HUDUD : Sapa Sebenarnya Yang Takut Hantu?


Kenyataan Nik Aziz Sebelum ini,
 Nik Abdul Aziz, tindakan pemimpin DAP itu amat menghairankan kerana hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh Pas adalah untuk orang Islam dan melibatkan mahkamah syariah yang hanya mengendalikan kes-kes membabitkan orang Islam.
Beliau juga secara sinis mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa, mana-mana pihak termasuk DAP yang menentang hasrat Pas itu ibarat “orang takut melihat hantu.” 
Tetapi keputusan semalam menjawab siapa sebenar yang takut melihat HANTU DAP,


Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.
“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi.
Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara. — Bernama 

Analisis Isu Hudud : BN Perlu Hujah dari ghostWRITER!!

"Persekitaran Malaysia tidak sesuai untuk Hudud?" kata Najib dan Menteri seantero BN? Adakah ini hujah yang bijak? Ini hujah yang membunuh. Buktinya Pembangkang yang kini tersepit dek kerana hudud yang mahu dilaksanakan PAS ditentang DAP dengan mudah menempelak BN. Jawapan tidak sesuai ini seperti menunjukkan bahawa Islam ini tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Hujah mudah pakatan rakyat, BN tolak hudud dan tolak Islam.

Bagi Isu Hudud ini aku lihat kegagalan BN untuk memanifilasi isu yang mudah. Cara menjawab sepatutnya adalah "kerajaan BN dalam usaha ke arah melaksanakan hudud di Malaysia." Buktinya mudah, dari sekolah agama rakyat hingga universiti Islam peringkat Antarabangsa semua dibuka BN bagi mewujudkan cerdik pandai ke arah mengenalpasti dan mengatasi masalah yang bakal ditimbulkan DAP jika BN laksanakannya kelak.

Usaha perlu digerakkan dari awal. Sediakan cerdik pandai, seterusnya ke arah melaksanakannya. Untuk laksanakan sesuatu yang baru bukan sekadar perlukan setakat sekolah pondok yang diwujudkan PAS tetapi sokongan kuat rakyat dari bangsa seagama yang memang telah berpecah 2 dek kerana parti yang berbeza agenda.

Tanpa penyatuan antara dua parti yang berbeza agenda namun terdiri dari bangsa dan agama yang sama, mana mungkin hudud dapat dilaksana.

Hudud : Dimana silapnya? PAS cenderun meletakkan BN bersalah kerana memberi jawapan yang salah, BN pula gagal memanifilasi isu hudud dengan meletakkan sebab yang mudah di'spin' PAS....

Selagi PAS bersama DAP, mana mungkin hudud dapat dilaksanakan. Fikir-fikirkanlah.

- Posted using BlogPress from my iPad

Rumah Tangga PAS & DAP Bergolak : Adakah akan berakhir dengan Penceraian?

Kecelaruan di kalangan parti-parti gabungan longgar Pakatan Rakyat (PR) mengenai hasrat Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud semakin membesar apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim secara prinsipnya menyokong langkah tersebut.

Beliau yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkata; “Secara prinsipnya saya percaya ia (hukum hudud) boleh dilaksanakan (di Kelantan),” kata Anwar kepada para pemberita di luar bangunan mahkamah selepas perbicaraan kes sodominya pada Khamis.

Anwar menambah, jika dilihat kepada beberapa bahagian secara spesifik, terdapat keadilan yang jelas di dalam menjamin hak-hak bukan Islam dan ia (hukum itu) tidak menganggu hak bukan Islam.

Beliau bagaimanapun berkata, itu hanyalah pandangan peribadinya dan bukannya pandangan PR kerana gabungan longgar itu tidak pernah membincangkan perkara tentang pelaksanakan hukum hudud sama ada di Kelantan atau mana-mana negeri di bawah pentadbiran mereka.

Ini adalah kali pertama Anwar secara terbuka menyatakan sokongannya kepada pelaksanaan hukum hudud.

Dalam pada itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat pada Khamis, sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinannya akan meneruskan hasrat mereka untuk melaksanakan hukum hudud dan menegakkan sebuah negara Islam sama ada dengan atau tanpa sokongan rakan-rakan PAS dalam PR.

Pengerusi DAP, Karpal Singh pula tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya dengan pandangan peribadi Anwar tentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Katanya, pelaksanaan hukum hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Karpal juga menegaskan, usaha untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan jelas sekali bercanggah dengan apa yang dipersetujui dalam muktamar agung PAS baru-baru ini untuk melaksanakan sebuah negara kebajikan.

Dalam pada itu, peguam yang juga Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim menegaskan: “Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa terlebih dahulu meminda Perlembagaan Negara.’’ Beliau menambah, PR boleh membahaskan perkara ini dengan panjang lebar di Parlimen sekiranya mereka mengambil alih kuasa pemerintahan kerajaan pusat nanti.

Jelas beliau, sekiranya Anwar atau PR berhasrat untuk melaksanakan hukum hudud mereka mestilah membuat pendirian yang jelas mengenainya terlebih dahulu kerana adalah sesuatu yang tidak betul untuk memperdayakan pengundi.

GHOSTWRITER : Bila perkahwinan DAP & PAS hanya berlandaskan nafsu dunia untuk melihat UMNO tumpas tanpa memikir perbezaan perjuangan inilah jadinya. Namun aku masih teringat kata-kata orang PAS, DAP dah mula faham Islam selepas bersama mereka.

- Posted using BlogPress from my iPad

Bajet 2012 Harapan Rakyat Bawah, Tengah & Elit

Bajet 2012 dilihat satu fenomena penting yang membuktikan setakat mana transformasi yang cuba dibawakan oleh DS Najib. GTP yang dilaungkan perlulah selari dengan kehendak rakyat yang semakin bijak menilai dan pantas mendapat info dihujung jari mereka.



Namun apakah harapan rakyat terhadap bajet 2012? Bagi rakyat yang berada di bawah, mereka hanya mampu meminta satu bajet yang dapat menyerap kos sara hidup yang tinggi kini. Tidak dapat dinafikan, kerajaan BN yang dilihat elit itu turut memberikan perhatian berkenaan perkara ini. 

Namun apakah pula harapan rakyat yang berada dipertengahan? Golongan ini dahulunya majoroti datang dari kelas bawahan juga. Namun dari usaha Kerajaan BN, mereka bangun dan kini mampu hidup selesa. Mereka mahukan hidup mereka lebih selesa dari ini. Bagi mereka gaji yang diterima haruslah setimpal dengan apa yang mereka perlu berbelanja. Jika tidak pastinya mereka juga akan menjadi golongan di bawah. 

Satu lagi rakyat Malaysia yang elit, Apakah harapan mereka terhadap bajet 2012? Bagi golongan ini, ada yang tidak kisah sangat dengan naik turunnya harga barang di negara ini. Bagi mereka, mahal murah mereka mampu dapatkannya. Mereka lebih rela menjadi penentang kepada kerajaan BN. Kenapa?

Jika dikaji, banyak golongan elit dan berpelajaran tinggi kini umpana kacang lupakan kulit. Mata mereka kami dah cukup dengan apa yang ada. kami mahukan pembaharuan kerajaan. Cukuplah pemerintahan kini, kerana bagi mereka apa yang mereka ada kini adalah hasil mereka sendiri, tanpa ada sedikit pun sumbangan pemimpin negara kini dalam kejayaan mereka.

Jiwa mereka tidak tenang, mahukan 'BERSIH' bagi kerajaan sedia ada. Apa yang dibuat hanyalah bagi mendapat sesuatu yang baru. Yang belum pernah mereka miliki. Kerajaan sekarang telah banyak cacat dan cela, Pakatan Rakyat nafas baru buat negara. Tanpa memikir hak rakyat yang bakal menderita. Perjudi masa depan jika negara diberi kepada mereka.

Bangunlah bangsaku, sokonglah apa yang ada. Jangan lupa bersyukur kepada Allah SWT. Kerana Islam masih terbela. Ada masjid masih boleh berkumandang azan sini dan sana. Jangan sampai semua ini senyap dek kerana untung nasib kita. Mengundi PRU13 kita bagi kepada yang hak saja. 

Dan rumus yang bertiup kencang buat penjawat awam, Khabarnya bermula Januari 2012 juga akan ada pelarasan Gred. Nama saja pelarasan Gred, tetapi yang sebenarnya semua kakitangan awam dari Gred 1 sampailah ke JUSA akan dapat kenaikan gaji. 

Buat Geng Pakatan, tentunya, apa jua yang bakal diumumkan nanti, semuanya tidak kena. Kerana tugas mereka hanyalah satu memastikan rakyat keliru dengan apa yang kerajaan buat. Buat rakyat, fikirlah dengan fikiran yang matang. Apakah kita perlu percaya dengan auta PEMBANGKANG? 

JOM BACA!! PKR Selangor masuk bakoi angkat sendiri!!


Aduhai...Ini bukan kali pertama kami di selangordaily.com menulis tentang sikap poyo pemimpin-pemimpin dan orang -orang PKR.
Hari ini sekali lagi kami nak tulis perkara yang sama, tetapi situasi yang berbeza. Kami nak tunjukkan kepada anda bagaimana Kerajaan PKR di Selangor kehausan pujian sebagaimana Setiausaha Politik MB Selangor kehausan kasih sayang dan belaian dari seorang lelaki.
Ruangan surat pembaca yang terdapat di dalam mana-mana akhbar sekali pun bukan sahaja di Malaysia, malah di dunia kebiasaannya dikhususkan kepada pembaca atau rakyat jelata menghantar surat mengenai masalah atau pendapat serta pandangan mereka.
Tetapi di Malaysia dua hari lepas satu rekod baru dunia telah tercatat apabila Setpol MB Selangor telah menghantar satu surat kepada ruangan surat pembaca akhbar Sinar Harian memuja-muji bosnya dan kerajaannya.
Tidakkah itu satu kerja yang tidak munasabah ? Itulah yang dinamakan masuk bakul angkat sendiri.
Dalam Malaysia kita ada berpuluh-puluh orang setpol. Setiap MB atau KM di setiap negeri ada setpol masing-masing. Setiap Menteri juga ada setpol. Tetapi setakat ini kita tidak pernah jumpa atau lihat seorang setpol yang sebodoh Faekah Husin.
Tidak perlu kita beri contoh setpol-setpol pemimpin BN, kita ambil contoh setpol-setpol pemimpin PAS, PKR dan DAP. Pernahkah kita lihat setpol KM P.Pinang, MB Kelantan atau MB Kedah berperangai ‘over’ dan bodoh seperti Faekah ? Mereka mungkin tak cerdik, tetapi tiada siapa tahu mereka tidak cerdik kerana mereka tidak menunjuk kebodohan mereka. Manakala Faekah pula seorang peguam yang kelihatan cerdik, tetapi sebenarnya bodoh.
Surat pembaca di atas adalah kebodohan terkini yang dipamerkan oleh Faekah untuk tatapan kita semua. Mana mungkin seseorang hantar surat pembaca kepada sebuah akhbar untuk memuji diri sendiri atau organisasinya. Nampak sangat mereka kehausan pujian.
Sekiranya sebelum atau selepas ini jika terdapat surat -surat pembaca yang dikirim dan disiarkan di akhbar-akhbar memuja-muji Kerajaan Selangor atau Khalid Ibrahim adalah tidak mustahil surat itu dikirim oleh orang-orang mereka sendiri tetapi menggunakan nama samaran.
Akibat kebodohan dan kerakusan nafsu Faekah, tembelang PKR telah pecah hari ini. Rupa-rupanya itulah kerja mereka selama ini.
sumber SelangorDaily.com

Nik Aziz Nak Salahkan UMNO, Kelantan Ranking Tertinggi HIV & AIDS!!


Nak Salahkan UMNO! Nak Salahkan UMNO! Nak Salahkan UMNO! Cilako! Cilako! Cilako! Kelantan serambi Makkah telah dicemari virus HIV dan AIDS, Semua ini salah siapa? Itu semua persoalan yang harus dijawab Nik Aziz.

Umum tahu, Nik Aziz lebih suka menuding jari kepada UMNO dari mengaku salah sendiri. Namun Salah siapa? Adakah salah UMNO membuka night club di Kelantan? Atau Salah UMNO buat konsert yang melekakan rakyat Kelantan di Kelantan? Atau salah UMNO yang buka kilang pelacuran di Kelantan? Soalnya salah siapa?

Bagi aku, tentunya salah Nik Aziz sendiri yang telah gagal mendidik akhlak rakyatnya yang semakin dahagakan syurga dunia terutama bagi yang gemarkan XX dan juga sindrom doktor sendiri itu.

GHOSTWRITER : Nik Abdul Aziz Nik Mat harus bertanggungjawab sepenuhnya dengan 'kedudukan pertama' Kelantan sebagai negeri paling ramai yang dijangkiti HIV dan AIDS pada tahun lepas.

Universiti Pertama di Kelantan Konvo hari ini : Nak Harapkan Nik Aziz, Sekolah Pondok jerla Org Kelantan!!

Universiti Malaysia Kelantan dibina hasil kerajaan yang tidak perintah Kelantan. Semua maklum bahawa Kelantan diperintah oleh sebuah kerajaan yang sangat sayangkan DAP. Apa yang mereka mampu hanya menyediakan sekolah pondok yang tiada lagi bertujuan membentuk rakyat yang taksubkan Nikkie Aziz.

Sempena dengan konvo UMK hari ini, aku bawakan sejarah penubuhan Universiti sulung di Kelantan ini.


Penubuhan sebuah Universiti di negeri Kelantan telah dijadikan sebagai salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006.

Penubuhan Universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006.  Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di UMK berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu frasa rangsangan seperti “Entrepreneurship is Our Thrust” dan “Entrepreneurial University” digunakan dengan meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu :

  1. Keusahawanan dan Perniagaan ;
  2. Teknologi Kreatif dan Warisan dan
  3. Agro-industri dan Sains Sumber Asli


Pada masa yang sama penekanan diberi kepada kemahiran bahasa dan kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan untuk melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi (dengan minda kelas pertama) lengkap dengan ciri-ciri keusahawanan. Modal insan yang dihasilkan dimanfaatkan untuk kesejahteraan global dengan memberi perhatian kepada peningkatan keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (capability and capacity building of SME) serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat perdagangan berkeusahawanan tinggi. Dalam semua pelaksanaan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diguna sebagai pengupaya (ICT as an enabler). 

Pertumbuhan Universiti
Kampus Sementara Universiti Malaysia Kelantan di Taman Bendahara mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran pelajar sulung UMK seramai 295 orang. Pada tahun kedua operasi, iaitu mulai Julai 2008, Universiti telah berjaya mendaftar seramai 332 orang pelajar.

Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang dilantik pada 1 Oktober 2006.


untuk maklumat lanjut klik disini.

Siaran Ulangan : Penjelasan Perbezaan GST dan SST kepada Perbelanjaan Rakyat



Berdasarkan gambar rajah di atas, didapati cukai perkhidmatan yang dikenakan di peringkat input akan menjadi sebahagian daripada kos pengeluaran kepada syarikat berikutan tiada pengecualian yang diberi.

Akibatnya, pihak pengguna bukan sahaja membayar cukai di peringkat perkhidmatan akhir iaitu sebanyak RM1,500 tetapi terpaksa jua membayar cukai tambahan sebanyak RM350 yang dikenakan di peringkat input

Masalah pengenaan cukai dua kali (tax on tax) ini tidak dapat dielakkan selagi sistem percukaian sedia ada tidak digantikan dengan sistem percukaian yang lebih berkesan seperti GST
Gambar rajah di atas menunjukkan bahawa pengguna tidak lagi dibebankan dengan membayar cukai dua kali di bawah GST berikutan semua cukai yang dikenakan ke atas input akan dituntut semula oleh pihak peniaga sebagai kredit.

Oleh yang demikian, kos perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pemberi perkhidmatan akan menjadi kurang sebanyak RM350

Dengan mengambil andaian bahawa GST pada kadar yang sama iaitu 5%, didapati pihak pengguna masih boleh menikmati harga yang lebih rendah dan jumlah cukai yang dibayar hanyalah sebanyak RM1,482.50 berbanding dengan cukai yang perlu dibayar di bawah sistem cukai semasa iaitu sebanyak RM1,850

Penjimatan ialah sebanyak RM367.50

Perkhidmatan akan menjadi lebih murah lagi apabila cukai yang dikenakan di bawah GST adalah sebanyak RM4% sahaja.

PRU13 : Puak Fuckatan Pening Sapa nak jadi PM?



 Dalam soal menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan rakyat (PR) berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nyata  berbeza pandangan.


Jika sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) melalui kenyataan orang kepercayaannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri boleh diisi oleh pemimpin bukan Islam atau mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua untuk membalas kepercayaan penyokong mereka yang bukan Islam, nada yang disuarakan oleh PAS hari ini pula berbeza.


Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali semalam memberi jaminan kepada ahli PAS bahawa jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan diisi oleh pemimpin Islam sekiranya PR berjaya menubuhkan kerajaan dalam pilihan raya akan datang.


Apa yang disuarakan oleh PAS itu bukan sahaja bertentangan dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim tetapi juga menunjukkan dalam soal menentukan siapa yang layak menjadi pemimpin tertinggi, PAS mempunyai pandangan dan pendirian yang nyata berbeza.


Pendirian berbeza PAS dan sekutu dalam Pakatan dalam soal ini menunjukkan mereka hanya bersatu dan kuat untuk menjatuhkan kerajaan dengan apa cara sekali pun tetapi dalam soal kepentingan dan perjuangan parti, masing-masing ada haluan sendiri.


Jika sebelum ini mereka bertelagah dalam isu pengagihan kerusi dalam pilihan raya akan datang, isu yang mereka timbulkan kali ini jelas menunjukkan ketidaksefahaman apabila membabitkan soal kepentingan walaupun ia sedaya upaya cuba ditutup oleh pemimpin-pemimpin mereka.


Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika mengulas kenyataan Mustafa Ali itu menganggap jaminan yang diberikan oleh PAS mengenai kedua-dua jawatan tertinggi itu adalah pendirian politik PAS dan bukannya persetujuan bersama. Sebaliknya perkara tersebut akan dibincangkan semula sekiranya Pakatan berjaya menguasai kerajaan.


Apa yang disuarakan oleh Tian Chua itu jelas menunjukkan baik PAS mahu pun PKR dan DAP, masing-masing mempunyai pandangan dan pendirian berbeza dan kenyataan Tian Chua itu juga menunjukkan PKR turut berminat dan bercita-cita untuk menempatkan calon dari bukan Melayu (Islam) untuk jawatan tersebut dan bukannya mengekalkan status quo seperti mana yang diamalkan oleh UMNO hari ini.


Sementara dalam soal itu pula, PAS menggunakan isu tersebut untuk terus mempertahankan sokongan pengundi Melayu dengan memberikan jaminan yang belum tentu dipersetujui oleh rakan sekutu mereka.


Memberikan jaminan yang hanya membuai sentimen pengundi Melayu, PAS sebenarnya semakin tersepit dalam perjuangannya yang kini semakin dibayangi oleh PKR dan DAP.


Semua ini jelas dilihat melalui kenyataan-kenyataan dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PAS kebelakangan ini yang bertujuan untuk mengalih sokongan pengundi Melayu dengan mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah dan tohmahan tidak berasas untuk menjatuhkan imej UMNO.


Dan kelompok yang rugi dengan permainan politik PAS ini sudah tentunya bangsa Melayu yang kini berpecah belah semata-mata terpengaruh dengan politik berkepentingan PAS yang semakin dihakis oleh PKR dan DAP.
sumber dipetik dari Malaysiaaktif


GHOSTWRITER : Susah sangat bagi DAP jerla..

PAS hanya perlukan RM16K untuk tutup Isu Murtad?

1. Menurut maklumat yang diterima secara terus dari YB Parlimen Kota Bharu, beliau ingin mengetengahkan cerita-cerita mengenai pejuang-pejuang Melayu yang menentang penjajahan British di Kelantan serta ingin menjejaki saudara mara Mat Indera yang menetap di Kelantan. 


2. Beliau telah mengarahkan 4 orang yang dikatakan berminat akan isu ini bagi mendapat maklumat berkaitan sebelum Buletin dikeluarkan. 


3. Keempat-empat mereka ini sedang ke kawasan yang mempunyai kaitan dengan isu ini. Antara kawasan-kawasan tersebut ialah :


 a) Kg. Kandek (DUN Dabong- Kuala Krai) – Di kampung ini dikatakan terdapat seorang sahabat baik Mat Indera. 


b) Kg. Pemberian (DUN Dabong – Kuala Krai) – Di kampung ini dikatakan terdapat anak kepada sahabat baik Mat Indera. 


c) Kg. Lepan Jenut (DUN Manek Urai –Kuala Krai) – Dikampung ini dikatakan terdapat ramai anak-anak serta cucu-cucu mereka yang berjuang bersama-sama Rashid Maidin di Benta, Pahang. 


d) Di Pasir Mas (Nama kampung masih belum dikenalpasti) – Dikatakan terdapat seorang cucu perempuan Mat Indera menetap di Pasir Mas. 


4. Keempat-empat mereka ini akan dibayar sekitar RM4000 seorang yang mana segala urusan dokumen akan diuruskan oleh YB Datuk Rahim untuk diangkat pada PAS Negeri. 


 Baca seterusnya di MyMassa

GHOSTWRITER : cuma RM16,000, Tiada lagi isu murtad, hanya tinggal hanya Isu Mat Syabun dan komunisnya.

JOM BACA!! Penjelasan Cukai Perkhidmatan yang dikenakan oleh TELCO!!



Ramai rakan-rakan Twitter tanya kenapa tidak dimansuh terus service tax untuk perkhidmatan pra-bayar. Kenapa hanya ditangguh? Saya cuba jelaskan. Cukai perkhidmatan lima peratus ini dikenakan sejak tahun 1998 kepada semua syarikat telco. Cuma (selama ini) telco telah tanggung cukai ini tanpa dialihkan kepada penguna. 

Cukai ini telah dibayar kepada kerajaan oleh telco tanpa dialihkan tanggungan tersebut kepada pengguna sebagai tambahan kos pembelian produk.

Isu terkini timbul bila Kerajaan naikkan service tax ke enam peratus. Maka telco mengambil peluang alihkan semua kos pada pengguna (lima peratus asal + satu peratus baru) 

Bagi telco hujah mereka mengapa dikenakan cukai dua kali: cukai korporat DAN kena tanggung cukai perkhidmatan yang patut dibayar pengguna. 

Jadi kerajaan melalui Datuk Seri Rais Yatim runding supaya perkara ini ditangguhkan dulu. Kenapa tidak dimansuhkan terus? Sebab sekiranya dimansuhkan, kerajaan hilang pendapatan. Dan pendapatan ini dibayar oleh telco, bukan pelanggan pun. 

Oleh yang demikian, walaupun tidak dimansuhkan ia tidak bebankan rakyat sebab balik pada senario asal iaitu syarikat telco yang bayar dan Kerajaan peroleh cukai. Saya antara yang bantah cukai ini dialih kepada pengguna. Tidak munasabah dalam keadaan ekonomi hari ini juga terlalu mengejut. 

Isu cukai senang dimanipulasi dan perkara yang sedikit rumit (untuk) difahami. Sepatutnya penerangan dibuat dulu. Cakap ini tanggungan pengguna sebenarnya. Lepas tu adakan pelan peralihan. Tiga tahun kedudukan sama. Lepas tu satu peratus dulu dialih kepada pengguna.

Setiap tahun mungkin ada tambahan satu peratus. Ada jadual jelas. Dan buat pengecualian total untuk pelajar contohnya. Barulah mudah diterima. Cuma cadangan dari Ketua Pemuda kerdil tapi saya percaya tidak akan mengejutkan dan meletup seperti isu hari ini. Wallahualam.


12/9/2011 NOTA PENGARANG: Kenyataan ini berasal dari tweet Saudara Khairy Jamaluddin dan diemailkan kepada agendadaily oleh brojinggo@gmail.com

Cukai 6% Bonus Undi FREE Buat Fuckatan!!

Pelik aku dengan tuduhan puak Fuckatan ni. Jika dikaji segaja tuduhan semuanya tidak berasas. Contohnya menuduh seperti ini :-


Tuduhan sesetengah pihak kononnya cukai perkhidmatan 6 peratus yang akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM adalah untuk UMNO membiayai pilihan raya umum kelak, amat tidak bertanggungjawab.  
 Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan tiada kaitan langsung dengan pilihan raya. “Ia satu tuduhan melulu dan tidak waras,”. 
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yakin syarikat-syarikat berkenaan akan mengambil tindakan bijak sesuai dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pihak terbabit menimbang semula keputusan itu.  
Katanya, jika cukai itu tidak dikenakan ka atas pengguna, syarikat-syarikat berkaitan masih mampu meraih keuntungan.  
Awang Adek berkata, jika syarikat-syarikat terbabit menyahut saranan Perdana Menteri itu, mereka bukan sahaja dapat membantu kerajaan merangsang ekonomi negara tetapi juga akan disanjungi pengguna. “Jika berlaku sebaliknya mereka seolah-olah membelakangi kerajaan,” katanya. 

GHOSTWRITER : Bagi aku, jika dikenakan charge terhadap pengguna pun, bukan UMNO/BN yang untung, Fuckatan yang untung besar. Dapat undi tanpa perlu dibayar. 

UMNO Buat Kerja : Telco Tangguh kutip Cukai 6 Peratus!!

Bukti UMNO Buat Kerja..Pakatan Rakyat Buat apa?

Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

"Kerajaan mengambil kira sumbangan sebanyak RM6 bilion oleh TELCO kepada pendapatan negara dari 1998 hingga kini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.

Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini.

sumber : BH

GHOSTWRITER : Baru kejap tadi posting aku petik dari MK, kononnya Telco tidak perlukan approval dari MOF dan MCMC untuk mengenakan kutipan cukai perkhidmatan. Kini ditangguhkan hasil kerja UMNO/BN. Apa kerja Fuckatan bersama-sama MalaysiaKini? Cuba untuk menaikkan kemarahan rakyat dengan berita yang menghasut kebencian rakyat kepada pemimpin negara.

CELAKA MalaysiaKini cuba mengaitkan UMNO dalam kenaikkan Telco!!

Aku memetik kisah yang dibawakan oleh news berita bangsat ini. Korang baca di bawah. Namun disebalik berita yang tiada kena mengena dengan UMNO, turut diselitkan gambar dibawah.


The uproar from various quarters over the passing on of the six percent sales tax to consumers by telecommunication companies, effective Sept 15, is not surprising, says OSK Research.

"It was anticipated to create a social backlash, especially under the prevailing economic environment," it added. 
OSK Research said as prepaid users are typically price sensitive, bearing the additional cost could deter them from using mobile services or cut down on usage, thus putting pressure on the revenue of the telcos over the longer term. 
"While media reports indicate that no prior approval was secured from the Ministry of Finance for the pass-through, we note that the decision is a collective one, which does not require government approval or green light from the Malaysian Communications and Multimedia Commission. 
"This development contrasts with the deferment of the passenger service charge by Malaysia Airports, which comes directly under the purview of the Transport Ministry," the research firm said in a statement today. 
OSK Research said it had initially expected the pass-through to proceed, although the latest turn of events, including the call by the Prime Minister Najib Abdul Razak, changes this view.
Kenapa gambar ini jadi paparan pada news ini?
Sumber : Haktuih!

GHOSTWRITER: Niat jahat MalaysiaKini sebagai lidah Pakatan Rakyat yang cuba memburukkan UMNO/BN. Celako! Celako! Celako!

Syabun Mahu KJ Ganti Nikki Ajis?


Alahai takut ker Mat Syabun? Angkat lambung KJ sampai nak ganti Nikki Ajis? Ke nak ganti tempat Mat Syabun yang semakin menjadi liabiliti buat PAS dan Pakatan Rakyat? Lihat ayat menolak KJ untuk berdebat ini.

"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy.

 Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak. "Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS," katanya. 

Jika dikaji bunyi nada takut pun ada. Juga sedikit tambahan, nada macam diri sendiri dan PAS bodoh pun ada bila mengangkat Ketua Pemuda UMNO Bijak dan berpandangan bahawa KJ berpotensi jadi pemimpin PAS.

Kelakar betul Mat Syabun. Setiap hari, tindak tanduknya buat aku ragui. Dari mula diberikan tugas sebagai Timbalan Presiden PAS lagi aku dah mula rasai ada sesuatu yang tidak kena.

Budak Syabun yang gagal dalam Diploma ITMnya, kini digelar ustaz Syabun diangkat jadi pemimpin ULARMAR dalam memastikan hasrat dan cita-cita DAP tercapai.

Sedar atau tidak? Kenapa selepas perlantikan Syabun, hanya Syabun yang bersuara sumbang. Dimana DAP hanya diam membisu. Kenapa?

Usaha yang sama sebelum ini pernah disuarakan DAP. Namun ditentang oleh pelbagai pihak. Kini Syabun pula bersuara. Apakah kesudahannya?

Berbalik kepada potensi KJ yang disuarakan Syabun. Adakah selepas ini KJ akan digelar sebagai Ustaz KJ? Mahupun ULARMAR KJ? Atau ini semua lawak samberono oleh Syabun yang menyedari kebijaksanaannya gagal menandingi lawannya KJ?

Selepas Gugurkan Negara Islam, PAS cuba jadi CikGu Sejarah dari telunjuk DAP?

Satu demi satu kesundalan PAS dihidupkan bagi membantu golongan roket untuk membawa pulang komunis yang dianggap hero. Golongan Roket (DAP) sudah tahu, jika mereka yang membangkitkan isu sejarah kemerdekaan pasti mereka akan terperangkap dengan hasrat disebalik itu. Maka untuk mencapai hasrat busuk mereka itu, PAS digunakan sebagai alat untuk membuka mata melayu yang kononnya UMNO/BN telah berbohong dalam menulis sejarah yang terdahulu. 

Perbagai gesaan antaranya mahu kerajaan BN menubuhkan panel kabinet untuk mengkaji semula sejarah dah sebagainya adalah berasaskan kepada penggerak utama gerakan dalam DAP dalam Pakatan Rakyat. 

PKR dilihat sebagai sebuah parti yang hampir rebah dengan masalah moral Pemimpinnya yang semakin meluat dimata DAP. Kini DAP juga dah mula sedar bahawa Anwar Brahim bukan lagi sandaran mereka untuk memecah belahkan melayu. Bisa Anwar semakin kurang kerana hari demi hari rakyat semakin muat dengan sifat tangguh menangguh yang dimainkan oleh pemimpin keadilan itu. 

PAS pula selepas membuang jauh Negara Islamnya, dan menubuhkan pula negara berkebajikan. ISTILAH Inggeris ''negara berkebajikan'' menurut ahli sejarah tersohor British, Asa Briggs telah diperkenalkan oleh Archbishop (Ketua Paderi) bernama William Temple semasa Perang Dunia Kedua. 

Negara berkebajikan menurut prinsip Barat, yang mahu dibawa oleh DAP, dipersetujui oleh PKR sehingga Pas sanggup menggugurkan konsep Negara Islam, adalah berasaskan kepada prinsip iaitu peluang yang saksama, pembahagian kekayaan yang sama-rata dan tanggungjawab semua membantu yang susah. 

Namun jika dikaji secara halus ia adalah konsep Malaysian Malaysia yang pernah diangkat oleh pemimpin PAP Singapura, Lee Kuan Yew - sehinggalah ia mendapat hak kemerdekaan memerintah negara pulau itu - hasil tekanannya yang mahu melaksanakan dasar itu ke atas Tanah Melayu. Kini Malaysian Malaysia, satu konsep yang mahu mengetepikan hak keistimewaan satu bangsa lain dan hak-haknya sedang dijana secara sistematik oleh DAP, parti serpihan PAP. 

Negara berkebajikan, yang tiada pun diambil daripada rukun pembinaan negara Islam, akan diperkenalkan sekiranya Malaysia ini diambil alih oleh DAP kelak. Jika dilaksanakan nanti, ia bukan lagi merupakan dasar ekonomi yang membantu kaum-kaum yang susah dan menyeimbangkan kesejahteraan antara kaum seperti yang dilaksanakan dengan jayanya di negara ini. 

Kita amat bimbang, selepas DAP berjaya membuang negara Islam PAS, PAS jadi penggerak menyerang fakta sejarah Malaysia bagi menjayakan Malaysian Malaysia ini. Jika dikaji, ini merupakan gerakan halus DAP yang berjaya dilakukan dengan penuh perancangan yang teliti.

Cuma kita sahaja yang masih diulit lena dengan mimpi basah DAP yang cenderung berdiam diri dalam isu Sejarah Malaysia yang dibawakan oleh PAS ini. Apakah tindakan PAS hari ini adalah tindakan mereka sendiri atau mereka adalah penggerak dari telunjuk DAP? Fikir-fikirkanlah....