Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad calon Barisan Nasional untuk Pilihran Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau, Pahang, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Temerloh, Pahang hari ini.
Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Feb lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Februari ini.
Siapa Syed Ibrahim atau Syed Ibra? Jom kita berkenalan dengan beliau.
Syed Ibrahim atau Syed Ibra seperti yang digelarkan oleh saudara mara dan rakan terdekat, baru pulang dari Mesir. Dia mempunyai kelulusan dalam bahasa dan sastera Arab dan diberitahu, beliau tinggal di Mesir agak lama untuk menghabiskan pembelajarannya. Jadi penguasaannya keatas bahasa Arab sangat tinggi atau superb. Mungkin penguasaan bahasa Arab yang tinggi ini lah yang membolehkan Syed Ibra mengikuti kelas kelas pengajaran dan bimbingan ugama secara dekat daripada sheikh2 di Mesir.
Dan si Syed Ibra ini belajar agama secara bertalakki. Cara bertalakki orang Arab difahamkan anak murid duduk seolah olah nya berlaga lutut dengan tuan guru untuk mendapat ilmu dari tok guru. Tempoh yang agak lama di Mesir di gunakan oleh Syed IBra untuk mendalami bidang agama.
Dan berdakwah merupakan kegemaran Syed Ibra. Semasa membantu dalam melakukan siri ceramah di daerah Pekan, Tuan Syed ini menyampaikan mesej agama kepada para pendengar. Dan Syed Ibra mempunyai cara yang unik dalam penyampaian. Suara nya yang garau dan kepetahan serta kelancaran mengupas dan menghuraikan masaalah keagamaan menarik minat semua yang mendengar termasuk lah pengikut parti PAS.
- Posted using BlogPress from my iPad
Post a Comment