BONGKAR!! GERAKAN HIMPUNAN HIJAU BERSAMA BERSIH 3.0 di Kelantan

Maklumat Terkini yang baru aku terima untuk diBONGKARKAN. Jom Baca!!

Penaja Kumpulan Suara Bulan iaitu kumpulan aktivis bloger Cina pro PAS, En. Li Yong Khung baru-baru ini memaklumkan dalam Ceramah “Stop Lynas, Save Malaysia’ di Kota Baharu anjuran kumpulannya pada 13 April 2012 bahawa penglibatan keturunan Cina Kelantan dalam himpunan Hijau  2.0 di Kuantan amat sedikit sedangkan Hijau 2.0 mempunyai misi untuk menghentikan projek Lynas  kerana bahan radioaktif sisa buangan nadir bumi boleh mengancam kesihatan manusia selama berjuta-juta tahun.
Pada kesempatan Hijau 3.0 yang akan diadakan serentak dengan BERSIH 3.0 di K.L. pada 28 April 2012, Kumpulan Suara Bulan ingin mengumpulkan semua peserta Cina Kelantan yang berminat untuk menghadiri himpunan Hijau 3.0 dengan menyediakan bas percuma bagi pengangkutan ke Dataran Merdeka pada 28 April 2012.  Semua peserta hanya dikenakan bayaran RM50 sahaja  untuk perjalanan pergi dan balik selama dua hari termasuk satu  malam penginapan berserta T-shirt  Hijau 3.0. 
Tanpa mengira respons penyertaan, sudah pasti penaja Kumpulan Suara Bulan dilihat berjaya menonjolkan diri beliau di mata kerajaan negeri dan ia menjadi modal untuk beliau apabila mahu memohon projek di bawah kerajaan negeri. 

BONGKAR ATUR CARA GERAKAN HIJAU DAN KUNING

    Satu Urus Setia menguruskan pendaftaran peserta Hijau 3.0 telah ditubuhkan di bawah penerajuan Kumpulan Suara Bulan.  
    Keturunan Cina yang mencapai umur 21 ke atas dialu-alukan mendaftar untuk menyertai rombongan Hijau 3.0 ke K.L. 
    Pendaftaran penyertaan akan tamat pada 25 April 2012.
    Pusat Operasi kumpulan tersebut ialah Bilik Gerakan PAS DUN Kota Lama yang berkempen untuk YB Anuar Tan Abdullah.
    Semua peserta akan melapor diri di Bilik Gerakan PAS DUN Kota Lama pada 26 April 2012 pukul 11.00 malam.
    Bas akan bertolak ke K.L. pada 26 April 2012 pukul 12.00 malam.
    Tiba di K.L. pada 27 April 2012 pukul 9.00 pagi. Lawatan di sekitar K.L. dan menginap di K.L.
    Semua peserta akan berhimpun di KLCC pada 28 April 2012 pukul 12.00 pagi.
    Semua peserta akan berarak ke Dataran Merdeka untuk menyertai himpunan "Duduk dan Bantah" bersama kumpulan BERSIH 3.0 berbaju kuning pada 28 April 2012 pukul 2.00 petang.
    Bertolak balik ke Kota Bharu pukul 8.00 malam.

    ADAKAH DRAMA INI AKAN DITAYANGKAN SEMULA? BERSAMA KITA NANTIKAN...

    HAPUSKAN PTPTN?

    Bunyinya memang menarik pengundi muda terutamanya yang tertekan dengan hutang selepas tamat pengajian, namun siapakah disebalik penubuhan PTPTN? Adakah kita kaji? Atau kita tidak tahu? Jawapannya ada pada Anwar Ibrahim, Jom kita tanya dia!

    Lagi satu, kenapa Pembangkang nak sangat PTPTN dihapuskan? Terutamanya DAP. Kaji balik, sapa yang selalu terdorong untuk berutang dengan PTPTN? Tentunya Melayu yang tidak mempunyai wang untuk menyambung pelajaran Mereka. Bagi cina, tentunya tiada masalah, kerana tabung pengajian anak-anak mereka telah dirancang sejak awal usia perkahwinan lagi.

    Kesempatan yang ada, HAPUSKAN PTPTN, tentunya terhapuslah peluang melayu untuk menyambung pelajaran. Fikir-fikirkanlah. Salah siapa? PTPTN atau diri sendiri. Kemudahan PTPTN untuk mereka yang memerlukan, bukan untuk anak muda kita mudah menjoli membeli handphone dan sebagainya. LUAHAN AKU YANG JUGA ANAK MUDA YANG MENGGUNAKAN PTPTN. Namun Alhamdulillah. Sudah seslesaikan semua hutang PPTN dan kini bergaji melebihi RM4000 sebulan. Tanpa peluang menyambung pelajaran, mungkin aku kini bergaji RM400 jer. Syukur padaMu, Allah SWT.