PRK #KualaBesut : Analisis Kronologi Strategi #PakatanRanjang #kbesutkini @Besutlening


Sejak  dari hari kematian Allahyarham Dr Rrahman, PAS dan Anwar Ibrahim dan ketua menjadikan kematian Wakil Rakyat BN ini sebagai khabar gembira seolah-olah mereka begitu yakin dan pasti akan menang dan langsung tidak menghormati perasaan sedih keluarga Allahyarham malah apa sahaja balasungkawa yang menimpa BN, semuanya dijadikan khabar gembira oleh kumpulan manusia durjana ini yang berpegang pada matlamat menghalalkan cara.

PRK Kuala Besut ini makin mendedahkan wajah busuk PAS yang selama ini terselindung disebalik ucapan retorik dan topeng Islam terutamanya PAS Besut sendiri kerana perbalahan peribadi antara Nik Zawawi bekas calon dan ADUN Kuala Besut  tahun 1999 dengan Wan Azhar YDP PAS Besut yang juga bekas calon di Jertih menyebabkan PAS akhirnya menjadikan Endut@Azlan@Che Long sebagai calon yang membawa harapan PAS untuk menawan Kuala Besut. 

Calon yang dikatakan boleh mengelakkan cah keting dikalangan penyokong Nik Zawawi dan Wan Azhar ini rupa-rupanya boleh mengundang cah keting yang lebih besar kepada PAS sendiri, PAS terperangkap dengan strategi politik yang jahat lagi dayus.!

Endut@Azlan@Che Long sebagai Bendahari PAS Besut yang terpilih rupa-rupanya mempunyai strategi dan plan politik beliau tersendiri dan sebagai kontaraktor, jiwa rakus dan gelojoh tidak boleh dipisahkan walaupun telah ditarbiah oleh PAS sejak meninggalkan Pemuda UMNO dulu malah kenyataan awal beliau yang mensyaratkan supaya pemilihannya harus dikuti dengan perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Jentera PRK Kuala Besut mengejutkan banyak pihak di dalam PAS. 


Pengumuman Presiden PAS,Hadi Awang ternyata  memalukan PAS Terengganu, seolah-olah maruah PAS Terengganu dipijak-pijak kerana ketika PRK Kuala Besut, Husam Musa yang telah ditolak oleh kerajaan Negeri  Kelantan atas arahan Tuanku Sultan Kelantan pula dilantik dengan alasan murahan namun segalanya makin terjawab, rupa-rupanya Endut@Azlan@Che Long ini adalah proksi Husam yang dikatakan banyak menyimpan harta dan kekayaan Husam Musa yang dipunggah dari rakyat Kelantan selama ini. 

Dikatakan juga banyak kekayaan dan perniagaan beliau adalah milik bersama antara beliau dengan Husam dan oleh itu tidak hairanlah bila PAS  amat berbangga sehingga menjadi fokus kempen PAS bahawa calon mereka adalah orang kaya, ini juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat Kuala Besut yang seolah-olah mereka ini terlalu miskin serta papa kedana hingga memerlukan orang kaya sebagai pemimpin mereka.

Pondok Abe Long Kontraktor yang sangat 'Daif dan Bersederhana'

Seolah-olah semua masalah rakyat Kuala Besut boleh diselesaikan dengan kekayaan milik Che Long. Dan PAS terlupa kepada pesan Saidina Ali ketika ditanya antara ilmu dengan harta mana lebih baik? Ali menjawab ilmu, kerana harta jika dibelanja ianya makin habis,sebaliknya ilmu bila dibelanja makin bertambah; dan kita tidak mahu rakyat Kuala Besut  lali serta terlupa bahawa jika Che Long menang, yang akan menjadi kuat dan berkuasa k eatas Che Long sebenarnya bukan PAS tetapi Husam Musa.

Lihat sahaja pengabdian Che Long terhadap Husam Musa sewaktu PRU13 yang lepas sehingga sanggup meninggalkan Nafisah,calon PAS Kuala Besut sebelum ini bersendirian dan  terkontang kanting hingga tewas dalam PRU13 yang lepas di DUN Kuala Besut. Berapa banyak sumbangan Che Long untuk Nafisah di Kuala Besut ketika itu berbanding  sumbangan Che Long kepada Husam di DUN Salor dan Parlimen Putrajaya sehinggakan pada hari mengundi pun Che Long tetap berada di Putrajaya dan timbul pertanyaan adakah Che Long balik mengundi menyokong Nafisah di Kuala Besut? Berapa ramai keluarga Che Long keluar membantu kempen dan mengundi Nafisah? Apakah perjuangan politik Che Long untuk PAS Besut  atau perjuangannya hanya untuk Husam Musa? 

Post a Comment