Nah..bila jadi macamni, baru kita tahu, kenapa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu? Habis gereja diserang, dibakar, disimbah cat. Jangan sampai berlaku perkara yang sama terhadap masjid dan surau, jika serangan balas ini berlaku, aku kofrem mesti perang besar akan berlaku antara umat Islam dan kristian di negara ini.
Sebelum sampai ke tahap berperang, aku rasa kerajaan mesti bertindak tegas dengan menggunakan ISA. Terkini yang aku baca di Bernama online ada 7 lagi gereja yang diserang selepas 2 di Petaling Jaya dan Ipoh.
Kenapa ISA perlu bagi menangani isu ini?
- Isu ini dijangka boleh menyebabkan ketegangan di kalangan orang Melayu kerana dianggap menggugat kesucian agama Islam kerana kalimah Allah hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja.
- Sekiranya perkataan Allah dibenarkan penggunaannya dalam akhbar tersebut, maka agama lain juga akan memohon untuk menerbitkan kalimah tersebut serta kalimah-kalimah lain berkaitan agama Islam dalam penerbitan melibatkan agama mereka.
- Isu ini boleh dianggap sebagai isu yang sangat sensitif dan berprofil tinggi memandangkan kes ini melibatkan soal sensitiviti agama, menyentuh kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan melibatkan beberapa Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama.
Bab tuduhan orang UMNO dan kerajaan saja terlibat dalam perkara demontrasi ini, seratus peratus aku nafikan. Kita boleh cakap kita berparti politik, berbeza fahaman politik, tapi bila sebut Allah, Islam, kita mesti bersatu menentang habis-habisan. Jangan harap kita nak duk diam.
Kenapa PAS duk diam ka? Jumaat lalu di Masjid Wilayah siapa dalang demontrasi membantah penggunaan nama Allah? PAS anjur bantahan yang sama seperti yang dianjurkan oleh UMNO di Masjid Negara. Yang aku pelik, kenapa egonya PAS dan umat Islam, walapun berada di belah yang sama tetapi gagal bersatu? Kenapa di Penang boleh jer PAS, PKR dan UMNO bersatu menentang musuh yang sama?
Apa tindakan Pemimpin Pembangkang?
- mengambil peluang ini untuk terus melakukan provokasi keagamaan, menyemarakkan ketegangan dan menyalahkan kerajaan yang gagal melakukan tindakan yang boleh meleraikan kekusutan dan membuat keputusan yang boleh diterima oleh semua pihak.
- mengeluarkan kenyataan diplomatik bagi mengambil hati parti komponen yang mewakili kaum bukan Melayu bagi tujuan kepentingan politik
ghostwriter : ISA perlu dilaksanakan dengan segera!
Post a Comment