Tanda-tanda awal PR makin dekat dengan hari kehancuran


ADUN Parti Kelentong Rakyat kawasan Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh, melompat dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Radzhi turut berikrar untuk berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu sebagai Adun bebas di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas,"
Mohd Radzhi Salleh

"Saya ucapkan tahniah kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Mohd Radzi Salleh yang sedar parti itu tidak akan ke mana yang menghadapi terlalu banyak masalah,"
Hamid Osman, 68, Bekas Ketua PKR cawangan Padang Serai,
- telah menduga cawangan itu hanya menanti masa untuk dibubarkan


tidak terperanjat dengan pengisytiharan Mohd Radzhi keluar parti itu kerana beliau dan lebih 1,000 orang anggota PKR telah keluar parti itu untuk menyertai MIC tahun lepas.Menurut Sarjit, faktor utama ramai anggota meninggalkan PKR kerana sudah muak dengan sikap angkuh anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan yang tidak mengambil tahu masalah rakyat yang diwakilinya selain tidak menghormati undang-undang negara.
Sarji Singh, 45, Seorang lagi bekas pemimpin PKR Padang Serai,


anakmuda : tanda dinding Pakatan Rakyat makin rapuh..jauhla lagi cita-cita aljuburi nak sampai Putrajaya..

Post a Comment