Ahli-ahli PKR beragama Islam jadi tunggul dan rela membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila cuba buat pandai tafsir ayat Al Quran tetapi rupa-rupanya tunggang-langgang dan terkeluar daripada maksud sebenar ayat.
Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kesavan Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.
Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:
"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."
Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.
Yang bodohnya ahli-ahli PKR beragama Islam , bila selesai membaca tafsir ayat tersebut, perwakilan PKR bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.
Insiden ini jelas memalukan dan mempermainkan ayat suci Al Quran dan tiada seekor pun orang PKR beragama Islam berani tegur .
sumber sejarahmelayu.blogspot.com
sumber sejarahmelayu.blogspot.com
Post a Comment