Saya lelaki Gay - Ricky Martin, "CIFU" pula ?


"Saya berbangga untuk menyatakan bahawa saya ialah seorang lelaki homoseksual," kata penyanyi terkenal Ricky Martin di dalam laman web rickymartin.com.

Pendedahan berani penyanyi yang terkenal dengan goyangan pinggang dan gerakan salsa yang menggiurkan membuatkan Ricky menjadi objek kegilaan jutaan peminat seluruh dunia terutamanya wanita.

Penyanyi pop Latin itu telah merakamkan banyak album dalam bahasa Sepanyol tetapi kemunculan lagu Livin' La Vida Loca pada tahun 1999 dan She Bangs pada tahun 2000 telah menjadikan dirinya terkenal di seluruh dunia.

Martin, 38, memberitahu peminatnya bahawa keputusan untuk mendedahkan minat seksualnya telah menandakan satu peralihan dalam kehidupannya.

Menurut penyanyi latin itu lagi hasrat untuk membuat pendedahan itu bermula beberapa bulan lalu apabila dia mula menulis buku mengenai memoirnya. Dia berkata, rahsia dia menjadi gay terlalu berat untuk disimpannya.

Sebelum ini, dia membuat keputusan untuk menyembunyikan perkara tersebut kerana bimbang ia akan memusnahkan karier nyanyiannya.

Dia turut menyimpan rahsia itu kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap anak kembar lelakinya yang telah dilahirkan menerusi ibu tumpang. Sementara itu di laman webnya, salah seorang peminat telah mengucapkan tahniah di kerana telah membuat pengakuan berani tersebut.

Selain aktif menyanyi, Rikcy juga banyak terlibat dengan aktiviti kemanusian seperti membantu golongan tertindas dan miskin di kebanyakan negara membangun seperti Haiti dan pernah menerima anugerah dari pihak berkuasa Amerika "Heroes in Ending Modern-Day Slavery" pada tahun 2005.

Dari segi sokongan politik penyanyi ini pada tahun 2008 telah mengemparkan politik Amerika apabila pada saat akhir mengambil keputusan menyokong Hilary Clinton dan Obama sedangkan pada tahun 2000 beliau menyokong George Bush dari Parti Republican.

Tomyampoktek, AIDCclub

Post a Comment