Hasil kajian rambang, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menang PRU13, maka parti yang paling banyak kerusi ialah DAP, diikuti dengan PKR dan PAS. Manipulasi data menunjukkan ratio 5 : 3 : 2 (DAP : PKR : PAS).
Sekiranya DAP mewakili separuh kerusi kerajaan di Dewan Rakyat, mana mungkin DAP akan berdiam diri dan memberikan laluan mudah kepada PKR sebagai Perdana Menteri. Sejarah DAP turut tercatit di Peraka di mana DAP ingin menjadi Menteri Besar; bagaimanapun Undang-undang Tubuh Negeri Perak tidak membenarkannya, maka jawatan itu diberikan kepada Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS).
Dalam kes siapa akan jadi Perdana Menteri, Perlembagaan tidak ada halangan kepada DAP untuk jadi PM. Maka, tentunya wakil DAP akan menjadi Perdana Menteri dan kenyataan Anwar untuk “memberi” kerusi Timbalan Perdana Menteri kepada Cina tidak timbul. Kalau pun ada, ia mungkin membawa maksud DAP menjadi Perdana Menteri dan PKR akan meletakkan wakilnya berbangsa Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apapun, segalanya dalam politik tidak ada yang mustahil.
Apapun yang jelas, kenyataan LGE bila ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa ia sedia melantik Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri. LGE menolak. Apakah sebanar yang cuba diaturkan oleh DAP?
Kesimpulannya, PRU13 adalah pita pengukur kemampuan kerajaan BN sekarang untuk terus kekal dipercayai rakyat atau kerajaan PR menakluki Putrajaya. Rakyat kini sebenarnya dalam dilema. Banyak isu yang diundang dari BN yang belum terjawab serta sudah semakin hilang kepercayaan kepada PR. Jadi pembangkang atau kerajaan? Mereka kebanyakkan berada di atas pagar.
Post a Comment