SEDUTAN BERITA DARI BERNAMA
SHAH ALAM, 26 Mac – Jabatan Penerangan Selangor mempersoalkan tindakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan pasukan penguatkuasaanya yang mengarahkan supaya khemah pameran dan peniaga yang telah dipasang bagi sambutan Karnival 1Malaysia di Cheras Jaya, Balakong diturunkan Khamis.
Pengarah Penerangan Selangor, Saptuyah Senson berkata alasan yang diberikan oleh Ahli Majlis itu ialah MPKj tidak memberi kebenaran untuk penganjuran karnival tersebut yang dianjurkan oleh jabatan berkenaan.
“Ahli dan penguatkuasa MPKj telah datang ke tapak karnival semasa 26 buah khemah untuk penjaja dan 10 khemah untuk pameran agensi kerajaan telah siap dipasang kira-kira 10.30 malam tadi,” katanya kepada Bernama.
Karnival tersebut sepatutnya bermula hari ini hingga Ahad ini di mana program yang telah diatur termasuklah acara street soccer, demonstrasi pasukan polis, pameran agensi kerajaan dan persembahan artis.
Saptuyah berkata pihaknya telah membuat permohonan bertulis kepada MPKj 10 Mac lepas memohon kebenaran untuk menganjurkan program tersebut.
“Namun surat balasan daripada MPKj hanya memberitahu bahawa pihak berkenaan tidak dapat menyediakan kemudahan tong sampah sepanjang karnival dan mencadangkan supaya pihak kita berhubung dengan Alam Flora bagi mendapatkan kemudahan tersebut,” katanya.
Beliau berkata wakil MPKj turut hadir semasa mesyuarat jawatankuasa penganjuran karnival dan semasa lawatan ke tapak, namun ketika itu wakil MPKj tidak memberi sebarang teguran atau nasihat mengenai peraturan yang perlu dipatuhi.
“Kita kesal kerana kita tidak diberitahu apa syarat yang kita kena patuhi untuk dibenarkan mengadakan karnival,” katanya.
Saptuyah berkata pihaknya akan bertemu Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman hari ini bagi mendapatkan kelulusan supaya program yang sudah diketahui rakyat itu dapat diteruskan.
Seorang peniaga, Noraliza Alias berkata beliau telah datang ke tapak karnival petang semalam untuk membuat persiapan bagi jualannya, tetapi mendapati khemah peniaga telah diturunkan.
“Sedih sangat sebab kakak tiba-tiba tidak dapat berniaga, sedangkan modal sudah keluar banyak,” kata ibu tunggal tersebut yang nyata hampa dengan tindakan pihak berkenaan. -MediaUMNO/Bernama
UPDATE MPKJ Robohkan Karnival 1Malaysia
in
Aduan anda
- on Friday, March 26, 2010
- No comments
Ghostwriter turun ke Cheras Jaya bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berhubung dengan aduan yang diterima. Hasilnya, ghostwriter difahamkan bahawa Karnival 1Malaysia tersebut sepatutnya belangsung pada hari ini iaitu 26 hingga 28 Mac 2010. Namun, semalam YDP PAS Hulu Langat yang juga Ahli Majlis MPKJ bersama penguatkuasa dan lebih 30 ahli yang dipercayai dari surau dan masjid berdekatan telah hadir untuk merobohkan Karnival berkenaan tanpa sebab. Permit dari pihak polis semua dah ada, tapi...Lihatlah sendiri hasil tangan MPKJ yang diketuai PAS ini.
Post a Comment