Kes menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" oleh tiga pelajar Universiti Malaya : Siapa Guru yang mengajarnya?


Kes menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" oleh tiga pelajar Universiti Malaya yang dibawa di Harakadaily.net seperti membuka pekung di dada. Kenapa aku katakan macam tew? Sebab persoalan aku adalah, siapa yang mengajar pelajar UM ni supaya membenci pemimpin sebegini? PAS, PKR dan DAPla. Tengok bila mereka mengadakan ceramah berbau politik dengan agenda yang disampaikan, gagasan Pakatan Rakyat turut melaungkan slogan bagi menanam niat busuk mereka dengan membenci pemimpin.

Antara yang biasa dilaungkan semasa sesi ceramah yang dihalalkan oleh PAS sendiri ialah, NAJIB! penonton menjawab ALTANTUYA!!!!!! ROSMAH! penonton jawab PUAKA!!! Trend ini dimainkan diminda rakyat termasuklah pelajar UM ini sehingga ianya tertanam dengan semangat PR ini. Kesannya kita dapat lihat bagaimana pelajar yang sepatutnya ditanam dengan semangat sayangkan negara dan pemimpin berani bertindak dengan menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Apakah Pakatan Rakyat terutamanya PAS sedar dengan apa yang sedang mereka tanam diminda rakyat kini sebenarnya memberi kesan buruk terutamanya pelajar yang mudah dipengaruhi dengan dakyah PAS yang semakin songsang dan fatwa yang menyesatkan? Yang jadi mangsa adalah rakyat terutamanya pelajar dek kerana politik menghalalkan segalanya buat Parti Islam ini.

Apapun nama baik Islam perlu dipelihara, bukan dicacat celakan oleh ngauman PAS yang hanya bijak bertindak bagi mendapatkan sokongan politik sementara di dunia ini dari melihat Malaysia Aman dan makmur, Rakyat Sejahtera dengan menghormati pemimpin yang dipilih oleh rakyat Malaysia sendiri. Kes ini membawakan mesej supaya PAS memuhasabahkan dirinya sendiri. APAKAH YANG TELAH PAS BUAT DI DUNIA INI DALAM MENDIDIK RAKYAT MALAYSIA SUPAYA BERSATU MENYOKONG PEMIMPIN NEGARA INI?

Post a Comment