"Jika sudah menjadi fanatik terhadap Anwar Ibrahim apa-apa pun boleh terjadi" - Anak Kapten #MH370 #PrayforMH370 #Pray4MH370



Ahad lalu akhbar Dailymail online melaporkan bahawa juruterbang pesawat MH370 yang hilang masuk hari ke 10 merupakan penyokong fanatik Anwar Ibrahim.

Tidak menolak kemungkinan pesawat itu dirampas oleh juruterbang tersebut kerana beliau kecewa apabila Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari dan dijatuhi hukuman penjara.

Menurut laporan itu, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim di mana pemimpin itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Zaharie merupakan seorang aktivis politik yang lantang bersuara, dan bimbang sekiranya keputusan mahkamah itu akan membuatnya sedih.


Jika sudah menjadi fanatik terhadap Anwar Ibrahim apa-apa pun boleh terjadi seperti yang berlaku kepada bukan sahaja anak-anak muda malah orang dewasa yang berpangkat sekalipun yang sanggup mengabdikan diri untuk mempertahankan Anwar Ibrahim walaupun Anwar Ibrahim didapati bersalah.