Anwar: Benarkan Chin Peng pulang ~ Malaysiakini



Atas dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu,” katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi hari ini.

“Sejarah kita kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita kerja,” kata Anwar, sambil menyifatkan isu komunis dimainkan media pro-pemerintah.

Menurut Anwar lagi, Chin Peng harus dibenarkan pulang tetapi “ia tidak bermakna kita bersetuju dengan kesemua kesilapan yang telah dilakukannya”.

Sebaliknya, kata beliau, pendiriannya mengenai Chin Peng itu adalah atas “alasan kemanusian” dan bukannya kerana beliau menyokong PKM kerana sewaktu masa mudanya, beliau menentang keras fahaman komunisme.

Banyak pihak, termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, menentang keras Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata sebarang saranan untuk membenarkan Chin Peng tidak akan dilayan dan menegaskan perkara itu hendaklah “ditutup”.

Anwar berkata beliau menjangka Utusan Malaysia – akhbar milik Umno – akan “memutarbelit” kenyataannya mengenai Chin Peng hari ini.

Ada kemungkinan, katanya, mereka akan menulis tajuk “Anwar sokong Chin Peng” atau “PKR suara baru komunis”.

Apa kata anakmuda?

Dari awal lagi anakmuda dah jangka, pemimpin pembangkang akan membenarkan Chin Peng pulang.. Sebab apa yan mereka nampak adalah meraih simpati rakyat terutama bangsa cina. Atas dasar politik dan nak jadi Perdana Menteri ini, Si Anwar ni sanggup membelakangkan bekas-bekas perajurit negara dan ahli-ahli keluarga mangsa kekejaman PKM. Bolehla di kategorikan sebagai "Parti Komunis Rakyat (PKR)". Suara Baru Komunis ini akan memberi seribu satu alasan untuk menghasut rakyat dan memecah belahkan rakyat, terutamanya bangsa melayu. anakmuda suka nak ingatkan, pulangnya si Chin Peng mungkin beliau akan bernafas kali terakhir dan negara akan kucar kacir. Inila yang diimpikan oleh pemimpin Parti Komunis Rakyat ini.

Post a Comment