PENCERAMAH-PENCERAMAH PAS SECARA KHUSUSNYA MEMPERMAINKAN AYAT-AYAT AL-QURAN

Pernahkah anda menghadiri ceramah yang diadakan oleh PAS? Siapakah yang kebiasaannya muncul di khalayak ramai memberi ceramah? Pernahkah terfikir di benak fikiran kita sesetengah penceramah yang diundang ke beberapa majlis ceramah adalah bukan berlatar-belakangkan pelajaran agama? Ada yang berkelulusan agama tetapi sumber pengajiannya belum tentu mengikut prinsip dan sillibus ilmu yang dirintis oleh ulama’-ulama’ muktabar dahulu bahkan ada yang tidak pernah kenal erti talaqqi kitab, ilmu diceduk dari akhbar-akhbar, internet, majalah-majalah, kemudian dijadikan modal perbualan di dalam ceramah supaya menjadi hiburan dan gelak ketawa serta tarikan orang ramai.

Sikap pengajian yang tidak berteraskan sillibus ulama’ muktabar ini amat berbahaya terutamanya ada di kalangan mereka yang sanggup menggunakan ayat-ayat Allah sesuka hati untuk digunakan sebagai hujah di dalam ceramah-ceramah mereka dalam menentang pihak lawan. Hasilnya, huraian dan syarahan kepada ayat dan hadis tersebut diselewengkan maknanya supaya mengikut kepentingan peribadi dan mengangkat bakul sendiri.

Terdapat beberapa penceramah yang penulis kenali di dapati banyak menggunakan Ayat Al-Quran dan Al-Hadis bukan pada tempatnya, mentafsirkan Al-Quran berdasarkan kepala otak sendiri, mencari ayat yang berbau politik dan dihuraikan mengikut citarasa sendiri supaya ianya boleh memancing undi beberapa penduduk Masyarakat Islam untuk kepentingan politik mereka. Antara mereka yang penulis dengar sendiri ialah MAT SABU dan beberapa kuncu-kuncunya.

Antara yang penulis kenalpasti menjadi runting dan bahan ceramah oleh beberapa penceramah yang tidak bertanggungawab ini ialah menggunakan firman Allah Ta’ala ;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Yang Bermaksud ;
“ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

Apa yang amat mengejutkan ialah ayat Al-Quran ini seringkali diulang-ulang oleh mereka di dalam ceramah-ceramah, dijadikan bahan gelak ketawa orang ramai, sehingga ada yang bersorakan dan berteriakan kerana kagum dengan kebolehan sesetengah penceramah yang mahir mengubah ayat tersebut, apa yang lebih menyedihkan lagi perkataan mereka ini ditiru-tiru oleh orang awam untuk dijadikan modal berbual di warung-warung dan kedai-kedai kopi tempatan.

Sekadar iktibar umum, cuba lihat bagaimana penceramah-penceramah PAS mentafsirkan ayat ini ;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً

Di dalam ayat ini terdapat dua perkatan yang telah diubah secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai iaitu perkataan;
1. Perkataan Aamanu (آمَنُواْ) di dalam Al-Quran diganti dengan perkataan UMNO
2, Manakala perkataan Kaffah (كَآفَّةً) pula digantikan dengan perkataan PAS.
Selepas pengubahan kalimah-kalimah tersebut maka jadilah makna ayat Al-Quran itu pada sisi mereka ;

"wahai orang-orang UMNO, masuklah kamu keseluruhannya dalam PAS"

LAHAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH..Inilah bahayanya jika hati tidak takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala, taasub dan fanatik sudah menjadi darah dan daging, tidak melihat kesalahan diri sendiri, demi mengejar kepentingan diri sendiri agama dipermainkan sesuka hati, ayat Al-Quran diputarbelitkan dan disalaherti, Islam yang murni lagi suci diperalatkan atas nama perjuangan parti, ketahuilah mahkamah Allah sedang menanti..

Post a Comment