Tahniah Usahawan Kitar Semula Bumiputra







Pagi ini anakmuda bersarapan di sebuah gerai di area Tanah Liat, Bukit Mertajam. Ketika sedang minum anakmuda diberitahu terdapat sorang usahawan kitar semula di belakang gerai minum tersebut. Selesai minum pagi, anakmuda terus ke belakang gerai itu. anakmuda melihat seorang Usahawan Kitar Semula Bumiputera sedang sibuk membaiki salah satu television di celah-celah himpunan television terpakai. Selain television, terdapat juga kipas angin, radio, vcd / dvd player yang dibaiki untuk dijual semula kepada sama ada orang yang datang terus ke rumahnya atau tapak-tapak pasar malam.

Apa yang menarik perhatian anakmuda, semua barang elektrik ini dibiarkan bertimbun secara terbuka. Bagi pelanggan yang datang terus ke rumah ini , anda boleh memilih barang elektrik yang dikehendaki, dan selepas itu pengusahanya akan terus membaiki sebelum dijual. Pasal harga tidak usah risau, contohnya kipas angin dijual pada harga RM25 mengikut keadaan kipas itu, manakala TV pada harga RM100 sebuah.

Pada kaca mata anakmuda, usaha usahawan ini patut dipuji dan dibawa ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana beliau bukan setakat kitar semula barang-barang yang biasanya terus dibuang apabila rosak, tapi beliau menjualnya semula pada harga yang mampu dibeli. Ini dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk berlari seiring dengan mereka yang mampu memiliki barang elektrik ini. TAHNIAH!! anakmuda ucapkan kepada usahawan ini.

Post a Comment