Live frm Tenang : Tantaik ROMPAK duit rakyat!!


Semalam aku pusing-pusing Tenang mencari ceramah Fitnah dan berita bohong PAS. Destinasi aku Pekan Labis dan Felda Tenang. Sampai di Felda Tenang, aku terus disambut oleh Unit Amal yang menjaga trafik. Sebaik aku mendapat parking, aku pun bergegas ke medan ceramah. Kebetulan ketika aku sampai di medan fitnah PAS ini, Tantawi atau nama samarannya tantaik sibuk merompak duit rakyat.

Dihadapan Aku kira adala lebih kurang 20 orang pengundi tenang yang hadir, yang lain semua adalah jentera import PAS dari Pahang yang menjaga kawasan Felda Tenang ini seperti yang dipetik oleh Tantaik. Tanpa segan silu Tantaik tetiba ditengah-tengah ceramahnya mengumumkan :

"....Sebelum saya lupa pihak penganjur minta kita lancarkan derma jihad fisabilillah bagi kita membiayai gerak kerja-gerak kerja......."

Dan part yang aku paling suka adalah bila Tantaik mengatakan :

"....Sumbangan yang sebanyak mungkin. Jangan beri sikit. Beri sebanyak mungkin. Yang pertama syaratnya syiling saya tak mahu. Buat berat kebekas ja. Beri hak kertas, hak warna unggu (RM50) ke warna merah (RM10) ke, biru kita takmau, kita tolak biru yaa. Kita nak hak hijau (RM5) paling rendah sekali..."

Rasanya jika kita tafsir dari derma yang dipohon, apa yang dapat aku gariskan di sini ialah, PAS takda duit pun nak berkempen. Dengan maksud lain macamna si Mala ni nak bantu rakyat Tenang bila sumber kewangan pun mengharapkan kudrat dari rakyat. Mala juga berjanji akan menyediakan pembangunan untuk rakyat, tapi nak bangunkan apa dengan wang hasil rompak dari rakyat di setiap kali ceramah?

Sedar tak sedar tred meminta derma di setiap kali ceramah tak kirala PAS, PKR mahupun DAPig, tabungnya senantiasa menari2 dicelah-celah berita panas dan fitnah yang di bawa. Tapi setakat mana kita tahu kemana wang yang diderma kononnya untuk fisabilillah ini pergi? Setiap kali ceramah berapa hasil pungutannya? Bayangkan semalam saja ada 3 ceramah PAS di tempat yang berasingan. Berapa hasilnya jika dikira bermula semalam hingga hari terakhir meraih undi?

Liciknya pergerakkan PAS ini bila seorang guru biasa yang bernama Mala setibanya diumum calon PAS maka sekelip mata dapat memiliki honda accord baru untuk membawanya pusing seluruh Tenang bagi meraih undi. Adakah ini dinamakan PAS tidak mempunyai wang? Kemana hasil wang derma anda untuk PAS? Tepuk dada tanya iman anda.

PAS itu Perompak!
PKR itu Peliwat!
DAP itu Komunis!
BN itu Pembela Rakyat!

Post a Comment