Dewasa kini kita banyak mendengar pelbagai cerita, kritikan serta janji pelbagai pihak dalam memenangi hati rakyat. Bagi kaca mata anakmuda, politik di Malaysia kini tidak lagi seperti zaman di awal kemerdekaan. Walaupun anakmuda baru setahun jagung menjadi pemerhati politik, anakmuda dapat bezakan. Jika dahulu, perjuangan politik betul-betul untuk membina negara dan membantu rakyat, kini ermm.. susah nak kata. mungkin untuk poket sendiri. Janji ditanam, disemai, tetapi semasa menuai, dituai untuk dimakan sendiri. anakmuda sedih melihat generasi sekarang yang terlalu banyak percaya dengan kata dan janji sedangkan mereka tidak pernah melihat bukti.
Post a Comment