PAS BANGGA KERAJAAN DAP PULAU PINANG BINA SURAU PERTAMA GUNA DUIT CARUMAN SURAU!!


Surau pertama di Padang Kota Lama bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan jadi kenyataan pada bulan Julai 2013 akan datang apabila kerja- kerja pembinaan akan dimulai dalam masa terdekat. 
Demikian kata, Ahli Majlis MPPP, Haji Yusof Mohd Noor. 
Beliau berkata demikian selepas majlis lawatan tapak dan taklimat ringkas oleh Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Datuk Malik Kasim bersama Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Saleh Man pagi tadi. 
"Apa yang disuarakan kepada MPPP dah jadi kenyataan.  Tidak lama lagi masyarakat Islam yang datang bersiar-siar di tepi pantai bersama keluarga atau ingin menghirup udara senja tidak lagi tergesa-gesa mencari surau bila sampai waktu solat," tegasnya. 
Surau yang asalnya tempat letak kereta akan dibina oleh Maznoora Enterprise dibuat secara tender terbuka berkeluasan 160 meter persegi bernilai RM175,200 hasil wang caruman surau. 
Ia bakal boleh menempatkan 70 jemaah sekali gus iaitu 40 jemaah lelaki dan 30 perempuan. 
Pembinaan tersebut melibatkan kerja-kerja membina tandas lelaki, perempuan serta tandas Orang Kurang Upaya (OKU) yang masing-masing berkeluasan 29.28 meterpersegi. 
"Ini adalah kejayaan PAS yang bersuara melalui MPPP.  Setelah 50 tahun baru sekarang ianya jadi kenyataan.  
"Di waktu Umno berkuasa dulu mereka tidak berfikir untuk melaksanakanya maklumlah parti itu lebih condong pada hiburan mana ada masa lontarkan ideal ke arah martabatkan Islam," ujarnya.
Sumber HaPrak Daily.net


Terkedu PAS bila DAP hari ini sempena PRU13 yang semakin hampir membina Surau SEBIJI JER di Pulau Pinang. Yang lebih penting, baca betul-betul - Surau yang dibina hasil kutipan WANG CARUMAN SURAU bukannya datang dari wang kerajaan DAP. Persoalan dimana sumbangan kerajaan BERKEBAJIKAN PAS?

Nak aku senaraikan Masjid yang dibina UMNO? UMNO PERINTAH TAK PENAH TERFIKIR? Sedapnya menulis siHaprakDaily ni.. Persoalan timbul, berapa buah Masjid dah kerajaan BERKEBAJIKAN PAS bina kat Kelantan? Negeri yang dipimpin oleh TokGURU PAS sendiri?

Post a Comment