PAS : "Pertahankan jumlah undi sebelum ini dah cukup"




Pas tidak memerlukan jumlah undi yang besar bagi calonnya, Normala Sudirman pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.

Sebaliknya Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, cukup bagi parti itu untuk mempertahankan jumlah undi yang diperoleh pada pilihan raya umum sebelum ini.

"Kita mahu pertahankan jumlah undi seperti sebelum ini. Itu sudah cukup bagi Pas," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, calon Pas, Mohd. Saim Siran memperoleh 3,875 undi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Taha dengan majoriti 2,492 undi. Sulaiman memperolehi 6,367 undi.

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian Sulaiman, 59, akibat jangkitan dalam darah dan penyakit kencing manis pada 17 Disember lalu.

- Posted using BlogPress from my iPad

Post a Comment