Alhamdulillah.. Setelah hampir Sebulan KINI Ohpolitik Kembali Bernyawa


Perang siber dunia maya kini semakin hebat. Jika pada awal kemasukan dunia maya ini, blog-blog adalah senjata paling tajam dalam menyebar luas segala berita dengan pantas. Kini blog mungkin boleh diletakkan ditempat ketiga mahupun keempat. Dunia maya semakin berkembang luas. Selain Facebook dan twitter, banyak lagi cabang dunia maya.

Walaubagaimanapun, blog masih diletakkan sebagi base sumber malumat yang akhirnya dikongsi melalui cabang media siber yang lain. Dek kerana blog ini sudah boleh dikategori mungkin mengancam team yang terasa diancam, selain twitter aku sebelum ini berjaya diserang, Pemimpin agong Pakatan Rakyat bernama Anwar Ibrahim juga turut menyekat aku dari memfollow segala maklumatnya ditwitter atas dasar kebebasan media yang perjuangkannya.

Baru-baru ini, blog aku juga tidak terkecuali. Diserang dengan malware sehingga disekat selama hampir sebulan. Setelah menyalin kulit dan rayuan demi rayuan dihantar, kini ohpolitik kembali. Apapun, inilah cabang peperangan siber dalam menyerang balas bagi mematahkan segala penyebaran yang dianggap boleh mengganggu gugat lawan. 

Post a Comment