Biar apapun alasan yang diberikan terhadap kenyataan TGNA bahawa kesediaan kerajaan PAS Kelatan untuk meminda atau menggubal undang-undang bagi membolehkan orang bukan melayu memerintah tampuk pemerintahan Kelantan sebagai Menteri Besar amatlah mendukacitakan dan mengguris perasaan orang melayu khasnya melayu Kelantan.
Bagi menyaport kenyataan ini, TGNA telah mengeluarkan fatwanya yakni bahawa, Islam tidak memandang bangsa dalam memilih kepimpinan tetapi melihat kepada kelayakkan dan akhlak seseorang itu memang bertepatan dengan kehendak Islam. (memang Islam tidak memandang pada bangsa, sebab Islam dianuti oleh pelbagai bangsa : dalam kontek Malaysia, bangsa Melayu agamanya Islam, adakah cina dan india juga Islam? kalu adapun berapa kerat ja? Jika mereka pun Islam, ya... aku sokong mereka untuk menjadi pemimpin, ini tidak!)
Persoalan aku, kenapa TGNA sanggup menolak melayu dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh dijadikan polemik politik oleh kaum-kaum lain di Malaysia? Adakah dek kerana hak samarata dan samarasa yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat?
Tidak adakah lagi Melayu Kelantan yang beragama Islam lain berkelayakkan dan berakhlak tinggi untuk digantikkan dengan TGNA? Sekiranya "bulan" berjaya, dan ditakdirkan PAS memerintah Malaysia suatu ketika nanti, tidak mustahil orang melayu akan melihat mungkin ramai lagi MB di negeri-negeri lain di Malaysia bukan melayu. Siapa sahaja boleh dilantik janji berkelayakkan dan berakhlak termasuk dalam pelantikan PM, tidak semestinya DSAI.
Apakah ini satu strategi politik PAS yang menjalankan buah caturnya untuk mengalih tangkapan umum tentang situasi panas yang berlaku di Kelantan, antaranya kes yang melibatkan menantu TGNA sehingga membawakan kepada perletakkan jawatan Pegawai Eksekutif PMBK.
ghostwriter: setiap undi anda akan disoal oleh Allah SWT nanti. Adakah undi anda kepada pemimpin yang beragama Islam?

(sila klik gambar untuk besarkan)aku ada baca paper Sinar Harian dalam ruangan wawancara@Sinar pada 28 Disember 2009. Muka N10 ada kisah di sebalik peliwat yang didedahkan oleh Anuar Shaari yang juga merupakan bekas Setiausaha Sulit DSAI. Yang aku nak bangkitkan di sini, siapa berani sangkal yang DSAI MEMANG :
- Anwar adalah pemimpin melyu pertama dalam sejarah bangsa melayu yang menolak melayu sendiri.
- Anwar menggunakan perkataan melayu untuk menghancurkan melayu sendiri
- Anwar melancarkan serangan terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang banyak mempertahankan melayu.
- Anwar banyak memanipulasi minda penyokong dengan mengatakan melayu bertanggungjawab menghancurkan melayu.
- Anwar secara jelas memberi ruang kepada bukan Islam untuk mempertikaikan dan mengambil kesempatan terhadap Islam.
- Anwar menggunakan BTN untuk kepentingan peribadi.
ghostwriter : Aku nak tanya kat puak penyokong aljuburi..Anwar Pengkhianat Sebenar Orang Melayu,SIAPA BERANI SANGKAL?
RUKUN NEGARA
LATAR BELAKANG
Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.
MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.
i)Matlamat Rukun Negara - mengukuhkan perpaduan. memelihara corak hidup demokratik. mencipta sebuah masyarakat yang adil. menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.
ii)Prinsip-prinsip Rukun Negara -
a)Kepercayaan kepada Tuhan - agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.
b)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara - semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.
c)Keluhuran Perlembagaan - perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya
d)Kedaulatan Undang-Undang - rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
e)Kesopanan Dan Kesusilaan - rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

KENYATAAN TUN SAMBHATAN
Di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.
Pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.
“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.
“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka dengan mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.
Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.
Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?”