Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam
Istanbul- Ahad 23 Mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Veana, 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wights di Selatan England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih. Acara tersebut berlangsung sederhana dan sangat mengharukan, di antara anggota rombongan ada yang memberikan hadiah spontan berupa kopiah, baju jubah dan tasbih. Laungan takbir bergema di depan pejabat IHH pada malam itu sebagai ungkapan haru atas hidayah dan anugerah yang telah diberikan Allah kepada Muhammad Fatih. Beliau pernah menyertai rombongan Viva Palestina ke-3 pada bulan Januari tahun 2010 yang lalu, sekarang dengan penuh kesedaran yang tinggi masuk ke dalam agama Islam.
GHOSTWRITER
Ini baru dinamakan Islam. Melalui tauladan kita sebagai umat Islam berjaya membuka hati orang untuk memeluk Islam. Namun di Malaysia, lain pula ceritanya, PAS mengaku Islam yang dulunya lantang menyuarakan hukum HUDUD kini sepi takut kepada sekutunya DAP. Kata nak didik DAP pasal Islam, hasilnya sekatar berjaya memberikan Tian Chua mengucapkan Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, dan dibawah adalah gambaran yang tepat mengenai PAS atau nama gelarannya Parti Islam se-Malaysia.
Post a Comment