INDIA PENANG PUN TOLAK PEMIMPIN ALA UMAR ABDUL AZIZ?


Seramai 807 anggota DAP pelbagai kawasan parlimen di Pulau Pinang bertindak keluar parti dan menyertai MIC kerana tidak puas hati dengan hala tuju parti itu serta janji kosong pemimpinnya.

Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata tindakan itu diambil dengan rela hati kerana individu terbabit berpendapat perjuangan mereka dalam DAP sia-sia.

"Mereka bertindak demikian kerana mendakwa parti pembangkang hanya menabur janji kosong, dan apabila masalah rakyat dirujuk, mereka tidak mampu menyelesaikannya.

"Mereka juga memaklumkan kepada saya bahawa bantuan yang diterima di kawasan mereka disalurkan oleh Barisan Nasional (BN) dan MIC," katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat India di sini malam Ahad.

Pada majlis itu, wakil kumpulan berkenaan menyerahkan borang permohonan menyertai MIC kepada Palanivel.

Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Teluk Indah D.Sampunathan, 52, berkata beliau menyertai parti tersebut sejak 20 tahun lepas, bagaimanapun, sejak memerintah Pulau Pinang, pemimpinnya 'seperti kacang lupakan kulit.'

"Sejak (DAP) menang, mereka sudah lupa pada pengundi termasuk saya yang telah lama bersama parti itu, semua yang dijanjikan masa pilihan raya lepas tidak ditunaikan," katanya yang kecewa dengan pemimpin DAP.

Bekas pembantu khas Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam A.Thanasegan iaitu R.Lily, 46, berkata beliau bertindak keluar parti kerana malu dengan masyarakat setempat kerana DAP tidak menunaikan janjinya.

"Semasa berkempen, mereka janji hendak bantu masyarakat India di kawasan Bagan Dalam, tetapi sampai sekarang, langsung tidak ada apa-apa, orang di sekeliling pula bertanya kepada saya.

"Bila saya tanya, mereka (pemimpin) kata tidak ada peruntukan dan kena tunggu dulu, tapi sampai bila kami nak tunggu, sedangkan mereka hidup senang lenang manakala kami terus susah," katanya.

Bagi A.Vasan, 51, DAP hanya memperjuangkan satu bangsa sahaja manakala masyarakat India yang telah menyokong parti itu dianaktirikan.

"Kami telah jumpa parti yang mampu memperjuangkan semua bangsa iaitu BN," katanya. - BERNAMA

GHOSTWRITER : "India di Penang pun dah mula bosan dengan pimpinan 'Khalifah' LGE. PAS jer yang pusing 1Malaysia canang LGE ni baguih! Tolong semua olang! Tarak ambil lasuah! Pemimpin contoh ala Umar Abdul Aziz!!"

NIK AJIS : FITNAH ANWAR MINTA MAAF CILAKO! CILAKO! CILAKO!



Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi tampil sebagai “wira” untuk membela Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terbaru di Sungai Buloh, kelmarin, Nik Abdul Aziz yang berucap di satu majlis menasihatkan pihak yang dianggap memfitnah Anwar tampil memohon maaf.
“Dosa orang yang buat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf dengan Anwar, itupun kalau Anwar bagi.”
Malahan Nik Abdul Aziz juga berhujah bahawa, kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam adalah faktor kemaraan politiknya disekat kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) yang khuatir kehilangan kuasa.
Demikianlah hebatnya “ketaksuban” Nik Abdul Aziz mempertahankan Anwar. Bagi Menteri Besar Kelantan itu apa pun orang kata tentang Anwar semuanya fitnah, konspirasi dan mainan politik semata-mata.
Orang seperti Nik Abdul Aziz seolah-olah tidak mahu lagi mendengar hujah pihak lain sebaliknya hanya percaya kepada kata-kata Anwar sahaja.
Persoalannya sejak bila pula, Nik Abdul Aziz begitu mengambil berat soal fitnah ini, apakah hanya kerana melibatkan Anwar atau mana-mana pemimpin pembangkang, ia dianggap fitnah tetapi kalau melibatkan pemimpin Umno atau BN, itu dianggap satu kebenaran?
Kenapa Nik Abdul Aziz tidak bersuara apabila pelbagai fitnah dilemparkan oleh pembangkang termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak?
Ini belum lagi mengambil kira bagaimana tindakan yang sama pernah dilakukan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Begitu juga dengan pelbagai tuduhan pembangkang kepada kerajaan BN dan pemimpin Umno yang sebahagian besarnya menjurus kepada fitnah tetapi Nik Abdul Aziz hanya senyap sahaja.
Kepentingan politik telah menguasai pemikiran Nik Abdul Aziz sehinggakan beliau hanya akan mengeluarkan hujah-hujah berlandaskan al-Quran dan hadis jika sesuatu isu itu melibatkan kepentingan pembangkang.
Kalau benar Nik Abdul Aziz begitu percaya bahawa Anwar difitnah, kenapakah beliau tidak membantu ketua pembangkang itu untuk membersihkan namanya dengan menggunakan apa juga cara?
Anwar bukannya tidak diberi ruang untuk berbuat demikian, tetapi semuanya ditolak bulat-bulat manakala Nik Abdul Aziz sendiri menolak semua hujah biarpun dari semasa ke semasa kebenaran semakin tidak menyebelahi Ketua pembangkang tersebut.
Hujah Nik Abdul Aziz bahawa Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam juga boleh dianggap sesuatu melucukan dan hanya kenyataan politik semata-mata.
Ia disebabkan tindak tanduk Anwar selama ini termasuklah berhadapan dengan dua tuduhan liwat tidak melayakkan beliau mendapat pengiktirafan seumpama itu.
Apatah lagi Anwar sendiri lebih mengutamakan persahabatan dengan DAP berbanding PAS, sebab itulah suatu ketika Anwar secara terbuka berkata, pembangkang sepakat bahawa isu perjuangan negara Islam tiada agenda mereka.
Malahan Anwar juga baru-baru ini menyinggung perasaan PAS apabila menyatakan bahawa parti itu memahami bahawa golongan gay dan lesbian harus diberi layanan sama seperti warga lain.
Semua fakta ini tidak dinilai oleh Nik Abdul Aziz, sebaliknya beliau bermati-matian mempertahankan Anwar sehingga keadaan itu turut merimaskan sesetengah ahli-ahli PAS.
Malahan ada antara mereka pernah mengesyorkan kepada penulis supaya jangan melaporkan apa juga kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz.
Ia kerana pada pandangan mereka, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan kepada PAS.
Begitulah juga dalam isu Anwar ini, Nik Abdul Aziz seolah-olah begitu teruja membela beliau biarpun semakin ramai ahli PAS meragui keikhlasan Anwar.
Tetapi Nik Abdul Aziz seperti biasa tidak akan mempedulikan apa pandangan orang lain, selagi ada kesempatan untuk membela Anwar, maka beliau akan berbuat demikian.
Mungkin Mentri Besar Kelantan itu sendiri tidak yakin bahawa ada orang lain yang boleh memimpin pembangkang selain Anwar.
Oleh itu, beliau terus berusaha untuk memastikan kredibiliti Anwar tidak terjejas biarpun ketua pembangkang itu semakin banyak berhadapan dengan isu-isu berkaitan dengan moral.
Keadaan itu menggembirakan Anwar dan juga pemimpin pembangkang lain kerana mereka tahu apa pun yang dilakukan pasti ada seorang mursyidul am yang akan membela mereka
Kesudahannya, walaupun ada pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan sesuatu perkara termasuklah dalam isu melibatkan Anwar mereka tidak akan berkata-kata apa-apa kerana bimbang bertentangan pendapat dengan Nik Abdul Aziz.
Sebenarnya, tindakan Nik Abdul Aziz meletakkan PAS di dalam bahaya kerana jika siasatan polis selepas ini tidak memihak kepada Anwar ia boleh memberikan kesan buruk kepada politik PAS.
Ia kerana sebagai Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz membawa suara PAS, oleh itu sudah pastilah apa yang beliau katakan akan dianggap pendirian PAS.
Jika itu berlaku, PAS akan terus ditolak oleh rakyat seperti mana berlaku dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang jelas menunjukkan pengundi-pengundi atas pagar semakin meninggalkan PAS.
Semua itu berlaku kerana mereka melihat PAS tidak konsisten dalam mempertegaskan sesuatu isu dan ia menjadi betapa buruk apabila seolah-olah tidak ada sesiapa pun di dalam parti berkenaan yang berani menegur keterlanjuran dan tindak-tanduk Nik Abdul Aziz.
Malahan sebelum ini disebabkan tindak-tanduk Nik Abdul Aziz, ada pihak yang mendakwa kemerosotan pengaruh PAS adalah disebabkan oleh beliau.
Sememangnya kita tidak boleh menyatakan sejauh manakah dakwaan itu benar, tetapi kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz sememangnya kadang kala boleh “memudaratkan imej” PAS sebagai parti Islam.
Atas sebab itulah, ada pihak di dalam PAS sendiri yang menaruh harapan agar ada perwakilan di dalam muktamar tahunan parti itu pada Jumaat ini akan menegur secara berhemah sikap Mursyidul Am tersebut.
“Teguran bukanlah dengan bahasa yang kesat atau kasar tetapi berlapik dan berhemah. Kita mahu sampaikan mesej kepada beliau bahawa tindakan-tindakannya banyak meresahkan ahli-ahli PAS di peringkat umbi,” kata seorang ahli PAS ketika berbual-bual dengan penulis.
Kita tidak pasti sama ada perwakilan PAS mempunyai keberanian itu atau tidak, biarpun sebelum ini pemimpin mereka mendakwa perwakilan bebas bercakap apa sahaja isu.
Tetapi apa yang pasti dari semasa ke semasa imej PAS semakin tergugat kerana kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz.
Adalah lebih baik jika Mentri Besar Kelantan itu menumpukan perhatian sebagai mursyidul am yang menasihatkan parti dalam sesuatu isu dan bukannya melakukan tindakan politik yang dilihat seolah-olah di dalam PAS ada “dua Presiden”. — Utusan Malaysia

GHOSTWRITER : "Fitnah Anwar minta maaf, fitnah Najib Altantuya kira halallah yer...Biasala politik!"

LADANG RAKYAT : PAS TIDAK RAMPAS TANAH RAKYAT TAPI RAKYAT YANG RAMPAS TANAH PAS?


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan kerajaan negeri itu merampas tanah rakyat yang didakwa berlaku di pedalaman Hulu Kelantan.

Beliau mengingatkan rakyat Kelantan agar tidak mengaku tanah diterokai adalah milik mereka selagi tanah itu belum dikeluarkan geran yang mengiktiraf pemiliknya.

Isu ladang rakyat menimbulkan kemarahan beberapa pihak apabila 500 Orang Asli berdemonstrasi menuntut kerajaan PAS menyerahkan kembali tanah adat mereka di hadapan pejabat Tanah dan Galian Gua Musang serta menyerahkan memorandum pada 18 Mei lepas.

Pada 16 Mei lalu, kira-kira 1,000 daripada berapa badan bukan kerajaan (NGO)Kelantan dan Pemuda Umno mengadakan demonstrasi dengan berpakaian merah membantah projek ladang rakyat kerana didakwa berlaku penyelewengan di hadapan pejabat kerajaan negeri, Kota Darulnaim, Kota Baharu.

Pada 27 April lepas, tiga lelaki kaum Orang Asli Temiar dari Pos Belatim memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya menghalang kerajaan PAS Kelantan daripada meluluskan tanah di Pos Belatim, Gua Musang kepada Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan untuk projek Ladang Rakyat.

GHOSTWRITER : "APA YANG AKU FAHAM MAKSUD NIK AJIS ADALAH KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK MERAMPAS TANAH DARI RAKYAT, TAPI RAKYAT YANG RAMPAS TANAH KERAJAAN PAS"

ISU RANKING ARAK : PASBERG MELUDAH DI MUKA SENDIRI



Kilang arak terbesar dimana baii? Bukan di Selangor yang puak-puak lu tadbir ke?

Dulu sebelum PRU12, puak-puak PAS semua menyalak macam anjing lapar berjanji nak tutup kilang arak di Selangor.. Tapi sekarang ni dah lebih 3 tahun memerintah beb.., mana lu orang punya janji? Hancing la lu orang semua...

Lagi satu lebai kangkong PAS tu patut ingat.., walaupun Malaysia adalah negara Islam, tapi dalam negara ni melayu beragama islam, cina ada yang buddha/kristian dan India beragama hindu dan ada juga kristian.

masihkah kau ingat video ini?

dan tetiba je wayang arak selesai dengan kononnya hanya selisih faham.


Baru rampas arak PAS dah tunduk, macamna PAS nak mansuh Kilang Arak TERBESAR DI MALAYSIA di Selangor?


GHOSTWRITER : "Pihak Kerajaan Negeri Kelantan akan menambah pengeluaran lesen menjual minuman keras kepada peniaga bukan beragama Islam di Kelantan yang bertujuan untuk menarik hati masyarakat bukan Islam menyokong penuh PAS di Kelantan tew apa pula?"

"undi Pas sama seperti undi DAP"


Tindakan memperalat pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di Kelantan dalam program politik Pas membuktikan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang tidak bermaruah.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan itu juga membuktikan Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip dan bertopengkan imej warak untuk memperdaya pelajar sekolah agama di Kelantan.

"Ucapan Nik Abdul Aziz pada Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu semalam membuktikan apa yang JMM kata mengenai Menteri Besar Kelantan itu benar." katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana semalam menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh Kelantan dalam program politik mereka.

Lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Azwanddin berkata, Nik Abdul Aziz merupakan seorang pengecut kerana hanya berani berpidato dan berbohong di hadapan budak-budak kecil yang baru belajar agama.

"Mengapa beliau (Nik Abdul Aziz) tidak berani untuk berpidato dengan tokoh seperti bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris," katanya.

Beliau berkata, tidak hairan sekiranya Mursyidul Am Pas itu menjadi tali barut DAP seperti Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu.

"DAP mahu Nik Abdul Aziz dan Mohamad mengunakan Pas sebagai alat memecahbelahkan undi Melayu dengan mengunakan faktor dan sentimen agama bagi mewujudkan kebencian di kalangan orang Melayu.

"Saya setuju bila orang kata undi Pas sama seperti undi DAP," katanya.
sumber utusan

GHOSTWRITER : "DAH LAMA AKU KATA PAS ALAT DAP UNTUK PECAHKAN UNDI MAJORITI MELAYU"

DEZA DAP dan UMNO yang MEMBUATKAN PAS 'Sayang SANGAT' dengan DAP!!

UMNO letak papan nama jalan dalam jawi
DAP pula dilihat tak suka jawi

Dah hilang jawinya.

Apa PAS dah buat dengan DAP?
DAP tak suka jawi tapi PAS sayang juga DAP.
UMNO buat tanda jalan jawi tapi PAS benci UMNO.
Adakah Islam mengajar kita supaya saling berpecah dah menbenci sesama Islam?

DEMI KEADILAN BUAT ANWAR DAN RAKYAT!!


Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.

Empat perkara tersebut ialah:

Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar.

“Mengenali Anwar ini bukan cara dia. Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas ini jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu daripadanya.

“Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak berani untuk melakukannya. Jika tidak bersalah mengapa takut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan maruahnya dicaci.

Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai empat perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan.

“Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya ini satu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini,” jelasnya.-Utusan Online

Pecahkan UNDI MELAYU : SAPA PUNYA KERJA?

Wanita UMNO hari ini mendedahkan terdapatnya usaha pihak tertentu mengubah daftar pengundi khususnya dari kawasan Parlimen yang majoritinya Melayu ke Parlimen lain tanpa pengetahuan atau kebenaran pengundi.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya menerima banyak laporan mengenai perkara itu yang melanda beberapa kawasan Parlimen termasuk di negeri ini.

Menurutnya, keadaan itu bertujuan mengurangkan dominasi atau majoriti pengundi Melayu di kawasan Parlimen oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Semakin banyak kita menerima maklumat seperti ini daripada Wanita Bahagian di beberapa Parlimen yang mengesan perkara ini ketika membuat pemeriksaan daftar pengundi dan mendapati pengundi sendiri tidak tahu tempat pengundian mereka diubah ke Parlimen lain," katanya.

Menurut Shahrizat, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengenal pasti punca berlakunya pemindahan daftar pengundi Melayu ke kawasan Parlimen lain tanpa pengetahuan pengundi.

Kata beliau, Wanita UMNO akan menyediakan laporan khas mengenai perkara itu selepas mendapat maklum balas daripada semua peringkat Bahagian sebelum mengemukakannya kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Wanita UMNO mahu kumpulan individu ini dikenal pasti dan siapakah yang bertanggungjawab melakukannya kerana ia satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana mengubah pengundi dari Parlimen ke satu Parlimen lain tanpa kebenaran pengundi," kata beliau. - Utusan Malaysia

GHOSTWRITER : "KERJA DAPlaaa...Kerja sapa lagi... Melayu kerja lena jer!!"

ANALISIS BN CUBA BAWA ISU TEKAN PAS KELANTAN, TAPI.....

UMUM tahu Gelombang Merah Barisan Nasional telah berkibar di seluruh negara. Di Kelantan juga tidak terkecuali, namun hakikat hasrat yang cuba dibawa umpama penyelamat kepada kerajaan PAS Kelantan. Segala isu yang diketengahkan ditangkis PAS Kelantan dengan cepat dan cara yang paling minimum kos serta berkesan.

Ladang Rakyat umpamanya, memang telah dengan jelas mengkayakan pelabur cina dari luar Kelantan seperti cina dari Singapura. Rakyat hingga kini masih meraba-raba, samar-samar dengan jumlah sebenar keluasan kawasan ladang rakyat yang telah diberikan kepada pelabur cina ini. Kemarahan rakyat dek kerana projek ladang rakyat telah menghapuskan hasil usaha tanaman oleh rakyat bagaikan terpadam apabila PAS Kelantan menjelaskan bahawa "Kerajaan PAS Kelantan tidak merampas tanah untuk dijadikan Ladang Rakyat, tetapi Kerajaan PAS ambil tanah tersebut dan bagi kepada rakyat".

Persoalannya, rakyat mana yang kerajaan PAS bagi tanah tew? Adakah untuk mengkayakan puak PAS? Bijaknya PAS menggunakan ceramah sebagai sumber untuk memberikan penjelasan cara PAS bagi mengaburi mata rakyat Kelantan yang umumnya terlalu taksub dengan PAS dan Nik Aziz.

Isu Bazar tok Guru pun sama. BN cuba untuk menjadi perjuang kepada rakyat dengan membawakan isu ini, Namun ianya umpama telah selesai kini walaupun dikatakan pembeli lot Bazar Tok Guru yang merupakan orang Kemboja telah membayar lebih bagi mendapatkan lot yang dikehendaki. PAS umpama orang mencuri ayam tidak salah, tapi kalu ayam curi itu tidak disembelih dihukumkan salah pula.

Jika disingkap juga dengan isu air yang diperjuangkan oleh BN. PAS dikatakan gagal menyalurkan air yang bersih. Ya memang betul. Namun apa jawapan PAS mengenai isu ini yang dijawab dalam Sinar Harian edisi Kelantan. "Ini semua politik balas dendam UMNO/BN rakyat kelantan hingga kini sensara dengan tidak mendapat bekalan air bersih".

PAS juga di Kelantan semakin bijak mencari pengganti lidah penyebar fitnahnya yakni Harakah. Umum tahu, Harakah hanya dibaca oleh toktok PAS. Harganya agak mahal dan banyak dihiasi iklan urut dan ubat batin. Harakah juga bukan terbitan setiap hari. Jesteru, PAS Kelantan membeli Sinar Harian bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat terutamanya di Kelantan. Segala penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan BN dijawab di Sinar Harian edisi Kelantan. Sinar Harian edisi Kelantan kini umpama alat propaganda PAS yang diterbitkan oleh KarangKraf.

Perjuangan perlu diteruskan, BN perlu bersatu diakar umbi jika betul mahu menawan Kelantan. Isu dah ada, cuma cara menyerang umpama sekadar melepaskan batuk di tangga. Jangan biarkan rakyat Kelantan menderita, dibawah Jajahan PAS yang buta, dengan UMNO diajak senggeta, dengan DAP dianggap sekepala, walau apapun melayu perlu sekata, jika tidak cina akan memerintah kita!!

"PAS TIPU RAKYAT KLATE?"




JERITAN 'PAS tipu rakyat' kedengaran lantang dilaungkan lebih 1,000 Pemuda Umno Kelantan dan NGO yang mengadakan bantahan berhubung penyelewengan projek ladang rakyat di hadapan kompleks kerajaan negeri di Kota Darul Naim di Kota Bharu pada Isnin.

Perhimpunan yang berlangsung selama sejam itu bermula pada pukul 9.30 pagi disertai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK), Majlis Belia Kelantan, Majlis NGO Negeri Kelantan, Belia 4B dan Pemuda Umno Kelantan dan penduduk Orang Asli di Gua Musang yang kehilangan tanah mereka akibat projek itu.

Sambil melaung-laungkan perkataan "Gelombang Merah", mereka berdiri sambil memegang kain rentang di tepi jalan raya sebelum berarak ke hadapan pintu pagar utama pejabat kerajaan negeri Kota Darulnaim dengan dikawal rapi oleh polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Kain-kain rentang itu antaranya bertulis 'Berhentilah Nik Aziz; Pas Tipu Rakyat; Ladang Wakil Rakyat; Pade doh weh, tok wakil Pas kayo doh (Cukuplah setakat ini, wakil rakyat Pas sudah kaya).

Memorandum itu diserahkan oleh Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Saffian kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusof.

Pada penyerahan itu berlaku sedikit kekecohan apabila beberapa pengikut demonstrasi dan wakil Pas bertindak kasar namun, insiden itu berjaya dileraikan segera oleh pihak polis.

Anuar, yang juga ketua demonstrasi, berkata penyerahan memorandum kepada kerajaan Pas Kelantan itu bertujuan menuntut keadilan untuk rakyat berikutan wujud penyelewengan dalam pengurusan projek berkenaan.

"Dalam memorandum itu kita menuntut empat perkara agar kerajaan negeri memberi maklum balas iaitu menyenaraikan secara terperinci nama serta status syarikat yang terlibat dalam projek ladang rakyat.

"Yang kedua kerajaan negeri perlu menjelaskan sejauh mana penglibatan bumiputera dalam projek ladang rakyat, ketiga senaraikan bilangan peserta terlibat dalam projek itu dan keempat umumkan laporan kewangan hasil tahunan projek itu dari tahun 2006 hingga 2011," katanya.

Sementara itu, wakil Orang Asli dari Kuala Betis, Gua Musang, Anuar Panis, berkata beliau datang bersama rakan-rakannya seramai 30 orang untuk menyertai demonstrasi itu kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri.

Katanya Orang Asli merupakan kaum yang teraniaya berikutan projek itu kerana telah kehilangan banyak kawasan tanah mereka serta kehilangan punca pendapatan.
sumber AgendaDaily


- Posted using BlogPress from my iPad

HASIL DiDiKaN Tok Guru : Masih Ramai Orang Kelantan Kencing kat Pokok!!

Nasihat di pokok begini merupakan perkara biasa di Kelantan
Mungkin inilah yang dikatakan hasil didikan insan yang bergelar Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Rakyat Kelantan masih lagi ada yang membuang hadas di pokok. Mungkin juga tandas yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu tidak diselenggara dengan baik, kotor dan dipenuhi najis yang tidak berPAM. Bukan itu saja, difahamkan juga kebanyakkan tandas disediakan tidak mempunyai bekalan air. Jadi bagi orang Kelantan, kencing di pokok adalah perkara biasa seperti diajar TGNA. Islam TGNA tidak mengajar supaya umatnya menjaga kebersihan. Kencing sana sini ikut dan saja. Macam TGNA yang suka kencing sana sini dengan fatwa yang merapu dan meraban. Lepasni kot ada lagi fatwa berkenaan dengan kencing kat pokok dibolehkan tak taula. 

GHOSTWRITER : "Pengotor betul!!! Buang je tagline Kelantan Membangun Bersama Islam tew!!"

APA KOMEN MELAYU BILA AKU TUNJUK VIDEO NI?


Orang Melayu kini boleh hanya berkata.."ermmmm...Yola tew..." bila ditontonkan video ni. Apakah petandanya? Petanda DAP akan memerintah Malaysia dah tak lame lagi dah. Melayu kini dah tidak kisah dengan pemerintahan bangsa mana pun, tak kisah bekerja di bawah cina dan tak kisah dijadikan kuli walaupun mereka kaum majoriti yang sepatutnya memerintah Malaysia. 


Mungkin bukan di PRU13, namun segalanya mungkin pada PRU14 nanti. DAP memerintah Malaysia. Majoriti menteri Kabinet adalah terdiri dari Cina dan Petronas pun dikepalai oleh cina. Melayu pada ketika itu hanya mampu bersatu dalam buat demo saja. Sedar atau tidak sedar biarlah ini berlaku dahulu. Barulah bangsaku bernama Melayu faham, apakah maksudku hari ini.

Cina Terutamanya DAP dah lupa Peristiwa 13 Mei 1969!!




Anda tahu apa itu 13 Mei 1969? Kalau anda tidak tahu, anda harus baca buku sejarah serta mencari apakah sebab dan punca berlakunya 13 Mei itu. 13 Mei berlaku akibat tindak balas orang Melayu terhadap provokosi dan tindakan kurang ajar Cina berkefahaman komunis yang ada hati nak menghalau orang Melayu dari tanahair mereka sendiri.

Adakah anda tahu apa itu Rukun Negara? Kenapakah Rukun Negara itu diwujudkan? Andakah anda ingat 5 prinsip Rukun Negara? Kalau anda tidak tahu, jangan nak mengaku anda seorang warga negara Malaysia kerana anda tidak tahu pun apa itu ideologi negara.

Rukun Negara telah digubal oleh kerajaan kita di Malaysia sebagai satu falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara.

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, kita patut memahami latar belakang, objektif dan Prinsip Rukun Negara. Adakah anda masih ingat apa itu 5 prinsip Rukun Negara? Kalau anda tidak tahu atau tidak ingat, jangan nak mengaku diri anda sebagai seorang rakyat Malaysia kerana anda lebih suka pada konsep komunis rupa-rupanya! Kalau anda menyokong komunis, baik anda berambus ke negara-negara yang mengamalkan komunisme seperti Singapura atau China kerana Malaysia negara Islam bukan negara komunis!

Rusuhan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969 kerana penyokong-penyokong parti Gerakan dan DAP begitu mabukkan kemenangan sehingga mereka menghina orang Melayu ke tahap membawa penyapu besar untuk menyapu orang Melayu dari bandar Kuala Lumpur supaya Melayu berambus ke dalam hutan jadi sakai! Itu antara kata-kata di dalam lagu Namewee yang begitu kurang ajar sekali. Tapi pada waktu itu, mereka telah membawa satu penyapu besar sebagai simbol ingin menyapu Melayu masuk ke dalam hutan.

Rukun Negara telah digubal setelah peristiwa rusuhan kaum hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlsi Perundingan Negara (MPN). Ianya digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu-padu, adil dan harmoni. Ianya dibuat sebagai satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental.

Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bapa kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah bertanggungjawab mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). MAGERAN telah menubuhkan 3 badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara.

Pengisytiharan ideologi negara ini telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 sewaktu negara kita menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Sejak ianya diperkenalkan, Rukun Negara telah menjadi satu dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup bermasyarakat pelbagai kaum dan budaya negara ini.

Ini adalah 5 objektif Rukun Negara :
1 - untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat;
2 - memelihara cara hidup demokratik;
3 - mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
4 - membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak;
5 - untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

Lima prinsip Rukun Negara pula ialah :
1 - Kepercayaan kepada Tuhan
2 - Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3 - Keluhuran Perlembagaan
4 - Kedaulatan Undang-Undang
5 - Kesopanan dan Kesusilaan

Kalau ini baru kali pertama anda dengar tentang Rukun Negara, anda harus hafal dan ingat apa itu Rukun Negara. Kalau anda tidak ingat kelima-lima Rukun Negara ini, baik anda bermigrasilah ke negara-negara maju yang mungkin akan menjadikan anda tuan negara itu.

MRGHOSTWRITER : 'CINA SEKARANG DAH LUPA 13 MEI 1969!'




- Posted using BlogPress from my iPad

13 Mei berulang lagi? : DAP DALANG DALAM PERPECAHAN MELAYU!!!

Sila tonton dulu video ini dahulu bagaimana strategi DAP dalam memastikan Malaysia ini menjadi milik mereka. Adakah ini yang kita mahukan? Adakah PAS harapan buat Melayu/bumiputera?

Dan ini pula wajah melayu yang menyokong DAP. Adakah mereka sedar akan apa yang mereka bakal hadapi?








Ada yang berkata bahawa mana mungkin DAP mentadbir Negara. Ada yang berkata juga kita selamat jika undi DAP. Tidak kurang juga yang berkata Islam terus terpelihara di bawah DAP. Namun hakikatnya wakil DAP di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia kini lebih dari PAS dan PKR. Apakah kita mahu perjudikan masa depan anak bangsa dan agama ditangan DAP?


GHOSTWRITER : 'DAP bijak mempergunakan PAS bagi memecahbelahkan undi majoriti melayu disamping PKR yang dilihat sebagai parti yang lebih membela Anwar.' 

Ladang Rakyat, Siapa Untung? : CINA atau RAKYAT


Dari sehari ke sehari, Nik Aziz dimalukan oleh orang yang pernah dihinanya. Bukan kecil anak bila Nik Aziz bercakap tentang agama. Kalau dijadikan bahan berhujah, mungkin akan menimbulkan konflik beragama di seluruh dunia. Malah akan menyebabkan para ulama akan terpinga-pinga kerana bijaksananya Nik Aziz apabila berhujah agama. Sedangkan hakikatnya, Nik Aziz hanyalah seorang ahli politik tua yang sudah kehilangan modal untuk meneruskan hidupnya selaku ahli politik!!!

Kehebatan Nik Aziz sudah beransur-ansur hilang. Perasaan hormat orang ramai terhadap Nik Aziz juga telah dicabut oleh Allah Taala, terutama yang berasbab musababkan menantunya Ariffahmi serta KEBODOHAN Nik Aziz dalam urusniaga perniagaan seperti yang berlaku dalam rancangan Ladang Rakyat di Dabong.

Mungkin beranggapan statusnya sebagai Tok Guru, maka tindak tanduknya tidak akan dipertikaikan. Namun, agak malang bagi Nik Abdul Aziz dia terlupa bahawa ada ‘mata’ lain yang lebih melihat setiap perbuatannya.

Nik Abdul Aziz dan para pemimpin PAS seringkali menyalahkan UMNO kerana menghilangkan tanah rezab Melayu semenjak 53 tahun UMNO memerintah Malaysia, tetapi selama 20 tahun memerintah Kelantan, berapa pula luas tanah Melayu yang telah PAS hilangkan dan gadaikan kepada syarikat-syarikat Cina?

Tiada sesiapa pun yang mahu membuktikan kecurangan PAS kepada orang Melayu, Bumiputera dan kaum Pribumi di Kelantan. Ladang Rakyat di Dabong telah dijual kepada syarikat bukan bumiputera dengan harga RM12.75 juta.

Ladang Rakyat kononnya untuk rakyat miskin di Kelantan. Kononnya untuk menyaingi FELDA yang dikatakan tiris, tidak mampu mengubah nasib Melayu, mencekik darah dan sebagainya. Maka sejumlah tanah seluas 2,963 ekar di Mukim Kandek, Dabong telah diserahkan kepada Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim atas nama Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd (LTM) pada 23 Mac 2006.

Yang mendapat keuntungan daripada tanah yang diserahkan kepada Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim itu adalah dua tiga orang pemimpin PAS dan taukeh Cina, bukan orang miskin Kelantan sebagaimana yang didakwa.

Sebabnya Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim hanya proksi kepada taukeh Cina yang memiliki Leong Hup Holdings Sdn. Bhd (LHH). Apabila Kerajaan Negeri Kelantan atau lebih tepat lagi Nik Abdul Aziz menandatangani perjanjian dan penyerahan tanah di Dabong itu kepada Rahmat dan Ibrahim, serta-merta kedua-dua beradik tersebut melepaskan pegangan mereka di dalam Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd kepada Leong Hup Holdings Sdn. Bhd dengan penjualan saham milik mereka bernilai RM12,750,000 (Ringgit Malaysia Dua Belas Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Ribu). Penjualan pemilikan turut merangkumi kesemua aset dalam LTM kepada LHH.

Satu transaksi perniagaan yang sebenarnya sangat ketara pembohongannya. Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim hanyalah penyedap cerita untuk menunjukkan PAS Kelantan sebenarnya bekerja dengan orang Melayu tetapi kedua-dua orang Melayu itulah yang telah ‘menjual’ tanah yang dipajakkan kepada Leong Hup Holdings bersama-sama semua aset Ladang Ternakan Maju Sdn. Bhd.

Paling menarik apabila Leong Hup Holdings Sdn. Bhd turut memiliki tanah seluas 10,095 ekar untuk Fasa 1 Ladang Rakyat di Jajahan Gua Musang. Tanah tersebut berstatus pajakan untuk 99 tahun.

Pembohongan demi pembohongan tentang Ladang Rakyat dibuat. Dan yang paling menarik apabila dikatakan PAS Kelantan mendahului rancangan pembangunan tanah, kononnya dengan menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah negeri. Padahal apa yang berlaku ialah Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan telah pun bermula di Kelantan pada tahun 1958, setahun selepas merdeka. Salah satu daripada tanah rancangan tersebut bertempat di Pasir Kelang dalam Jajahan Kuala Krai, yang dinamakan sebagai Rancangan Pembangunan Tanah Pasir Kelang (RPTPK).

RPTPK merupakan perintis kepada penubuhan FELDA dan FELCRA. RPTPK mendapat bantuan dan pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan negeri!

Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak lebih daripada seorang tua BEBAL yang dipaksa berbohong bagi pihak orang lain. Puluhan ribu hektar tanah di Kelantan, khususnya di Hulu Kelantan telah diserahkan kepada pihak luar bagi mendapatkan keuntungan segera. Dengan menggula-gulakan RM200 sebulan kepada para peserta Ladang Rakyat, pemberian tersebut tidak langsung mengurangkan kemiskinan.

Keutamaan pengagihan dividen diberikan kepada penyokong tegar PAS. Persepsi PAS Kelantan untuk menunjukkan ladang tersebut kepunyaan rakyat, sebenarnya hanya retorik kosong. Ladang itu bukan hak rakyat sebaliknya milik pemodal-pemodal serta kapitalis Cina terutama dari Singapura.

Dan pendedahan tanah Ladang Rakyat Dabong sudah cukup untuk membuktikan bahawa jerit-pekik Nik Aziz tentang tanah rezab Melayu yang kononnya digadaikan oleh UMNO sepanjang 53 tahun memerintah, sebenarnya taktik untuk menutup perangai jahat PAS Kelantan yang telah pun menggondolkan dan merampas tanah di Hulu Kelantan untuk diserahkan kepada orang asing.

Gula Naik, Rakyat Marahkan BN : Tanyala Ah Chong yang mengedar dan mengimport!!


Hari ni ramai yang mengeluh tidak kurang juga yang mengomen macam-macam mengenai kenaikan 20 sen harga gula di pasaran. Untuk rekod, bermula hari ini, kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram. Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain.

Serentak dengan itu aku bawakan juga keluhan dari rakyat yang aku kutip dari status di Facebook.


Marah..memang marah bila ada kenaikan yang terus menerus. Namun pernahkah kita terfikir siapa sebenarnya disebalik kenaikkan harga gula ini? Adakah kerajaan saja? Kenapa kita tidak pernah bertanya kepada pengimport dan pengedar gula? Adakah kerajaan sengaja menaikkan harga gula? Adakah benda dalam dunia ini yang harganya statik dan tidak pernah naik?

'Anugerah Tuhan' Gelar Najib Anak BABI?


Sikap biadab Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup secara celupar menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pandi kutty membuktikan ketua pembangkang itu tidak layak diangkat sebagai pemimpin.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, cercaan tersebut sangat kurang ajar dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang bercita-cita besar seperti Anwar.

Sehubungan itu, beliau mendesak Anwar menarik balik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi seluruh rakyat Malaysia.

"Ini satu perbuatan cukup biadab dan kurang ajar. Kenyataan itu menggambarkan keperibadian buruk Anwar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anwar dalam ceramah di Dewan Hamzah, Klang, Selangor, Sabtu lalu, didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang membawa maksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Mengulas lanjut, Khairy percaya kenyataan biadab dan celupar yang keluar dari mulut Anwar sejak kebelakangan ini adalah kerana ketua pembangkang itu berada dalam keadaan tertekan.

Katanya, tekanan itu berpunca daripada pelbagai siri pendedahan mengenai masalah moralnya termasuk dikaitkan dengan aksi seks dalam rakaman video bersama seorang pelacur dari China.

Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dalam sidang akhbar di sini berkata, Anwar perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum menggelar Perdana Menteri dengan panggilan yang tidak masuk akal serta tidak bertamadun itu.

"Masalahnya dia (Anwar) tidak tengok dirinya dalam cermin. Dialah pandi kutty, bukan Perdana Menteri. Saya harap mereka (pembangkang) akan jadi semakin bertamadun. Tolonglah jadi matang. Kita matang bukan gila, jadi tidak payah layan dia," katanya.

GHOSTWRITER : Digelar 'Anugerah Tuhan' dan pemimpin baru masa depan Malaysia, namun hari demi hari sikap sebenar AnwarOmega makin terserlah bila menggelar Perdana Menteri sebagai anak Babi. Aku menunggu apa pula fatwa Nik Aziz untuk mempertahankan Anwar ni.