LADANG RAKYAT : PAS TIDAK RAMPAS TANAH RAKYAT TAPI RAKYAT YANG RAMPAS TANAH PAS?


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan kerajaan negeri itu merampas tanah rakyat yang didakwa berlaku di pedalaman Hulu Kelantan.

Beliau mengingatkan rakyat Kelantan agar tidak mengaku tanah diterokai adalah milik mereka selagi tanah itu belum dikeluarkan geran yang mengiktiraf pemiliknya.

Isu ladang rakyat menimbulkan kemarahan beberapa pihak apabila 500 Orang Asli berdemonstrasi menuntut kerajaan PAS menyerahkan kembali tanah adat mereka di hadapan pejabat Tanah dan Galian Gua Musang serta menyerahkan memorandum pada 18 Mei lepas.

Pada 16 Mei lalu, kira-kira 1,000 daripada berapa badan bukan kerajaan (NGO)Kelantan dan Pemuda Umno mengadakan demonstrasi dengan berpakaian merah membantah projek ladang rakyat kerana didakwa berlaku penyelewengan di hadapan pejabat kerajaan negeri, Kota Darulnaim, Kota Baharu.

Pada 27 April lepas, tiga lelaki kaum Orang Asli Temiar dari Pos Belatim memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya menghalang kerajaan PAS Kelantan daripada meluluskan tanah di Pos Belatim, Gua Musang kepada Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan untuk projek Ladang Rakyat.

GHOSTWRITER : "APA YANG AKU FAHAM MAKSUD NIK AJIS ADALAH KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK MERAMPAS TANAH DARI RAKYAT, TAPI RAKYAT YANG RAMPAS TANAH KERAJAAN PAS"

Post a Comment