Selepas Gugurkan Negara Islam, PAS cuba jadi CikGu Sejarah dari telunjuk DAP?

Satu demi satu kesundalan PAS dihidupkan bagi membantu golongan roket untuk membawa pulang komunis yang dianggap hero. Golongan Roket (DAP) sudah tahu, jika mereka yang membangkitkan isu sejarah kemerdekaan pasti mereka akan terperangkap dengan hasrat disebalik itu. Maka untuk mencapai hasrat busuk mereka itu, PAS digunakan sebagai alat untuk membuka mata melayu yang kononnya UMNO/BN telah berbohong dalam menulis sejarah yang terdahulu. 

Perbagai gesaan antaranya mahu kerajaan BN menubuhkan panel kabinet untuk mengkaji semula sejarah dah sebagainya adalah berasaskan kepada penggerak utama gerakan dalam DAP dalam Pakatan Rakyat. 

PKR dilihat sebagai sebuah parti yang hampir rebah dengan masalah moral Pemimpinnya yang semakin meluat dimata DAP. Kini DAP juga dah mula sedar bahawa Anwar Brahim bukan lagi sandaran mereka untuk memecah belahkan melayu. Bisa Anwar semakin kurang kerana hari demi hari rakyat semakin muat dengan sifat tangguh menangguh yang dimainkan oleh pemimpin keadilan itu. 

PAS pula selepas membuang jauh Negara Islamnya, dan menubuhkan pula negara berkebajikan. ISTILAH Inggeris ''negara berkebajikan'' menurut ahli sejarah tersohor British, Asa Briggs telah diperkenalkan oleh Archbishop (Ketua Paderi) bernama William Temple semasa Perang Dunia Kedua. 

Negara berkebajikan menurut prinsip Barat, yang mahu dibawa oleh DAP, dipersetujui oleh PKR sehingga Pas sanggup menggugurkan konsep Negara Islam, adalah berasaskan kepada prinsip iaitu peluang yang saksama, pembahagian kekayaan yang sama-rata dan tanggungjawab semua membantu yang susah. 

Namun jika dikaji secara halus ia adalah konsep Malaysian Malaysia yang pernah diangkat oleh pemimpin PAP Singapura, Lee Kuan Yew - sehinggalah ia mendapat hak kemerdekaan memerintah negara pulau itu - hasil tekanannya yang mahu melaksanakan dasar itu ke atas Tanah Melayu. Kini Malaysian Malaysia, satu konsep yang mahu mengetepikan hak keistimewaan satu bangsa lain dan hak-haknya sedang dijana secara sistematik oleh DAP, parti serpihan PAP. 

Negara berkebajikan, yang tiada pun diambil daripada rukun pembinaan negara Islam, akan diperkenalkan sekiranya Malaysia ini diambil alih oleh DAP kelak. Jika dilaksanakan nanti, ia bukan lagi merupakan dasar ekonomi yang membantu kaum-kaum yang susah dan menyeimbangkan kesejahteraan antara kaum seperti yang dilaksanakan dengan jayanya di negara ini. 

Kita amat bimbang, selepas DAP berjaya membuang negara Islam PAS, PAS jadi penggerak menyerang fakta sejarah Malaysia bagi menjayakan Malaysian Malaysia ini. Jika dikaji, ini merupakan gerakan halus DAP yang berjaya dilakukan dengan penuh perancangan yang teliti.

Cuma kita sahaja yang masih diulit lena dengan mimpi basah DAP yang cenderung berdiam diri dalam isu Sejarah Malaysia yang dibawakan oleh PAS ini. Apakah tindakan PAS hari ini adalah tindakan mereka sendiri atau mereka adalah penggerak dari telunjuk DAP? Fikir-fikirkanlah....

Post a Comment