UMNO ajak DAP join BN | Rekaan DAP untuk tutup Isu TBH!!

Mungkin kerana semakin tertekan apabila tembelang politik perkaumannya semakin kuat dihidu maka pakatan pembangkang terutama DAP mula melakukan taktik memalukan dengan mendakwa kononnya UMNO sedang berusaha mengajak mereka menyertai Barisan Nasional (BN).

Ternyata secara tiba-tiba muncul dakwaan tersebut setelah rakyat melihat betapa DAP begitu dahsyat melancarkan politik berbau sentiment perkauman semata-mata untuk meraih sokongan terutama di kalangan pengundi Cina.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menegaskan tidak pernah terlintas difikiran UMNO untuk mengajak DAP bekerjasama.

Ini kerana kata beliau dasar yang diperjuangkan BN amat jauh berbeza dengan DAP.

“Kita tak pernah berbincang (perkara ini) dan tidak pernah sekali-kali menjemput DAP untuk sertai BN. Cerita ini tidak benar…dasar perjuangan BN dan DAP amat berbeza.

“Rakyat pun tahu mengenai perjuangan UMNO dan parti komponen BN, kita berjuang untuk rakyat dan ia terbukti selama ini. Bagi kita dakwaan kita jemput DAP ini satu bersifat murahan yang tak perlu dilayan”, katanya di sini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut tidak menolak kemungkinan dakwaan ini adalah sebahagian daripada strategi pembangkang untuk menimbulkan keraguan di kalangan parti komponen BN.

“Kita tak perlu DAP untuk tarik kembali sokongan pengundi Cina kerana UMNO dan BN tidak pernah berputus asa sebaliknya mempunyai strategi tersendiri untuk menarik kembali sokongan masyarakat Cina di negara ini”, ujarnya.

Dakwaan kononnya UMNO mengajak DAP sertai BN untuk menarik balik sokongan pengundi masyarakat Cina pada pilihanraya akan datang seakan satu cerita yang secara tiba-tiba direka dan ditimbulkan setelah DAP diasak teruk dengan pendedahan demi pendedahan yang menunjukkan parti itu bermain politik perkauman yang dahsyat. -MediaUMNO

GHOSTWRITER : 'Isu ini ditimbulkan oleh DAP untuk mengalih pandangan orang ramai dari Isu DAP terlibat dalam pembunuhan TBH' baca lanjut mengenai isu ini di sini.

- Posted using BlogPress from my iPad

PAS Jelik Sangat Dengan 1Melayu Kenapa?


Aku tak faham dengan puak-puak Pas ini. Apa dosanya kalau ada pihak-pihak yang mahu adakan kempen satukan orang Melayu. Sebut kat aku apa dosanya? Kalau tak berdosa dan tak menjadi kesalahan, atau malah digalakkan dalam Islam kenapa nak diejek-ejek dan nak ditentang?

Kalau bangsa lain yang menentangnya aku faham sangatlah sebab mereka tidak mahu lihat orang Melayu bersatu dan mereka bimbang apabila orang Melayu sudah bersatu, mereka yang susah cari makan. Selama ini pun mereka sangat menyokong penuh terhadap pihak-pihak khususnya orang Melayu sendiri yang mahu memecah-belahkan orang Melayu sebab mudah mereka menguasai politik di negara ini. Semua orang tahu konsep pecah dan perintah kerana itulah amalan ketika zaman penjajahan Barat lagi.

Tapi ini orang Melayu sendiri yang tak senang nak lihat orang Melayu bersatu. Apabila ada pihak cadangkan satukan Melayu di bawah idea "1Melayu 1Bumi" wahh.... bukan main melenting puak-puak Melayu ini. Konon itu semua usaha UMNO nak raih sokongan orang Melayu, konon sokongan Melayu kepada UMNO dah merosot teruk maka UMNO mainkan isu ini.

Setahu aku UMNO tak ada hubungan langsung dengan idea yang dicetuskan oleh Datuk Zaini Hassan dari Utusan ini. Bukan takat tak ada hubungan, malah mereka tak pernah terfikir pun nak gerakkan usaha sebegini. Apatah lagi di peringkat Pemuda UMNO. Jadi janganlah bila ada orang Melayu nak menyatukan bangsanya, mereka dikaitkan dengan UMNO. Tolonglah... bukan UMNO saja orang Melayu. Sama juga bukan orang Pas saja Islam.

Apa salahnya kalau kita melihat orang Melayu yang beragama Islam ini bersatu. Bersatu dalam konteks mempertahankan hak kita bukannya bersatu nak singkir atau halau bangsa lain. Tidak... Tolonglah luaskan fikiran dan bukan berfikiran sempit yang semuanya nak dikaitkan dengan politik.

Orang Melayu tetap perlukan UMNO dan Melayu juga masih perlukan Pas. UMNO dan Pas tidak perlu bersatu sebagai sebuah parti politik sepertimana yang dibimbangi oleh ramai orang Pas termasuk Nik Aziz. Tetapi "penyatuan" Melayu di sini ialah kedua-dua Melayu UMNO dan Pas ini sama-sama mempertahankan hak keistimewaan kita, mempertahankan Raja-raja Melayu dan pertahankan tinggalan nenek-moyang kita. Tapi dalam politik biarlah UMNO tetap UMNO dan Pas tetap Pas. Pas boleh menjadi check & balance kepada UMNO. Dan begitulah sebaliknya.

Itulah yang diamalkan oleh orang Cina di negara ini. Dalam politik mereka ada MCA, mereka ada Gerakan, mereka ada SUPP, mereka ada DAP tapi bila menyentuh hal-hal kepentingan bangsa mereka, mereka bersatu hati. Inilah yang kita mahu orang Melayu amalkan. Susah sangat ke? Kalau bangsa lain boleh gerakkan penyatuan bangsa mereka, kenapa orang Melayu tak boleh?

Kepada orang Melayu yang menentang penyatuan Melayu, fikirlah dalam-dalam. Baca sejarah bagaimana mudahnya Tanah Melayu dijajah oleh Barat lebih 300 tahun lalu. Jangan sampai sejarah tersebut berulang!
sumber : mesin taip buruk

BN Cakap Sula Bikin : Anwar Cakap 16 September, Bila Mau Bikin?


Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) membuktikan kesungguhannya membantu penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila melaksanakan semua janji yang dibuatnya dengan melibatkan kos sebanyak RM15 juta.

Bekas calon BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, ia sama sekali menutup mulut pemimpin Pas yang sering menabur fitnah mengatakan BN membuat janji palsu kepada penduduk di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai berkata, Pas sepatutnya merasa malu kerana tidak dapat membantu penduduk di kawasan itu biarpun telah diberi mandat untuk memerintah selama 20 tahun.

“Saya merasa amat gembira kerana semua janji-janji ini ditunaikan, ini membuktikan kita tidak bercakap kosong untuk membantu rakyat di sini.

“Kita juga merasa amat kecewa apabila ada pihak menabur fitnah bahawa BN tidak tunai janji ini sedangkan penduduk di Manek Urai melihat sendiri bagaimana projek-projek ini sedang dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di Kampung Manek Urai Baru di sini semalam.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meninjau kerja-kerja pembinaan jambatan yang menghubungkan Manek Urai Baru dan Lama.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Makhtar Mustafa.

Pada kempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, BN menjanjikan pembinaan jambatan baru bagi menghubungkan Kampung Manek Urai Baru dan Lama dengan kos RM14.1 juta, pengubahsuaian Masjid Temalir (RM600,000)

Selain itu, pusat sukan dan rekreasi di Manjor bernilai RM300,000 turut dibina.

Tuan Aziz tewas dalam pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi biarpun sebelum ini kawasan DUN itu merupakan kubu kuat Pas. 
sumber utusan

GHOSTWRITER : "Undi beri ke PAS, Jambatan dapat dari BN.."

PAS Ragui GABUNGAN DAP & SNAP | Apa sebenarnya yang DAP nak?

PAS Sarawak meragui motif di sebalik hasrat DAP untuk bergabung dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang dilihat membelakangkan semangat pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Sambil menyifatkan gabungan berkenaan sebagai 'tidak kena', Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid berkata, DAP seharusnya menumpukan kepada usaha meraih sokongan di kawasan bandar terutama pengundi Cina yang menjadi tumpuan parti itu.

"Mengapa perlunya DAP untuk bergabung dengan SNAP yang kita tahu menumpukan perhatian kepada masyarakat Dayak.

"DAP patut tahu apa tumpuan mereka, kekuatan mereka di bandar yang mempunyai ramai pengundi Cina," katanya kepada mStar Online di sini Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bergabung dengan SNAP yang disifatkan sebagai usaha bagi menggalakkan pertumbuhan, sokongan dan kekuatan bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di seluruh negara.

Lim juga berkata bahawa kemenangan DAP di 12 kerusi pada pilihan raya Sarawak 16 April lalu bukan atas sokongan kaum Cina sahaja tetapi daripada semua kaum.

Mengulas lanjut Adam berkata, jika SNAP mahu menyertai Pakatan Rakyat dan bergabung dengan mana-mana parti sekutu di dalamnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah pilihan yang baik.

Menurutnya ia selaras dengan asas parti berkenaan yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

"Kalau SNAP nak sertai Pakatan Rakyat dengan bergabung, baik mereka bergabung dengan PKR dan bukannya DAP," katanya.

Sebelum ini Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian turut menggesa DAP memberi penjelasan terpeinci berhubung cadangan penggabungan berkenaan.
sumber : mstar


GHOSTWRITER | Tentunya DAP ingin menawan Sarawak | Jawatan Ketua Menteri Sarawak bagi Kerajaan PR tidak layak diberikan kepada PKR yakni Baru Bian | DAP dari awal lagi mengatur strategi untuk merampas Sarawak seperti tindakan awal merampas kerusi Pandungan dari PKR | Dan Seterusnya Merampas Malaysia melalui PKR dan PAS | Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...!

- Posted using BlogPress from my iPad

GEMPAR UMNO/BN MASUKKAN KROMOSOM ANWAR"Y" DALAM DUBUR SIFUL!!



Anwar yg cuba memperbodohkan rakyat AKAN memberitahu bahawa DNA beliau telah dicuri oleh UMNO/BN dan dimasukkan ke dubur Saiful. Anwar Bangang!


Sample dalam dubur saiful adalah sample air mani! Air mani mempunyai 23 kromosom single (haploid cells)


Manakala bagi sample2 lain selain dari air mani, ia adalah 23 kromosom berpasangan, bukan single!


Ringkasan
=======
23 pasang kromosom = Sample darah, rambut, bulu, air liur dan semua cell kecuali sperm dan ovum
- total adalah 46 kromosom kerana ianya berpasangan
23 single chromosom = sample pada sperm (lelaki) atau ovum (perempuan) SAHAJA!
- total adalah tetap 23 kromosom kerana ia single strand.
=====
Sample yg ditemui didalam dubur saiful adalah SAMPLE AIR MANI!!
Sample tersebut mempunyai 23 kromosom single!!
Anwar cuba memutarbelitkan fakta dgn menyatakan kerajaan UMNO/BN ambil DNA dia dari darah/rambut/air liur dan masukkan kedalam dubur saiful.
Sample air mani TAK SAMA dgn sample bukan air mani (darah/rambut/air liur/etc..)
Sample air mani (single 23 chromosome strand) HANYA boleh didapati dari ZAKAR si-pemilik. Ia tidak boleh didapati dari penipuan sample darah/rambut/air liur!!
didalam dubur saiful adalah SAMPLE AIR MANI!


Berdasarkan Teori Konspirasi Bodoh Anwar
=============================
1) Umno/BN perlu memecah masuk kedalam rumah kediaman Anwar
2) Umno/BN perlu lancapkan anwar semasa anwar tidur, tanpa disedari wan azizah
(ingat sample darah/rambut/air liur basi anwar tak boleh digunakan)
3) Hasil lancapan, air mani anwar yg terpancut perlu dimasukkan kedalam botol
4) Umno/BN bergegas lari ke rumah saiful
5) Umno/BN perlu menggunakan picagari dan menyedut air mani anwar dari botol, dan memancutkannya kedalam dubur saiful
6) Keesokannya/lusanya saiful pergi membuat laporan polis dgn air mani anwar berada didalam duburnya hasil konspirasi UMNO/BN


ANWAR BANGANG!! Sebangang2 manusia!!!
Penyokong Bebal PKR: Takbir! Allahuakbar! lawan tetap lawan!!

DAP Bawa Slogan 1Cina tak Racist!!


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat bijak membakar sentimen perkauman Cina demi mendapat sokongan kaum itu dan seterusnya mengekalkan kekuasaan dinasti keluarganya dan parti berkenaan di Pulau Pinang.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Kit Siang itu tidak ubah seperti langkah Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang berjaya mengekalkan kekuasaan dinasti Lee di republik tersebut.

Di samping itu, katanya, Kit Siang juga akan terus mempergunakan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memecahkan undi Melayu yang pastinya akan memberi dividen politik kepada DAP.

"Kit Siang sanggup memperbodohkan kaum Cina jika ia memberi jaminan supaya keluarganya dapat mengekalkan kuasa politik di Pulau Pinang.

"Dia akan membuat apa saja janji yang perlu bagi mengekalkan Pulau Pinang jadi hak milik dinasti keluarga. Kit Siang akan terus membakar sentimen kaum Cina untuk mendapat undi kaum itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Ezam yang juga bekas Ketua Pemuda PKR menambah, Kit Siang kini membakar sentimen kaum Cina dengan membawa slogan 1Cina bagi mencabar konsep 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyatupadukan seluruh masyarakat dalam negara.

"Soalan utama adalah apakah tujuan Lim Kit Siang membawa konsep Satu Cina ini?," katanya.

GHOSTWRITER : "Ternyata DAP sememangnya parti racist untuk mengangkat kuasa politik cina!"

Pakatan Rakyat Perintah Kedah | Gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi! Cukai Tanah NAIK 10 KALI GANDA!

Adakah ini dikatakan manusia beriman jika kita tidak mementingkan ilmu yang islam amat Agungkannya? Kenapa perlu dinaikkan cukai kepada universiti, sedangkan ia pusat kecemerlangan anak bangsa yang mampu memartabatkan agama bangsa dan negara? Usah kita politikkn pusat ilmu kerana berhaluan agenda parti... sebaliknya kita perlu lebih rasional, kerajaan negeri sepatutnya memberi zakat kpd pelajar, bukannya membebankan universiti yg mungkin akan menaikkan yuran pengajian akibat perbutan pemimpin yg tidak bertanggugjwab. Mari kita pikirkan dan baca artikel di bawah:

Tindakan kerajaan negeri Kedah menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda selain gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi di universiti itu, dilihat sebagai tidak membantu usaha kerajaan pusat untuk melahirkan modal insan negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai kerajaan negeri yang memerintah, mereka seharusnya berbangga dengan universiti itu dan membantu kerajaan pusat dalam menyediakan keperluan-keperluan tertentu untuk universiti berkenaan.

"Selama ini kalau kerajaan negeri itu BN, ia membantu dengan tidak mengenakan cukai yang tinggi.

Tetapi setelah mereka mengambil alih kerajaan negeri, mereka mengenakan cukai tanah kepada institusi pendidikan sehingga RM1.8 juta setahun cukai tanah berbanding sebelum ini RM150,000 setahun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Khas Pasca Siswazah untuk Anggota Parlimen yang dikendalikan UUM di sini hari ini.

Lebih membebankan apabila pihak pengurusan UUM terpaksa membayar antara RM80,000 sehingga RM90,000 sebulan untuk menampung kos lori bagi mengangkut air dari luar akibat kekurangan bekalan air sejak setahun lalu, katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri dilihat cuba mendapatkan keuntungan daripada sebuah institusi pengajian tinggi, sedangkan mereka seharusnya memahami UUM adalah sebuah pusat akademik yang berfungsi untuk melahirkan modal insan


- Posted using BlogPress from my iPad

PRU13 | Lupakanlah saja Undi Cina | JAGA UNDI MELAYU!


Teka teki-bilakah Parlimen akan dibubarkan bagi membolehkan Pilihanraya Umum ke-13 diadakan masih belum menampakkan tanda-tanda ia membekalkan satu jawapan positif. Kemenangan cemerlang BN Sarawak tempoh hari dalam pilihanraya negeri juga ada ironinya.


BN dan UMNO mempunyai masa untuk membuat post mortem tentang kekuatan sebenar BN sebelum sebarang keputusan membubarkan Dewan Rakyat dilakukan. Ini kerana kemenangan majoriti dua pertiga pilihanraya umum DUN Sarawak itu dan kaitannya dengan apa yang bakal berlaku di Semenanjung serta Sabah kelak, buat masa ini hanyalah tidak lebih dari merupakan kemenangan di atas kertas.


Begitupun, di sebalik pelbagai analisis, kemenangan itu jika diterjemahkan kepada sokongan sebenar rakyat terutama pengundi Cina, ia masih belum mampu mententeramkan minda Presidennya yang juga Perdana Menteri Malaysia.


Hakikat BN masih mampu mempertahankan kerajaan negeri walaupun dirundung pelbagai ketidak-pastian pra-tempoh pembuangan undi itu mungkin menggembirakan Datuk Seri Najib Tun Razak namun kekalahan yang dialami hampir kesemua calon SUPP adalah suatu yang amat mendukacitakan. Kalau Najib dapat tidur pada malam itu serta pada masa yang sama Pehin Tan Sri Taib Mahmud selaku Ketua Menteri sejak 1981 nyenyak dibuai kemenangan, keputusan yang tersirat itu akan tetap mengganggu momentum kemenangan BN secara keseluruhan.


Sepanjang 12 bulan kebelakangan ini, tanda-tanda masyarakat Cina pulang ke pangkuan BN semakin memberi impak dalam beberapa siri pilihanraya kecil. Justeru dari congak politik yang dibuat, pilihanraya negeri Sarawak adalah penentu sama ada mereka kekal dengan BN ataupun kekal dengan pihak pembangkang.


Najib sendiri dari awal dapat melihat kebangkitan gelombang rakyat yang memihak kepada BN sehingga secara tidak langsung Perdana Menteri memberi bayangan bahawa pilihanraya umum mungkin diadakan dalam tempoh terdekat berasaskan keputusan pilihanraya negeri Sarawak.


Walaupun sinar cerah dapat dijangka namun awam hitam yang turut berarak seiring dengan jangkaan Najib itu membuatkan Pengerusi BN itu terpaksa meneliti semula sebarang rancangan mengadakan pilihanraya umum dalam masa yang dikatakan terdekat itu.


Parti-parti politik yang sudah bersedia untuk terjun bertarung dalam pilihanraya ke-13 terpaksa menekan brek. Saya menjangkakan penangguhan ini sehingga satu formula dapat ditemui. Selagi formula untuk mendapat semula sokongan masyarakat Cina ke pangkuan BN gagal diperolehi, selagi itu pilihanraya umum terpaksa sekadar menjadi teka-teki.


Seperti yang diketahui, SUPP ataupun akronimnya Sarawak United People Party (Parti Bersatu Rakyat Sarawak) iaitu salah satu parti komponen BN Sarawak, adalah parti yang mewakili kaum Cina di negeri itu. Ia tidak ubah seperti MCA di semenanjung yang memperjuangkan nasib bangsa yang sama di kawasan sebelah sini.

Kadangkala SUPP dan MCA tidak dapat mengelak dari dilabel parti towkeh kerana kebanyakan ahli-ahli terutama mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan mempunyai kekayaan yang agak luar biasa. Kalau masyarakat Cina boleh dikatakan sepanjang masa berniaga, masyarakat Melayu serta bumiputra lain sama ada di Sarawak, Sabah ataupun di Semenanjung, hampir sepanjang waktu bermain politik.


Kedai dan warong kopi di kampung-kampung sentiasa berperanan sebagai dewan rakyat atau dewan negeri tidak rasmi bagi mereka yang menjadikan diri sendiri sebagai wakil rakyat untuk berbahas. Pendek kata kadangkala secawan kopi memakan masa berjam-jam untuk dihabis hirup kerana suhu perbahasan yang hampir mencecah ke paras berjaga-jaga. Sedang asyik orang Melayu bersilat politik, bagi pengundi-pengundi Cina pula perniagaan yang mereka ceburi memang tiada tandingan dan amat sukar untuk disaingi oleh pribumi yang lain.


Kekayaan mereka barangkali berpunca dari penceburan mereka dalam dunia perniagaan sejak lama sebelum Merdeka lagi. Kelebihan berada di kalangan pembuat dasar negeri dan negara membolehkan mereka turut sama merebut peluang perniagaan sama ada perniagaan membalak seperti di Sarawak, penanaman kelapa sawit di Sabah serta kontrak di Semenanjung ataupun apa saja peluang perniagaan bertaraf mega dan juga separa mega dan mempunyai nilai kontrak di antara puluhan sehingga ratusan juta ringgit tetapi tidak mencecah angka bilion.


Seperti yang dapat dilihat pembangunan di Kuching, Sibu, Miri, sebagai contoh, amatlah mengkagumkan berbanding di lain-lain kawasan apatah lagi kawasan pedalaman. Untuk rekod kawasan-kawasan yang disebut itu majoritinya dihuni oleh penduduk berketurunan Cina. Perbandingan ketara ialah penduduk di kawasan yang menyokong BN serta memberikan kemenangan mutlak adalah di kawasan yang majoritinya berbangsa Iban, Melayu dan kaum bumiputra yang lain.


Kita tidak tersasar merumuskan betapa pengundi Cina di Sarawak secara terbuka menentang pemerintahan kerajaan BN berbanding dengan sokongan yang dipamerkan oleh masyarakat pribumi dan bumiputra yang lain. Pola perkauman atau elemen rasisme sudah meresap ke negeri itu dan telah berjaya mewujudkan puak di antara masyarakat berbilang kaum. Kita tidak boleh menidakkan keupayaan DAP memainkan sentimen rasisme ini sebagai umpan menarik sokongan pengundi Cina.


Natijah dari keputusan Pilihanraya Umum Negeri Sarawak ke10 itu menguatkan hujah betapa SUPP hanyalah tidak ubah seperti sebuah organisasi untuk membolehkan sebilangan besar ahli-ahlinya terutama pemimpin bahagian di pelbagai peringkat menjadi saudagar yang berjaya. Dan bagi majoriti rakyat berketurunan Cina Sarawak nasib mereka seperti terabai oleh parti yang konon memperjuangan kelompok keturunan mereka sendiri.


Seperti yang kita sering saksikan bila berlaku tempias ini, UMNO lah yang menjadi sasaran atau menjadi kambing hitam. Konon kerana dasar UMNOlah maka prestasi parti berteraskan kecinaan ini merosot.


Pengundi-pengundi Cina tertarik untuk berpihak kepada pembangkang terutama DAP adalah kerana kekecewaan serta kerana sudah wujud satu gap antara masyarakat Cina kelas atasan serta Cina kelas biasa. Hal ini timbul kerana umum melihat pembolotan kekayaan dilakukan oleh ahli-ahli SUPP dalam bidang perniagaan dan ini menyebabkan masyarakat Cina yang berada dalam kelas biasa sudah hilang kepercayaan kepada SUPP.


DAP pada perkiraan mereka walaupun ia adalah parti import dari Semenanjung namun kerana kekecewaan ini, kebanyakan masyarakat Cina dalam kumpulan yang disebut itu tadi memilih DAP sebagai satu protes. Bayangkan dari 15 kerusi dipertandingkan, DAP berjaya memenangi 12 berbanding SUPP yang meletakan calon di 19 kawasan dan tewas 13 kerusi.


Rayuan mantan Pengerusi BN Tun Dr Mahathir Mohamed sehari sebelum hari pembuangan undi pada 16 April agar para pengundi Cina terus menyokong BN langsung tidak diendahkan.


Kekalahan teruk SUPP termasuklah kekalahan Presidennya Tan Sri George Chan Hong Nam di kawasan DUN Piasau di tangan calon DAP yang baru berusia 28 tahun, Ling Sie Kiong suatu tamparan hebat serta keputusan yang sukar ditelan oleh BN pusat.


George Chan yang berasal dari Miri bukanlah muka baru malah rekod perkhidmatannya sangat cemerlang lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri.


Dalam satu kenyataan, beliau bernekad untuk bersara dari dunia politik dan “akan kembali ke Miri kerana ia memang tempat asal saya. Boleh dikatakan separuh daripada penduduk di sana masih menyokong saya.”


Namun apa juga keputusan yang bakal diambil oleh George Chan sudah tentu bukan dapat memulihkan imej BN dikalangan masyarakat Cina.

Rumusan dari keputusan pilihanraya Sarawak ini ialah tidak semestinya pengundi Cina menentang dasar UMNO. Apa yang berlaku sebenarnya ialah mereka keliru dengan manipulasi sesetengah pihak yang mengutamakan agenda peribadi daripada agenda perpaduan kaum. Pada perkiraan kita mereka sudah muak dengan parti komponen BN yang berteraskan kaum mereka tetapi langsung tidak ada agenda membela nasib mereka.


Pengundi Cina tidak menikmati hasil pembangunan dan peluang perniagaan kerana peluang itu direbut oleh peniaga Cina yang berada dalam SUPP yang rapat dengan Ketua Menteri. Contoh terdekat yang sering dijadikan perbandingan masyarakat Cina dan sering disebut ialah skandal PKFZ yang kini dalam proses pengadilan di mahkamah. SUPP, MCA dan Gerakan hendaklah membuat satu reformasi dalaman agar masyarakat Cina nampak siapa yang sebenarnya menganaktirikan mereka dan tidak harus selalu menjadikanUMNO kambing hitam.


Selama ini pengundi Melayu memberikan sokongan kepada kerajaan BN dengan harapan nasib mereka terutama di bidang perniagaan dan pekerjaan serta pembangunan di kawasan luar bandar dititikberatkan. Tetapi nampaknya pembangunan bertaraf mega masih terus berpusat di Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Kuala Lumpur saja, iaitu kawasan yang didominasi penduduk keturunan Cina. Sebaliknya kawasan kampung dan luar bandar yang ramai penduduk Melayu sekadar mendapat tempias.


Sekiranya senario seperti ini berterusan dalam politik Malaysia maka kemungkinan pengundi Cina akan hilang kepercayaan sama sekali terhadap BN lalu menggabung tenaga untuk mengundi DAP, parti pembangkang Cina tunggal, sebagaimana yang mereka lakukan pada pilihanraya umum yang diadakan pada tahun 1969 dan seterusnya secara konsisten memenangi beberapa kerusi Parlimen dan DUN di beberapa buah negeri.


Sejarah politik Malaysia membuktikan kehadiran pembangkang Cina di Parlimen mahupun DUN bukan sahaja tidak relevan dari segi fizikalnya untuk memperbaiki nasib rakyat berketurunan Cina malah, lebih buruk daripada itu, ia mengakibatkan kesan bertentangan – membawa seluruh politik dan keharmonium kaum menjadi tidak stabil.


Justeru sekiranya MCA, SUPP, Gerakan dan parti komponen Cina lain, serta parti keturunan lain dalam BN tidak lagi dapat menjaga dan memperjuangkan nasib keturunan masing-masing dalam konteks dan semangat BN, maka mungkin sudah sampai masanya tanggungjawab tersebut diserahkan kepada UMNO sahaja. Rekod UMNO sejak 1957 menunjukkan betapa inilah peranan yang dimainkan oleh UMNO walaupun parti itu berasaskan asprirasi orang Melayu.-24/4/2011
sumber : AgendaDaily

GHOSTWRITER | Jangan dibiarkan anak sendiri mati kelaparan dek kerana kera dihutan disusukan!!!

- Posted using BlogPress from my iPad

RAJA PETRA AKAN BERTANDING PADA PRU13 NI?

Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)yang dipimpin pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, merancang untuk meletakkan 30 calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia.

Presiden MCLM Haris Ibrahim berkata calon-calon itu akan bertanding kerusi parlimen sebagai calon Bebas kerana MCLM bukan sebuah parti politik.

"Kita telah melantik agensi pengurusan risiko (penyiasat persendirian) untuk meneliti latar belakang termasuk biodata, harta dan status kewangan dan juga memantau bakal calon," katanya dalam dialog MCLM dengan rakyat Malaysia yang menetap di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata MCLM yang ditubuhkan pada 2004 belum mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan tetapi mereka telah dibenarkan bergiat secara sah di London, Oktober tahun lepas.

Haris berkata beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum itu kerana beliau akan berkempen untuk calon-calonnya.

Raja Petra, pengasas dan editor blog Malaysia Today yang juga Pengerusi MCLM berkata: "Kami mahu menukar kerajaan tetapi bukan untuk menjadi kerajaan. Kami mahu menjadi sebahagian daripada pergerakan untuk menukar kerajaan."

Beliau berkata MCLM sedang dalam proses untuk menubuhkan cawangannya di bandar-bandar utama di dunia. Thailand merupakan cawangan ketiga selepas Australia dan New Zealand.

Raja Petra, lari meninggalkan Malaysia pada 2008 selepas didakwa memfitnah tiga orang termasuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui akuan bersumpahnya berhubung pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Semasa dialog itu, beliau mengulangi pendiriannya bahawa beliau telah didakwa secara salah kerana beliau tidak membuat tuduhan terhadap mereka tetapi terhadap sumbernya, seorang pegawai tentera berpangkat kolonel yang memberikannya maklumat.

Raja Petra berkata pergerakan itu mengenengahkan agenda Malaysia dan bukan berdasarkan agenda perkauman.

"Sebagai contoh, MCLM boleh menggerakkan demonstrasi anti-ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) di seluruh bandar utama di dunia serentak dengan Kuala Lumpur pada masa depan," kata Haris. -BERNAMA



- Posted using BlogPress from my iPad

DESAKAN AGAR PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO DEMI MELAYU & ISLAM!

Pas perlu menyegerakan kerjasama mereka dengan UMNO dan pada masa yang sama mempertimbangkan kedudukan mereka bersama pihak pembangkang.

Menurut penganalisis politik, ia adalah disebabkan rentetan kekalahan Pas pada beberapa pilihan raya kecil dan terbaru kalah di semua lima kerusi yang ditandingi semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pada 16 April lalu.

Penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian berkata, Pas perlu melihat kedudukan mereka yang tidak menentu bersama pihak pembangkang dan dilihat lebih bergantung kepada DAP.

Pada masa yang sama katanya, kerjasama mereka dengan pembangkang telah menghakis sokongan masyarakat Melayu terhadap Pas dan ia terbukti pada beberapa siri pilihan raya yang lalu sekali gus merugikan parti berkenaan.

"Kerjasama ini tidak akan merugikan Pas kerana jelas terbukti parti itu mampu berdiri dengan sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dan tidak lama kemudian sokongan terhadap mereka mulai terhakis.

"Bagi saya kerjasama Pas dan UMNO tidak mempunyai masalah kerana kedua-kedua parti itu mempunyai titik persamaan iaitu memperjuangkan nasib masyarakat Melayu dan Islam," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, bekas Felo Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, kerjasama antara UMNO dan Pas merupakan idealisme yang ditunggu-tunggu oleh orang Melayu dan sekiranya tercapai, ia ibarat mimpi menjadi kenyataan.

Menurutnya, kerjasama itu boleh disegerakan kerana masyarakat Melayu dilihat terlalu bertoleransi dengan kaum lain dan sentiasa berpecah-belah sesama sendiri.

"Sekiranya Pas dan UMNO boleh bersama dalam aspek yang berlainan ini saya percaya penyatuan politik lambat-laun akan menjelma juga antara kedua-dua pihak.

"Namun, pada masa yang sama, pemimpin Pas perlu sanggup mengetepikan kepentingan dan perbezaan yang membelenggu mereka selama ini," katanya.


- Posted using BlogPress from my iPad

KERAJAAN PERPADUAN | UMNO MASIH TERBUKA | PAS IKRAR SETIA KEPADA DAP




KUALA TERENGGANU 22 April – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk bersama-sama parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu jika Pas bersedia berbuat demikian demi perjuangan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pintu rundingan antara UMNO dengan Pas sentiasa terbuka, malah UMNO kini menunggu dengan tangan terbuka.

“Seperti mana kenyataan pucuk pimpinan parti (UMNO), pintu rundingan UMNO dengan Pas tak pernah ditutup. Apa saja yang berlaku diharap selesai sebaik sahaja kes video (video seks pemimpin pembangkang) selesai.

“Ia umpama terowong yang gelap, (tetapi) di hujung sana ada cahaya perpaduan, kita tunggu dengan gembira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Retreat UMNO Negeri Untuk DUN Kalah di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini mengenai kesediaan parti itu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam pembangkang jika hasil siasatan mengesahkan siapa pelakon sebenar dalam video seks membabitkan pemimpin pembangkang.

Ahmad menjelaskan, sekiranya terlaksana kelak (persepakatan UMNO-Pas), ia merupakan langkah terbaik demi kebaikan serta manfaat orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

Menurutnya, ini kerana, majoriti rakyat yang sentiasa hidup harmoni tanpa sebarang percakaran sesama sendiri dapat membantu mewujudkan semangat perpaduan seterusnya membangunkan ekonomi negara.

Ditanya kemungkinan Pas bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO andainya hasil siasatan mengenai identiti pelaku dalam video seks itu diketahui, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

Malah Ahmad turut yakin, suatu hari nanti, Pas akan mengubah pendiriannya untuk bersama-sama UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam seperti yang pernah berlaku semasa era kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak Hussein dahulu.

“Kita lihat orang Cina boleh bersatu untuk kebaikan, begitu juga dengan kita orang Melayu dan yang lebih penting adalah perpaduan umat Islam,” ujarnya.

sumber : Utusan Malaysia

GHOSTWRITER | Bila Parti Isle (PAS) telah berikrar untuk taat setia kepada DAP, banyaklah nas dicipta supaya UMNO dan PAS tidak bersama. Namun tanpa disedari DAP bijak menggunakan PAS bagi memecah belahkan melayu dan Islam umunya. Sedarlah anak bangsaku! Jangan enak tidur dibuai lakonan DAP yang semakin dahagakan kuasa politik negara kita.

- Posted using BlogPress from my iPad

GEMPAR!! DAP PUNCA SEBENAR KEMATIAN BENG HOCK!!!





Patutlah pakatan pembangkang awal-awal lagi tarik diri dari menyertai Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock . Memang seperti diramalkan ada udang di sebalik mangkuk mee.

Akhirnya menerusi suruhanjaya itu terbongkar penglibatan DAP dalam penyelewengan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Ini ekoran pendedahan peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock

Justeru kita amat menyokong penuh desakan beberapa NGO khususnya di Selangor yang mahu mahu perkara tersebut disiasat kerana Beng Hock dikatakan memegang rahsia mengenai projek yang berkaitan parti berkenaan.

Persepsi awal kita Beng Hock mungkin diberi tekanan hebat oleh beberapa pemimpin DAP yang bimbang rahsia aktiviti penyelewengan mereka didedahkan kepada pihak berkuasa.

Dalam hal ini orang ramai mungkin berpendapat Beng Hock menjadi mangsa keadaan kepada dakwaan salah guna kuasa yang didakwa diamalkan oleh pemimpin DAP.

Ini kerana Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock diberitahu mengenai projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dan Kampung Tunku diberikan kepada kontraktor bernama Lee Wye Wing sedangkan ia sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera.

Wye Wing menggunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan diperoleh menjadi miliknya.

Beng Hock pula berperanan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Inilah sandiwara DAP yang sedikit demi sedikit terbongkar….. Wahai DAP sampai bila kamu boleh menipu rakyat dengan wayang kamu!!!

Cassem Awang



- Posted using BlogPress from my iPad

AnwarOmega Perlu Sumpah Mubahalah!! BERANI KER?




Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat bagi menjelaskan tuduhan trio ‘Datuk T’ ke atasnya, berhubung rakaman video aksi seks yang didedahkan baru-baru ini.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang beberapa tahun lalu.

“Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti Najib bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks itu kerana ia (bersumpah) pasti dapat membantunya.

“Saya pun tidak tahu kenapa Anwar tidak melakukan sumpah itu walhal trio ‘Datuk T’ mahu bersumpah di hadapan Kaabah. Tidak perlu di Mekah sebenarnya, di tempat sendiri pun kita boleh bersumpah, tetapi di hadapan umum,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, trio ‘Datuk T’ iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim bersedia didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam penayangan video itu.

Malah, mereka turut sanggup bersumpah laknat di hadapan Kaabah kerana yakin pelaku adegan seks dalam video itu merupakan Anwar.

Mohd. Asri sekali lagi menegaskan, Anwar patut memikirkan secara serius untuk segera berundur daripada arena politik negara kerana isu yang dikaitkan dengan dirinya adalah kompleks dan berulang-ulang.

“Pengunduran Anwar (sebagai pemimpin pembangkang) amat perlu bagi memberi nafas baru kepada senario politik tanah air, kerana sekarang kita terus disuap dengan berita ‘dalam kain’ yang amat tidak sihat,” katanya – utusan



- Posted using BlogPress from my iPad

PANAS BEROMEGA: KHATIB PR GUNA KHUTBAH JUMAAT UNTUK MEMPERTAHANKAN ANWAROMEGA!!


ISU video lucah melibatkan individu yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang telah menarik perhatian banyak pihak. Pelbagai cara nampaknya digunakan untuk membersihkan nama pemimpin tersebut, termasuklah semasa khutbah Jumaat.

Kejadian ini berlaku pada Jumaat lalu (15 April) di Masjid Jamek Kampung Melayu, Ampang. Khutbah hari itu telah digunakan sepenuhnya oleh khatib untuk mempertahankan isu video lucah yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu.

Khutbah pertama pada hari itu pada awalnya menerangkan apa erti hasad dengki dan fitnah dengan menerangkan serta mengambil iktibar bagaimana iblis tidak senang apabila Allah mencipta Nabi Adam dan berikrar untuk menentang manusia hingga hari kiamat. Banyak ayat-ayat al-Quran digunakan dalam khutbah pertama yang berlangsung selama 15 minit.

Pada bahagian kedua khutbah pertama itu, khatib sempat menyelitkan isu terkini iaitu video lucah. Khatib terbabit menerangkan bahawa terdapat dua senario melalui video lucah itu. Yang pertama, sekiranya video lucah itu tulen dan pelakonnya juga tulen, tetapi cara dan mekanismenya adalah bertujuan khianat bagi mengaibkan pemimpin pembangkang.

Khatib itu berkata, perbuatan itu adalah bersifat khianat dan hasad dengki serta menganggapnya sebagai satu fitnah. Khatib sempat juga mempertahankan tokoh pembangkang berkenaan dengan mengatakan pendekatan mengaibkan ini serupa dengan modus operandi yang didakwa digunakan oleh pemerintah pada tahun 1998.

Malah, khatib itu turut mendakwa pelakon dalam video itu bukan pemimpin parti pembangkang itu. Sebaliknya beliau menegaskan, pemimpin pembangkang tersebut telah difitnah dengan begitu kejam.

Beliau sempat mengajak jemaah supaya mempercayai kata-kata Datin Seri Wan Azizah bahawa hanya seorang isteri sahaja yang tahu bentuk badan suaminya. Pada ketika ini, saya sudah menutup telinga kerana tidak berminat mendengar khutbah tersebut.

Tiba-tiba seluruh hadirin di masjid itu dikejutkan dengan jeritan seorang makmum yang berkata ke arah khatib, "Hoi cukuplah. Di sini bukan untuk berkempen politik".
CHE MAT
Kampung Melayu Ampang, Selangor

GHOSTWRITER : "Bila Politik dan agama disatukan, inilah kesannya"

GAGAL RASUAH KIMMA : BLOGGER PR CEMUH KIMMA!!



DI Batu Pahat, Presiden KIMMA Datuk Syed Ibrahim Kadeer menjelaskan:


"Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang".


Dek kerana meroyan mahukan sokongan India Muslim, Pakatan Rakyat yang bebas dari rasuah telah menjanjikan bulan dan roket supaya KIMMA menyokong PR. Offer yang boleh menduga iman ini ditolak KIMMA. Oleh kerana KIMMA menolak umpan PR ini, maka KIMMA telah pun menjadi bahan cemuhan blogger PR. Baca penghinaan di bawah dek kerana KIMMA menolak rasuah PR.


PRESIDEN KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) ternyata seorang yang pengampu nombor wahid serta mempunyai kejahilan teramat sangat dan lebih dahsyat lagi seorang mamak yang berhati busuk. 

Apa perjuangan KIMMA sebenarnya? Jika setakat berjuang untuk menjadi penjilat kepada Umno saya rasa KIMMA lebih baik mendaftar sebagai satu lagi komponen di dalam Bn untuk bersaing dengan MIC. Apa sumbangan KIMMA kepada golongan mamak yang kebanyakan berniaga membuka restoren di merata tempat itu? 

Daripada melalak dan merapu buat fitnah ke atas Pembangkang, lebih baik beliau periksa kesemua restoren mamak yang terdapat di negara ini yang mencekik darah pelanggan dengan harga minuman dan makanan yang tinggi. Itu belum lagi dikira di dalam aspek kebersihan pekerja-pekerja dan restoren-restoren berkenaan. 

KIMMA usah perasan kununnya Pembangkang tergilakan kumpulan kecil sepertinya yang tidak langsung memberi kudis jika kumpulan ini menyokong Umno sampai kiamat. Apa bijak sangatkah KIMMA ini sehingga Pembangkang sanggup mahu rasuah jutaan ringgit beserta projek hanya kerana mahukan sokongan dari pihaknya? Siapa orang di dalam KIMMA yang hebat sangat sehingga Pembangkang mahu beli itu? 

Adakah Presidennya sendiri mamak Syed? Kirim salam, wahai KIMMA. Pembangkang punyai tokoh yang lebih hebat dari seorang penebar roti canai, maka usahlah sanggup tebar fitnah hanya kerana mahu membodek Umno. Saya bimbang, akibat kebodohan Presiden KIMMA ini dikhuatiri restoren-restoren mamak akan dipulau atau diboikot orang ramai.
sumber dipetik dari blogger pencacai Pakatan Rakyat

Kekalahan PR di PRN Sarawak PAS kata PKR lagi Teruk Kalah!!!

Merujuk tulisan WarakahDaily, aku suka baca hasil bedah siasat Pakatan Rakyat terhadap kekalahan besar di Sarawak. Ini kerana PAS kini terasa hati apabila banyak pihak yang menyalahkan PAS atas kekalahan di Pilihanraya Negeri Sarawak. Jesteru PAS mempersoalkan adakah PKR yang bertanding 49 kerusi dan hanya menang 3 kerusi tidak teruk?

Namun bagi kedua-dua parti komponen PR yang lain (DAP dan PKR), mereka banyak bertanding di kawasan yang boleh dikatakan selamat dan ada peluang untuk menang mudah kerana tsunami politik PRU-12, pengundi di kawasan bandar yang rata-rata berbangsa Cina kelihatan terus menolak BN. 
Namun dilihat, hanya DAP sahaja yang boleh dikatakan betul-betul berjaya kerana daripada 15 kerusi yang dipertandingkan, mereka mendapat 12 kerusi. Sekali ganda daripada apa yang diperolehi ketika pilihanraya negeri pada tahun 2006. 
Tetapi, satu lagi parti komponen PR iaitu PKR, kelihatan masih lagi gagal untuk beraksi cemerlang walaupun meletakkan ramai calon PR dari kalangan mereka. Penulis bukan mahu mempersalahkan PKR yang meletakkan calon yang ramai dalam pilihanraya kali ini, bahkan itu kemampuan mereka. Tetapi penulis mahu mengajak pemerhati politik untuk mengukur kejayaan bagi keseluruhan parti dalam PR, bukan hanya PAS sahaja. 
Jangan hanya PAS dipersalahkan dalam hal ini sehingga mahu mengundurkan presidennya, tetapi bagaimana PKR yang juga dilihat tidak berjaya memecah tradisi kemenangan BN di Sarawak.

Daripada petikan penulisan di atas, kita tahu bahawa PAS sudah merajuk dek kerana DAP dan PKR kononnya telah bertanding di kawasan selamat. PKR juga mahu diheret sebagai penyebab utama kenapa PR kalah dan tidak mampu membentuk kerajaan di Sarawak.

Sedar atau tidak PAS, inilah yang dinamakan politik. Yang bijak mencari ruang dan bijak mengatur langkah akan berjaya. Umpamanya slogan JOM UBAH yang dimainkan DAP sebenarnya bermaksud untuk menarik pengundi cina.

Ini terbukti apabila hasil bedah siasat juga menunjukkan 76 peratus pengundi cina telah memberi undi kepada DAP dan PR. Hanya 24 peratus sahaja pengundi cina yang menyokong BN. Kenapa cina berubah untuk mengundi DAP dan PR?

Ini kerana DAP lebih bijak berpolitik berbanding PKR dan PAS. PKR diletakkan sebagai Parti yang hanya mahu menyelamatkan Anwar, bukan untuk menegakkan hak rakyat. PAS pula digunakan DAP sebagai senjata untuk memecah belahkan orang melayu dan bumiputera.

Bodohnya PKR dapat dilihat apabila PKR menyerahkan kerusi Pandungan yang telah dimenanginya kepada DAP bagi membolehkan DAP menambah kerusinya dan George ak Lagong, yang dipecat daripada PKR enam hari lepas setelah bertanding atas tiket Bebas, merupakan pemenang tunggal dalam kalangan 41 calon bebas.

PKR juga dilihat begitu teruja dengan tsunami 2008. Nafsu Anwar untuk menjadi PM ditransform ke Sarawak kononnya PKR akan menjadi Ketua Menteri melalui Baru Bian. Pengumuman awal Baru Bian sebagai Ketua Menteri juga dilihat sebagai faktor PR Kalah di Sarawak.

Bijaknya politik DAP apabila hanya meletakkan calon di kawasan bandar dan majoriti cina. Ini kerana mudah bagi mereka untuk menjaga kawasan bandar. Tidak perlu bajet yang besar untuk meraih undi. Tidak perlu naik perahu berjam-jam. Sama ada berceramah di kedai makan atau berjalan dari kedai ke kedai cina di bandar dengan hanya membawa wisel, dan slogan JOM UBAH, DAP sudah berjaya menggandakan kerusi mereka berbanding 2006.

Dan DAP juga bukan hanya mendapat kemenangan beganda, malah Lim Kit Siang sendiri melalui twitternya memberitahu pungutan ceramah DAP bagi 2 tempat saja hampir RM80 K. Dan jika di darab dengan ceramah DAP sepanjang Pilihanraya Negeri Sarawak pastinya jumlah itu lebih dan menguntungkan.

“@limkitsiang: Sibu DAP ceramh sets new collection record - RM37,031.40 w 25k ppl, beating Miri DAP ceramah also created history w collection of RM36,736 "

Dan jika dilihat kepada kabinet yang bakal ditubuhkan Pakatan Rakyat ini jelas menunjukkan kebijaksanaan DAP dalam berpolitik. Cina saja. Dimana bumiputera Sarawak?


Fikir-fikirkanlah...Parti mana yang sebenarnya memimpin Pakatan Rakyat? Adakah PAS? PKR? Atau DAP yang sebenarnya?

Selangor Air Free : Kelantan Air Berbayar dan Karat!!!


Rasanya bagi mereka yang penah ke ceramah Pakatan Rakyat biasa dengan kisah penceramahnya yang wajib akan memberitahu seperti berikut :

".....Pakatan Rakyat di Selangor kita bagi air percuma kepada rakyat, di sini ada?...."

Umpan ini dijawab dengan "...TIADA!!..." teriak pendengar ceramah yang merupakan toktok pakatan rakyat. Namun hakikatnya kisah ini dan sadiwara ini hanya keudara di luar negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Kenapa luar dari negeri ini?

Kerana hanya Selangor mendapat air percuma. Negeri yang memang maju, dan rakyat yang kaya mendapat air percuma. Hakikat yang perlu difikirkan sejenak. Persoalaan aku lagi kenapa?

Dan kisah ini aku panjangkan ke nergeri lain yang juga di bawah Pakatan Rakyat, di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tiada istilah air percuma. Ditambah pula kadar tarif air dinaikkan.


Kisah pula semakin meruncing di Kelantan, apabila negeri yang paling lama ditadbir Pakatan Rakyat masih belum mampu untuk menyalurkan air bersih yang berbayar. Bukan percuma. Aku ulang berbayar. Kini rakyat di Kelantan hanya mampu minum dan masak menggunakan air berbayar dan karat.

Sudahla berbayar, karat tekanan air pula rendah. Apakah ini yang dinamakan keadilan buat rakyat? Di Selangor rakyat kaya. Duduk di bawah Pakatan Rakyat tidak sampai setahun jagung, air percuma diberikan. Kelantan 20 tahun lebih di bawah Pakatan, di mana air bersih yang berbayar? Bukan percuma, tapi berbayar?

Inilah hakikat bagaimana Pakatan Rakyat mampu untuk mengambil apa jua yang dilihat tindakan perlu bagi membeli undi rakyat. Bukan untuk memperjuangkan untuk susahnya rakyat yang terpaksa membayar air karat yang disalurkan ke rumah.

TERIMA KASIH KERAJAAN PAS KELANTAN 20 TAHUN PEMERINTAHAN RAKYAT DAPAT AIR KARAT!!


Hampir 200 penduduk daerah ini berpiket secara aman buat kali kedua di hadapan pejabat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dekat sini, petang semalam apabila tuntutan memorandum yang dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 7 April lalu tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak kerajaan negeri.

Mereka berkumpul selama setengah jam bermula pukul 4.00 petang dengan disertai Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MKPM) Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Penduduk terbabit mengangkat sepanduk sinis "Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan Kami Rakyat Pasir Puteh bersyukur atas keprihatinan kerajaan mengatasi masalah air penduduk - Daripada Rakyat Jajahan Pasir Puteh," selain melaungkan "Kerajaan Negeri Bohong"

Zawawi berkata, kerajaan negeri sepatutnya menyuntik lebih banyak dana untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air bersih kepada penduduk, selain telus dalam perbelanjaan pinjaman mudah berjumlah RM510 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat bagi tujuan berkenaan.

"Saya mewakili rakyat Pasir Puteh mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menjalankan siasatan terhadap penggunaan wang tersebut kerana bekalan air bersih sepatutnya tidak lagi bermasalah sekiranya peruntukan itu digunakan dengan sebaik mungkin," katanya.

Zawawi berkata, rakyat turut marah dengan cadangan kerajaan negeri menyediakan paip khas kepada peniaga di kalangan kroni pemimpin kerajaan, berbanding hospital dan sekolah yang lebih memerlukan bekalan air.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Lembaga Pelawat Hospital Tengku Anis (HTA), Datuk Che Min Che Ahmad berkata, masalah air telah menjejaskan operasi di hospital kerana bekalan air lori yang disediakan oleh AKSB tidak mencukupi.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, pengurusan air di Kelantan sewajarnya diserahkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kerana kerajaan negeri terbukti gagal menguruskan keperluan utama rakyat sejak sekian lama.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang ketika dihubungi pula mengesahkan masalah bekalan air berlaku di semua sekolah di daerah ini dan ia turut mengganggu pembelajaran di makmal sains, kantin, asrama dan tandas.

"AKSB perlu bertindak segera, jangan sampai Jabatan Pelajaran Negeri terpaksa mengambil keputusan memberi cuti sementara kepada beberapa sekolah yang berdepan masalah bekalan air paling kritikal," katanya.- utusan

Politik licik DAP berjaya berbanding PKR dan PAS | Analisis KENAPA?

Barisan Nasional 55 daripada 71 kerusi bertanding
DAP 12 daripada 15 kerusi bertanding
PKR 3 daripada 49 kerusi bertanding
Bebas 1



Pakatan Pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sudah pun menamakan bakal Ketua Menteri daripada parti itu beberapa hari selepas penamaan calon tentunya tersentak dengan kekalahan besar dengan hanya memenangi tiga sahaja daripada 49 calonnya yang bertanding.

Ironinya, PKR umpama merelakan untuk DAP naik dengan kemenangan berganda berbanding tahun 2006. Buktinya, PKR menyerahkan kerusi Pandungan yang telah dimenanginya kepada DAP bagi membolehkan DAP menambah kerusinya dan George ak Lagong, yang dipecat daripada PKR enam hari lepas setelah bertanding atas tiket Bebas, merupakan pemenang tunggal dalam kalangan 41 calon bebas.

Dan PAS, sebuah lagi parti dalam Pakatan Rakyat yang berpusat di Semenanjung, tumbang dalam kesemua kerusi yang ditandinginya walaupun hampir kebanyakkan Pemimpin PAS dan jentera dari semenanjung turun bagi memastikan PAS memenangi 5 kerusi yang ditandingi mereka.

Analisis Aku pada awal pagi ini adalah ini menarik perhatian bagaimana politik bijak DAP memainkan peranan dalam memastikan PKR tunduk dengan kemahuan mereka. Kenapa ini berlaku? Adakah secara kebetulan atau ianya memang telah dirancang dengan rapi?

Secara kebetulan atau tidak, umum tahu PKR dan PAS hanyalahnalat perkakas yang sentiasa menyokong dan mempertahankan sekutu mereka DAP. Dan jika didengari ceramah PAS mahupun PKR, maka pastinya mereka akan mengagung-agungkan Pimpinan Lim Guan Eng yang kononnya menambah peruntukkan untuk masjid.

Maka bertepuk dan bersoraklah gembira bagi mereka yang lupa, bahawa umpan DAP yang bijak mengatur langkah bagi memastikan Malaysia menjadi seperti Mentornya Singapura. Jika dikaji dengan teliti, cara inilah yang digunakan PAP untuk mendapat mandat di Singapura.

Kesimpulannya, sedar atau tidak Malaysia bukan lagi sebuah negara yang terjamin politiknya dek kerana ada pihak disebelah sana yang cuba untuk bermain politik bagi kepentingan peribadi dengan menaburkan pelbagai janji palsu dan mengapikan rakyat.

Apapun penulisan aku kali ini agak memerlukan anda pembaca untuk berfikir. Dan dengan ini, bermula saat ini aku akan berjuang dan berikrar akan menentang habis-habisan serpihan parti PAP di Malaysia yakni DAP!

- Posted using BlogPress from my iPad

PR Tubuhkan Kerajaan Besok Tapi Anwar dah Lari Jauh, KENAPA?


Aku baru mendapat maklumat bahawa ketua pembangkang yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meninggalkan Sarawak untuk ke London atau Amerika Syarikat.

Apa yang pelik, kenapa Anwar lari begitu jauh? Tidakkah dia mahu meraikan kemenangan Pakatan Rakyat Hari ini? Banyak ura-ura mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan besok. Dan di bawah merupakan kabinet yang diplan mereka.



Jika inilah rupanya kerajaan yang bakal menggantikan Barisan Nasional nanti, ramalan aku bahawa tidak akan kekal lama. Ingat...trademark sarawak smpai bila-bila pun tetap "land of head hunters"...once pengayau...pengayau forever...agi idup agi ngelaban....iban leaders nak campak maner????cuba PAS ni jwb,bertuah punyer PAS..."perut jani, perut peruti enggai parai"

Jumlah Hasil Tabung Ceramah DAP bernilai 80K?

“@limkitsiang: Sibu DAP ceramh sets new collection record - RM37,031.40 w 25k ppl, beating Miri DAP ceramah also created history w collection of RM36,736 "

Bayangkan satu ceramah DAP boleh dapat nearly 40K. Berapa banyak ceramah DAP seluruh Pilihanraya Negeri Sarawak? Dua ceramah yang di twit oleh Kit Siang dapat hampir 80k. Adakah ceramah PAS pun boleh dapat koleksi sebanyak ni?

Patutla DAP, PKR dan PAS gila berceramah seluruh negara tak kira masa pilihanraya ataupun tak. Secara kebetulan atau tidak disamping menyampaikan berita fitnah dan penjelasan kepada rakyat, inilah satu industri mudah yang hanya memerlukan modal paling minima dengan keuntungan yang maksimum.

Namun perkara yang sebaliknya berlaku kepada pihak BN yang lebih banyak memerah keringat untuk menyalurkan jutaan ringgit buat kemudahan rakyat. Jalan diturap, yang berbatu diTarkan untuk rakyat terus selesa. Bagi yang malamnya gelap, diberikan cahaya dengan modal yang dikeluarkan BN.

Fikirkan secara akal yang waras, kerajaan manakah yang banyak membantu rakyat dan mahu membangunkan rakyat untuk terus maju? Adakah Pakatan Rakyat yang hanya bijak menjerut dan menghisap darah rakyat yang keliru dengan ceramah putar belit? Atau pihak sebaliknya?


- Posted using BlogPress from my iPad

PAS dengan bangganya mengumumkan Kabinet Kerajaan Pakatan di Sarawak



kabinet ini dengan bangganya dipaparkan di blog PAS cawangan Bukit Sentosa 2. Jika dilihat secara teliti, lihatlah bagaimana cina bijak mengatur strategi bagi membolehkan mereka mentadbir di negara kita. Dengan hanya berwakilkan 2 orang PAS yang dikepalai oleh Baru Bian, adakah Islam akan terjamin dan hak bumiputra dan tanah adat dapat dipulangkan kepada yang hak? Inilah rupanya jajah yang cuba dibuat bagi merampas Malaysia dari bumiputra. Namun realitinya PAS hanya mampu berTakbir!

Dengan berbekalkan sumbangan dana ini, Islam akan terbela di bawah pentadbiran PAS Sarawak?
- Posted using BlogPress from my iPad

DJ Radio Free Sarawak Burukkan Sarawak di mata dunia melalui ABC News!!



Siapa DJ Radio ini? Tajaan siapa penubuhan radio ini? Radio Free Sarawak ditubuhkan bagi memburukkan imej ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud. Straight to Ampang point! Tahukah anda siapa di sebalik radio tersebut? Layakkah Deejay radio pembangkang itu (Papa Orang Utan) dijadikan sebagai idola rakyat Sarawak sedangkan gaya hidupnya langsung tidak mencerminkan dirinya sebagai pejuang pada keadilan rakyat. Lihat gambar di bawah:












Kahwin dengan 7 wanita tempatan dan mempunyai anak seramai 23 orang. Memang sesuailah namanya Papa Orang Utan. The number of illegitimate children he had fathered is anybody's guess but friends and ex-colleagues from the Sarawak Land and Survey Dept and Cats Radio claim he could have more than TEN illegitimate children born out of wedlock. Before his escape to London, this god-fearing man was operating an illegal pub and drug joint in Kuching which also doubled as a front for his ILLEGAL MONEY LENDING business.