Beratur Panjang untuk INTERVIEW

Dalam sibuk-sibuk kita duk pikir nak buang duit untuk pilihanraya di Penanti selepas rakan dari PKR dah elok-elok jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pi letak jawatan, anakmuda nak respon kat nasib anak-anak muda yang lain. Diorang ni berpendidikan. Belajar sampai dapat ijazah, tapi masih tenggelam timbul dalam dunia arus mencari pekerjaan. Ini yang sepatutnya kita pandang. anakmuda dapat rasai perit jerih ramai geng anakmuda yang masih lagi mencari-cari peluang untuk berkerja.

Terkini dalam gambar di atas. Orang ramai beratur panjang untuk interview jawatan Kontrak kat Jabatan Pelajaran. Gambar ni diambil hari ini. Bayangkan inilah produk universiti yang terpaksa bersaing untuk dapatkan pekerjaan. Wahai Yang Berhormat, pandangla mereka, jangan hanya pandai berjanji saja. Tapi kata tak dikota. Banyakkan lagi peluang pekerjaan untuk warga tempatan. Bukan Warga asing yang hanya menumpang mengaut hasil untuk di bawa pulang. Apa yang MALAYSIA dapat? Bersatula MALAYSIA.

Post a Comment