Jalan Ditutup sempena Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir



Beberapa jalan akan ditutup kepada semua jenis kenderaan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, besok mulai pukul 6 pagi hingga 3 petang. Proses penamaan calon yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam

Jalan yang ditutup
  • Jalan Berapit di hadapan perkuburan cina Berapit
  • simpang tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang
Jalan yang dilencongkan
  • Kenderaan yang datang dari arah pekan Bukit Mertajam atau Bandar Perda akan dilencong ke Jalan Abdul Kadir atau Jalan Tok Elong ke Jalan Tanah Liat, Kubang Semang dan Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE).

  • Kenderaan dari arah Kulim atau BKE pula akan dilencongkan di simpang tiga Jalan Mengkuang/Jalan Berapit ke Jalan Mengkuang arah ke Kulim

Tiga kawasan khas TURUT DISEDIAKAN untuk meletak kenderaan yang jaraknya antara 600 meter dan 1.4 kilometer dari pusat penamaan calon.

Post a Comment