Pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan. Sebab kata nak bagi bukti tapi tak bagi-bagi lagi. Kata ada bukti tapi tak boleh dedah lagi, belum masanyala..apa lagi? Macam-macam alasan Al-Juburi bagi. So Wartawan radio RTM pun asakla dengan pelbagai soalan berkenaan dengan isu ni. Nah, inila jawapan seorang yang practice press freedom.
"Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan?
"Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya,"
"You tanya Menteri you, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab,you tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan?
"Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya... ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka...keluarkan PKFZ, apa tindakan? Keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal Eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?"
Adakah ini yang dinamakan freedom to the press? Mana freenya? Wartawan tanya, diputar belit. Tanya lain, jawab lain. Last2 melenting tak tentu pasai. Kalu ada bukti, keluarkan jerla, apa perlunya cabar mencabar?? Tak kisahla media manapun, kerajaan ker, media sampah Pembangkang ker, rasanya perlula dilayan seadilnya. Mereka semua membawa wadah ke pengetahuan rakyat semua. Kata kerajaan rakyat. Soalan yang diusulkan adalah mewakili soalan rakyat juga.
Post a Comment