LIVE FRM TENANG : PAS Gagal Untuk mendapatkan RESTU DAPig!

Penasihat DAP Lim Kit Siang telah membuat kenyataan bahawa sukar untuk calon PAS menang di pilihan raya kecil DUN Tenang.

Biasanya Lim Kit Siang bersikap terus terang sepertimana Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dalam membuat kenyataan mengenai sesuatu keadaan atau isu, dan kenyataan tersebut akan diterima sesetengah pihak sebagai jujur tetapi bagi PAS mereka tidak akan membantunya malah menjatuhkan semangatnya di Tenang.

Kenyataan itu juga boleh dianggap oleh pemerhati atau penganalisis politik sebagai tanda DAP tidak lagi senang dengan PAS kerana beberapa pendiriannya akhir-akhir ini menimbulkan keraguan dalam pakatan pembangkang.

Tidak ada ketegasan PAS dalam soal krisis Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Sultan Selangor dan PAS juga turut menentang orang Islam bekerja di premis menjual barangan haram yang bertentangan dengan sikap DAP.

Sebagai Menteri Besar dan juga sebagai pemimpin Islam, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat dan juga Presidennya Haji Hadi Awang tentunya tidak memberitahu apa sebenar dibincangkan mereka bagi pihak PAS, dan Najib bagi pihak UMNO dengan yang Dipertuan Agong pada pertemuan rahsia baru-baru ini.

Tentunya sikap DAP dan orang Cina yang keterlaluan telah memerlukan pertemuan sulit itu diadakan.

Nik Aziz dan Hadi tentulah berpegang kepada janji untuk tidak menceritakan apa yang dibincangkan.

Sejak pertemuan itu tidaklah boleh dinafikan prasangka buruk telah timbul di kalangan Pakatan Rakyat terhadap PAS kerana disyaki menyembunyikan sesuatu terutama di kalangan DAP yang anti Melayu.

Maka itu kemenangan PAS di Tenang tidak lagi dihasratkan oleh DAP kerana ia akan memperkukuhkan moral dan kedudukan PAS. Ia juga dilihat meningkatkan undi PAS dan sekali gus membawa petanda kurang baik kepada orang Cina di Johor.

Maka itu bagi DAP kekalahan PAS di Tenang akan lebih menenangkan perasaannya. Sekurang kurangnya Lim Kit Siang telah menyuarakan sikapnya tidak bersekongkol dengan PAS di Tenang.

- Posted using BlogPress from my iPad

Post a Comment