[ #PRU13 #GE ] ANALISIS AWAL BN dijangka MENANG SEHINGGA 155 KERUSI PARLIMEN!!


NEGERIBNPASPKRDAPBEBAS
PERLIS33001
KEDAH 158705
KELANTAN1311303
TERENGGANU87102
PULAU PINANG132474
PERAK2471077
PAHANG146536
SELANGOR22711417
WPKL111556
PUTRAJAYA11000
NEGERI SEMBILAN83324
MELAKA 61320
JOHOR2681262
LABUAN11140
SABAH25219015
SARAWAK31515117
JUMLAH221739951
79
Di atas adalah jumlah parti-parti bertanding di dalam PRU-13. Analisis ini tidak memasukkan parti-parti seperti KITA, BERJASA, STAR dan sebagainya.
1. Dengan 79 calon bertanding di pelbagai kerusi parlimen, jika ada yang perasan nak kata BEBAS adalah third force dalam pilihan raya kali ini tersasar dan pendapat bahalol.

2. Ahli BN yang bertanding BEBAS tidaklah mewakili third force melainkan orang kecewa yang perasan hebat boleh menang dengan namanya sendiri.

3. Peluang Ibrahim Ali adalah lebih cerah apabila calon BN memberikan laluan kepada beliau.

4. Peluang Kamilia agak sukar melainkan kalau beliau mendapat sokongan daripada Rafidah Aziz dan kesemua wanita di Parlimen tersebut.

5. Calon seperti Shariff Omar yang kecewa mempunyai harapan tetapi bergantung kepada sentimen kasihan.

6. Pilihan raya kali ini, untuk membaca tahap sokongan amat mengelirukan kerana perpecahan pola pengundian.

7. Bagi kawasan-kawasan bandar dan pengundi Cinanya lebih 40%, BN perlu bekerja lebih kuat. Parti komponen GERAKAN dan MCA khasnya perlu benar-benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan mencapai kemenangan.

8. Kawasan majoriti Melayu tak termasuk kawasan tradisi PAS, akan berpihak kepada BN.
Pemilihan calon dan kepimpinan ALi Rustam di Melaka boleh dipuji, dari segi BEBAS di kerusi Parlimen, tiada langsung calon. (DUN masih belum dikaji)

9. Jika 2008 merupakan pilihan raya sentimen dan emosi, pilihan raya 2013 lebih hebat apabila ramai pemimpin BN menunjukkan sikap sebenar menentang BN sebagai calon BEBAS.

10. Penyokong atas pagar yang lari dari BN pada 2008, diperhatikan masih lagi di atas pagar kerana pemimpin dan calon BN masih tidak berubah sikap, namun jentera pro BN di lapangan dan MEDIA SIBER berjaya membuka pandangan mereka bahawa PEMBANGKANG juga tidak suci dan mempunyai kelemahan yang sama sebagai contoh menyalahgunakan kuasa sebagai Kerajaan negeri dan pegawai yang berkuasa.

11. BN dijangka akan menang PRU kali ini dengan ‘Faktor NAJIB’.

12. Kejayaan Najib dengan program transformasinya menambat hati pengundi.

13. Namun, kemenangan ini dijangka masih gagal menyamai kemenangan pada PRU 2004.

14. BN dijangka memenangi 145 hingga 155 kerusi parlimen besar kemungkinan mampu mendapat majoriti 2/3 iaitu 148 kerusi.

15. Pembangkang dijangka kurang mampu memenangi parlimen malah akan kehilangan beberapa lagi negeri.

SUMBER : lolong

Post a Comment