"I'M Malaysian" Tapi Kenyataan Media Dikeluarkan Dalam Bahasa Cina?

 “I’m sorry, I don’t consider myself Chinese. I’m Malaysian”

Adakah kita lupa bahawa kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh seorang Menteri sejurus selepas dirinya dilantik oleh rakyat Malaysia?

Namun, tidak sampai 100 hari kenyataan ini membuktikan ianya hanya permainan politik bagi mendapatkan sokongan rakyat Malaysia.



Sedar atau Tidak, inilah cara orang berpolitik. Apa sahaja dibuat hanya bagi mendapatkan sokongan bagi membolehkan orang politik ini terus berkuasa.

Bagi PM baru ini merupakan isu kecil. Dan semua pernah buat salah. Adakah Menterinya itu boleh ditegur?


Ohpolitik! Jika ini diteruskan jangan harap rakyat akan terus memberikan sokongan.


Cara Bertafakur Yang HARAM dan HALAL #MalaysiaBerkabung

CARA HARAM




Macai Palatan Rakyat bajet bagus kunun dakwa berkabung ni bukan sebahagian ajaran Islam... Jadi cara berkabung mana yang ikut ajaran Islam? Pegang lilin? Tunduk hormat depan mayat?

CARA HALAL


Dan Berikut adalah cara rakyat Malaysia Berkabung dan Bertafakur selama seminit kepada mangsa tragedi MH17:

Laluan Konvoi Jenazah #MH17 : Sila Perlahankan Kenderaan / Beri Laluan


BERIKUT ADALAH LALUAN PERGERAKAN KONVOI JENAZAH PADA HARI INI
______________________________

Konvoi diiringi oleh unit bermotorsikal dan MPV Trafik PDRM.Sila berikan laluan dengan memperlahankan/memberhentikan kenderaan dengan menghimpit ke kiri untuk memberi laluan kepada konvoi.
___________________________

1.MASTURA MUSTAFA

KLIA - Lebuh Raya Utara Selatan - Tol Senawang - Jalan Seremban - Kuala Pilah - Masjid Al-Taqwa Paroi - Tanah Perkuburan Paroi.
___________________________

2. AHMAD HAKIMI HANAPI

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Putrajaya - Lebuh Persiaran Perdana - Masjid Putrajaya - Lebuh Presint 20
___________________________

3. HAMFAZLIN SHAM MOHAMED ARIFIN

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Bukit Jalil - MRR2 - Wangsa Maju (Rumah) - Tanah Perkuburan Gombak.
___________________________

4. NUR SHAZANA MOHAMED SALLEH

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Putrajaya - Lebuh Persiaran Perdana - Masjid Putrajaya - Lebuh Presint 20.
___________________________

5. DORA SHAHILA KASSIM

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Jalan Kuchai Lama - Jalan Istana Baru - Jalan Duta - Jalan Semantan - Jalan Damansara - Masjid Al-Taqwa - Jalan Tun Muhd. Fuad - Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
___________________________

6. FOO MING LEE 

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi.
___________________________

7. KARAMJIT SINGH KARNAIL SINGH

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur Seksyen 20 - Nirvana Shah Alam.
___________________________

8. NG QING ZHENG

KLIA - Lebu Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi.
___________________________

9. MABEL ANTHONY SAMY

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi.
___________________________

10. PAUL RAJASINGAM SIVAGNANAM

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi.
___________________________

11. ELISABETH NG LYE TI

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Bukit Jalil - MRR2 - Bulatan Kuari - Xiao En Bereavement.
___________________________

12. LEE HUI PIN

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur USJ - Rumah Mangsa - Nilai Memorial Park.
___________________________

13. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN

KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur Banting/Klang - Jalan Ampuan Rahimah - Rumah Mangsa.
___________________________

14. ARIZA GAZALEE

(Helikopter) KLIA - TUDM Kucing
(Van Jenazah) Jalan Lapangan Terbang - Jalan Tun Jugah - Jalan Tun Razak - Jalan Marikan Salleh - Jalan Tun Sallehudin - Bulatan Bersik - Bulatan Mahkamah - Bulatan Sesco - Jalan Sarawak Golf Club - Jalan Masjid Negeri - Bulatan Semariang - Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan).
___________________________

15. MUHAMMAD AFIF TAMBI

(Helikopter)KLIA - TUDM Kucing.
(Van Jenazah) Jalan Lapangan Terbang - Jalan Tun Jugah - Jalan Tun Razak - Jalan Marikan Salleh - Jalan Tun Sallehudin - Bulatan Bersik - Bulatan Mahkamah - Bulatan Sesco - Jalan Sarawak Golf Club - Jalan Masjid Negeri - Bulatan Semariang - Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan).
___________________________

16. AZRINA YAKOB

(Helikopter) KLIA - LT Tekah
(Van Jenazah) Taiping - Jalan Tekah - Masjid Al-Hidayahassam Kumbang - Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah - Jalan Muzaffar Shah - Assam Kumbang.
___________________________

17. HASNI HARDI PARLAN

(Helikopter) KLIA - LP Padang B Sekolah Tinggi Segamat.
(Van jenazah) Masjid Jamek Segamat - Jalan Johor Bahru (KM185 - KM198) - Seremban - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kampung Paya Luas.
___________________________

18. MOHD. ALI MD. SALIM

(Helikopter) KLIA - IKBN Pagoh.
(Van Jenazah) Jalan Pagoh - Pekan Pagoh - Jalan Sengkang - Jalan Kampung Raja (Tanah Perkuburan).
___________________________

19. RAHIMMAH NOOR

(Helikopter) KLIA - LTAS Ipoh.
(Van Jenazah) Jalan Persiaran Azlan Shah - Jalan Azlan Shah - Jejantas Jalan Gopeng - Jejantas Pantai Puteri - Jalan Tambun - Jalan Tambun Ampang - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama.
___________________________

20. CHONG YEE PHENG

(Helikopter) KLIA - LTAS Ipoh LTAS
(Van Mayat) Jalan Persiaran Azlan Shah - Rumah.

Sedekah Al-Fatihah dan  sekalung takziah kepada keluarga penumpang MH17 yang terkorban. Tq

Hukum Tafakkur Dan Berkabung HARAM? #MH17


ISU:

Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

PENJELASAN:

Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.

Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidakl
ah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.

Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.

Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.

Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662
Wallahu a'lam.

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-tafakkur-dan-berkabung

ANALISIS Zionist 'KETUM' Terus Menyerang MB Selangor #prayforSelangor


Khalid Ibrahim Umpama Al-Qassam yang mempertahan kerusinya 'GAZA'. Ketua Umum 'KETUM' Zionist Anwar Ibrahim dengan sedaya upaya berdanakan 'DAP' cuba menyerang dari pelbagai penjuru bagi menakluk kerusi MB 'GAZA'. Itulah gambaran yang terlintas difikiran aku apabila memikirkan krisis Selangor yang mula dilihat berpunca dari percaturan Anwar Ibrahim dengan memanggil 'Langkah Kajang' kononnya ke Putrajaya.

Ironinnya, 'Langkah Kajang' dicipta pada awal tahun ini dibuat tanpa pengetahuan sekutunya 'PAS'. Kajang dirogol dengan sogokkan, demi menaikkan Isteri tercinta 'KETUM' yang juga merupakan Presiden PKR. Bermula dengan krisis itulah jika kita masih ingat 'PAS' kelihatan kepanasan dan mula memboikot 'KajangMOVE'. 'PAS' jika dikaji di dalam pentadbitan Selangor hanyalah kulikutif berjawatan EXCO paling tinggi sedangkan jawatan yang selayakkan kepada 'PAS' adalah Menteri Besar. 'PKR' walaupun memenangi kerusi paling corot berjaya merangkol jawatan MB dan TMB Selangor. Manakala sekutu mereka satu lagi gah dengan jawatan Speaker.

Jika dapat dicatat, segala keluh kesah dan kekalutan pentadbiran Selangor bernasihatkan penasihat RM1 banyak merosakkan pentadbiran Selangor itu sendiri. Paling kelakarnya apabila kenyataan 'KETUM' yang kononnya desakkan menukar MB ini telah diputuskan sejak "50 Januari" yang lalu.

Berbalik kepada krisis Menteri Besar Selangor ini, 'KETUM' seakan-akan baru sedar dari tidur yang lena bersama 'DAP. Gurisnya perasaan 'PAS' dek kerana 'Langkah Kajang' kini tiba masanya untuk 'Pay Back Time'. 'PAS' bertindak sokong Khalid Ibrahim sekaligus 'KETUM' tersentak lalu membuat pertemuan SULIT bersama Hadi Awang. 

Apa yang menarik, dikala pemimpin-pemimpin 'PAS' yang istiqamah dengan perjuangan 'PAS' dan memilih untuk bersama-sama Khalid, Mat Sabu yang bergajikan DAP Pulau Pinang cuba mendesak PAS supaya menyokong isteri KETUM sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Walau apa jua kesudahan krisis ini, Barisan Nasional perlu berdiam diri dan hanya melihat gelagat mereka saja. Peperangan antara mereka adalah satu advantage kepada BN. Namun jika BN bersuara kononnya menyokong Khalid atau Wan Azizah, tentunya tangan-tangan PR akan mula menunjukkan UMNO/BN lah punya segala krisis pergolakkan di Selangor. Apa yang perlu dielakkan cuma Pilihanraya Negeri yang dilihat hanya menyumbangkan kepada pembaziran wang rakyat.

Satu lagi yang perlu dilihat secara terperinci, apa yang berlaku perkenan Sultan Selangor terhadap Khalid Ibrahim untuk terus menjadi MB dan pemecatan 5 Exco boleh dijadikan senjata PR untuk memburukkan Sultan. Ini tidak mustahil, kerana apa jua yang menghalang 'KETUM' pastinya akan dilebel berat sebelah dan diperang habis-habisan. Dan menyerang sultan bukanlah sesuatu perkara baru dalam politik Pakatan Rakyat.

Untuk rekod, ianya bagai dirancang setiap apa yang berlaku termasuk 'Langkah Kajang' dan perlantikkan Isteri 'KETUM' sebagai MB Selangor pastinya akan saling beriringan bersama kes Mahkamah 'KETUM' yang berlangsung. Jika 'Langkah Kajang' Anwar hangat dibicara kes Liwatnya, krisis MB Selangor pun apa bezanya?