‘Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat,'

PAS Selangor baru-baru ini menjerit nak keluar dari Pakatan Reban (PR). Macam biasa jeritan nuraini ini dibawa dengan demontrasi aman. Menurut sumber berita yang dipetik dari mstar, Jurucakap kumpulan itu, Wan Hilman Wan Abd Rahim (ahli PAS Bahagian Gombak ) berkata, bantahan tersebut dibuat kerana mereka mahu PAS bangkit daripada mengikut telunjuk DAP dan PKR yang didakwa membelakangi parti itu dalam banyak isu pentadbiran di negeri itu. (erm.. baru nak sedaq ka?)

“PAS boleh bergerak sendiri, selama ini keputusan yang dibuat tidak sampai dan kita banyak ikut telunjuk mereka (DAP dan PKR)."

“Kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga kebajikan rakyat terutamanya dalam isu yang melibatkan Islam dan kepentingan orang Melayu."
(betol...betol...)

Namun lain pula kata si Salahuddin Ayub dalam Bernama:

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah,"

Yang jelasnya, PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu. Sendiri punya geng pun tak kenai ka? Ahli PAS beb... Nah! hang ushar sendiri geng PAS ni...


Post a Comment