PENANTI - Berentap Empat Penjuru


DUN Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Parti Kelontong Rakyat (PKR), Mansor Othman, 59 dan masing-masing Bebas Aminah Abdullah, 57, Kamarul Ramizu Idris, 42 dan Nai Khan Ari A/L Nai Keow, 41. Malang bagi seorang lagi calon Bebas Mohd Saberi Othman, 49 apabila penyertaannya ditolak kerana pernah mempunyai rekod muflis.Terkejut anakmuda apabila bekas calon Bebas di Parlimen Bukit Gantang, Kamarul Ramizu Idris, 42 tiba-tiba muncul pada pukul 9.15 pagi di Pusat Penamaan Calon di Dewan IKBN, Bukit Mertajam ini.

Lebih kurang 3000 penyokong Pembohong Rakyat (PR) datang bersama Calon Mansor Othman sambil menjerit Reformasi dan slogan biasa PAS "Takbir". Boleh dikatakan semua pemimpin pembangkang datang bersama penyokong parti masing-masing. Ini termasuklah MB Perak Paling Singkat, Nizar.

Apapun anakmuda lihat situasi terkawal, Tahniah PDRM!! Semoga pilihanraya kali ini berlangsung dengan aman. Buat penyokong BN, anda masih ada parti Bebas. Jangan sekongkol dengan Pembohong Rakyat (PR) tambah-tambah lagi Parti Kelentong Rakyat (PKR).


Post a Comment