu dan mengambil sesuatu, dipercayai jam tangan Omega miliknya.

Dan sejurus selepas pendedahan video berkenaan, bekas banduan Penjara Sungai Buloh yang juga Ketua Umum KEADILAN, Anwar Berahim, hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi.


Anwar menegaskan di hadapan ramai pemberita bahawa dia berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.

“Saya di rumah bersama (Wan Dr) Azizah (Ismail), anak-anak dan cucu selepas bermesyuarat dengan staf KEADILAN,” katanya.

Anwar juga mengesahkan pada ketika waktu dan tarikh video itu dirakam, dia mengaku sedang membalas twitter dengan para penyokongnya.

Anwar memberitahu pemberita dari pelbagai agensi bahawa imej video yang dipaparkan dalam klips itu sebagai “Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya,” 

Sidang media khas itu diadakan di ibu pejabat KEADILAN, Damansara sejurus selepas berita video seks bersama amoi itu tersebar.




GHOSTWRITER

Persoalannya... Adakah ini merupakan strategi terakhir pemimpin pembangkang tersebut untuk mengalihkan perhatian terhadap kes beliau yang sedang meruncing sekarang. Apatah lagi apabila isu DNA dilihat seperti makan tuan.

Kalau betul video ini palsu, beliau akan menuduh pihak Kerajaan sengaja membuat video tersebut untuk menjatuhkan beliau. Ini secara langsung akan menaikan semua nama beliau di pandangan rakyat dan masyarakat.

PANAS : Video Seks Pemimpin Kanan Pakatan Rakyat TERSEBAR!!

Rakaman video menunjukkan, seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan ditontonkan kepada media hari ini.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Wakil-wakil media dibawa ke hotel itu oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai “Datuk T”.

Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya.

Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia ada tuan punya diri, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan.

Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin.

Dalam satu kenyataan yang turut diberikan kepada media, yang turut tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan spa.

Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks.

“Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, wajar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks dengan pelacur tersebut.

Datuk T berkata dia akan menghantar rakaman video itu kepada pemimpin tersebut dalam seminggu.

“Kami tidak mahu pembabitan kerajaan dalam isu ini. Jika dia dan isterinya tidak meletakkan jawatan, maka kami akan meminta agar diadakan panel bebas NGO untuk mengendalikan siasatan forensik ke atas (rakaman) video ini,” katanya selepas rakaman itu dipertontonkan.

Rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagaian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur, dan seorang lelaki tidak dikenali di bilik hotel tersebut.

Bahagian kedua, yang dirakamkan dari pelbagai sudut, menunjukkan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita berkenaan dan mengadakan hubungan seks dalam beberapa posisi.

Adegan seks berlarutan kira-kira 17 minit sebelum pemimpin politik menuju ke sebelah kanannya, dipercayai ke bilik air.

Wanita berkenaan, selepas membersihkan dirinya dengan kertas isu, menggeledah barang milik pemimpin politik itu dan mengambil sesuatu, dipercayai jam tangan Omega miliknya.

Jika pemimpin itu dan isterinya tidak meletakkan jawatan dalam tempoh tujuh hari selepas rakaman video tersebut diserahkan, maka NGO-NGO perlu menubuhkan panel bebas untuk menyiasat, kata kenyataan yang hanya tertera nama “The Insider”.

“Satu dunia akan tahu,” kata kenyataan itu dan terserah kepada kedua-dua mereka untuk membuat keputusan.

“Mengapa saya buat ini? Ada had bagi pembohongan — ‘Cukup Sudah’, dan sudah sampai masanya bagi orang ramai untuk mengetahuinya... kebenaran,” kata kenyataan itu lagi.

sumber MalaysiaInsider

- Posted using BlogPress from my iPad

BIAR BETOL!!! Kelantan BERSIH DARI Kegiatan JUDI!!




Sebelum ini Anugerah Tuhan, Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat berhubung pendiriannya mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman berkenaan.
Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.


Terkini, Karpal Singh pula menyalak pada 16 Mac 2011 dalam New Strait Times kepada PAS agar membatalkan pengharaman penjualan tiket (judi). Bukan sahaja Karpal, tetapi Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh DAP) turut mengugut PAS akan hilang undi jika terus meneruskan pengharaman judi. 

Dan siapa kata di Kelantan tiada judi? Tengok betol-betol. Banyak kedai judi haram di Kota Bharu. Tapi dimana penguatkuasaan Majlis Bandaraya Islam ini? Adakah telah disogok sehingga diam seribu bahasa? Sebenarnya, gejala loteri haram dan big sweeps sudah berlaku sejak sekian lama. 

Bila diharamkan, dan tiada lesen yang dikeluarkan terhadap judi, ini menyebabkan kerajaan PAS gagal mengawal dan kegiatan ini tetap berlaku secara sembunyi.


Baru-baru ini Setiausaha Akhbar kepada Nik Aziz Nik Mat, Ahmad Fadhli Shaari telah mengumumkan bahawa PAS Kelantan akan mengkaji semula pengharaman judi loteri di negeri itu selepas Mursyidul Am PAS itu di”belasah” oleh Anwar Ibrahim dan DAP.

PAS hari ini yang ghairah untuk mendapatkan undi melayu dengan kononnya lebih Islamic berbanding UMNO terlupa yang sekutunya DAPig memangkaki judi. Ini membuktikan PAS gagal tarbiah DAPig. Terbukti juga mereka tidur sekatil namun mimpi berlainan. Mana mungkin mereka dapat tadbir negara bersama, jika hal kecil beginipun mereka gagal mendapat kata sepakat. Fikir-fikirkanlaaa..

sumber disini dan disini

Pilihanraya Negeri Sarawak : Bubar DUN 21 Mac, Mengundi 16 April?


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.

Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen.

Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon.

Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas.
-malaysiakini-

Anwar BELA Judi untuk jaga hati DAP!!! PAS sekali lagi diasak!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pendiriannya mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman berkenaan.
Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.



"Saya percaya ini akan memberi gambaran tepat sekali gus mengelakkan salah faham yang boleh mengeruhkan suasana atau disalah tafsir," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pembangkang di Parlimen di sini, semalam. 

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. 

Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya pengharamannya ditarik semula. 

Berikutan pengharaman itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu kerana ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan Kelantan. 

Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama PKR dan DAP berhubung pengharaman segala perjudian termasuk loteri kebajikan di Kelantan, selewat-lewatnya Khamis ini. 

“Lokasi perbincangan itu masih belum ditetapkan sama ada di Kedah atau Kelantan,” katanya. 

Anwar yang juga Penasihat PKR itu berkata, antara yang terbabit dalam perbincangan itu nanti termasuk Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. 
sumber Berita Harian

GHOSTWRITER
Dah dasar tak sebulu takpayahla nak berlakon kononnya "Dalam hati DAPig ada Bule"

PAS KELANTAN TAMBAH LESEN JUALAN MINUMAN KERAS!! TAKEBEERRR!!


Berita Tergempar. Sebuah Parti yang menamakan Parti mereka sebagai Parti Isle Se-Malaysia telah menyimpang dari ajaran Isle sebenarnya seperti yang dilaung-laungkan mereka. Pelbagai strategi bagi menambat hati pengundi terutama pengundi cina dan india disenaraikan PAS yang didokongi ULARmak maksum, Wali Selipar Nik Aziz. Strategi ini dilihat sebagai umpan PAS untuk menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

Jika Anwar "The Gen Y" menggunakan slogan anak cina anak kita, anak india anak kita bagi meraih undi cina dan india, PAS pula sanggup membuang serban dan meletakkan tepi hasrat negara Isle mereka dengan menambah Lesen Jualan Minuman Keras kepada peniaga bukan Isle di Kelantan. Tercemarla nama Bandaraya Isle dan serambi Mekah Wali Selipar oii...

Dalam kegairahan PAS untuk menambah lesen arak, Wali Selipar seakan lupa pada air minuman yang merupakan keperluan asas rakyat di Kelantan. Masalah air paip yang kotor dan berkarat masih berlarutan dan membelenggu sebilangan besar rakyat Kelatan dan tiada sebarang tindakan susulan diambil mereka bagi menyelesaikan masalah ini. Situasi ini telah mencetuskan tanggapan bahawa kerajaan negeri kelantan tidak dapat memenuhi tuntutan keperluan asas rakyat pada keseluruhannya.

Ini jelas, PAS lebih pentingkan undi untuk mereka terus berkuasa di Kelantan dari berkhidmat memberikan "HAK RAKYAT" yakni untuk mendapatkan bekalan air yang bersih. Bukan air percuma seperti yang dilaungkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, tapi cuma Hak Untuk Mendapatkan Air Bersih. TakeBeer!!

BERITA TERGEMPAR!! Ohpolitik!™ Isytihar masuk PAS!!

Tanggal 10 Mac 2011 merupakan hari tarikh keramat bagi aku blogger Ohpolitik!™ yang telah diberikan hidayah untuk memeluk Parti PAS. Aku buat ini semua kerana penghijrahan yang dituntut oleh agama. Bukan kerana paksaan namun kerana terdetik di hati. Dah tiba masanya ada blogger macam aku di sebuah bandaraya yang Nik Aziz gelarkan sebagai Bandaraya Islam.

Namanya indah. Persekitaran agak indah dek sulaman bahasa yang membuatkan aku berfikir dua kali untuk memahami dialek klate yang diucapkan penduduknya. Namun aku faham, di dalam bahasa itu terungkap seribu harapan agar perubahan yang besar diberikan kepada Bandaraya Islam ini. Tentu ada yang terfikir atau tidak kurang yang terkejut dengan tajuk posting aku kali ni. Untuk itu, aku jelaskan di sini. Aku blogger Ohpolitik!™ dengan ini mengisytiharkan akan mendedahkan segala keburukkan PAS Kelantan kerana aku kini telah berpindah dan tinggal ke Kelantan atas urusan perniagaan.

Dengan berada dan tinggal di Kelantan sendiri barulah kita akan mendapat gambaran sebenar pentadbiran Kerajaan PAS atau dengan lebih jelas lagi pentadbiran Nik Aziz yang bertopengkan Isle ini. Kiasah aku pertama kali sampai dan tinggal di Kelantan disambut oleh jiran tetangga yang aku boleh gambarkan begitu baik dan peramah sekali. Oleh itu, aku pun mengambil kesempatan bertanyakan beberapa soalan yang bagi aku sebagai orang luar berasa pelik dan jelik. 

Pengurusan Sampah
Sampah di Kelantan hanya dikutip oleh lori sampah di jalan-jalan utama. Jika anda tinggal di Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu, maka buang sampah di tong yang hanya disediakan di jalan utama. Bagi yang tinggal di jalan yang agak dalam walaupun tinggal di kawasan perumahan macama aku, kenala bawa sampah keluar ke jalan utama. Jika tidak, sampah itu hanya dilonggok atau dibakar sahaja. Dan tinjauan aku ke Wakaf Che Yeh sendiri di mana aku terpaksa membayar RM2 untuk parking di kawasan longgokkan sampah. Dan bangunan sekitar Wakaf Che Yeh juga tidak diselenggara. Bau busuk dan jijik.

Pembiakan Nyamuk Aedes
Nyamuk memang banyak dek kerana tiada pembersihan longkang yang dijalankan. Fenomena air bertakung di dalam tali air hatta di dalam longkang perumahan adalah fenomena biasa di Kelantan ini. Menurut jiran aku, Semburan asab (foging) hanya akan dilakukan jika terdapat kes denggi di kawasan berkenaan.


Air Kotor
Bila bercakap mengenai air di Kelantan, rasanya semua orang dan tahu. Air di Kelantan sangat kotor. Jika paip air dibuka, kelihatan air kekuningan keluar mencurah. Jesteru tidak hairanlah bagi yang mampu, akan memasang penapis air yang harganya mencecah ribuan ringgit, dan yang miskin akan bermandikan serta minum air yang kekuningan ini. Secara jujur aku cakap, air ini memang gatal satu badan. Aku pun terpaksa membeli penapis air untuk memandikan anak aku. 


Tekanan Air Rendah
Pelik aku bila memasuki kawasan perumahan sekitar Kelantan di mana kebanyakkan mempunyai pam dan water tank di hadapan rumah. Ini berikutan, air yang disalurkan kerumah bertekanan rendah. Air dari paip dipenuhkan dalam tank sebelum dipam kedalam rumah. Jika tidak dipasang pam, melelehlah air keluar. Dan jika anda tinggal di rumah dua tingkat. Tingkat atas tiada airla jawabnya.

Ohpolitik!™ : PAS Kelantan VS UMNO/BN Kelantan
Sebenarnya PAS Kelantan tidaklah segagah mana seperti yang digambarkan, tetapi gagalnya UMNO/BN menawan Kelantan adalah faktor UMNO/BN itu sendiri. Kuasa diberikan terlalu banyak kepada Ketua Bahagian UMNO/BN Kelantan. Ini menjadi faktor utama, kenapa PAS terus berkuasa. (Aku akan kupas mengenai topik ini selanjutnya nanti)

Kesimpulannya
Nama Bandaraya Islam itu tidaklah segah nama yang diberi. Islam itu bersih, tapi Bandar Kelantan itu Kotor. Islam itu indah tapi Bandar Kelantan tiada apa yang indah, landskap taman dan kawasan rekreasi pun tiada. Yang menunjukkan Islam cuma pada tulisan jawi dan papan iklan yang bertudung saja, namun dah ada iklan bertudung nampak jambul. 


Islam itu Indah
PAS yang memburukkannya

Live Frm Merlimau : Gambar Suasana Hari Mengundi!!







Proses pengundian dua pilihan raya kecil serentak membabitkan DUN Merlimau dan Kerdau sedang berlangsung.
Dalam sejam pertama Merlimau mencatatkan 14 peratus pemilih keluar mengundi manakala di Kerdau pula 16 peratus.

Ini kali ketiga sejak Mac 2008 negara menyaksikan pilihan raya kecil serentak.
Pusat-pusat pengundian seperti lazim dibuka 8 pagi tadi dan akan ditutup 5 petang ini.
Keputusan dijangka diketahui sekitar pukul 8 malam ini.
Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata: “Esok (hari ini) ramalan cuaca di Merlimau hujan pada sebelah petang.”
“Jadi saya nasihatkan pengundi keluar awal,” katanya.
SPR menjangkakan 80 peratus daripada 10,697 pengundi berdaftar DUN Merlimau akan keluar mengundi.
SPR juga menasihati mereka agar menyemak terlebih dahulu pusat pengundian, membawa kad pengenalan dan tidak memakai barang larangan seperti pakaian serta lencana tertera logo parti.
SPR membenarkan parti yang bertanding membantu mengangkut pengundi ke pusat pengundian tetapi kenderaan yang digunakan tidak menggunakan logo parti, sebaliknya menggunakan kertas biru bersaiz A4 bagi Barisan Nasional (BN) dan hijau bagi PAS dilekatkan di cermin hadapan kenderaan tersebut.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizat Abdullah yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Jawapan HarakahDaily Berkenaan Isu Gambar Ummi Diedit jarinya menjadi simbul F**K!!

Harakah Daily sebelum ini mengeluarkan berita yang bertajuk Umi Hafilda Tentera Upahan. Dan di dalam artikel berkenaan, Akhbar suara Parti Islam ini telah mengeluarkan gambar Umi yang diedit di bahagian jarinya. Lihatlah kotornya politik PAS. Jari diedit menjadi simbul "FUCK".


Laporan HarakahDaily 3 Mac 2011



Dan hari ini, penyokong PAS tegar yang telah berusaha mendapatkan jawapan berkenaan isu ini dari Harakah telah tampil dengan jawapan dari Harakah yang berbunyi :

"mungkin saudara Hazayani Zakaria yang post arikel tue tersalah ambik gambar....jd editor kemungkinan terlepas pandang"


Laporan HarakahDaily 4 Mac 2011


Harakah hari ini telah buang gambar umi yang diedit itu tanpa ada permohonan maaf secara terbuka dek kerana "TERSALAH PILIH GAMBAR & TERLEPAS PANDANG ITU". Aku minta Umi saman Harakah Daily. Ini merupakan cubaan untuk memburukkan Umi dan PAStinya Harakah berniat jahat dan sengaja. 


Dari Segi logik akal pun kita dapat berfikir, adakah gambar yang terang lagi bersuluh merupakan niat jahat Harakah Daily ini untuk memburukkan Umi atau sebaliknya. Takpayah berlagak maksum sangat. Kalu dah buat salah ngaku jer la. Apa kata Lepas ni aku suruh Utusan Malaysia keluarkan Gambar Nik Aziz Bogel dan seterusnya memberikan kenyataan balas. "ooo..itu kita terlepas pandangla.." dah cukup. End of the story.....

Bila TGNA Mentafsir Islam untuk Politiknya : Solat Jemaah & Menunaikan Haji adalah Demontrasi?

Sumber Mesin Taip Buruk

Nik Aziz kata sembahyang berjemaah itu demonstrasi malah kalau hari Jumaat itu demonstrasi lagi besar. Orang buat haji pun demonstrasi malah laaaaaggggiiiii besar demonstrasinya. 
Wahahahahahaaaa.... adehhhh sakit perut aku. Adehhh... adehhh...!

 Adeh... adeh.. Nik Aziz ooii.. Dahlah wat lawak. Senak perut aku ketawa!


Lalu kalau sembahyang berjemaah itu satu demonstrasi, peristiwa seperti ini akan berlaku:


DRAMA SEBABAK:
Memandangkan hari itu hujan lebat, seorang bapa tidak dapat demonstrasi di surau lalu membuat keputusan untuk bersolat maghrib di rumah dan dia mengajak isteri dan anak-anaknya untuk bersolat bersama-sama dengannya.


BAPA: Yang, meh kita demonstrasi. Dah lama kita tak demonstrasi beramai-ramai kat rumah.


ISTERI: Yelah bang. Elok sangatlah. Lagi pun hari ini malam Jumaat. Bolehlah kita baca Yasin sekali selepas demonstrasi.


BAPA: Aziz, Sabu, Mahpusss... meh demonstrasi dengan abah, mak. Biar dapat pahala berganda. Lepas demonstrasi kita baca Yasin sama-sama.


Anak-anak mereka menyahut "Baiklah abah!"


Lalu mereka menutup TV yang sedang menyiarkan rancangan "Demonstrasi Masakan" oleh Chef Wang!

Anugerah Raja Drama buat Calon PAS Merlimau : Yuhaizad


Beberapa hari lepas kematian rakan baik Calon BN iaitu Ali Bashah 63 tahun telah meninggal dunia. Suasana PRK yang rancak menyebabkan kedua calon telah hadir di rumah si mati. Satu tindakan terpuji. Ramai pemberita dan wartawan telah hadir merakamkan aksi calon kedua parti yang bertanding.

Namun apa yang menyedihkan dan tidak disedari ramai orang ialah calon BN Roslan Ahmad tetap mengusung jenazah manakala Yuhaizad melepaskannya kepada orang lain beberapa langkah selepas gambarnya dirakam. Nampaknya Roslan Ahmad telah menunjukkan keikhlasan beliau mengusung jenazah berbanding Yuhaizad yang tidak berapa rajin mengusung jenazah dan lebih pentingkan bertemu pengundi demi undi. Bandingkan gambar di atas dan di bawah dan saksikan dalam youtube yang akan dimuatnaik beberapa ketika lagi.

Bloggers PAS memaparkan beliau memegang jenazah tetapi sisi ini tidak disebarkan kerana takut rakyat tahu perangai buruk calon PAS ini yang memang tidak begitu sedap cerita tentangnya sebelum ini.

Kisah tipu bapa saudara isu Aula Sawit, isu Borneo Security yang didakwa dibuat oleh Yuhaizad dan juga tindakan menipu keahlian belia 4B serta kelulusan sijil diploma yang tidak diiktiraf membuktikan calon Merlimau PAS ini tidak boleh dipilih untuk mewakili rakyat pada 6 Mac 2011 nanti. Pengundi Merlimau perlu tolak calon tidak ikhlas ini.

Tunggu video lengkap perkara ini hari ini sebelum Jumaat.

Debat Anwar dan Ummi di Kerdau!! Terbaik!!

Anwar telah dilondeh dan dibogelkan semalam dihadapan penyokong-penyokongnya.. kah kah kah..

Saat yang ditunggu oleh Ummi berdepan dengan Anwar tercapai,ceramah Ummi Hafilda di Felcra Rumpun Makmur ,Kampung Sekoh disebelah markas AMK berhampiran dengan ceramah Anwar ternyata memanaskan PRK Kerdau dengan kehadiran hampir 3 ribu orang .



Setelah hampir setengah jam Ummi berucap,Anwar Mat King Leather tiba disambut oleh khawarij khawarij yang rata ratanya dari luar.

Ummi yang berceramah secara santai menceritakan hal yang sebenar siapakah Anwar Ibrahim,Azmin Ali dan Syamsidar. Kelompok orang ramai yang berada di hadapan ceramah Anwar lebih tertumpu kepada ucapan Ummi sesekali memaling kearah ucapan Ummi.

Walaupun ketika itu dihadapan penyokong pakatan Anwar sedang berceramah,namun tumpuan mereka lebih kepada ceramah Ummi. Anwar kelihatan gugup,belum pun apa apa Anwar terus masuk gear lima terpekik terlolong .

Ummi turut mendedahkan antara kalangan PAS, Mat Sabu adalah salah seorang yang merayu agar Ummi mendedahkan kerja jahat Anwar hingga gelaran Al juburi diberikan oleh Mat Sabu kepada Anwar.

Kerdau tidak ada kena mengena dengan Tunisia atau pun Mesir tetapi seperti biasa Anwar cuba berbohong dan memperbodohkan dengan kencingnya,kemudian Anwar mula bercakap soal rasuah,kemudian disambut oleh Ummi " Anwar adalah bapak segala rasuah dinegara ini"

Kemudian Ummi menjerit "Wahai Anwar dengan orang kampung kamu boleh temberang,cukuplah dengan segala pembohongan kamu" Anwar bagaikan dilempang hinggakan ceramahnya beberapa kali kelihatan amat gugup.

Ummi turut menyebut nama nama ahli keluarga Anwar yang menjadi kaya raya kerana amalan rasuah dan kronisme membuatkan Anwar gugup dan tidak mampu untuk membalas kata kata Ummi.

Anwar tidak mampu berhadapan dengan Ummi, terus cabut lari selepas ucapan beliau yang tidak sampai setengah jam mengundang kekecewaan ramai penyokong khawarij hingga ada yang menyindir buang masa datang dari jauh kalau setakat nak bawak cerita basi.

Cilok dari Pisau.Net