BN Konfrem tak bertanding di Penanti


Barisan Nasional hari ini membuat keputusan untuk tidak bertanding di DUN Penanti. anakmuda berpandangan, ini merupakan satu keputusan yang bijak kerana apa yang berlaku di Penanti adalah wayang Parti Kelentong Rakyat (PKR) semata-mata. Selain menjimatkan duit rakyat, dengan keputusan yang amat berani ini, anakmuda melihat satu perubahan yang besar terhadap pucuk pimpinan sekarang. Satu anjakan paradigma yang mana rakyat dapat melihat kematangan BN dalam memikirkan apa yang perlu diutamakan. Bukan piliharaya yang dikejar, tapi masalah rakyat diutamakan. anakmuda TABIK keputusan ini.

Apapun, ini hari pertama anakmuda di Penanti.. nantikan laporan anakmuda yang terkini, tepat dan betul. Dari mata rakyat untuk rakyat..

Post a Comment