Raja Retinam Pemecah undi Hulu Selangor?


Aktivis masyarakat India, Raja Retinam, 47, menjadi individu pertama yang menawarkan diri sebagai calon Bebas pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini. 

Keputusan dibuat selepas kecewa dengan kerajaan Barisan Nasional yang gagal menyelesaikan masalah melibatkan kaum India. 


Katanya, empat perkara pokok yang sepatutnya diberikan perhatian kepada masyarakat India sebenarnya telah dinafikan sehingga mereka terpaksa menolak BN.

"Perkara ini terlalu mudah diselesaikan dengan campur tangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana mereka bekuasa mutlak dalam memastikan kemenangan parti. 

"Keputusan saya menawarkan diri bukan ditaja mana-mana pihak sebaliknya dilakukan begi memastikan kebajikan masyarakat India," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam. 

:Beliau yang juga Presiden Persatuan Progresif India Malaysia dan Presiden Persekutuan Pertubuhan-pertubuhan NGO India Malaysia berkata, perkara yang diketengahkannya telalu releven dengan kepentingan dan penghargaan kepada kaum India. Ini tidak dilakukan BN dan MIC sehingga membuktikan parti berkenaan ditolak dalam membela kaum sendiri. 

"Walaupun tidak menampakkan peluang kemenangan dalam pertandingan ini, namun kehadiran saya sekurang-kurangnya dalam menarik lebih 8000 undi di Hulu Selangor. Ini diyakini mengurangkan undi terhadap BN. 

"Bagaimanapun, saya bersedia menarik diri sekiranya masalah berkenaan di selesaikan segera," katanya. 

Dalam pertemuan bersama Sinar Harian, Raja berkata, beliau meminta kerajaan segera melantik Ketua Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dari kaum India. Ini kerana kerusi berkenaan merupakan satu yang sinonim kepada pensyarah berbangsa India yang dipangku sejak setahun lepas. 

Sementara itu, beliau menggesa kerajaan mengiktiraf mata pelajaran bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar berhubung kenyataan perkauman di Melaka, baru-baru ini. 

Dalam perkembangan sama, beliau juga menuntut kerajaan menyeragamkan Sekolah Bantuan Penuh (SBP) dan Sekolah Batuan Modal (SBM) agar selaras dengan Gagasan 1Malaysia.



GHOSTWRITER :Raja Retinam mahu bertanding atas tiket BEBAS. Adakah beliau sekadar pemecah undi atau akan menambah jumlah kerusi Ahli Parlimen BEBAS di Dewan Rakyat? erm...

Post a Comment