Krisis yang berlaku di Lahad Datu sebenarnya memang telah lama berlaku. Hal ini demikian banyak cerita dan kisah telah dikupas. Namun entry kali ini aku ambil dari orang fb orang Tausug sendiri. Pendedahan bermula apabila posting berkenaan perhimbunan dan agenda seperti dibawah :
PERHIMPUNAN NUR MISUARI DAN MNLF DI PULAU JOLO SULU PADA 3hb Januari 2013...
AGENDA:
-Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi PEMERINTAHAN MILF-FILIPINA yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.
-Mendapatkan sokongan dan saranan apakah TAUSUG bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan NOERTH BORNEO SEMULA? KALAU NAK TUNTUT BAGAIMANA? ADAKAH PERLU MENGANGKAT KESULTANAN SULU? KALAU YA, SIAPA SULTAN YANG DISOKONG DAN DIDOKONG?
-Mencanangkan bahawa Malaysia dan Filipina bersama MILF bersekongkol memperbodohkan MNLF dengan membuat perjanjian baru sedangkan perjanjian lama belum dilaksanakan.
Dan Kisah siapa dalang didedahkan sendiri oleh orang Tausug menerusi komen yang secara jelas membuktikan Anwar Ibrahim memang terlibat secara langsung dengan krisis pencerobohan di Lahad Datu.
Dari komen di atas aku dapat simpulkan bahawa orang Tausug berada dalam dilema. sudah lama mereka memendamrasa kepada kerajaan Malaysia. Dari situ hadirnya raja segala dalang yang mampu berjanji apa saja, tunainya tidak, yang penting jawatan PM menjadi haknya.
Dek kerana percaya janji manis Anwar Ibrahim, kini tibalah masa yang paling sesuai sempena Pilihanraya Umum 13, isu ini dibangkitkan. Harapannya seluruh negara menumpu ke arah kegagalan Kerajaan Memerintah untuk melihat rintihan rakyat dari orang Tausug ini.
Mereka sayangkan Malaysia, namun siapa yang mendengar suara rintihan isi hati mereka. Hadirnya harapan BESAR dari Pakatan Rakyat memberikan khabar baru yang menggembirakan mereka. Kebangkitan adalah hasil suntikan dalang yang bijak memain catur dan pandai mengatur bila masa yang sesuai untuk memulakan pergolakkan.
Patutlah setiap kenyataan Anwar sebelum ini hanyala berkisah terhadap kerajaan gagal itu dan ini. Jelas sekali lagi yang dinyanyikan sepanjang Disember tahun lepas adalah makna yang niat dan suntik terhadap kaum Tausug telah berjaya dilakukan. Hasilnya kita lihat hari ini. Pergolakkan telah bermula.
Apapun paling menyentuh perasaan aku apabila MELAYU turut dijadikan agenda. Komen berkenaan UMNO dan PAS sepatutnya bersatu pun ada. Ini semua kerana bangsa melayu dan Islam itu sendiri. Mana nak letak muka. Orang lain memerhatikan kita. Kita sibuk nak berpecah belah tanpa memikirkan hak kita adalah hak bersama. Yang dikejar dan dipelihara adalah sama.
kesatuan itu perlu dimulakan oleh ORANG MELAYU sendiri yg bangga dengan kemelayuannya di Malaysia... mereka kena tunjukkan teladan BERGABUNG bukan berseteru sesama Melayu (politik)....
Sumber fb Asree Sug
Post a Comment